Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 29, 2008

Negara demokrasi harus benarkan pelajar berpolitik



KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Berdasarkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memansuhkan perkara 15 dan 16 yang menghalang mahasiswa terlibat dengan pertubuhan dan persatuan di luar kampus.

Kenyataan demikian dibuat Timbalan Menteri KPT, Dato' Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjawab soalan tambahan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada sesi soal jawab lisan, semalam.

Jelasnya, pindaan Auku 1991 telahpun dibacakan kali pertama Julai lalu yang telah melalui proses kajian serta perbincangan yang agak panjang dengan pindaan sebanyak 69 daripada 119 fasal.


Ustaz Hadi sebelum itu menegaskan bahawa negara yang demokrasinya maju tidak menghalang mahasiswa dan ahli akademik melibatkan diri dalam politik dan pertubuhan-pertubuhan ke arah melahirkan pemimpin pelapis.


Sementara itu, Idris turut menjelaskan alasan larangan mahasiswa berpolitik secara aktif yang didakwa akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama di kalangan kaum yang mempunyai pendedahan kepada plural society.


Ia merupakan jawapan kepada soalan tambahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy jamaludin (BN-Rembau) yang memohon penjelasan berkaitan senario yang hanya membenarkan mahasiswa di luar negara bergiat secara aktif dengan kelab yang ditubuhkan oleh parti-parti politik di sana.


"Kenapakah mahasiswa ini tidak diberikan kebebasan untuk menyertai parti-parti politik sedangkan di luar negara mereka boleh menyertai kelab-kelab yang telah ditubuhkan secara langsung oleh parti politik tertentu di Malaysia?


"Apakah perbezaan pelajar universiti tempatan dan universiti luar negara yang tidak membenarkan pelajar kita di sini menyertai parti politik, tetapi hanya dibenarkan menyertai pertubuhan NGO dan apakah sebab mereka disekat dari terus untuk pergi kepada parti politik?" katanya.


Idris berhujah dengan menyatakan alasan tindakan KPT memperkenalkan Akta 15 ini bagi mengelakkan mahasiswa daripada terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh menjejaskan tumpuan mahasiswa kepada akademik.


"Pelajar tidak disekat untuk menjalankan kajian berkaitan politik dalam negara. Selain itu pelajar berpeluang mengamalkan demokrasi dalam pilihan raya kampus.


"Jadi sekiranya ada pihak yang menyatakan pelajar kita tidak dibenarkan berpolitik itu adalah tidak benar sama sekali sedangkan kita masih mengamalkan politik dalam pilihan raya kampus," demikian ujarnya.

Ustaz Hadi dalam soalan asalnya kepada KPT meminta penjelasan mengenai aspek yang akan diberi penekanan dalam pindaan terhadap Auku dan rasional bersabit pindaan tersebut.


Monday, October 27, 2008

Pengorbanan seorang budak demi Risalah Ad-Din

Dari Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang raja pada zaman sebelum kamu. Ia memiliki seorang tukang sihir.


Ketika tukang sihir itu telah tua, ia berkata kepada sang raja, ‘Sesungguhnya usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Kerana itu, utuslah kepadaku seorang anak muda agar aku ajari sihir’.


Maka diutuslah seorang pemuda yang kemudian dia belajar sihir. Dan jalan antara raja dengan tukang sihir itu terdapat seorang rahib. Pemuda itu mendatangi sang rahib dan mendengarkan pembicaraannya. Sang pemuda begitu kagum kepada rahib dan pembicaraannya.


Begitu ia sampai kepada tukang sihir kerana terlambat serta merta ia dipukulnya dan ditanya, ‘Apa yang menghalangimu?’


Dan bila sampai di rumahnya, keluarganya memukulnya lalu bertanya, ‘Apa yang menghalangimu (sehingga terlambat pulang)?’


Lalu, ia pun mengadukan halnya kepada sang rahib. Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat kerana keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat kerana (belajar dengan) tukang sihir’.


Suatu hari, ia melihat binatang besar dan menakutkan yang menghalangi jalan manusia, sehingga mereka tidak boleh menyeberang. Maka sang pemuda berkata, ‘Saat ini aku akan mengetahui, apakah perintah ahli sihir lebih dicintai Allah ataukah perintah rahib. Setelah itu ia mengambil batu lantas berkata, ‘Ya Allah, jika perintah rahib lebih engkau cintai dan redhai daripada perintah tukang sihir maka bunuhlah binatang ini, sehingga manusia boleh menyeberang’. Lalu ia melemparnya, dan binatang itu pun terbunuh kemudian ia pergi. Maka ia beritahukan halnya kepada rahib. Lalu sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku.


Selanjutnya, pemuda itu boleh menyembuhkan orang buta, sopak dan segala jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya. Alkisah, ada pejabat raja yang tiba-tiba buta. Ia mendengar tentang pemuda itu. Maka ia membawa hadiah yang banyak kepadanya dan berkata, ‘Sembuhkanlah aku, dan engkau boleh memiliki semua ini! Pemuda itu menjawab, ‘Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang. Yang boleh menyembuhkan adalah Allah Azza wa Jalla. Jika Anda beriman kepada Allah dan berdo’a kepadaNya, nescaya Ia akan menyembuhkanmu. lalu dia beriman dan berdo’a kepada Allah dan sembuh.


Kemudian ia datang kepada raja dan duduk di sisinya seperti sedia kala. Sang raja bertanya, ‘Wahai fulan, siapa yang menyembuhkan penglihatanmu?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku’. Raja berkata, ‘Saya?’ ‘Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’, tegasnya. Raja bertanya, ‘Apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’. Demikianlah, sehingga ia terus-menerus disiksa sampai ia menunjukkan kepada sang pemuda. Pemuda itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Wahai anakku, sihirmu telah sampai pada tingkat kamu boleh menyembuhkan orang buta, sopak dan berbagai penyakit lainnya’. Sang pemuda menangkis, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Azza wa Jalla. Raja berkata, ‘Aku?’ ‘Tidak!’, kata pemuda. ‘Apakah kamu punya Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’.


Lalu ia pun terus disiksa sehingga ia menunjukkan kepada rahib. Maka rahib itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada pejabat raja yang (dulunya) buta juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada sang pemuda juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak.


Lalu bersama beberapa orang ia dikirim ke gu-nung ini dan itu. (Sebelumnya) sang raja bertitah, ‘Ketika kalian telah sampai pada puncak gunung maka bila ia kembali kepada agamanya (biarkanlah dia). Jika tidak, maka lemparkanlah dia! Mereka pun berangkat. Ketika sampai di ketinggian gunung, sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah diriku dari mereka, sesuai dengan kehendakMu. Tiba-tiba gunung itu mengguncang mereka, sehingga se-muanya tergelincir. Lalu sang pemuda datang mencari sampai boleh bertemu raja kembali. Raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’ Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’.


Kembali ia dikirim bersama beberapa orang dalam sebuah perahu kecil. Raja berkata, ‘Jika kalian berada di tengah lautan (maka biarkanlah ia) jika kembali kepada agamanya semula. Jika tidak, lemparkanlah dia ke laut yang luas dan dalam’. Sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah aku dari mereka, sesuai dengan kehendak-Mu’. Akhirnya mereka semua tenggelam dan sang pemuda datang lagi kepada raja.


Sang raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’

Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’.


Lalu sang pemuda berkata, ‘Wahai raja, kamu tidak akan boleh membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang kuperintahkan. Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan maka engkau akan boleh membunuhku. Jika tidak, engkau tak akan boleh membunuhku’.


Raja, ‘Perintah apa?’

Sang pemuda menjawab, ‘Kumpulkanlah orang-orang di satu padang yang luas, lalu saliblah aku di batang pohon. Setelah itu ambillah anak panah dari wadah panahku, lalu ucapkan, ‘Bismillahi rabbil ghulam (dengan nama Allah, Tuhan sang pemuda).


Maka (raja memanahnya) dan anak panah itu tepat mengenai pelipisnya. Pemuda itu meletakkan tangannya di bahagian yang kena panah lalu meninggal dunia. Maka orang-orang berkata, ‘Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Lalu dikatakan kepada raja, ‘Tahukah Anda, sesuatu yang selama ini Anda takut-kan? Kini sesuatu itu telah tiba, semua orang telah beriman.


Lalu ia memerintahkan membuat parit-parit di beberapa persimpangan jalan, kemudian dinyalakan api di dalamnya. Dan raja pun bertitah, ‘Siapa yang kembali kepada agama-nya semula, maka biarkanlah dia. Jika tidak, maka lemparkanlah dia ke dalamnya’. Maka orang-orang pun menolaknya sehingga mereka bergantian dilemparkan ke dalamnya. Hingga tibalah giliran seorang wanita bersama bayi yang sedang disusuinya. Sepertinya, ibu itu enggan untuk terjun ke dalam api. Tiba-tiba sang bayi berkata, ‘Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran’.”

(HR. Ahmad dalam Al-Musnad, 6/16-18, Muslim dan An-Nasa’i dari hadits Hammad bin Salamah.


Dan An-Nasa’i serta Hammad bin Zaid menambahkan, yang keduanya dari Tsabit. Dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari jalan Abdurrazak dari Ma’mar dari Tsabit dengan sanad darinya.

Ibnu Ishaq memasukkannya dalam Sirah dan disebutkan bahwa nama pemuda itu adalah Abdullah bin At-Tamir).



SEMBAHYANG MEMBINA PERIBADI AGUNG

KEKUATAN SESUATU BANGSA

Di dalam sejarah tamadun manusia, ada bangsa-bangsa yang telah menempa sejarah yang agung. Bangsa-bangsa itu dianggap agung kerana kedudukan dan martabat mereka yang jauh lebih tinggi dari bangsa-bangsa lain yang sezaman dengan mereka. Mereka itu agung kerana mereka:

1. Bangsa yang berjiwa besar
2. Berwibawa
3. Bertamadun
4. Disegani
5. Dihormati
6. Maju
7. Mengatur
8. Banyak memberi khidmat kepada bangsa lain

Bangsa-bangsa yang lemah dan mundur mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat negatif yang menyebabkan mereka itu tidak boleh maju dan ketinggalan dari bangsa-bangsa lain. Di antara ciri-ciri dan sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut:

1. Pemalas
2. Berjiwa kecil
3. Penakut
4. Suka meminta-minta
5. Lemah jiwa. Mudah putus asa dan kecewa
6. Tidak ada keyakinan diri
7. Tidak ada cita-cita untuk bangsanya. Mereka hanya ada cita-cita peribadi, untuk hidup senang dan untuk makan sendiri sama ada pemimpin dan orang besarnya ataupun rakyatnya.

Bangsa-bangsa yang kuat dan agung pula mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang jauh berbeza. Mereka sebaliknya mempunyai berbagai-bagai sifat positif yang dapat memberi kekuatan kepada mereka. Sifat-sifat itu termasuklah:

1. Rajin
2. Berjiwa besar
3. Berani
4. Tidak suka meminta-minta dan sangat berdikari
5. Kuat jiwa. Tidak mudah putus asa atau kecewa
6. Yakin diri
7. Ada cita-cita untuk bangsanya, sama ada cita-cita itu pada pemimpin, pada orang besarnya atau pada rakyatnya.


Di samping sifat-sifat di atas, ada lagi sifat-sifat positif yang sangat meneguhkan dan menguatkan peribadi mereka. Ini termasuklah sifat-sifat:
1. Berdisiplin
2. Sabar


Agungnya peribadi itu pula dapat dilihat pada:

1. Akhlaknya
2. Imannya
3. Keyakinannya
4. Disiplin hidupnya
5. Kebersihan hatinya
6. Jauhnya mereka daripada melakukan maksiat dan dosa
7. Kemas syariatnya


Bukan mudah untuk mengubah bangsa yang lemah dan mundur supaya menjadi bangsa yang kuat dan agung. Segala ciri dan sifat-sifat mereka itu perlu diubah. Sifat pemalas mesti diubah menjadi rajin. Jiwa yang kecil mesti diubah menjadi jiwa yang besar. Sifat suka meminta-minta dan sentiasa mengharapkan bantuan dan subsidi, mesti dikikis dan dibuang. Mesti ditanam dengan sifat berdikari. Jiwa yang lemah mesti dikuatkan. Tidak boleh mudah kecewa dan berputus asa. Sifat penakut mesti ditukar kepada sifat berani. Mereka mesti kuat keyakinan. Cita-cita bangsa perlu ditanam di dalam hati sanubari setiap anak bangsa. Sifat suka mementingkan diri dan bekerja hanya untuk kesenangan diri sendiri mesti dihapuskan. Ini sesuai dengan firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri (hati atau jiwa) mereka." (Ar Ra'd: 11)


BAGAIMANA SOLAT BOLEH MEMBINA KEKUATAN

Solat atau sembahyang itu, Tuhan yang menetapkan rukun-rukunnya. Ia bukan ciptaan manusia, bukan direka-reka atau dibentuk oleh manusia. Kalau difahami dan dihayati, sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat hebat. Kita akan dapat merasakan bahawa Tuhan itu hebat. Kita akan dapat bersandar kepada kehebatan-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya tetapi terasa kebesaran-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan bagaimana wujud-Nya tetapi terasa wujud-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kuasa-Nya tetapi terasa kekuasaan-Nya. Terasa oleh kita akan kesempurnaan Tuhan. Kita boleh minta apa sahaja dari Tuhan. Tuhan sedia melayannya.
Solat itu adalah satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya, faham dan solat itu benar-benar dijiwai serta dihayati.-as

Thursday, October 16, 2008

Lagi taktik jahat KPT kendali pilihan raya kampus



Apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TTNC dan Dekan HEP) supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Kampus (PRK) serentak, sebaliknya ditetapkan pada dua dua tarikh berbeza, tentulah sukar untuk mereka menolaknya.

Tarikh pertama PRK tahun ini ialah pada 16 Oktober 2008, manakala penamaan calon 12 Oktober, melibatkan sembilan IPTA, antara lain yang sudah dipastikan UMT, UMP, UMK, UDM, UTeM. Manakala IPTA lain, khususnya di Lembah Klang, akan diadakan pada bulan Januari 2009.

Sudah tentu media, masyarakat dan mahasiswa sendiri akan tertanya-tanya mengapakah arahan ini dikeluarkan oleh KPT.

Ironinya, pertanyaan-pertanyaan seumpama inilah yang sangat dibimbangi KPT!

Satu perjumpaan sulit diatur, dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris Haron, Prof Madya Dr Muhammad Hussin dari UKM, Prof Azali (TNC yang mendapat kepercayaan KPT) dari UPM dan sebahagian TTNC dan Dekan HEP bertempat di Rumah Melaka, Jalan Bellamy Kuala Lumpur bertarikh 6 Mei dan 16 Julai 2008.

Pertemuan terakhir berjalan di Hotel Istana, Kuala Lumpur, 6 Oktober, bermula jam 9 malam. Ia dipengerusikan Idris. Antara arahan yang dikeluarkan ialah melarang wartawan memasuki kawasan kampus semasa pilihan raya.

Mereka menamakan diri sendiri sebagai Sekretariat Kampus ('nama underground', kata Idris) dan merancang pelbagai strategi terkini terutama dalam menyekat kebangkitan mahasiswa yang tidak menyokong BN.

Jemputan mesyuarat sulit ini hanya dibuat melalui SMS. Tidaklah diketahui bagaimana TTNC dan Dekan HEP ini hendak membuat tuntutan perjalanan dan penginapan tanpa melalui kelulusan Naib Canselor dan tanpa surat jemputan rasmi.

Perjumpaan sulit ini hanya mampu diadakan tiga kali berbanding tahun-tahun lalu sebanyak sembilan kali.

Sebenarnya perjumpaan sehingga jam 2.00 pagi itu mendapat tentangan sebahagian besar TTNC dan Dekan HEP kerana segala strategi KPT didalangi Mat Hussin yang membuat 'comeback' selepas Dato' Mustapa Mohamed bertukar ke Kementerian Pertanian.

Kelibat Mat Hussin sahaja mengundang rasa mual dan jelik TTNC dan Dekan HEP. Sejarah mereka diarah-arah seolah "diketuk ketampi" Mat Husin, amat menyerikkan!

Di antara keputusan yang dipersetujui dalam perjumpaan sulit ini ialah mengadakan PRK tidak secara serentak seperti tahun-tahun sebelum ini.

Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak daripada PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.

Sepatah kata Idris: "Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!" Inilah 'standard' pemikiran seorang timbalan menteri kita?

Beberapa strategi lain untuk melumpuhkan kebangkitan mahasiswa disenarai panjang dengan begitu terancang sekali. Sukar hendak dipercayakan, kerana seperti kata Dr Siddiq Fadhil, "umpama seorang ayah merancang untuk mencacat anaknya sendiri!"

Antaranya adalah:

1. KPT mengarahkan istilah Pilihan Raya Kampus ditukar kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Istilah pilihan raya bagi KPT adalah setanding dengan Pilihan Raya Umum dan bakal membangkitkan semangat juang mahasiswa.

Oleh itu kalimat ini wajar dihapuskan supaya mahasiswa tidak dapat merasa seperti suasana pilihan raya di luar kampus. Cukuplah dengan kalimat pemilihan, seperti memilih ketua kelas semasa sekolah rendah dan tadika sahaja.

2. KPT mengarahkan poster-poster calon hanya dikeluarkan HEP. Calon dilarang mencetak poster sendiri. Kreativiti calon tidak perlu dan dilarang. Cukuplah menunggu poster bersaiz A4 dari HEP. Adakah ini cara HEP membentuk kepimpinan dan kreativiti mahasiswa? Semua disediakan, mahasiswa dilayan seperti robot layaknya!

3. KPT mengarahkan perkataan 'mahasiswa' ditukar kepada 'pelajar' sahaja. Istilah mahasiswa bagi KPT boleh membangkit rasa 'self esteem' yang tinggi di kalangan mahasiswa.

Oleh itu KPT mengarahkan semua universiti menggunakan nama 'Majlis Perwakilan Pelajar' bukan lagi 'Majlis Perwakilan Mahasiswa'. Mahasiswa dilarang menunjukkan 'taring' sebaliknya hendaklah siap sedia akur dan jangan bersikap kritikal terhadap pentadbiran universiti, apatah lagi kerajaan BN.

4. KPT telah dan akan mengeluarkan perbelanjaan yang besar kepada HEP untuk menganjurkan kursus calon dan jentera Aspirasi Kerajaan sebagai persiapan PRK.

Sebaliknya calon bukan Aspirasi Kerajaan dianaktirikan dan tiada langsung bajet untuk kursus calon apatah lagi untuk jentera mereka. Jelas sekali mahasiswa telah diperbodohkan. Apakah permainan padang yang tidak sama rata ini adil dan 'gentleman'?

Sebenarnya setiap tahun, bajet ini dikeluarkan kepada TTNC dan Dekan HEP dalam bentuk wang tunai berjumlah ribuan ringgit. Oleh itu jangan hairan kalau calon Aspirasi Kerajaan berupaya memenangi banyak kerusi PRK kerana di belakang mereka adalah KPT, yang sepatutnya bertindak sebagai badan bebas menyelenggarakan PRK.

Seolah-olah bagaikan Yahudi yang menaja calon-calon presiden di Amareka Syarikat. Siapakah yang boleh memberi jaminan wang tunai yang berjumlah ribuan ini, tidak disalahgunakan oleh TTNC dan Dekan HEP? Saya cabar Canselor dan Naib Canselor menyiasat kenyataan ini.

5. KPT mengarahkan HEP supaya calon bukan Aspirasi Kerajaan tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan kerana ini akan membentuk kekuatan kepada mereka. Calon bukan Aspirasi hanya dibenarkan bertanding atas kapasiti individu. Begitulah "double standard" HEP kepadamahasiswa bukan Aspirasi Kerajaan.

Dalam masa sama, HEP secara terbuka membentuk dan menaja calon-calon Aspirasi secara kumpulan dengan mengadakan kursus calon dan jentera. Semua maklum, HEP adalah umpama Suruhanjaya Riliha raya (SPR) di kampus. Bayangkan HEP yang membuat peraturan pilihan raya tetapi merekalah juga yang menodai dan mencabuli peraturan tersebut!

Strategi terbaru KPT untuk meraih kemenangan calon-calon Aspirasi Kerajaan ini akanmengundang beberapa persoalan yang menambah kekalutan dan keresahan di kalangan media danmahasiswa di kampus.

Beberapa persoalan di bawah wajar dijawab KPT dan HEP demi menjamin maruah dan harga diri mahasiswa yang diinjak-injak ini dapat diperkasa dan dibela.

1. Mengapakah PRK tidak diadakan serentak pada tahun ini, sebaliknya dilanjutkan ke bulan Januari 2009? Umumnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti jelas menyatakan, "Hendaklah jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dipegang selama satu tahun sahaja."

Dalam kaedah tafsiran undang-undang perkataan "HENDAKLAH" membawa maksud mandatori. Tidak dapat tidak, tempoh perjawatan MPP dengan ini WAJIB berakhir apabila tempoh penggal merekacukup satu tahun.

Perkataan "HENDAKLAH" tidak boleh ditafsirkan secara bebas mengikut selera KPT. Tafsiran sebegini hanya boleh dimungkinkan sekiranya ada proviso yang membenarkan kelonggaran peruntukan tersebut dan pemanjangan tempoh MPP dengan memberi kuasa kepada Naib Canselor atau pihak lain untuk membuat demikian.

Namun di atas faktor kelompok sempit, KPT tetap ingin melanjutkan jawatan MPP melebihi setahun iaitu Januari 2009.

2. Mengapakah KPT takut dan bimbang sangat dengan liputan media dan perhatian masyarakat terhadap PRK dan kebangkitan mahasiswa? Sepatutnya KPT berbangga kerana mahasiswa menjadi perhatian dan tumpuan media dan rakyat.

Bukankah mahasiswa juga mempunyai hak untuk masyarakat mendengar suara mereka? Bukankah KPTjuga mahu mahasiswa mampu menjadi juru bicara ummah? Atau sebenarnya KPT hanya ingin melahirkan 'mahasiswa itik gembol-gembol' tukang angguk-angguk dan tukang geleng-geleng?

3. Apakah visi dan misi KPT sebenarnya dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dan mencapai tahap global? Apakah KPT merasakan polisi terbaru terutama melibatkan PRK ini bakal melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah seperti yang digembar-gemburkan selama ini?

Mahasiswa hari ini merasakan KPT tidak lebih hanya mempunyai visi dan misi untuk "menternak" dan memperbodohkan mahasiswa dengan idea-idea 'canggih' yang layak dilakukan Yahudi ke atas pemuda-pemuda.

4. Mengapakah KPT begitu merestui dan menggalakkan mahasiswa UiTM mengadakan demonstrasi bila Menteri Besar Selangor mencadangkan supaya sedikit kuota diberi kepada mahasiswa bukan bumiputera?

Ironinya, dalam masa sama KPT melarang mahasiswa lain mengadakan demonstrasidalam isu-isu yang lebih relevan.

Hakikatnya, KPT begitu arif berapakah jumlah sebenar mahasiswa bukan Bumiputera di USM dan di UPM. Ia bukan rahsia lagi. Tetapi KPT 'buat-buat pekak'. Peningkatan mahasiswa bukan Bumiputera di IPTA berkenaan tidak pula dikawal. Janganlah 'double stardard.' Kokoknya berdegar-degar tetapi ekor bergelumang najis!

5. Mengapa KPT begitu menekan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedangkan mereka juga mempunyai hak dan pendirian untuk tidak menyokong calon Aspirasi Kerajaan?

Tentu kita masih ingat bagaimana pejabat MPP UIAM dikunci berbulan lamanya semata-mata kerana mereka tidak condong kepada Aspirasi Kerajaan. Berlaku adillah kepada semua mahasiswa. Janganlah peralatkan mahasiswa untuk kepentingan politik sempit KPT sahaja.

Senario buruk yang didedahkan ini wajar dihapuskan. Bayangkan apa akan terjadi kepada bakalpimpinan negara sekiranya KPT masih meneruskan polisi dan "strategi" yang bakal merosakkanpemikiran dan sikap anak bangsa mereka sendiri.

Cabaran masa depan negara dan era globalisasi yang semakin getir memerlukan anjakan pradigma oleh KPT sendiri. Janganlah membawa nilai 'politik kampungan' di menara gading.

Jika beginilah cara pentadbiran KPT, jangan terkejut mahasiswa sendiri akan bangkit bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan BN. Mungkin ini sahaja jalan keluar bagi mahasiswa untuk keluar dari kezaliman KPT.

Mahasiswa sudah sekian lama disakiti. Apakah yang paling sakit bagi seorang yang bergelar 'mahasiswa tulen' di menara gading? Tidak lain dan tidak bukan ialah DIPERBODOHKAN!-sumber akhbar malaysia

Friday, October 10, 2008

PEMIMPIN DAN PENGIKUT


tor" content="Microsoft Word 11">

Menjadi pemimpin kalau orang faham ia tidak menjadi rebutan,
Pemimpin adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan,
Ia ibarat kayu , sanggup terbakar dan terkorban,
Pemimpin adalah satu jawatan yang menyiksakan,
Mencabar tercabar kerana agama,bangsa dan negara didalam kehidupan,
Kalau bukan terpaksa,yang faham tidak hendak jawatan.

Menjadi pengikut lebih senang dan padan,
Tapi kalau tidak faham, ia jadi rebutan disini ada kekayaan,
Disini ada kemegahan dan kemewahan secara senang,
Kerana itu pemimpin jadi rebutan di akhir zaman,
Diusahakan sekalipun secara rasuah dan penipuan,
Sekalipun jadi huru hara didalam kehidupan,
Walaupun jadi bencana didalam negara.

Jawatan kepimpinan sudah jadi komersial,
Kerana itu ia menjadi rebutan di akhir zaman,
Kerana jawatan kepimpinan hingga timbul krisis dan pergaduhan,
Terjadi peperangan dan pergaduhan,
Terjadi jatuh menjatuhkan,
Rakyat jadi mangsa,
Negara jadi pertaruhan,
Agama jadi mainan,
Justeru kepimpinan tidak menjadi rahmat,
Tetapi ini menyusahkan negara dan rakyat,
Begitulah terjadi turun naiknya kepimpinan di akhir zaman-ASZ-