Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 29, 2009

Al-Fatihah kpd Tokoh Haraki Sayyid Qutb di atas Pemergian Beliau sebagai Pejuang Islam pada 29 ogos 1966


Setelah Sayyid Qutb hairan melihat kemeriahan orang-orang eropah menyambut kematian tokoh besar Imam Hassan al-Banna, Sayyid Qutb merasa hairan mengapa mereka menyambut kematian seperti hari perayaan orang menyambut hari raya, mengapa mereka seronok di atas kematiannya? Pada masa itulah Sayyid Qutb mula mengkaji kehidupan al-Banna walaupun tidak pernah berjumpa dengannya tetapi atas dasar ingin tahu siapa Imam Hassan al-banna, beliau telah membaca seluruh risalah karangan Imam Hassan al-Banna. Beliau akhir menemui suatu "kebenaran" yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dan “Berbai’ah” dengan Allah s.w.t untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.

Oleh itu, pada tahun 1951 Sayyid Qutb dengan rasminya menyertai Ikhwanul Muslimin. Pada tahun 1952, beliau dipilih menganggotai Maktab Irsyad dan dilantik mengetuai Lajnah Dakwah. Selepas peninggalan al-Banna, Ikhwanul Muslimin masih bertenaga kerana memperolehi saf kepimpinan yang berwibawa untuk meneruskan kepimpinan. Mereka adalah Hasan Hudaybi sebagai Mursyidul Am, Abd al-Qadir Audah sebagai Setiausaha Agung dan Sayyid Qutb sendiri yang mengetuai Lajnah Dakwah, dianggap sebagai pemikir kepada Ikhwanul Muslimin.

Mesej utama yang ditekankan oleh Sayyid Qutb dalam penulisannya ialah konsep Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya kemuncak kepada Tauhid Uluhiyyah Allah s.w.t. ialah hakNya daripada sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri'. Menurutnya lagi bahawa ikrar La ilah illa Allah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumi Nya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hak Nya.

Pada bulan Julai 1952, satu peristiwa bersejarah berlaku di Mesir iaitu Revolusi Julai 1952. Revolusi ini menyaksikan peristiwa pemerintahan beraja Mesir yang dijayakan oleh gerakan Dubbat al-Ahrar pimpinan Kolonel Jamal Abdul Naser dengan kerjasama Ikhwanul Muslimin.

Sesudah revolusi, Sayyid Qutb telah ditawarkan dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir. Sayyid Qutb terlebih dahulu meminta jaminan daripada pemimpin Majlis Revolusi yang diketuai oleh Jamal Abdul Naser dan Anwar Sadat, bahawa Kerajaan Revolusi Mesir akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan syariat Islam. Bagaimanapun mereka menolaknya untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Berdasarkan kepada penolakan tersebut, Sayyid Qutb merasakan perkara tidak baik akan berlaku.

Sejarah membuktikan apa yang dibimbangkan oleh Sayyid Qutb memang terjadi. Pada13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan para pimpinannya telah ditangkap atas tuduhan gerakan Ikhwanul Muslimin merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, iaitu satu tuduhan yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Ekoran daripada itu tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhi hukuman mati, seperti Hasan Hudhaybi, Abd al-Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwanul Muslimin dalam Perang Suez 1948. Bagaimanapun hukuman terhadap Hasan Hudhaybi dipinda kepada penjara seumur hidup dan Sayyid Qutb pula dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.

Pada tahun 1964, Sayyid Qutb telah dibebaskan atas permintaan peribadi Abd al-Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abd al-Salam Arif terkorban dalam satu kemalangan udara, Sayyid Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Tangkapan kedua ini dibuat berdasarkan tuduhan beliau merancang satu rampasan kuasa baru untuk menggulingkan kerajaan.


Pertuduhan ke atas Sayyid Qutb di Mahkamah Revolusi dibuat berdasarkan buku-bukunya terutama Maalim Fi al-Tariq. Ia berdasarkan kenyataannya mengenai seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah s.w.t.


Bersama Sayyid Qutb kali ini, turut juga ditahan ialah seluruh anggota keluarganya. Sayyid Qutb seorang yang bermaruah. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan ke atasnya, Presiden Naser menghantar utusan menemui Sayyid Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Sayyid Qutb menulis kenyataan meminta ampun daripadanya agar Sayyid Qutb dibebaskan.


Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Sayyid Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abd al-Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Sayyid Qutb telah mengejutkan Dunia Islam. Kebanyakan tokoh dan pimpinan umat Islam sedih dan kecewa dengan peristiwa tersebut. Sayyid Qutb bila ditanya tentang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu, beliau telah menjawab sambil tersenyum dengan katanya “mati syahid”. al-Fatihah


Saudara ! kau merdeka dibalik alam baru,

Saudara! Kau merdeka dari belengu itu,

Kalau betul kau berpegang pada Tuhanmu,

Apa helah makhluk, tidak berbekas padamu.


Saudara! Kau musnah tentera zalim tak menentu,

Akan muncul di alam ini fajar baru,

Pancaran sinarnya akan memerdekakan rohmu,


Saudara! Darah badanku membeku mati,

Tidak mengalir kerana ikatan abadi,

Dia akan membawa sembahan ke lelangit tinggi,

Bertatah medali di syurga nan abadi.


Saudara! Kau tangisi atas pemergianku,

Tersiram khusyu’ di kuburanku,

Mereka nyalakan obor dari reputanku,

Kejarlah dengannya kemenangan dan jaya,


Saudara! Jika kutidur, jumpa kekasih,

Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku,

Burung-burungnya berkicau riang menyambutku,

Bahagialah hidupku di alam abadi.


Saudara! Ikutilah kalian jejakku ini,

Puak demi puak, angkatan baru susuli,

Meskipun aku mati, tapi mati suci,

Kalian kan lalu dengan kemenangan lagi…..

( Sajak Sayyid Qutb sebelum syahid )

-Ditulis beberapa ketika sebelum menemui Syahid-

ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!


Thursday, August 27, 2009

Menjadi Sahabat Allah


Kuliah Sheikh Muhammad Nazim Al Qubrusi

Setiap orang seharusnya berusaha untuk menjadi sahabat Allah SWT, kerana Tuhan tidak pernah menolak para pencari untuk mendekati-Nya. Tak seorang pun dapat menjadi sahabat Tuhan tanpa menjadi sahabat bagi semua hamba-hamba-Nya. Adalah mudah mengaku sebagai sahabat Tuhan, tetapi tidak mudah menjaga keselarasan antara sesama manusia. Pencapaian perhubungan dengan jiwa-jiwa para hamba Tuhan adalah bukti kewalian seseorang.

Mungkin saat ini, selama kita berada di tempat penyucian diri, kita merasakan perhubungan dengan teman sesama pencari kebenaran, namun ketika kembali ke tempat asal, kita akan merasa sulit untuk istiqamah dalam penyucian diri. Bila telah mencapai maqam sahabat Tuhan, semua orang akan menjadi sahabat kita. Berhasilnya pencapaian perhubungan ini adalah sebuah tanda pengakuan yang berasal dari Hadhrat Ilahi. yang Saya maksud bukanlah ketika kita secara fizik tetapi menjadi penarik dan tertarik pada mereka. namun merasai hubungan melalui hati.


Guru saya pernah bercerita tentang kisah sebuah bunga di India yang tumbuh hanya di tempat-tempat yang tidak tinggi, yang anehnya ia selalu dikelilingi ular-ular. Bunga-bunga itu menghasilkan wangi yang amat kuat, dan siapa yang memakainya akan dicintai oleh semua orang. Lalu Saya katakan, "Guruku, izinkanlah Saya untuk mencari bunga itu." Namun jawapan beliau, "Nazim Effendi tak perlu engkau ke sana. Sepanjang engkau waspada akan Tuhanmu setelah tengah malam (walaupun hanya sebentar), maka Allah SWT akan menganugerahimu dengan sebuah daya tarik yang kuatnya 70 kali lebih kuat dari wangi bunga itu. bahkan jika engkau hanya bangun di saat akhir waktu malam ketika yang lain masih tertidur dan melakukan shalat malam, maka keajaiban akan muncul dan engkau akan penuh dengan daya tarikan seperti bunga itu.

Siapapun yang bangun pada waktu-waktu itu akan dipandang dan diperhatikan oleh Tuhannya, karana di waktu-waktu itu, Tuhan mencari permohonan ampunan hamba-hamba-Nya, untuk itu Saya sarankan kita semua untuk bangun beberapa saat di sepertiga malam, bahkan jika hanya 5 minit saja. Kita perlu lakukan, bagaimanapun hendaklah dalam keadaan suci (berwudhu). lalu katakan pada Tuhanmu, "Wahai Tuhanku, datanglah padaku kerana aku tak mampu mendatangiMu." Doa semacam itu sudah cukup untuk memberi kita semua perlindungan penuh sepanjang hari itu dan menjadikan kita seorang sahabat Tuhan.

Manusia menghabiskan hari-harinya yang datang dan pergi, dan di malam hari mereka kembali pada kekasih hatinya. Tuhan meminta kita semua untuk bersamaNya saja, bahkan hanya untuk 5 minit pada waktu-waktu yang paling intim dan mustajab doa. Siapa yang kembali kepada Tuhannya di malam hari akan merasakan Dia dekat dan mampu pasrah pada-Nya walaupun di saat-saat kejadian terberat sekalipun.


Maka di bulan Ramadhan ini marilah sama-sama kita berusaha untuk tingkatkan amalan kita demi mendapat Redha Allah Rafiqul A’la dengan bangun bertahajud pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan walaupun hanya sekejap.Marhaban Ya Ramadhan.


Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridha kamathlubi LOVE GOD.



Thursday, August 20, 2009

Marhaban Ya Ramadhan.........



ku Mengharapkan Ramadhan
Kali ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintahnya
Moga Dapat ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti

Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah

Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku

ku Tempuh Jua


Kedatangan Ramadhan sudah tiba. Setiap jiwa orang yang berTaqwa bergetar hati mereka. Semuanya sudah bersedia seperti menyambut kedatangan Sultan atau Raja ke sesuatu tempat. Fuh.. seminggu sebelum Sultan atau Raja hendak datang pelbagai persiapan dilakukan dengan khemahnya, hiasanya, mesyuaratnya, kerjasamanya masing-masing ada perananya. Macam jugak ketika hendak menyambut kedatangan hari lebaran.

Nah… itu lah jiwa orang berTaqwa. Sebelum kedatangan Ramadhan dia mempersiapkan dirinya dengan hiasan akhlak yang mulia. Mendidik nafsunya supaya beradab dengan Tuhan, mensyuarat dengan anggota badan iaitu muhasabah agar setiap anggota badan berperanan melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Dan setiap di dalam diri mereka mempunyai peranan masing-masing untuk menyambut kedatangan bulan Ramdhan yang mulia.

Bahkan, hatinya berkata; “Ya Allah sempatkanlah kami beribadat di bulan Ramadhan”.

Syahdunya seruan ini, menggamit-gamit panggilan Ramadhan, bagaikan suara lebah yang saling bertautan, bersama alunan zikir dan Al-Quran, menanti kedatangannya. Begitulah, Rasulullah sendiri selalu berdoa, “Ya Allah sampaikan kami di bulan Ramadhan”.

Begitulah Rasulullah Saw. dalam memberikan semangat untuk menghadirkan bulan Ramadhan di dalam hati para sahabatnya dan umat Islam waktu itu. Sehingga kedatangan bulan Ramdhan tidak disingkapi sama seperti bulan-bulan lainnya. Namun kedatangan ramadhan disambut dengan penuh makna dan suka cita.kerana didalamnya terdapat malam seribu bulan, dibukanya pintu surga, ditutupnya pintu neraka.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa (Al-Baqarah:183)

Jiwa orang berTaqwa, menantikan kedatangan
Ramadhan, kerana inilah masanya untuk menambahkan ketaatan kepada Allah, walau dalam apa jua keadaan, dengan komitmen yang tinggi Ubudiyah yang berterusan dan mantop. Ramadhan, bulan untuk melatih diri dengan pelbagai aktiviti, meningkatkan ke Taqwaan, membuang sifat-sifat yang keji yang membawa kepada kemungkaran.

Ramadhan yang penuh berkah harus kita jadikan sebagai momentum untuk menyelamatkan masyarakat dengan melakukan taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah), baik dengan taubat, munajat dan menjalankan sejumlah amalan maupun dengan khidmat yakni memberikan pelayanan yang terbaik kepada masyarakat agar kehidupan kita betul-betul dapat dirasakan manfaatnya bagi orang lain dan perbaikan masyarakat dapat kita wujudkan dari waktu ke waktu, baik perbaikan diri, keluarga, masyarakat maupun bangsa dan negara

Inilah masanya untuk melatih memperbanyakkan sedekah;

”Tidak akan berkurang harta seseorang yang diinfakkan di jalan Allah“. Apalagi di bulan Ramadhan, Rasulullah Saw. menjadi lebih dermawan, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas, beliau berkata : “keadaan Rasul lebih dermawan dari pada bulan-bulan lainnya ketika bertemu Jibril ”

Harta merupakan titipan Allah Swt. Manusia hanya diberikan amanah untuk menerimanya sebagai ujian baginya, apakah ia menjadi orang yang syukur nikmat atau sebaliknya. Oleh sebab itu bersedekahlah merupakan bukti keimanan seorang muslim. Pada hakikatnya harta yang dikeluarkan untuk sedekah, infaq apalagi zakat tidak akan mengurangi hartanya tetapi akan memberikan berkah.

Inilah masanya untuk melatih memperbanyakkan bangun malam;

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji..(Al-Isra’: 79)

Dari Abi Hurairah ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”.(Muslim)

Rasulullah SAW ditanyakan tentang shalat yang paling utama setelah shalat maktubah (shalat wajib 5 waktu), beliau SAW menjawab,”Shalat di tengah malam.”.(HR Jamaah kecuali Bukhari)

Dari Amru bin Abasah ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Jarak paling dekat antara Tuhan dengan hamba-Nya pada saat malam di bagian akhir. Bila kamu mampu menjadi salah satu diantara orang yang mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.”.(HR Tirmizy dan beliau mensahihkannya).

Inilah masanya untuk melatih memperbanyakkan zikir dan doa;

Puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga saja, tetapi puasa juga menahan nafsu (syahwat) termasuk syahwat kalam. Seorang yang berpuasa hendaknya menahan pembicaraannya dari berkata yang tidak bermanfaat, ghibah (membicarakan saudaranya), mengejek orang lain mengumpat, menfitnah orang dan sebagainya. Sebab perbuatan tersebut dapat merosak puasa. Rasul bersabda :

Puasa itu benteng, oleh sebab itu maka janganlah berhubungan suami dengan istri (jimak) di waktu puasa dan janganlah berbuat dosa, apabila seseorang mengajak berkelahi atau menghardik maka katakanlah kepadanya ; saya sedang berpuasa, saya sedang berpuasa … (HR. Bukhori)

"Marhaban Ya Ramadhan"