Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 29, 2009

Kehebatan kejadian Burung.....


“Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas? Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah SWT, Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT bagi orang yang beriman” (Surah al-Nahl:79)


Burung yang terbang adalah keajaiban yang sangat kompleks sehingga menakjubkan para saintis:-

1) Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong tak caya cuba makan burung puyoh tengok.


2) Sayap burung dijadikan dalam bentuk (“aerodinamik

” bukan akademik fantasia) yang membantunya untuk terbang dengan baik.


3) Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.

4) Bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan

kerantin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.


5) Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat,licin dan kalis air tak payah beli syampu dah kat kedai.


6) Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada


(“sternum” bahasa melayu moden kot) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap. Wallahualam….


Di Bawah adalah Kajian Penulis mengenai peranan Burung-burung:-



Burung mempuyai pasukan Khas untuk pertunjukan acara Rasmi Kerajaan

Burung juga boleh menyelamatkatkan Kapal Terbang semasa pendaratan Kecemasan

Burung juga mempunyai Latihan CPR bagi burung-burung yang sakit jantung

Burung juga mempunyai kepercayaan mistik iaitu Burung Hantu

Thursday, September 24, 2009

Pesanan di dalam Kuliah Habib Umar


Rasulullah saw berpesan kepada kaum ansar:
“Aku menunggu kamu semua di Telaga Al-Haudh"

Renugkanlah! Kedatanganmu esok di sana bergantung kepada sikap mu di dunia!!

Jika engkau datang ke sini (majlis Ilmu) kerana ada niat di hati untuk mensucikan hatimu, ada niat yang kuat untuk mencapai Redha Allah Rafiqul A’la, ada niat yang kuat untuk mengamalkan apa yang engkau dengar, maka engkau pasti akan sampai ke telaga nya, jika engkau memberi pendidikan atau program belajar agama dan hukum syariat bagi keluargamu, dan engkau ada niat untuk bantu mereka dalam rangka menunaikan urusan agama, maka bantulah mereka agar mereka sentiasa istiqomah

Hal ini kerana zaman sekarang banyak tangan (musuh Islam) akan mencengkam mereka yang bertujuan merosakkan akhlak mereka sehingga tidak menjaga adab pergaulan, sehingga mereka berbuat apa yang terlarang dan berani meninggalkan perintah Tuhan yang di wajibkan ke atas kita!! dan merosakkan pemikiran mereka sehingga berani melecehkan hukum syariat Tuhan!! Berani menodai kehormatan perintah agama!! Dan melecehkan kemuliaan Nabi dan Rasulullah saw!

Hal inilah yang telah di programkan dan dipropagandakan oleh media massa yang bertujuan untuk merosakan dan mencengkam pemuda-pemuda Islam!! oleh itu jagalah mereka!!

Wahai Tuhan tolonglah dan peliharalah syabab-syabab Islam dan seluruh anak-anak islam.

Peringatan sekali lagi!! Jagalah puteri-puteri kamu!! Isteri-isteri kamu!! Bantulah dan berilah mereka dengan pendidikan agama jangan menjadi penghalang untuk mereka berbuat kebaikan!! Bantulah sahabat-sahabat kita supaya berbuat kebaikan!! Kerana ia adalah salah satu tanggungjawab yang besar kepada kita!! Dan peliharalah dirimu,keluargamu,jiranmu,sahabatmu dari siksa api Neraka!!!!
-Allahu Haq

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Lebaran Ini

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini


Di hari lebaran mulia ini

Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman

Seluruh alam turut raikan

Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan

Lupakan segala silap dan salah

Insan bersatu membina ummah

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
from: haqqani-ikhwan.blogspot.com


Tuesday, September 15, 2009

Rebutlah Malam Lailatul Qadar





“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”


Nabi shallallahu’alaihi wa sallam pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:

  • Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa
  • Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
  • Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
  • Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

· Untuk tanda tanda terjadinya malam LailatulQadar:

Nota Ringkas Tanda-tanda Lailaul Qadar yang nk ambik exam sahaja:-

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)


2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar (suram)” (HR Muslim)


3. Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum


4. Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairoh radliyallahu’anhu pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)


5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)


6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb Rafiqul A'la tidak seperti malam-malam lainnya.

-LOVE GOD ALLAHU HAQ-

Friday, September 11, 2009

UMNO parti Islam - PM Tuan Guru Datuk Seri Najib Tun Razak

SIK 10 Sept.Utusan Meloya - Tuan Guru Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.

Tuan Guru berkata, ini kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.


Beliau berkata, perubahan dalam kehidupan peneroka Felda yang kini menikmati kehidupan lebih baik berbanding dahulu hasil perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan perjuangan Islam.


''Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam?


''Walaupun tidak ada label Islam tapi kita telah melaksanakan tuntutannya, melakukan perubahan sehingga mengubah nasib peneroka Felda.


''Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam,'' tegas beliau.


Beliau menegaskan demikian dalam ucapannya pada Program Rahmat Ramadan Warga Felda (PRRWF) 2009 di Masjid An-Nur, Felda Teloi Timur di sini, hari ini.


Tuan Guru Najib berkata, kerajaan tidak mahu Islam dianggap lemah tanpa menguasai pelbagai bidang termasuk ilmu, ketenteraan dan ekonomi.

''Kita tidak mahu melihat umat Islam berbalah seperti di Iraq sehingga masyarakat hidup dalam ketakutan di mana-mana,'' katanya.


Beliau turut meminta umat Islam mengambil iktibar ibadah pada bulan Ramadan dan perjuangan Rasulullah SAW dalam membentuk kekuatan rohani serta jasmani.

Tuan Guru Najib memberikan contoh, peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadan, seramai 313 umat Islam berjaya menewaskan musuh yang lebih besar walaupun dalam keadaan berpuasa.


''Mengapa tidak ambil panduan menerusi perkara ini. Kalau menerusi ibadat puasa pada zaman Rasulullah boleh menang, mengapa kita pada zaman ini tidak boleh mencipta kejayaan,'' katanya kan Islam itu for All....... Takbir!!!3x


*Kalau dulu Tun Dr Mahathir istihar malaysia negara Islam Tuan Guru Najib plak istihar UMNO parti Islam..............mcm2..................

*Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” H.R. Muslim

Hukuman sebat Kartika perlu kekal: Nik Aziz




KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hukuman sebat yang dijatuhkan kepada model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, perlu dilaksanakan walaupun negara berhadapan kecaman dunia luar.

Nik Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak perlu tunduk kepada dunia luar sebaliknya perlu patuh kepada ajaran Islam.

“Dunia luar ini dunia Yahudi. Kita mesti tunduk kepada agama bukan kepada dunia luar. Buat apa kita duk sibuk dengan dunia luar. Mereka ini kalau kita tak minum arak pun mereka kata kita tak pandai nak berkawan.

“Bagi mereka yang pandai berkawan ini minum arak, dadah. Kalau boleh bawa perempuan berseronok itu baru dunia luar seronok tapi hati perut kita sebagai hamba Allah takkan kita nak takut kepada dunia luar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim.

Beliau berkata, kita perlu beritahu dunia luar cara yang betul dan bukan dengan cara mengikut kehendak mereka.

“Sebab itu dua tiga hari baru ini saya buat kenyataan keluar dalam Sinar Harian bermakna kita perlu cuba bebaskan diri daripada menjadi pak turut Eropah.

“Cuba ajar diri jadi pak turut Nabi Muhamad SAW. Kalau kita tanya dunia luar bukan mereka setuju, pedulikan mereka. Hak dia (barat) nak kata, biar dia kata. Tapi kewajipan orang Islam ni kena jawab.

“Kita tak boleh sekat mulut orang tapi kita jawab. Mana boleh kita nak ikut orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman yang dibuat negara luar dan media asing ekoran hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan minum arak di khalayak ramai.

Beliau berkata, hukuman sebat di dalam Islam bukan empat atau lima sebatan sebaliknya hukumannya 80 rotan.

“Dan rotan dalam Islam ni rotan bukan untuk suruh sakit tapi untuk malu. Hudud ni Kelantan dah buat. Kami berbincang dengan ramai tokoh termasuk Ketua Hakim sekarang.

“Kami dah buat dah draf dan lulus kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat (dulu) kata kalau buat juga benda ini akan diambil tindakan,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tetapi sekiranya pembangkang (Pakatan Rakyat) menguasai tampuk pemerintahan ia akan dilaksanakan.

“Bila kita yang sekarang ini dipanggil pembangkang menguasai Kuala Lumpur pandai la kita buat. Dia (Kerajaan Pusat) nak kata apa dah.

“Usaha akan terus dilakukan sehingga kiamat. Kalau DAP tak nak terima kita akan tanya di mana tidak kena dan sekiranya dia boleh beritahu di mana saya akan terima,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, apa yang menjadi masalah sekarang bukan DAP tetapi orang Islam sendiri.

*
firman Allah SWT : Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara kaffah (menyeluruh)” [Al-Baqarah : 208]

*barang siapa yang menentang ayat Allah SWT walau satu ayat maka dia adalah golongan yang sesat


Thursday, September 10, 2009

Rintihan Taubat 10 malam Terakhir Ramadhan





















Tuhan aku ini hamba Mu pimpinlah

Tuhan aku ini hambaMu maafkanlah

Aku selalu membuat kesalahan

Setiap hari ku membuat dosa

Ampunkanlah hambamu ini


Tuhan hambamu ini lemah

Memerlukan kekuatan dari Mu

Jangan biarkan ku terumbang-ambing

Dengan kehidupan dunia yang menipu

Berilah aku petunjuk selalu


Iman itu adalah segala-galanya

Hidayah tinggi nilainya

Taufik sangat berharga

Anugerahkanlah kepada ku

Agar aku mulia di sisi Mu


Tuhan kalaulah bukan petunjuk dari Mu

Sudah tentu aku tersesat jalan

Kalau bukanlah taufik dari Mu

Menempuh jalan ku tentu tidak mampu

Oleh itu pimpinlah ku dalam hidup di dunia ini


Begitulah harapanku pada Mu

Setiap doa ku panjatkan

Wahai Tuhan Engkau dengarlah Pemintaanku

Engkau terimalah permintaanku

Engkau terimalah permintaanku

Engkau terimalah permintaanku