Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 31, 2009

Ajaran Islam Menyelesaikan Permasalahan


Seseorang yang menyandarkan dirinya pada prinsip-prinsip dalam Al Qur'an sentiasa tenang dalam menyelesaikan permasalahan hidupnya dan sentiasa bertindak bijaksana. Demikianlah, orang yang hidup dengan prinsip tersebut tak pernah merasakan frustasi, bagaimana pun rumit keadaan yang dihadapi. Kerana itulah, dalam masyarakat yang menjunjung tinggi ajaran agama, tak seorang pun dari mereka yang tak dapat menyelesaikan masalahnya.

Ketika nilai agama tidak ditegakkan, manusia tidak menunjukkan kemanusiaannya. Permasalahan sederhana sekalipun, tidak akan diselesaikan secara bijaksana dalam masyarakat tak beragama. Masyarakat demikian mengahadapi kesukaran terus-menerus sepanjang hidupnya. Jangankan mencari penyelesaian, justru mereka mencari masalah dalam sehariannya, seolah-olah itu adalah malapetaka yang tak mungkin diselesaikan. Kerana tak sanggup menyelesaikan masalah yang bertubi-tubi dalam setiap segi kehidupannya, mereka kemudian berputus asa dan menggugat. Sementara itu, kerana gagal mempertahankan alasan, mereka tak mendapatkan satu pun pemecahan. Bahkan jika mereka mendapatkannya, hal itu terbukti tidak rasional, kerana yang mereka mempunyai pemikiran dangkal.

Alasan utama mengapa konflik sentiasa tak selesai2 dalam masyarakat yang jauh dari agama adalah anggota masyarakat sendiri tidak mampu menyelesaikan persoalan peribadinya. Seseorang yang tidak menyandarkan dirinya pada prinsip-prinsip Islam akan mengatasi persoalannya dengan cara-cara mereka sendiri. Dalam hal ini, dia berusaha memuaskan diri sendiri tanpa mempertimbangkan kepentingan orang banyak. Dalam setiap tindakannya, dia tak mahu menghadapi resiko, dan tidak mahu menghabiskan tenaga dan biaya, atau mengambil tanggung jawab yang bermanfaat bagi kepentingan orang lain.

Bahkan hal smple yang rumit diatasi menjadi teka-teki baginya. Setiap orang ingin mempengaruhi orang lain, bertindak menjilat atasannya, ingin kedudukannya diakui, atau paling tidak ingin menjadi orang yang selalu memberi "kata akhir" atau keputusan. Kepribadian yang demikian menyebabkan orang lain tak boleha memberikan sumbangan pemikiran. Alasan dibalik kedunguan orang yang tak mahu hidup dengan prinsip-prinsip agam firman Allah SWT:-

“Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka terpecah belah. Yang demikiann itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tiada mengerti. (QS. Al-Hasyr: 14).

Orang-orang beriman, menyedari bahwa Allah memperhitungkan segala sesuatu, mengharuskan orang bertindak bijaksana dan hati-hati dalam setiap keadaan. Mereka membuat keputusan paling tepat dan menemukan solusi terbaik. Mereka dapat memutuskan segala permasalahan dengan cepat tanpa terhalang apapun, kerana mereka dituntun oleh moral terbaik, tanggung jawab, dan kemampuan berpikir yang diilhami oleh ajaran Alqur'an. "Urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka" (QS. Asy-Syuura: 38).

Setiap saat mereka mengambil pilihan yang paling diredhoi Allah. Tak satupun hal yang bertentangan dengan keadilan dan kebenaran, meski barangkali itu berlawanan dengan kepentingan atau kepuasan pribadi mereka.

Dengan hanya mengabdi pada Allah dan mengharap imbalan hanya dari-Nya, orang mukmin tak pernah mencari pengakuan dari orang lain, mencari gelar di mata manusia ataupun disanjung oleh mereka. Oleh kerananya, dalam setiap keputusan yang mereka ambil, mereka sentiasa menerima dukungan, bimbingan, ilham, dan hikmah dari Allah.

Orang beriman memiliki ketakutan dan ketundukan yang sangat pada aturan Allah, sehingga ia diberi "furqaan" untuk membezakan yang hak dan yang bathil (QS. Al-Anfal: 29) sehingga ia tiba pada keputusan yang tepat. Mereka pun akan mendapatkan "jalan keluar" (QS. Ath-Thalaq: 2) dan "kemudahan dalam segala urusan" (QS. Ath-Thalaq: 4)


Monday, October 26, 2009

Terjadinya Perang Jamal Aisyah r.a VS Ali k.w……..



Sekadar Gambar Hiasan

Melihat kepada sejarah mungkin miscommunication atau salah maklumat Perang Jamal ini berlaku. Ia dimulai apabila Aisyah r..a., Thalhah dan al-Zubair Ra beserta orang-orang yang bersama mereka pergi ke Basrah setelah pengangkatan Ali bin Abi Thalib Ra menjadi khalifah umat Islam. Tujuan Aisyah r.a ke Basrah untuk menyatukan umat Islam, bukan beperang atau memberontak terhadap Ali k.w. Pasukan Ali r.a. pun pergi ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan Aisyah R.a, tetapi untuk bersatu dengan mereka menghadapi peristiwa pembunuhan Usman r.a. Jika tujuannya untuk mempersatukan umat Islam, kenapa terjadi peperangan antara pasukan Aisyah dan Ali?

Sebenarnya ada orang-orang yang membunuh Usman r.a menyamar di antara umat Islam . Mereka tidak suka melihat Aisyah r.a dan Ali k.w bersatu. Oleh kerana itu mereka merencanakan untuk mengadu domba mereka. Di pagi hari yang gelap para pembunuh Usman menyerang pasukan Aisyah yang sedang tidur dengan nyenyaknya. Pasukan Aisyah menyangka pasukan Ali mengkhianati mereka. Untuk mempertahankan diri mereka, pasukan Aisyah menyerang pasukan Ali. Pasukan Ali menyangka pasukan Aisyah telah mengkhianati mereka. Akibatnya terjadilah perang Jamal.

Muawiyah menolak berbai’ah kepada Ali bukan kerana tidak setuju dengan kekhalifahan Ali. Tapi beliau menginginkan agar Ali menjatuhkan hukuman hudud terlebih dahulu kepada Usman. Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan pembunuh Usman berkeliaran dengan bebas. Tetapi umat Islam yang sedang terpecah belah menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk mengambil tindakan apapun.

Muawiyah bukan pemberontak, kerana walaupun beliau tidak berbai’ah kepada Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam. Pasukan Ali lah yang bergerak ke Syam. Hal ini menyebabkan Muawiyah menyiapkan pasukannya juga dan berangkat menuju Kufah. Akhirnya kedua pasukan itu bertemu di suatu tempat yang dinamakan Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan perang Siffin.

Ketika Muawiyah sedang tidur bersama isterinya dan mendengar berita terbunuhnya Ali, beliau terus bangun dan berkata: Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Kemudian beliau menangis. Kemudian beliau menangis. Istrinya berkata: “Kemarin engkau menyalahkannya dan hari ini engkau menangis untuknya?” Jawab Muawiyah: “Wahai istriku! Aku menangis mengenang manusia akan kehilangan sikap penyantunnya, ilmunya, kelebihannya, awalnya dia dalam Islam dan juga kebaikannya”.

Walaupun Muawiyah bukan pemberontak, tidak bererti Muawiyah berada di pihak yang benar. Di dalam Islam, apabila wujud perbezaan pendapat antara pemimpin dan yang dipimpin, maka kebenaran terletak pada pemimpin. Dalam peristiwa perang Siffin tersebut, pemimpin pada saat itu adalah Amirul Mukminin Ali. Maka sikap yang lebih tepat bagi Muawiyah adalah tidak meletakkan syarat untuk membai’ah Ali. Sebaliknya terus membai’ah beliau dan kemudian mencari penyelesaian untuk memdapatkan pembunuh Usman.

Apabila Ali bin Abi Thalib k.w dibunuh, maka orang ramai melantik anaknya Hasan sebagai khalifah yang baru. Akan tetapi Hasan menginginkan kemaslahatan dan persatuan umat Islam, sehingga beliau memutuskan untuk memberikan jawatan khalifah kepada Mu’awiyah dan kemudian membai’ah Mu’awiyah sebagai khalifah umat Islam yang baru.

Orang menuduh bahwa Muawiyah pembunuh Hasan. Padahal tidak ada bukti yang mengaitkan Muawiyah dengan pembunuhan Hasan. Sampai sekarang tidak diketahui siapa yang meracuni Hasan.

Sejarah versi Syi’ah mencela Muawiyah kerana telah menyerahkan jawatan khalifah kepada anaknya Yazid. Padahal pelantikan Yazid tersebut telah disetujui oleh rakyatnya demi kemaslahatan umat. Menurut versi Syi’ah, Yazid bin Muawiah juga terkenal dengan berbagai kejelekan. Yang paling menonjol adalah memerintahkan bawahannya untuk membunuh Husain bin Ali ra.

Setelah Yazid dibai’ah menjadi khalifah, Husain menerima surat dari penduduk Kufah. Yang menulis surat tersebut adalah kaum Syi’ah dan para pembunuh Usman. Isi surat tersebut adalah mengundang Husain untuk datang ke Khuffah guna dilantik sebagai khalifah. Para sahabat seperti Muhammad bin Hanafiyah, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Ja’far, Abdullah bin Umar, Abu Sa’id al-Khudri, dan Yazid menasihati Husain agar mengabaikan undangan tersebut. Namun Husain enggan mendengar nasihat tersebut dan meneruskan perjalanannya ke Khuffah bersama anggota keluarganya.

Ketika Yazid menerima berita keberangkatan Husain dan keluarganya ke Khuffah, beliau memerintahkan gabernornya di Basrah, Ubaidullah bin Ziyad, untuk ke Kufah guna memperhatikan pergerakan Husain dan penduduk Kufah tetapi akibat suasana yang tegang di Kufah, pergerakan Husain ke Kufah dan sikap Ubaidullah yang tergopoh-gapah, menyebabkan terbunuhnya Husain dan sebagian keluarganya di Karbala.

Adalah sebuah fitnah yang mengatakan bahwa Yazid memerintahkan pembunuhan Husain dan menyuruh membawa kepala Husain kepadanya. Sebenarnya Yazid merasa sangat sedih ketika mendengar Husain dibunuh oleh Ubaidullah bin Ziyad. Ubaidullah memerintahkan agar Husain dibunuh dan kepalanya di bawa kepadanya. Akibat perbuatannya tersebut, Ubaidullah bin Ziyad dibunuh.

Pertarungan di kalangan sahabat adalah hasil dari ijtihad masing-masing. Pembunuhan Usman adalah penyebab segala-galanya. Pintu fitnah ini telah menyeret para sahabat ke medan pertempuran sesama sendiri. Campur tangan golongan munafiqun yang diketuai oleh pendiri Syi’ah, ‘Abd Allah ibn Saba’, telah memainkan peranan dalam menghidupkan episod pertarungan sesama para sahabat. Sesungguhnya pertempuran tersebut berlaku bukan kerana perebutan harta dan kekuasaan, tetapi sebaliknya kerana ingin melihat keadilan dan kebenaran. Sejarah mencatat semua sahabat termasuk Sayyidina ‘Ali menyesali keterlibatan mereka dalam kancah tersebut. Fitnah itu hilang setelah berakhirnya zaman tersebut. Semua umat Islam mengakui kebenaran berada di pihak Ali k.w.

Sama-samalah kita berdoa agar umat Islam tidak lagi berpecah dan semoga kasih sayang menyinari bumi Malaysia ini dengan cahaya Islam… Doa Rabitah untuk menyatukan kembali hati-hati pejuang Islam yang ikhlas dan Qunut Nazilah untuk golongan yang cuba memecah belahkan Jemaah Islam.

Thursday, October 22, 2009

Nun Disana Cita-cita yang Hakiki


Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibal kalau mahu sedar

Nun disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegeralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu syaitan

Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana

Ayuh bersegeralah menuju Allah
Thoa'tilah Dia minta ampun pada-Nya
Mati bila - bila masa benih tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibal kalau mahu sedar

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal


Ramai umat Islam sekarang bercita-cita inginkan kesenangan. tetapi malangnya cita-cita yang diimpikan hanya sekadar kesenangan di dunia semata-mata. mereka lupa bahawa hakikat kehidupan manusia yang sebenarnya hanyalah di akhirat kelak yang mana kita kekal di sana buat selama-lamanya. bergantunglah kepada amalan kita di dunia jika baik selamatlah selama-lamanya jika sebaliknya maka ingatlah kita tidak akan kembali di dunia untuk membuat kebaikkan lagi. maka beruntunglah orang membuat persiapan untuk ke sana.

ALLAHU HAQ

Monday, October 19, 2009

“Wanita dilarangan Memandang Lelaki Yang Bukan Muhrimnya”


Kalau kita melihat ceramah atau artikel yang kita pernah dengar dan baca banyak menyerang kaum lelaki supaya menjaga pandangan sedangkan hukum wanita sama dengan lelaki iaitu wajib menjaga pandangan mereka…….

Amr bin Abdul Mun’im

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan kaum wanita untuk memelihara pandangan mereka dari kaum lelaki yang bukan muhrimnya, dimana Allah SWT berfirman.


“Artinya : Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka”. (An-Nur : 31)


Imam Al-Hafidz Imadudin Ibnu Katsir Rahimahullah mengatakan. (Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim, III/283)


“Firman Allah : “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka”, bererti pandangan terhadap hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT bagi kaum wanita untuk melihatnya dari lelaki selain suaminya. Oleh kerana itu, banyak dari para ulama yang berpendapat untuk tidak memperbolehkan wanita melihat lelaki yang bukan muhrimnya baik dengan syahwat maupun tidak”.


Alasan larangan tersebut adalah kerana pandangan wanita pada orang lelaki yang bukan muhrimnya, atau sebaliknya, pandangan lelaki kepada wanita yang bukan muhrimnya merupakan pendahuluan dari perbuatan zina, bahkan Nabi SAW telah menyebutnya sebagai “zina mata”.


Dari Abu Hurairah RH, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda.

“Artinya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina, yang ia pasti mengetahuinya. Zina mata berupa pandangan, zina lisan berupa ucapan, dan jiwa mengharap dan menginginkan. Dan kemaluan yang membenarkan atau mendustainya”. (Hadits Riwayat Muttafaqun ‘alaihi)


Al-Hafidz Ibnu Hajar RH mengatakan. (Fathul Bari, Ibnu Hajar, XI/22)

Ibnu Bathal berkata : “Pandangan dan ucapan disebut berbuat zina karana keduanya mengajak kepada zina yang sebenarnya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW mengatakan : ‘Kemaluan membenarkan atau mengingkarinya’.


Allah berfirman.

“Artinya : Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat’. Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya”. (An-Nur : 30-31)


Dalam sebuah hadis diriwayatkan dari Nabi SAW, bahwa beliau pernah bersabda kepada Ali.

“Artinya : Wahai Ali, janganlah engkau susul pandangan dengan pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bagianmu “. (Hadits Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan Abu Daud)


Dalam hadis lain disebutkan.

“Artinya : Pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari berbagai macam anak panah iblis. Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan-keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya, yang akan dia dapatkan hingga hari dia bertemu dengan-Nya”.


Kerana itu, setiap wanita Muslimah diharuskan untuk memelihara pandangannya dari melihat lelaki yang bukan muhrimnya, kerana yang demikian itu adalah lebih baik baginya di dunia dan di akhirat.

Sunday, October 18, 2009

Anak haram bercambah di Malaysia




KUALA LUMPUR Harian Metro : Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.


Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.

“Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.

“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.

Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.

“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

Friday, October 16, 2009

La Tahzan Sesungguhnya Allah Bersama Orang yang Bersabar


Pengajaran dari pasca kelemahan PAS di Bagan Pinang….

Firman Allah dalam:
لقد نصركم الله فى مواطن كثيرة ويوم حنين إذ أعجبتكم كثرتكم فلم تغن عنكم شيئا وضاقت عليكم الأرض بما رحبت ثم وليتم مدبرين ثم أنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين وأنزل جنودا لم تروها وعذب الذين كفروا وذلك جزاء الكفرين Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir (ayat 25 ,26 surah al-Taubah)


Peperangan Hunain berlaku apabila bani Hawazin dan Thaqif pimpinan Malik bin Auf yang tinggal di Taif merancang untuk menyerang umat Islam. Bagi mengetahui secara lanjut tentang persiapan mereka lalu Rasulullah s.a.w menghantar Abdullah bin Abi Hadrad al-Aslamiy ke Taif untuk tinggal di tengah-tengah kaum tersebut bagi mengumpul maklumat. Setelah itu dia pulang ke Mekah dan memberitahu tentang persiapan bani Hawazin dan Thaqif dari segi kelengkapan senjata dan juga dengan bilangan tentera antara 20 hingga 30 ribu orang bagi menyerang umat Islam. Pasukan kuffar ini turut membawa bersama harta benda dan anak isteri mereka agar mereka tidak lari dari medan perang kerana maksud peperangan ialah menjaga diri, harta dan keluarga daripada serangan musuh. Di sini kita dapat lihat bagaimana peperangan memerlukan kepada usaha dan perancangan yang rapi termasuk mencari maklumat lengkap tentang jumlah dan persiapan musuh sehingga memungkinkan kita mengetahui tentang tahap kekuatan dan kelemahan yang ada. Tugas pengintip rahsia walau pun merbahaya tetapi perlu ada bagi mengumpul sebanyak mungkin maklumat pihak lawan sebelum peperangan meletus.


Rasulullah s.a.w bersama 12 ribu orang tentera muslimin iaitu 10 ribu dari Madinah dan 2 ribu dari Mekah telah keluar menuju ke lembah Hunain. Dalam peperangan ini disebabkan kekurangan bekalan senjata maka Rasulullah s.a.w terpaksa meminjam senjata dan seratus baju besi daripada Safwan bin Umaiyah yang belum Islam lagi pada masa itu. Pinjaman yang terpaksa dibuat ini tidak menjatuhkan maruah umat Islam kerana Safwan adalah seorang yang dipercayai dan dia agak lemah serta tidak mampu menguasai umat Islam melalui senjata yang dipinjamkan itu.


Keesokan harinya ketika tentera Islam di barisan hadapan pimpinan Khalid bin Walid sedang bergerak mara, mereka diserbu dari arah kiri dan kanan disamping anak panah yang menghujani mereka dari arah depan dan belakang. Serangan mengejut ini menyebabkan kuda-kuda lari ketakutan begitu juga ramai tentera Islam yang berundur ke belakang terutama dalam peperangan kali ini walau pun jumlah tentera Islam agak ramai berbanding beberapa peperangan sebelum ini tetapi kebanyakan mereka baru memeluk Islam dan tidak begitu tahan dengan ujian. Ini memberi suatu pengajaran yang besar di mana jumlah yang ramai belum tentu dapat mengalahkan musuh jika perjuangan tidak disertakan dengan keikhlasan kepada Allah dan juga tidak tahan dengan ujian yang mendatang. Kebanyakan tentera Islam merasakan mereka akan mendapat kemenangan dengan mudah kerana jumlahnya yang ramai disamping mereka juga begitu terlalu memikirkan harta rampasan yang bakal diperolehi sehingga melalaikan mereka daripada mengingati bahawa peperangan yang disertai itu ialah untuk Islam bukannya untuk meraih harta dunia. Jumlah umat Islam pada hari ini bukan sedikit tetapi kita diuji dengan kekalahan kerana tidak kembali bersatu di bawah payung Islam.


Ketika suasana bertambah gawat dan cemas lalu Rasulullah s.a.w yang berada di tengah-tengah tentera Islam yang sedang berundur ke belakang di mana Rasulullah s.a.w terus mara ke arah musuh dan cuba menghadapi mereka secara bersendirian tetapi dipegang oleh 2 orang sahabat yang lain. Musuh turut menyebarkan berita bohong bahawa nabi telah terbunuh di mana serangan saraf ini melemahkan lagi semangat tentera Islam. Inilah bahayanya serangan saraf terutama dalam sesuatu perangan kerana ia boleh mengalihkan tumpuan musuh dan menghancurkan kesatuan sesama mereka. Kita umat Islam hari ini juga tidak terlepas daripada serangan saraf yang dilancarkan oleh musuh dalam melunturkan semangat jihad kita dan menghancurkan perpaduan umat Islam untuk kembali kepada Islam.


Akhirnya apabila mendengar jeritan Rasulullah s.a.w dan melihat keberanian baginda meluru ke arah musuh telah menaikkan semangat tentera Islam yang benar-benar mahu berjuang iaitu kira-kira 200 orang di mana kemaraan tentera Islam bagi kali kedua ini telah berjaya menewaskan musuh yang ramai. Selepas itu tentera Islam turut mengepung musuh di Taif dan kemudiannya kembali dengan tidak membunuh musuh yang telah terkepung sebaliknya diiringi doa agar mereka memeluk Islam. Ini menunjukkan bagaimana peperangan dalam Islam bukannya untuk membalas dendam tetapi ia merupakan antara jalan dakwah apabila dilawan dengan kekerasan. Selepas itu ramai puak Hawazin telah memeluk Islam yang membolehkan nabi membebaskan tawanan perang daripada kalangan mereka. Inilah keindahan Islam yang meraikan keadilan tidak sebagaimana yang dituduh oleh musuh yang mengatakan bahawa Islam suatu agama yang menggalakkan keganasan.

Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :

انفروا خفافا وثقالا وجــهدوا بأمولكم وأنفسكم فى سبيل الله ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون

Maksudnya : Pergilah kamu samada dalam keadaan ringan atau pun merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Di atas pengajaran di atas barulah kita ketahui mengapa PAS lemah di bagan pinang. PAS perlu muhasabah kembali bahawa ramai ahlinya yakin dengan kemenangn PAS di Bagan Pinang disebabkan jentera atau tenteranya yang ramai dan pilahanraya sebelum inipun PAS menang. Mereka lupa bahawa yang memberi kemenangan itu adalah Allah SWT bukan manusia. Begitu juga para sahabat yakin dengan kemenangan disebabkan bilangan mereka yang ramai lagipun sebelum ini mereka menang di peperangan BADAR meyebabkan mereka yakin dengan kekuatan mereka. Disebabkan serangan psikologi oleh pihak musuh mengatakan Rasulullah SAW telah wafat menyebabkan mereka hilang semangat dan sepenuh hati lantas mereka mengharapkan pertolongan dari Allah SWT. Disebabkan doa yang ikhlas itu maka Allah SWT memberi kemenangan kepada mereka di dalam perang hunain.


Justeru itu kita yakin bahawa PAS berada di pasca perang psikologi iaitu lemah semangat di atas kekalahan di Bagan Pinang. Maka tunggu lah pilihanraya akan datang setelah semua ahli PAS mengharapkan pertolongan Allah SWT dan berdoa dengan hati yang ikhlas seperti yang berlaku di perang hunain I.Allah kemenangan Islam akan menjadi kenyataan “ Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri janji”…………Allahu Haq

Friday, October 9, 2009

Umno diingatkan jangan CABAR KESABARAN PEMUDA PAS





pic06334


pic19169

pic26500

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

JIHAD

Definisi

Jihad adalah peperangan melawan kafir yang dipandang musuh dan memusuhi Islam kerana membela agama Allah, menegakkan Kalimatullah, sampai akhirnya tercipta ketenteraman, kedamaian, dan keamanan bagi seluruh pemeluk agama dalam pemerintahan Islam semata-mata untuk meraih keredhaan Allah...

Makna yang di-Qiyaskan Jihad

meskipun bukan disebut jihad, tapi boleh dikatakan jihad, iaitu mengurus isteri dan anak-anak, menjadi ibu rumah tangga yang mendidik anak, menuntut ilmu, pergi haji, mencari nafkah, berbakti kepada orang tua, dan sebagainya....

Dalil Naqli Jihad

اُذِنَ لـِلـَّذِيْنَ يـُقـٰـتِلـُوْنَ بـِاَنـَّهـُمْ ظُـلـِمُوْا ۚ وَاِنَّ اﷲَ عـَلـَىٰ نـَصـْرِهِمْ لـَقـَدِيْرٌ۞ آلــَّذِيْنَ اُخـْرِجـُوْا مـِنْ دِيـٰـرِهـِمْ بـِغـَيْرِ حـَقٍّ اِﻵّ اَن يـَقـُوْلــُوْا رَبـُّـنـَا اﷲُ ۗ وَلـَوْﻵ دَفـْعُ اﷲِ النـَّاسَ بـَعـْضـَهـُمْ بـِبـَعـْضٍ لـَّهـُدِّمـَتْ صـَوٰمـِعُ وَبـِيـَعٌ وَصـَـلـَۈتٌ وَمـَسـٰـجـِدُ يـُذْكـَرُ فـِيـْهـَا آسـْـمُ اﷲِ كــَـثـِيـْرًا ۗ وَلــَيـَنـْصـُرَنَّ اﷲُ مـَنْ يـَـنـْصـُرُهُ ۗ اِنَّ اﷲَ لـَقـَوِيٌّ عـَزِيْزٌ۞

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu. ۞ (yaitu) orang-orang yang diusir dari kampong halaman mereka tanpa alasan yang benar, hanya kerana mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah!”. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara, gereja-gereja,tokong-tokong dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. ۞"

Hukum Jihad

Jihad termasuk ibadah mahdhah, Hukum Jihad ada 2:

1. Fardhu Kifayah (wajib atas sejumlah keadaan), selama terpaut akan suatu tempat, pemerintahan, dan harta yang dimiliki sejumlah tentera yang ada, gerakan inthifadhah di Palestin boleh digolongkan fardhu kifayah...

2. Fardhu 'Ain (wajib atas seluruh Muslim), jika benar-benar darurat dan genting serta mengancam keselamatan dan ketenteraman agama Islam ( Jika keganasan Umno terhadap petugas PAS benar-benar darurat)...


Syarat Wajib Jihad

1. Islam, bukan Islam tidak wajib jihad dan tidak dikenai hukum Jihad (seperti kaum Dzimmi)..
2. Baligh, dalam erti kata secara biologis dan secara mental, anak-anak belum wajib jihad sampai baligh..
3. Berakal, orang gila tidak wajib jihad..
4. Merdeka, budak tidak wajib jihad..
5. Laki-laki, umumnya jihad identik dengan laki-laki sebagai kaum yang melindungi, perempuan tidak wajib jihad, tapi sunnah jika diizinkan suami dan haram jika dilarang suami..
6. Sehat dan Kuat Badan, orang cacat dan orang tua tidak wajib jihad kecuali memang diizinkan panglima..
7. Memiliki harta yang cukup untuk belanja keperluan perang, orang fakir dan miskin tidak wajib jihad, kecuali jika memang memiliki harta cukup barang membelipedang saja atau handgun (pistol) saja..
8. Dapat izin dari orang tua, jika tidak diizinkan haram hukumnya, tapi berjihad untuk orang tuanya (berbakti), jika tidak memiliki orang tua, meminta izin kepada ahli keluarga

Kesopanan dalam Jihad

1. Dilarang mengganggu atau membunuh perempuan dan anak-anak, kecuali darurat (misalnya dalam keadaan malam hari yang mana penglihatan kurang jelas)..
2. Dilarang menyakiti orang yang tua kecuali darurat seperti di atas..
3. Dilarang mengganggu, menyakiti, dan membunuh utusan rasmi musuh..
4. Dilarang merosak atau menghancurkan tempat-tempat di negeri tempat berperang, meskipun negeri musuh.. (gereja, tokong, kuil, sekolah, dll)..
5. Dilarang memerangi kafir yang belum sampai seruan Islam..
6. Dilarang membunuh kafir dalam perang yang masuk Islam sebelum ditawan..
7. Dilarang merosak pokok dan haiwan ternakan dengan sengaja..


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.



"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu[993], dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong."

oleh itu peringatan kepada Umno jangan Cabar Kesabaran Pemuda PAS kerana Mati Syahid itu memanglah cita-cita kami!!! tetapi kami datang bukan untuk berperang. tetapi ingin membawa Kasih Sayang dan Kebenaran bahawa Parti Umno adalah Parti Sekular yang bertentangan dengan ajaran Islam!! Kami bukan mencari Musuh Tetapi Kalau Musuh Mencari Kami..............!!!!!!