Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 19, 2010

Thursday, March 18, 2010

Setiap Manusia inginkan Kasih Sayang




Setiap manusia merindukan kasih sayang
ia adalah fitrah semula jadi
menginginkan hidup yang harmoni
itulah kebahagiaan yang dicari

setiap insan inginkan pembelaan
inginkan perlindungan dan dihormati
hak asasi jangan dicabuli
setiap yang bersalah hendaklah diadili

bertolak ansur didalam kehidupan
diantara rukun bermasyarakat
berfikir dan bermuafakat agar kehidupan
bermasyarakat menjadi bekat

dimana.....!! oh.... dimana....!!!
ini semua diperolehi............!!!

keinginan fitrah manusia sudah punah!!
harapan manusia musnah sama sekali
lantaran hati hitam dengan mazmumah

disana-sini huru-hara dengan krisis
peperangan mengamuk
harta musnah manusia mati
kemiskinan dan kemelaratan terbiar sendiri
pembesar si kaya Rasuah bermaharajalela

Tuhan kami merayu padaMu
Engkau saja harapan kami ini
Engkau pelindung sejati

Engkau pembela kami

Engkaulah penyelesai masalah yang menimpa kami


Friday, March 12, 2010

Semangat Melayu Islam Zaman Isu Natrah berbeza dengan Zaman Semangat Melayu sekarang






Antara petikan kata-kata lelaki Islam ketika Tragedi Natrah :-

Pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.

Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha

“Ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi….”

Dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan

“Demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini.”

Laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid


Kini Ramai yang Murtad!! Adakah Melayu Islam Sekarang seperti dulu?? atau sekadar Semangat Melayu Kebangsaan semata-mata bukan lagi semangat Melayu Islam seperti Isu Natrah??


Saturday, March 6, 2010

Perlunya Bersama Jemaah Gerakan Islam

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain melanggari batas-batas Allah. Perumpaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal. Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini, nescaya mereka akan karam kesemuanya”.-Riwayat Bukhari-


Sabda Nabi SAW.yang bermaksud:”wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu dengan kamu terhadap perpecahan.” (Riwayat al-Tirmizi)


“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil dari kumpulannya, maka berhati;hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai.” (Riwayat Ahmad)


Umar al-Khattab r.a berkata: “Sesungguhnya tiada Islam melainkan dengan jemaaah, tiada jemaah melainkan dengan kepimpinan dan tiada kepimpinan melainkan dengan ketaatan.” (Riwayat Ahmad)


Sejarah awal Islam, kemantapan iman para sahabat Nabi s.a.w. diterapkan melalui ukhuwah yang padu yang sentiasa hidup dalam satu jemaah yang kukuh. Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri, diselitkan dengan sifat-sifat mahmudah yang indah sebagaimana dituntut dalam Islam.


Pada masa kini, kebanyakan umat Islam dilanda sindrom rendah diri dan kurang daya saing dalam pelbagai lapangan kehidupan. Khususnyadalam aspek ilmu pengetahuan dan ekonomi. Justeru , umat Islam mesti menyedari akan hal itu dan bertindak untuk membentuk satu berisan jemaah yang padu yang dapat membela dan memandu umat agar standing umat yang lain dalam apa jua bidang. Hal ini dapat juga kita mencontohi Gerakan Ikhwan Muslimin yang amat digeruni oleh kerajaan mesir sehingga kini dan juga gerakan Arqam masa dahulu yang mana mereka dapat menopolikan ekonomi umat Islam setanding barat.


Kalangan umat Islam kini terdapat mereka yang mula merungkai ikatan Islam secara sedikit demi sedikit dengan meninggalkan beberapa amalan yang telah ditetapkan dan juga meninggalkan hukum-hakam serta perundangan Islam, oleh itu perlunya sebuah jemaah untuk mengikat kembali system hidup Islam ini.


Kewujudan beberapa pertembungan pemikiran kelompok dan puak dalam kalangan umat Islam, telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam, maka di sini perlunya kita ber jemaah untuk menggabungkan diri di dalam satu saf yang kukuh.


Fitnah yang dilemparkan ke atas umat Islam telah menyebabkan perasaan dan jiwa umat Islam tertekan, maka perlu jemaah untuk bersimpati terhadap apa jua yang berlaku.


Perkembangan semasa pemuda melayu yang beragama Islam banyak terlibat dalam gejala social negative yang semakain merebak luas. Jadi hal ini, memerlukan tindakan bersama dalam kalangan umat Islam dan bertindak dalam satu jemaah yang efektif. Ingat musuh semakin maju kita semakin mundur hanya jadi pak turut dan pak urut.


Perkembangan mutakhir ini masyarakat Islam terlibat dengan pelbagai kerosakan akidah yang menggugat. Antaranya, gejala ajaran sesat, peniruan budaya barat, yang pasti tidak mahu didiamkan begitu sahaja. Kita sewajarnya bertindak, khusus dalam satu jemaah gerakan haraki untuk mebasminya, agar imej Islam dapat diletakkan kembali di kedudukan yang tinggi.


Umat Islam tidak harus berpecah dalam menghadapi arus perubahan semasa yang begitu mencabar, sebalaiknya hendaklah berada dalam satu jemaah Islam yang kukuh.


Apabila umat Islam bersatu kukuh dalam satu jemaah yang mantap, pasti Allah akan meredai, dan berkemampuan menerajui kecemerlangan ketamadunan dunia. Maka marilah sama-sama kita menginfakkan diri kita ke dalam Jemaah Gerakan Islam Malaysia.

"Wahai Orang yang beriman apabila Kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu"