Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 30, 2010

ijtima’ tarbawi pemuda pas peringkat kebangsaan 2010



Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan program Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS peringkat kebangsaan 2010 bermula 1 hingga 3 Oktober 2010 bertempat di kampung Rusila, Marang, Terengganu. Program tarbawi perdana yang julung kali diadakan sejak sekian lama ini dijangka akan dapat menghimpunkan ribuan jentera pemuda PAS dan pendukung gerakan Islam dari seluruh negara.

Program ijtima’ perdana ini adalah bermatlamat menggerakkan pemuda untuk memahami tanggung jawab membina kekuatan PAS melalui tarbiyah dan sistemnya yang jitu. Ia juga bersempena dengan pindaan perlembagaan PAS terbaru yang telah memberi ruang dan melibatkan jentera pemuda di peringkat kawasan ke dalam program kemuncak parti iaitu muktamar tahunan.

Program ijtima’ akan membantu jentera kawasan di seluruh negara untuk memahami dan menilai peranan dan tanggung jawab masing – masing.
Melalui program 3 hari 2 malam ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan kehadiran sekurang – kurangnya 20 orang jentera pemuda setiap kawasan selain jenteranya di peringkat pusat dan negeri. Jangkaan kehadiran lebih 3000 orang jentera pemuda ini pula akan dihangatkan lagi dengan jemputan umum, terutamanya kepada seluruh pemuda PAS seluruh negara yang berminat untuk menyertainya.

Jemputan khas juga disasarkan kepada seluruh pelajar daripada universiti dalam dan luar negara. Tidak ketinggalan, kehadiran peserta daripada Dewan Muslimat, terutama daripada unit NISA’nya dijangka akan memperkasakan lagi program besar ini. Justeru adalah dijangkakan, program yang akan melibatkan penyertaan hampir keseluruhan kepimpinan utama PAS ini mampu menghimpunkan lebih 5 ribu orang peserta dari seluruh negara.

Sehingga kini, hampir 20 orang pimpinan PAS telah menyatakan kesanggupan untuk bersama pemuda dalam program ijtima’ tersebut. Di antara kehadiran utama yang akan turun menyampaikan amanat dan wasiat tarbawiyah tersebut adalah al Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, Timbalan dan Naib – Naib Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS selain kepimpinan tarbiyah utama PAS seperti al fadhil Dato Dr Haron Din dan al fadhil Ustaz Dato Haji Yahya Othman.
Lebih memeriahkan, ijtima tarbawi ini dijangka menerima kunjungan tetamu daripada gerakan Islam daripada timur tengah.

Di antara agenda menarik yang telah disusun untuk memeriahkan dan mengoptimumkan hasil tarbawi melalui program ijtima’ ini adalah siri kuliah talaqqi kitab Tafsir al Tibyan syarah surah al Hujuraat oleh pengarangnya sendiri iaitu Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Kitab tersebut yang kini dalam proses ulang cetak sempena program ijtima tersebut telah diberi kata pengantar oleh al fadhil Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat.



Selain itu, program forum, pembentangan, ceramah tarbawi perdana, solat dan bacaan al ma’thurat berjamaah dan lain – lain lagi dijangka akan memeriahkan lagi isi perhimpunan ala mukhayyam perdana tersebut.
Pengarah program ijtima’, Ustaz Haji Azman Shapawi dan Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diberi tugas utama menjayakan program ini ingin merakamkan harapan kepada seluruh jentera pemuda di seluruh negara untuk memastikan kejayaan program ini dengan kehadiran penuh dan komitmen yang tinggi terhadapnya. Semoga Allah memberkati

Segala maklumat Ini diambil daripada Blog Ust Nik Abduh untuk maklumat bersanma.

Wednesday, September 29, 2010

Monday, September 27, 2010

Program Da'wah dan Ilmiah Guru Mulia Habib Umar Ben Hafidz di Malaysia Zulkaedah 1431H


Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz


Bersempena acara Haul Imam Abdullah Al-Haddad :

15 Oktober 2010 = Masjid Al-Bukhari Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur / 1730 PM

16 Oktober 2010 = Masjid Negeri Shah Alam / 1700 PM

17 Oktober 2010
= Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya Selangor / 1730


PM
Pemberitahuan - Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.


Tarikh

09 Oktober 2010

Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis


12 Oktober 2010

Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

13 Oktober 2010

Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah

Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu


14 Oktober 2010

Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah

Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang



15 Oktober 2010

Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur


16 Oktober 2010

Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

17 Oktober 2010

Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor


18 Oktober 2010

Masjid Jame', Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor


19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, BandarMelaka, Melaka

20 Oktober 2010

Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor

Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor


21 Oktober 2010

Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan

Masjid Layang-Layang, WP Labuan

22 Oktober 2010

Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur


24 Oktober 2010

Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah
Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor




Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.
Majlis di Melaka belum dipastikan lagi. Sila semak semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan. Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net


ANDA ADALAH DIJEMPUT HADIR & MOHON SEBAR-SEBARKAN


Kami menjemput anda sama-sama menyebarkan maklumat ini demi kesejahteraan usaha Dakwah Islam melalui saluran2 anda : website, blog, email group, masjid2 , surau2 atau sms anda ..
semoga Allah mengurniakan ganjaran Dakwah Fi Sabilillah dan memberkatinya ...


jazakumullahu khairan kathiran... Allahu Haq

Thursday, September 23, 2010

Perkongsian Ilmu Teknik Rawatan Islam



Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog. Sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah Walau satu ayat” Di sini saya ingin berkongsi sedikit Ilmu Rawatan Islam. Mudah2 han ia memberi mafaat dan kekuatan kepada kita di dalam menghadapi Ujian yang diberikan oleh Allahu Haq Jallajalallah.....


Bhg 1:Teknik Rawatan

Petanda Terkena Gangguan Jin


1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus (* Jin tidak dapat dilihat oleh rupa sebenar maka yg dilihat itu adalah apa yg difikirkan oleh pesakit itu sendiri)
41) Sakit mental atau gila.


Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin..Segeralah berjumpa PERAWAT ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah.. Namun kadang2 bukan Jin tetapi tekanan Psikologi maka hanya perawat pengalaman sahaja yang tahu sama ada Sakit kerana Jin atau Sakit biasa yang perlu rawatan Holistik atau Hemopati berdasarkan Rawatan Kaedah Ibn Sina.


Syarat2 untuk Merawat nya adalah ...........


*Perawat mestilah berilmu tentang perubatan Islam (Jangan cuba2 jika tiada Guru pengalaman)

*Mengadap ke arak qiblat

*Pesakit dan Perawat hendaklah menutup aurat

*Mempunyai suara yang lantang dan jelas

*Membaca hendaklah secara bertajwid jangan baca ikut hati ja

*Perawat desebelah kanan pesakit dan letakkan tangan di atas kepala pesakit.

*Perawat perlu peka semasa membaca ayat RuQyah kerana Jin tu akan lawan jika dia tak senang duduk.

*Perawat dilarang memejam mata semasa membaca ayat RuQyah dan Tumpukan tenaga kepada Tapak tangan kerana ia membolehkan Perawat Mencengkam Jin itu agar keluar dari badan pesakit....

* Jika Semasa Rawatan Perawat dapat merasai getaran Haba jin itu di tapak tangan maka cepat2 membaca ayat surah Yasin 1-9 diikuti membaca “SYAHATIL WUJUHH” dan jika dia jerit dan bercakap dengan anda maka sesi Dialong anda dan Jin dalam badan pesakit akan bermula.. Tanya la apa yang anda nk Tanya.. tapi ingat Jin ni mmg suka menipu so jangan percaya Bulat2....


Ctoh.. Ali dah lama jeles ngan Fatimah sebab rapat sangat dengan Abu. Oleh kerana Ali ingin memisahkan Abu dgn Fatimah maka di hantarnya Sihir Jin kpd Fatimah. Fatimah pun pi la kat bomoh.. waktu Jin tu dialong ngan bomoh tu Tanya sapa hantaq hang masuk dlm badan dia. Jin tu Jawab Abu yang hantaq hahaha... sbb Ali dah pesan klo bomoh tu Tanya sapa hantaq Hang jawab Abu no.. Pas tu Hang kuar laa aku kaci Tulur Ayam KFC sebagai upah. Keesokan harinya Fatimah pun tak kawan dah ngan Abu sbb Abu Jahat. Dia sihir Fatimah Jin tu ckap. Maka terjadilah Fitnah kpd masyarakat dgn pembohongn jin itu tadi. Walaualm.


*Jika setelah membaca ayat RuQyah pesakit OK jer.. maka tak jadi masalah kerana Ayat Pelindung Diri itu telah meresap kedalam Tubuh pesakit I.Allah segala kekeliruan penyakitnya akan sembuh dgn Izin Allahu Haq.. kdg2 dia tak sakit pun saja jer nk tes Perawat ni.. maka ambik Limau Purut sumbat kat mulut dia hehehe degil sgt.. ada juga penyakit bkn disbbkn Jin tetapi mslh Hati yang terlalu banyak dgn maksiat mk sifat mazmumah menguasai dirinya.. mk Rawatan ini perlu dgn Rawatan Pembersihan Rohani dgn Syarat Solat Sunat Taubat Nasuha.... I.Allah kita akn bncangkan di dalam bahagian lain.


Ayat Ruqyah Yang Dibacakan Kepada Pesakit

Ayat2 RuQyah Seperti berikut...


1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

-Pesakit hendaklah Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.


-Perhatikan setelah selesai...jika Pesakit batuk,berpeluh-peluh,terasa mual,jantung berdegup kencang,terasa berdebar-debar,ada benda bergerak-gerak dibawah kulit,sendawa,mengantuk,pening dan menguap..maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Walaualam........... Allahu Haq3x



Rintihan Hati......

Thursday, September 9, 2010

HARI RAYA HANYA DISYURGA


Ganjaran (Dunia) Bagi Yang Berpuasa Full Time Pada Bulan Ramadhan


Di dunia tidak ada hari raya
Di sini tidak ada hari ria
Juga tidak ada hari gembira
Tidak ada hari merdeka


Yang ada hanya melahirkan syukur
Menyatakan segala nikmat Allah
Hari mengagih-agihkan nikmat
Agar semua manusia merasa


Hari raya diakhirat saja
Hari ria hanya di sana
Hari gembira di sana jua
Hari merdeka di sana semuanya


Setelah kita masuk kesyurga
Di syurga sana ada erti hari raya
Juga hari ria gembira merdeka
Begitulah hakikat hari raya

-Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin-
Daripada Husaini Hj Arshad Sekeluarga
Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua