Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 31, 2010

Kepada para pemuda umat ini.. mujahid dan mujahidah...



Kita semua adalah cita-cita dan harapan bangsa, dan kita mengetahui bahawa dalam diri kita ada kebaikan yang besar, kerana itu rasakanlah selalu wahai para pemuda apa yang sedang dialami oleh umat dan bangsa ini akan kehinaan, penindasan, reality kehidupan yang menyedihkan, keadaan yang memilukan tidak menjanjikan akan kebebasan dan kemerdekaan yang diidamkan. Dan sedarilah, bahwa kerana kita lambat dalam bertindak dan kembali kepada Allah, menjadi sebab lambatnya kebenaran yang muncul di permukaan tanah air ini. Dan kerana kita bermalas-malas dalam mengerahkan tenaga dan fikiran dalam berdakwah pada kebenaran dan reformasi maka menjadi penyebab lambatnya kemenangan umat Islam kini kerana Allah telah menjanjikan kepada kita kekuatan, kemuliaan dan kemenangan jika kita melaksanakan perintah-Nya dan komitmen dengan syariat-Nya.
Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad:7)


Ketahuilah wahai para pemuda pemudi Islam, bahwa kebahagiaan di dunia dan akhirat berada di jalan ketelusan dan dakwah kepada Allah serta dengan selalu menjalin hubungan yang baik dan pembawa sumber cahaya kepada umat yang cemerlang dari para duat, orang-orang salih, ulama, pemberi nasihat dan para pejuang yang ikhlas... Allahu Haq..

Thursday, October 28, 2010

Ibadah tidak lagi kerana Tuhan.....


Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani seorang Wali Allah yang Kasyaf. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.



Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka, beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing. Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu. Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi.



Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju. Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek saja. Dia berkata: Tuan-tuan dan para hadirin sekalian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya. Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah. Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati. Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.



Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah,hendaklah dihukum pancung sampai mati. Pada hari pengadilan yang dibuat di hadapan khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan. Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahwa Tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?



Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, Benar, saya ada kata begitu. Kadhi bertanya lagi, Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu? Jawab Syeikh Abdul Qadir Kalau tuan kadhi nak tahu, silalah lihat tapak kaki saya. Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.



Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir hendak mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah karana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka bertuhankan dunia, Riya’,Taksub dan inginkan pujian manusia di dalam amalan mereka yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.



Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira. Semoga Allah melindungi kita daripada berTuhankan selaian Nya.... Allahu Haq.


Wednesday, October 27, 2010

"APAKAH MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN UNTA?"


“(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (QS. Ali ‘Imran, 3:191)

Lima puluh lima darjah celcius adalah suhu yang panas membakar. Itulah cuaca panas di gurun pasir. Di sana terdapat badai pasir yang menelan apa saja yang dilaluinya, dan yang sangat mengganggu pernafasan. Padang pasir bererti kematian yang tak terelakkan bagi seseorang tanpa pelindung yang terperangkap di dalamnya. Hanya kenderaan yang secara khusus dibuat untuk tujuan ini saja yang dapat bertahan dalam keadaan gurun yang panas.

Kenderaan apapun yang berjalan dalam keadaan di gurun pasir, harus bersedia untuk menahan panas. Selain itu, ia harus mampu berjalan jauh, dengan sedikit bahan bakar seperti minyak petronas atau shell dan sedikit air. Mesin yang paling mampu menahan keadaan sulit ini bukanlah kenderaan kereta atau bas yang hendak di terangkan. Cuma ia difokuskan kepada kenderaan yang diberi nama UNTA???


Unta adalah sejenis binatang yang telah membantu manusia yang hidup di gurun padang pasir sejak dari dulu kala lagi, dan telah menjadi simbul bagi kehidupan di gurun padang pasir. Panas yang ada di gurun padang pasir sungguh mematikan bagi makhluk lain. Selain sejumlah kecil serangga, reptilia dan beberapa binatang kecil lainnya, tak ada binatang yang mampu hidup di sana. Unta adalah satu-satunya binatang besar yang dapat hidup di sana. Allah telah menciptakannya secara khusus untuk hidup di padang pasir, dan untuk membantu kehidupan manusia. Allah mengarahkan perhatian kita pada penciptaan unta dalam ayat berikut:


Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan. (Surah. Al-Ghaasyiyah, 88:17)



Jika kita amati bagaimana unta diciptakan, kita akan menyaksikan bahawa setiap bahagian terkecil darinya adalah keajaiban penciptaan. Yang sangat memerlukan ketahanan untuk menahan panas membakar di gurun adalah minum, tapi sukar untuk menemukan air di sana. Menemukan sesuatu yang dapat dimakan di hamparan pasir tak bertepi juga mustahil. Jadi, binatang yang hidup di sana harus mampu menahan lapaq dan haus, dan unta telah diciptakan dengan kemampuan ini.



Unta dapat bertahan hidup hingga lapan hari pada suhu lima puluh darjah tanpa makan atau minum. Ketika unta yang mampu berjalan tanpa minum dalam waktu lama ini menemukan sumber air, ia akan menyimpannya. Unta mampu meminum air sebanyak sepertiga berat badannya dalam waktu sepuluh minit. Ini bererti seratus tiga puluh liter dalam sekali minum; dan tempat penyimpanannya adalah punuk unta. Sekitar empat puluh kilogram lemak tersimpan.


Hal ini menjadikan unta mampu berjalan berhari-hari di gurun pasir tanpa makan apapun.




Kebanyakan makanan di gurun pasir adalah kering dan berduri. Namun sistem pencernaan pada unta telah diciptakan sesuai dengan kondisi yang sukar ini. Gigi dan mulut binatang ini telah dirancang untuk memungkinkannya memakan duri tajam dengan mudah.



Perutnya memiliki desing khusus tersendiri sehingga cukup kuat untuk mencerna hampir semua tumbuhan di gurun padang pasir. Angin gurun yang muncul tiba-tiba biasanya menjadi pertanda kedatangan ribut pasir. Butiran pasir menyesakkan nafas dan membutakan mata.


Tapi, Allah telah menciptakan sistem perlindungan khusus pada unta sehingga ia mampu bertahan terhadap keadaan yang sukar ini. Kelopak mata unta melindungi matanya dari dari debu dan butiran pasir. Namun, kelopak mata ini juga lutsinar atau tembus cahaya, sehingga unta tetap dapat melihat meskipun dengan mata tertutup. Bulu matanya yang panjang dan tebal khusus diciptakan untuk mencegah masuknya debu ke dalam mata. Terdapat pula desing khusus pada hidung unta. Ketika ribut pasir datang, ia menutup hidungnya dengan penutup khusus.



Salah satu bahaya terbesar bagi kenderaan yang berjalan di gurun padang pasir adalah terperosok ke dalam pasir. Tapi ini tidak terjadi pada unta, sekalipun ia membawa muatan ratusan kilogram, karana kakinya diciptakan khusus untuk berjalan di atas pasir. Telapak kaki yang lebar menahannya dari tenggelam ke dalam pasir, dan berfungsi seperti pada sepatu salju. Kaki yang panjang menjauhkan tubuhnya dari permukaan pasir yang panas membakar di bawahnya.



Tubuh unta tertutup oleh rambut lebat dan tebal. Ini melindunginya dari pancaran sinar matahari dan suhu padang pasir yang dingin membeku setelah matahari terbenam. Beberapa bahagian tubuhnya ditutupi sejumlah lapisan kulit pelindung yang tebal. Lapisan-lapisan tebal ini ditempatkan di bahagian-bahagian tertentu yang bersentuhan dengan permukaan tanah saat ia duduk di pasir yang amat panas. Ini mencegah kulit unta agar tidak terbakar. Lapisan tebal kulit ini tidaklah terbentuk perlahan-lahan; tapi unta memang dilahirkan sedemikian. Desing khusus ini memperlihatkan kesempurnaan penciptaan unta.



Marilah kita renungkan semua ciri unta yang telah kita saksikan. Sistem khusus yang membolehkanya menahan haus, punuk yang membolehkanya berjalan tanpa makan, struktur kaki yang menahannya dari tenggelam ke dalam pasir, kelopak mata yang tembus cahaya, bulu mata yang melindungi matanya dari pasir, hidung yang dilengkapi desing khusus anti ribut pasir, struktur mulut, bibir dan gigi yang membolehkanya memakan duri dan tumbuhan gurun pasir, sistem pencernaan yang dapat mencerna hampir semua benda apapun, lapisan tebal khusus yang melindungi kulitnya dari pasir panas membakar, serta rambut permukaan kulit yang khusus dirancang untuk melindunginya dari panas dan dingin.



Inilah kebenaran yang nyata: Unta telah diciptakan secara khusus oleh Allah untuk hidup di padang pasir, dan untuk membantu kehidupan manusia.

Begitulah, kebesaran Allah dan keagungan ciptaan-Nya nampak nyata di segenap penjuru alam ini, dan Pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu.


Allah menyatakan hal ini dalam ayat Alquran:

Sesungguhnya, Tuhanmu hanyalah Allah, yang tidak ada Tuhan selain Dia. Pengetahuan – Nya meliputi segala sesuatu. (QS. Thaahaa, 20:98)

Oleh itu saya menyeru kepada Tuan2 dan Puan sekalian buatlah korban Unta pada Hari Raya Korban akan datang. Bukan sahaja boleh tengok UNTA dari dekat malah dapat makan rendang UNTA lagi (*_*) Subhanallah....... Allahu Haq.