Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 25, 2012

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin








Kepada Pimpinan PAS Jangan Ulangi Sejarah Kejatuhan Gerakan Islam di Andalusia...



KEWUJUDAN PUAK-PUAK KECIL ANDALUSIA MEMBAWA KEJATUHAN

Kerajaan Puak-puak kecil yang muncul di Anddalusia terbentuk apabila kepimpinan utama mulai lemah. Lebih tepat lagi, ia rentetan daripada kelemahan pemimpin di kalangan Bani Umaiyyah yang menguasai Andalusia selepas daripada Khalifah al-Muntansar Billah (961-976M). Bermula dari ini, Andalusia yang diperintah oleh sebuah kerajaan, berpecah menjadi banyak daerah kecil yang membentuk lebih daripada 20 kerajaan kecil.

Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil ini yang turut dikenali sebagai Muluk al-Tawa’if wujud disebabkan oleh antaranya semangat kepuakan, iaitu ingin mengangkat puak sendiri. Mereka seolah-olah secara tidak langsung telah berpegang kepada semangat Ukhuwwah Islamiyyah dan seakan menjerumus kepada perkauman sesama sendiri.

Fenomena ini berlaku setelah pucuk pimpinan di Cordova mengalami masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran, malah ada yang saling menindas semata untuk merebut jawatan khalifah. Secara tidak langsung, kerajaan Puak-puak kecil ini wujud pada dekad akhir pemerintahan Bani Umaiyyah di Andalusia, iaitu kira-kira sekitar tahun 403H / 1012M.

Namun bibit-bibit perpecahan awal telah pun wujud atau dapat dilihat 20 tahun lebih awal iaitu semasa Khalifah Hisham II yang memegang tampuk pemerintahan. Perpecahan adalah jelas ketara setelah al-Mansur Ibn Abi Amir meninggal dunia pada tahun 392H / 1 002M.


Antara punca yang dapat dilihat melemahkan umat Islam ketika itu dan boleh dijadikan ikhtibar pada masa kini ialah :

Perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin yang mentadbir wilayah. Ini dapat dilihat pada peringkat awal pemerintahan Andalusia di mana para pemimpin sering berselisish dalam hal ehwal pentadbiran. 

Gangguan dari dalam ini telah menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Di antara pergolakan itu berupa perselisihan di antara elite penguasa, terutama akibat perbezaan ras dan etnik. Di samping itu, terdapat perbezaan pandangan antara Khalifah di Damsyik dan gabenor Afrika Utara yang berpusat Qairawan

Masing-masing beranggapan bahawa merekalah yang paling layak menguasai Andalusia ini. Oleh kerana itu, tidak hairanlah penggantian pemerintah atau wali (gabenor) berlaku lebih daripada 27 kali dalam jangka masa yang singkat. Perbezaan pandangan politik itu menyebabkan seringya terjadi perang saudara sesama mereka lalu merencatkan pembangunan tamadun umat di sana.

Tidak mempunyai sifat ketaatan kepada pimpinan sehinggalah mereka tidak mahu mengikut nasihat Khalifah. 

Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman Ukhuwah Islamiah sesama mereka.

Kepada ust Nasa dan Pimpinan tolong jangan gunakan MEDIA!! gunalah Majlis Syura untuk membincangkan masalah Parti jika ada perbezaan pandangan

Hayatilah Lagu ini dengan penuh penghayatan




!!ABU!!

Thursday, August 16, 2012

Nasharudin digesa jumpa pimpinan parti jangan Guna Media....


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa datang bertemu pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.

Menurutnya, tindakan mengeluarkan kenyataan mempertikai parti di media pihak lawan tidak menguntungkan parti malah hanya akan memberi peluang kepada musuh politik melemahkan PAS.

"Saya menggesa supaya Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. 

"Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Hassan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas timbalan presiden PAS itu yang disiar di Buletin Utama TV3 malam tadi yang mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Kenyataannya malam tadi itu menghangatkan semula perbahasan berhubung kedudukan Nasharudin dalam parti ekoran beliau dilihat secara terbuka menolak keputusan parti.

"Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti. 

"Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS," kata ketua pemuda PAS itu lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa Nasharudin segara bertemu pemimpin tertinggi parti begi menyelesaikan segala masalah yang timbul secara dalaman.

"Saya tidak nampak Ust Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah. Ust Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.

"Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini justeru Allah pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini," katanya.

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss (gambar) dalam kenyataannya menyokong agar Nasharudin mengadakan perbincangan tertutup dengan pimpinan PAS.

"Saya akan mengesyorkan kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk mengadakan pertemuan tertutup dengannya bagi berbincang dan mendapatkan penjelasannya dalam masa terdekat bagi mengelakkan lebih banyak presepsi buruk dilontarkan terhadap beliau.

"Saya berpandangan sebaiknya isu ini diselesaikan secara dalaman dengan penuh ukhuwwah supaya ianya tidak berpanjangan sehingga boleh menjejaskan persiapan PAS menghadapi PRU ke 13. 

"Dan saya penuh yakin dengan semangat ukhuwwah dan ilmu yang dijadikan tunjang perbincangan bakal menumbangkan BN pada PRU nanti," kata beliau dalam kenyataannya.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan tindakan Nasharudin yang menyerang komponen Pakatan Rakyat, "sedangkan beliau memahami bahawa serangan terhadap Pakatan Rakyat dilakukan oleh jentera propaganda musuh yang mahu melagakan keharmonian Pakatan Rakyat."

"Beliau mengajak PAS untuk keluar dari DAP yang dilihat menentang hudud sedangkan beliau lupa mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa keluar UMNO dari Barisan Nasional ketika MCA berterusan menyerang Islam sehingga ke saat ini," katanya.

Beliau juga bertanya, apakah Nasharuddin melupakan ucapan pemimpin MCA yang menentang hudud secara konsisten dan secara terang-terangan. 

"Sedikitpun tiada suara dari pemimpin UMNO yang menentang kenyataan pemimpin MCA yang menolak hudud itu. 

"Lupakah kenyataan Presiden MCA yang menghina agama Islam itu sendiri," katanya.

Sumber Harakahdaily

Wednesday, August 15, 2012

Berbincanglah di dalam SYURA.... jangan melibatkan MEDIA..


Pemuda PAS Kelantan menggesa bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen Bachok jika tidak berminat lagi bersama-sama parti itu.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu," setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob dipetik sebagai berkata.

Dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily, Mohd Nuri menyatakan perasaan tidak senang terhadap kenyataan Nasharudin dalam isu hudud yang antaranya mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Selepas kekalahannya dalam pemilihan parti sebelum ini, Nasharuddin juga sering dianggap pro-Umno apabila sering dilihat bersama pemimpin parti Melayu itu, termasuk dengan presidennya Datuk Seri Najib Razak di Mekah baru-baru ini.

Pemuda PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti, kata Mohd Nuri lagi.

Sumber Lain


Ketua Biro Antarabangsa PAS Pusat Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersama Perdana Menteri Najib Tun Razak bertemu beberapa Tokoh Ulama Arab Saudi.

Ulama' tersohor tersebut adalah Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish bagi membincangkan isu2 semasa terutamanya mengenai pemulihan kekuatan ummah.

Ustaz Nasha  didakwa memainkan peranan mengadakan pertemuan tersebut. Siapa Ustaz Nasha dalam Kerajaan? Bekas Timb. Presiden PAS ini tidak ada sebarang jawatan di Kedutaaan Malaysia Arab Saudi apatah lagi di dalam pentadbiran Jabatan PM?

Ustaz Nasha juga bukan sahaja masih memegang jawatan dalam PAS akan tetapi turut diberi kepercayaan mengetuai Biro/Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat.

Ada sumber sahih mendakwa Presiden PAS sendiri telah mengarahkan Ustaz Nasha selaku Ketua Lajnah mengiringi Najib ke Mekah dalam sessi rombongan Malaysia ke Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC. 

"Saya No Komen mana yang betul, Hanya menunggu berita dari Majlis Syura dan Presiden di atas 2 berita yang berbeza ini"

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"
[Al-Hujuraat : 6]


Tuesday, August 14, 2012

Thursday, August 9, 2012

Khas untuk yang bergelar ULAMAK....- Dr Asri


Kisah Ibn Taimiyyah bertemu Raja Tartar

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan:

“Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”

Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah:

“Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orang ramai!”.
Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah:

“Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.

Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka:
“Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.

Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”.

Jawab Ibn Taimiyyah:

“Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

..saya menulis ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar..

~ DrMaza.Com
p/s: Khusus untuk Ulama bingai, pembodek dalam Umno... hehe..


Wednesday, August 8, 2012

Haram, berdosa undi DAP sebab Tolak HUDUD!! -Utusan 7 Ogos 2012


Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.








Undilah MCA - Fatwa Abdullah Sa'amah Tok Garu Pondok Genting




Salam Lailatul Qadar.......


Sunday, August 5, 2012

Salam Nuzul Quran 17 Ramadhan 1433H...






Pengajaran Dari Kisah Badar Kubra  Untuk Pejuang Kebenaran

Pencinta-pecinta kebenaran akhir zaman perlu meneliti sejarah kemenangan Islam yang sebenar agar mereka tidak lari dari manhaj strategi perjuangan Rasulullah saw. Sebelum itu mari kita melihat kembali ringkasan sejarah ghazwah Badar Kubra walaupun ramai yang sudah tahu kisah ini. Peristiwa ini berlaku di tempat berhampiran wadi atau lembah Rahqan pada 17 ramadhan tahun 2 hijrah dan ia juga adalah tahun yang sama pensyariatan kepada Ibadah Puasa.

Apabila abu suffian mendengar berita tentera Islam ingin memintas kafilah pimpinannya, ia mengutuskan seorang utusan untuk mengadu hal itu kepada pasukan Qurais agar menggagalkan pasukan Islam. Dia juga telah bertindak melalui jalan tepi pantai sehingga dia selamat. Apabila mendengar utusan itu puak qurais pun bersiap sedia untuk berperang. Namun dalam perjalanan mereka ke Badar sampai pula surat dari abu sufian menyatakan ia selamat dan minta supaya pasukan Qurais kembali ke mekah semula. Namun Abu Jahal berkeras mengajak berperang sehingga akhirnya berlakulah peperangan di Badar.

Di dalam pertempuran itu pasukan Islam telah mencapai kemenangan yang besar. Jumlah tentera yang syahid adalah 14 orang iaitu orang yang pertama gugur syahid adalah Umair bin Humam Al-Ansari. Yang mati katak dari tentera Musyrikin ialah seramai 70 orang dan ditawan seramai 70 orang juga. Di antara orang yang termati katak adalah Abu Jahal atau nama arabnya Umar bin Hisyam, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Umaiyyah bin Khalaf dan lain-lain yang tak terkenal pun.

Jadi tak perlu kita memanjangkan cerita disebabkan ramai yang sudah tahu kisah ini. Jadi yang perlu kita mengambil pengajaran dari peperangan ini adalah yang pertama wujudnya kebenaran untuk kita berkhilaf di dalam mengeluarkan pandangan di dalam strategi untuk berjuang. Apabila kita melihat Rasulullah saw juga menerima pandangan Al-Habbab bin Al-Munzir dalam menentukan perhentian tentera Islam di Badar. Lokasi stategi tentera Islam ialah berada hampir dengan sumber air.

Kedua Perancangan manusia berdepan dengan perancangan Allah swt. Iaitu Perancangan awal Rasulullah adalah untuk menyekat kumpulan perniagaan Abu Sufyan bin Harb yang dalam perjalanan balik ke Makkah dari Syam untuk merampas harta mereka sebagai ganti kepada harta kaum muslimin Makkah yang dirampas oleh musyrikin setelah penghijrahan muslimin ke Madinah.

Tidak semua perancangan yang kita rancangkan dapat dipraktikkan meskipun perancangan itu sempurna disisi kita. Ini kerana Allah maha mengetahui akan segalanya dan perancangannya adalah perancangan terbaik. Tapi kita sebagai petuga-petugas Allah tidak boleh hanya menunggu ketentuan Allah tanpa merancangkan apa-apa gerak kerja kearah meninggikan SyariatNya.

Ketiga Syura dalam setiap gerak.Nabi S.A.W telah meminta pandangan dari kaum Muhajirin serta kaum Ansar. Sehingga mendapat persetujuan dari kedua pihak, maka Nabi S.A.W meneruskan strategi baru mereka, Jihad menentang tentera Musyrikin Makkah pimpinan Abu Jahal bin Hisham.

Keempat keyakinan terhadap pertolongan Allah swt. Logik akal sekali-kali tidak akan mengakui bahawa 313 orang tentera muslimin mampu menewaskan musuh dari kuffar Quraisy yang jumlah 1000 orang. Samalah keadaanya di Negara kita yang mana kalau hendak di bandingkan dengan tentera ‘musuh’, amat mustahil tentera muslimin mampu mencapai kemenangan.

Tapi ini telah terbukti melalui peristiwa bersejarah di zaman Rasulullah di mana tentera Muslimin yang kebanyakkannya bersenjatakan pelepah tamar berjaya menewaskan Tentera kuffar yang lengkap bersenjata perang malah menerima bantuan dari kerajaan Makkah pimpinan Abu Jahal Ibn Hisyam.

Kelima Penyucian dosa iaitu persiapan wajib setiap gerakan Islam. Sebelum mara ke medan Badar, Rasulullah memohon maaf dari semua sahabat sehinggakan Baginda meminta kepada sesiapa yang tidak berpuas hati kepada baginda untuk membalas perbuatannya disitu juga. Lalu bangun sorang sahabat yang penah dipukul baginda menuju kearahnya. Baginda lantas menyelak perut dan bersedia dengan balasan yang akn diberi oleh sahabat tersebut. Namum apa yang terjadi ialah, sahabat itu meluru lantas mencium perut baginda Rasulullah.

Peristiwa sama berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar R.A. Ketika mana beliau ingin mengutuskan beberapa orang sahabat untuk berperang, beliau berpesan dalam khutbahnya yang berbunyai, “ sesungguhnya aku lebih takut akan dosa yang kamu lakukan dari kekuatan musuh”. Ini membayangkan kepada kita bahwa ‘tazkiyyatul nafsi’ amatlah penting kerana dengan ketiadaannya akan menyebabkan kerja-kerja dakwah bakal tergendalan dan jauh dari rahmat Allah yang menjadi faktor utama kejayaan kepada gerakan dakwah islamiyyah seluruh dunia.


Keenam Ketenangan kunci kejayaan.Malam sebelum peperangan, semua tentera islam tidur nyenyak dalam keadaan yang penuh ketenangan. Manakala selepas itu hujan turun sehingga membolehkan para sahabat mandi. Kata Nabi S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud, “ terkejar-kejar dan gopoh-gapah itu dari Syaitan manakala ketenangan dan beransur-ansur itu dari (gerak-geri) tuhan Ar-Rahman”.

Dalam mempraktikkan gerak kerja dakwah, kita tidak boleh bergopoh dan ingin cepat mendapat hasil. Ianya perlu melalui tahap-tahap tertentu untuk mematangkan keadaan. Bekerja dalam jamaah semestinya memerlukan jiwa yang tenang kerana ketenangan itu akan menerbitkan idea-idea bernas yang diperlukan setiap masa di dalam jamaah. 

Ketujuh Doa senjata mu’min.Rasulullah saw bermunajat berdoa kepada Allah sebelum mara ke medan Badar, “ya Allah, seandainya engkau hancurkan tentera ini, nescaya kau tidak akan di sembah selamanya.Sebagai seorang Gerakan Islam, doa sepatutnya menjadi amalan wajib sebagai satu sumber makanan rohani yang mampu mencetuskan satu perasaan pergantungan yang tinggi kepada Tuhan swt. Pergantungan ini pula haruslah disertai dengan keyakinan bahawa pertolongan itu pasti mendatangi kita. 

Semoga Kebangkitan Islam akan berlaku di dalam masa terdekat ini dengan keyakinan dan usaha kita untuk menegakkan syariatnya. ‘Ya Allah menangkan Islam dengan berkat Ahli Badr, Ya Allah” 3x…………. Allahu Haq.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang Derhaka!!. (Annur:55) 

Thursday, August 2, 2012

Promosi Pahala!! Sempena Karnival Malam Lailatul Qadar dan Akhir Ramadhan....



“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar. Malam lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dari setiap perkara. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar” (Surah Al-Qadr).

Malam Lailatul Qadar disebut didalam ayat Al-Quran dan banyak Hadis Rasulullah saw.  Beribadah pada malam itu lebih baik dari beribadah 1000 bulan atau 83 tahun, menyamai umur panjang seorang insan. Beribadah pada malam adalah tersebut termasuk solat, tilawah Al-Quran, istighfar, berzikir dan sebagainya seperti ibadah di dalam Qiyamullail pada malam-malam yang lain.



Berikut adalah Hadis-hadis Sahih riwayat Iman Al-Bukhari mengenai Malam Lailatul Qadar.

Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang mendirikan solat malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.



Beberapa orang Sahabat diperlihatkan malam lailatul Qadar didalam mimpi pada Tujuh Malam Terakhir. Lalu Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Aku lihat mimpi kamu kena pada Tujuh Malam Terakhir, maka sesiapa yang mencarinya, carilah pada Tujuh Malam Terakhir”.

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Aku diperlihatkan Malam Lailatul Qadar kemudian aku lupa – atau dilupakan – maka carilah ia pada malam ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir. Sesungguhnya aku melihat aku sujud di dalam air dan tanah. Sesiapa yang telah beriktikaf bersama aku (di pertengahan Ramadan) maka datanglah semula (untuk beriktikaf di Akhir Ramadan)”. 

Para Sahabat ra berkata, “Lalu kami kembali (beriktikaf) dan kami melihat Qaza’ah di langit, datang awan dan turun hujan hingga basah bumbung Masjid yang diperbuat dari pelepah kurma. Solat pun didirikan dan aku melihat Rasulullah saw sujud di dalam air dan tanah, hingga aku lihat kesan tanah di dahinya”.



Dari Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan”.

Dari Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan”… dari Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada Malam Ke 24″.



Dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw apabila masuk Sepuluh Malam Terakhir, Baginda saw mengikat ketat pakaiannya, menghidupkan malamnya (dengan ibadah) dan membangunkan isteri-isteri dan ahli keluarganya”.





Mengenai Iktikaf pula, saya perturunkan Hadis-hadis Sahih riwayat Al-Bukhari mengenainya di bawah ini :

Dari Abdullah bin Omar ra berkata, “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan”.

Dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian selepas itu, isteri-isterinya pula beriktikaf”.


SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT
MALAM LAILATUL QADAR 
MALAM PROMOSI PAHALA DARIPADA
"ALLAHU HAQ"