Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, April 22, 2013

Fahaman yang diamalkan di negara...


DEMOKRASI

Mula-mula diamalkan oleh orang-orang Yunani di Athens
Berasal dari perkataan Yunani iaitu demokratia
Demo = rakyat
Kartia = perintah
Bermaksud kuasa memerintah di tanganrakyat
Abraham Lincoln Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pernah mengemukakan slogan demokrasi sebagai “Kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat”

Diperkenalkan oleh Benito Musollini di Itali pada tahun 1929 Mengikut fasisme, kuasa mutlak terletak dalam tangan pemimpin negara.
Mengamalkan kerajaan totalitarian Rakyat dipaksa berkorban untuk pemimpin yang memerintah secara kuku besi
Fahaman ini terkubur bersama-sama Musollini selepas tamat Perang Dunia Kedua

Diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman pada tahun 1930an.
Menghalalkan pembunuhan dan kekejaman.
Melakukan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap bangsa Yahudi semsa Perang Dunia Kedua
Fahaman ini terkubur bersama Hitler seleps tamat Perang Dunia Kedua.
Diperkenalkan oleh Karl Marx (Russia)
Diamalkan oleh pengikut-pengikutnya iaitu; Lenin (Rusia), Stalin (Rusia) dan Mao Tze Tung (China)
Fahaman politik komunisme memiliknegarakan atau milik bersama rakyat semua faktor pengeluaran dan barangan pengguna.
Slogan yang sering dilaungkan “sama rata, sama rasa”
Menolak kewujudan Tuhan.
Negara yang masih mengamalkan fahaman komunisme ialah Korea Utara dan Cuba.


SOSIALISME

Ada yang berpendapat aliran sosialisme diasaskan oleh Rober Owen seorang berbangsa Inggeris dari Wales.
Beliau telibat dalam pergerakan koperasi di Britain.
Matlamat asas fahaman ini ialah memiliknegarakan hak-hak milik individu.
Negara yang mengamalkan fahaman politik ini lazimnya akan mengamalkan pintu tertutup.
Contoh; Myanmar dan Laos

KONSEP NEGARA


  1. Ditakrif sebagai satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
  2. Ciri-ciri sebuah kerajaan;
  • Sempadan yang tetap dan diiktiraf
  • Penduduk yang tetap
  • Kerajaan yang teratur
  • Kedaulatan, iaitu berupaya untuk mengawal hal-ehwal dalam negara dan kebebasan
  • Mengadakan hubungan dengan negara-negara lain (diplomatik)
  • Perlembagaan (didokumenkan)