Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 27, 2011

Rukun Bai'ah as-Syahid Hassan Al.Banna.....


WAHAI IKHWAN YANG BENAR DALAM FIKRAHNYA...
Rukun Bai'ah adalah sepuluh rukun maka hendaklah kamu
memeliharanya

1) FAHAM
Maksudku dengan rukun faham adalah: Hendaklah kamu yakini bahawa fikrah kita adalah fikrah Islam yang tulen dan hendaklah difahamkannya kepada orang ramai seperti mana yang kita fahami dalam lingkungan dua puluh usul yang amat ringkas.
Jika seorang akh itu mengetahui dinnya dengan usul-usul ini, ketika itu dia telah mengetahui apakah makna yang dimaksudkan oleh slogan abadinya iaitu `Al-Quran Perlembagaan Kami dan Rasul Ikutan Kami'.


2) IKHLAS
Maksudku dengan ikhlas: Bahawa seorang saudara muslim itu menujukan segala perkataan, amalan dan jihadnya keseluruhannya kepada Allah, mencari keredhaan dan kebaikan balasanNya, dengan tidak melihat keuntungan, gaya, pangkat, gelaran, kemajuan ataupun kemunduran. Dengan itu dia menjadi seorang tentera kepada fikrah dan akidah dan bukannya tentera satu tujuan atau manfaat yang tertentu. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah bahawa sembahyangku, ibadatku, kehidupanku dan kematianku hanyalah kepada Allah tuhan sekelian alam dan dengan itulah aku diperintah" (Surah al-An'aam). Dengan itu juga seorang akh muslim itu dapat memahami makna slogan abadinya iaitu: "Allah Matlamat Kami". Allahuakbar, kepada Allah segala pujian.


3) AMAL 
Maksudku dengan amal: Natijah dari ilmu dan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, maka Dia akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" (Surah al-Taubah). Di antara sifat kerajaan Islam adalah: Merasakan tanggung jawab yang diletakkan kepadanya, kasihan belas kepada rakyat, berlaku adil di kalangan manusia, cermat dalam perbelanjaan wang umum dan berekonomi padanya. Bagi kita, Allah adalah harapan utama kepada kita seperti mana yang dimaksudkan oleh firman Allah dalam surah Yusuf: "Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." 
4) JIHAD 
Maksudku dengan jihad adalah: Ia adalah satu fardhu yang berkuatkuasa sehingga hari kiamat. Begitu juga maksud dari sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dan tidakberperang dan tidak berniat hatinya untuk berperang maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyyah." Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati, peringkat tertingginya adalah berjihad dijalan Allah. Antara keduanya: Jihad lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim. Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad. Setanding dengan ketinggian dan keluasan ufuk dakwah ini, begitu jugalah besarnya kelebihan jihad di jalan dakwah, mahalnya harga yang dipinta untuk mendokongnya, besarnya balasan yang akan diberikan kepada orang-orang yang beramal. "Berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad." Dengan itu kamu akan memahami apakah yang dimaksudkan dengan slogan abadi kamu: `Jihad Adalah Jalan Kami'. 
5) TADHIYYAH 
Maksudku dengan tadhiyyah (pengorbanan) adalah: Mengorbankan harta, waktu, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Tidak ada jihad di dunia ini yang tidak disertai dengan pengorbanan. Jangan sekali-kali unsur pengorbanan ini digugur dalam jalan fikrah ini kerana sesungguhnya di sana ada balasan dan pahala yang besar dan indah untuknya. Sesiapa yang berhenti dari memberikan pengorbanan maka dia adalah berdosa. "Sesungguhnya Allah telah membeli nyawa dan harta dari mukminin." "Katakan bahawa jika sekiranya ayah-ayah kamu dan anak-anak kamu..." "Demikian itu kerana mereka tidak ditimpa dahaga dan kekurangan..." "Jika kamu taat maka Allah akan memberikan kepadamubalasan yang baik" Dengan demikian kamu akan memahami makna slogan abadimu: `Mati Syahid Di Jalan Allah adalah Setinggi Cita-cita'. 
6) TAAT 
Apa yang aku maksudkan dengan taat adalah: Mematuhi perintah dan melaksanakannya dengan segera sama ada dalam keadaan kesusahan ataupun kesenangan, perkara yang disukai ataupun dibenci. Ini adalah kerana peringkat dakwah ini ada tiga peringkat:

1. Peringkat Taarif iaitu pengenalan. Ini merupakan peringkat menyebarkan fikrah secara umum di kalangan manusia. Sistem dakwah dalam peringkat ini adalah seperti sistem sebuah organisasi.

2. Peringkat Takwin (pembentukan). Ini dilakukan dengan memilih unsur-unsur yang layak untuk menanggung bebanan jihad dan juga menyatukan antara mereka. Sistem dakwah pada peringkat ini adalah secara sufi di sudut rohani, sistem ketenteraan di sudut praktikalnya. Slogan pada dua perkara ini (amal dan taat) adalah dengan tidak berbelah bahagi, tidak menarik balik, tidak ragu dan tidak merasa tertekan. Katibah-katibah Ikhwan pada peringkat ini
akan dibentuk dan akan diaturkan oleh perutusan dasar yang lalu dan juga perutusan ini.

3. Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan). Dakwah pada peringkat ini adalah peringkat jihad yang tidak ada tolak ansur di dalamnya, amalan yang berterusan dan usaha untuk sampai kepada matlamatnya, cabaran dan bala yang hanya akan dapat disabari oleh orang yang benar. Tidak ada yang mengimbangi peringkat ini kecuali dengan taat yang sempurna juga. Atas perkara inilah generasi Ikhwan yang pertama telah berbai'ah pada hari 5 Rabiul Awal 1359 hijrah.

7) THABAT 
Maksudku dengan thabat (keteguhan) adalah: Seorang akh itu sentiasa beramal dan berjihad dalam mencapai matlamatnya walaupun selama mana masa yang akan dilalui sehinggalah dia berjumpa dengan Allah sedang dia sudah mendapat satu antara dua perkara yang elok untuknya iaitu dapat mencapai matlamatnya ataupun mati syahid pada akhirnya. Firman Allah yang bermaksud: "Di antara orang-orang yang beriman, ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur (syahid), dan di antara mereka ada yang menunggu giliran dan mereka tidak mengubah janjinya) sedikitpun" (Al-Ahzab). Firman Allah yang bermaksud: "Mereka berkata kepadanya: Bilakah kemenangan itu, katakanlah kepada mereka semoga kemenangan itu adalah perkara yang hampir berlaku" (Al-Israk).


8) TAJARRUD 
Maksudku dengan tajarrud ini adalah: Kamu mengikhlaskan diri kamu untuk fikrah kamu sahaja dan tidak kepada lain-lain dasar dan peribadi. Ini adalah kerana fikrah yang kamu bawa adalah fikrah yang paling mulia, paling global dan tinggi. "Celupan Allah (celupan keimanan yang sebenar kepada Allah yang telah sebati dalam jiwa orang-orang mukmin). Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?" (Al-Baqarah). "Sesungguhnya telah ada bagi kamu contoh teladan yang baik pada Nabi Ibrahim dan mereka yang bersamanya, ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, kami mengingkari kamu dan telah jelas antara kami dengan kamu permusuhan dan kebencian selama-lamanya sehingga kamu beriman kepada Allah sahaja..." (al-Mumtahanah).
9) UKHUWWAH 
Maksudku dengan ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya"(Al-Hasyr). 
10) THIQAH 
Maksudku dengan thiqah adalah: Seorang jundi itu yakin dan tenang dengan kebolehan, keikhlasan pemimpinnya dengan keyakinan yang mendalam yang akan melahirkan perasaan kasih, menghargai dan taat. Firman Allah yang bermaksud: "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka keberatan dari apa yang kamu hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya" (An-Nisa'). Pimpinan adalah sebahagian dari dakwah dan tidak ada dakwah tanpa pimpinan. Keyakinan yang silih berganti antara pimpinan dengan tenteranya akan mencernakan kekuatan sistem jemaah, mengukuhkan strateginya, kejayaannya dalam mencapai matlamatnya dan juga kejayaannya mengatasi segala cabaran dan kesusahan yang merintang perjalanan jemaah. "Ketaatan dan perkataan yang baik adalah lebih utama kepada mereka..." Thiqah kepada pimpinan adalah segalanya dalam usaha menjayakan dakwah ini. Firman Allah yang bermaksud: "Kalaulah kamu belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (Al-Anfaal)

Friday, October 21, 2011

Kejatuhan Diktator Petanda Zaman Islam akan kembali...




Ulama Muslim berpengaruh Mesir, Yusuf al-Qaradawi, telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan bahawa setiap tentera Libya yang memiliki kesempatan untuk menembak pemimpin Muamar Gaddafi harus melakukannya 'demi membebaskan Libya dan rakyatnya dari kejahatan'.

"Saya di sini memfatwakan siapapun di dalam angkatan bersenjata Libya yang mampu dan memiliki kesempatan menembak peluru ke arah Gaddafi harus melakukannya," kata Qardawi yang sebelumnya berada di Qatar, kepada televisyen Al Jazeera.

Beliau juga menyeru tentara Libya "untuk tidak mematuhi perintah menyerang rakyatnya sendiri" dan juga mendesak duta besar Libya di seluruh dunia untuk memisahkan diri dari rejim Gaddafi.

Qaradawi menyokong perjuangan rakyat Libya dan menyeru mereka tetap meneruskan perjuangan dengan apa cara pun, termasuk seberapa banyak yang mungkin tumbang. Beliau menekankan bahawa balasan Tuhan sudah dekat dan Tuhan akan membalas Gaddafi baik di dunia mahupun di masa nanti atas ketidakadilan dengan hukuman setimpal.






Krisis asia barat berlaku tidak semena-mena. Bermula dari Tunisia merebak ke Mesir, Yaman, Bahrain, Libya, Syiria dan bahkan berlaku di semua tanah arab tanpa kecuali. Bila berlakunya penentangan terhadap kezaliman pemerintah yang bermula di tunisia, dunia tidak ambil kisah dan menganggap ia adalah masalah setempat. Tapi tiba-tiba sahaja ia meletus di Mesir hingga menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak yang boleh di anggap boneka Israel, maka mula mendapat perhatian Amerika khususnya. Mulalah kedengaran kebimbangan dari Israel akan bangkit kerajaan yang berlandaskan Islam yang akan menggugat kedudukan mereka. Kita yakin sesungguhnya sampailah masa yang dijanjikan oleh Allah seperti di dalam hadis Rasulullah s.a.w.



“Dari Numan bin Basyir, ia berkata : Kami duduk-duduk di Masjid Rasullullah SAW. Basyir adalah orang yang tidak banyak bicara. Kemudian datang Abu Tsalabah seraya berkata, Wahai Basyir bin Sad, apakah kamu hafal hadits Rasullullah tentang para penguasa? Maka Hudzaifah tampil seraya berkata. Aku hafal khutbahnya. Lalu Abu Tsalabah duduk mendengarkan Hudzaifah berkata : Rasullullah SAW bersabda : Muncul kenabian di tengah-tengah kamu selama masa yang dikehendaki Allah, kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia mengkehendaki.


Kemudian akan muncul khilafah yang sesuai dengan system kenabian selama mana yang dikehendaki Allah, kemudian Ia kan mencabutnya selama mana Ia mengkehendakinya, kemudian akan muncul raja yang menggigit selama masa yang dikehendaki Allah, kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia mengkehendakinya. Kemudian muncul raja dictator selama masa yang dikehendaki Allah, kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia mengkehendakinya. Kemudian akan muncul (lagi) khilafah sesuai denagn system kenabian. Kemudian beliau diam.”
(Riwayat Hidzaifah bin Al- Yamani)


Mengenai hadis ini bahagian pertama dan kedua cukup jelas, iaitu saat Nabi masih hidup dan kemudian diganti dengan Khalifah Abu Bakar, Umar ibn Khattab, Utsman ibn Affan serta Ali ibn Abi Thalib. Bentuk pemerintahan mereka ialah khilafah yang terpimpinsesuai dengan sistem kenabian. Akhirnya lembaran putih ini (masa khalifah rasyidin) diguling pada ketika seorang berdosa menikam dada Ali bin Abi Thalib ra.


Setelah itu, umat islam memasuki era pemerintahan baru dimana khilafah dijadikan barang warisan di antara Bani Umayyah di Syam. Pemerintahan Bani Umayyah sehingga zaman khalifah Utsmaniyah adalah zaman raja yang berkuasa. Pada tahun 1924, bahagian ketiga ini diakhiri oleh Dewan Nasional Turki yang menyatakan pembubarannya dan pemberontakan oleh negara-negara Arab termasuk Saud yang menguasai Hijaz ketika itu.

Dengan demikian umat islam telah melampaui bahagian ketiga ini dari periodisasi pemerintahan yang diramalkan oleh Rasulllullah SAW tersebut.

Selanjutnya memasuli bahagian keempat, iaitu zaman raja diktator dalam bentuk pemerintahan tentera dan lain sebagainya yang kita lihat pada abad ini. Apakah krisis yang berlaku di Asia Barat hari ini menjadi tanda akan munculnya bahagian kelima? Iaitu zaman khilafah yang akan terbentuk semula sesuai dengan system kenabian. Zaman yang menjadi cita-cita seluruh umat islam. Kerana zaman inilah yang mengembalikan zaman kegemilangan islam. I.Allah tak lama lagi... Allahu Haq!!

Wednesday, October 12, 2011

Sultan Brunei mahu laksana undang2 Islam Segera...... Islam akan bangkit dari sebelah Timur...


KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.
Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.


"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif. "Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda. Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa. Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.


"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi. Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci. "Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.


"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi. Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.




*  Kebangkitan Islam Semakin Memuncak apabila manusia sudah mula mencari Tuhan


Kita telah melihat hadis-hadis tentang Kebangkitan Islam kedua. Hadis-hadis itu menyebutkan janji Tuhan tentang kebangkitan Islam kedua di akhir zaman ini. Kita telah ketahui bahwa ciri-ciri zaman zekarang adalah telah memenuhi ciri-ciri akhir zaman. Kerusakan ada dimana-mana. Hampir semua aspek kehidupan manusia telah jauh dari Tuhan. Islam sudah tidak memiliki jati dirinya. Islam sudah dipandang sebelah mata oleh musuh-musuh Islam. Bukan karena besarnya musuh-musuh Islam, tapi karena lemahnya umat Islam itu sendiri. Kita telah ketahui bahwa banyak negara-negara Islam yang kaya raya, menjadi “ceti dunia” atau dengan kata lain negara donor. Tapi apa yang terjadi? Mengapa Islam tidak dipandang megah? Hal itu terjadi karena umat Islam sudah seperti buih di lautan dan telah terkena penyakit Al Wahan. Seperti hadist Rasulullah SAW :
Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati"
Tetapi dengan keadaan seperti itu Tuhan berjanji melalui lidah Rasulullah bahawa Islam akan kembali bangkit untuk kedua kalinya di akhir zaman ini. Hadist Rasulullah SAW :
Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman


Bagaimana pun kerusakan di dunia, Tuhan telah berjanji melalui Rasulullah SAW, Islam pasti akan kembali bangkit untuk kali keduanya.

Di hadis lain disebutkan bahawa :


Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”
Sabda Rasulullah SAW:-

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai¬ma¬na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang¬kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha¬lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit¬nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke¬hen¬daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe¬nin¬dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla¬ku¬lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha¬lifahan (Kebangkitan Gerakan Islam, Imam Mah¬di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)


Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang Derhaka!!. (Annur:55)


Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
|Qs Fussilat 41: 53|


Tuesday, October 11, 2011

Muflis di Akhirat....


Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: 

"Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? " 

Sahabat-sahabat Baginda menjawab:  "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;" Nabi s.a.w., bersabda: 

"Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat,  sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; 

kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka. 


(Muslim dan Tirmizi)

Wahai Zat Agung.. Bantulah Kami Sedang dlm Kesusahan....





AlLAH YA 'AZEEM 'ANTAL'AZEEM
Allah Wahai Yang Maha Agung, Engkaulah Yang Maha Agung;

Qad hammanaa haammun 'azeem
Kami telah terkena oleh masalah yang sangat berat

Wa kullu haammin hammanaa
dan setiap hal yang menjadi masalah kami yang kami Risaukan,

ya huunuu Bi'SMIKA YA AZEEM
menjadi mudah dengan menyebutkan Nama Mu Wahai Yang Maha Agung,

ANTA'L-QADEEM, QADEEMUN FI'ILAZAL,
Engkaulah Yang Maha Awal, Wahai Yang Maha Awal

Antal LATEEF, Lateefun lam tazal
Engkaulah Yang Maha Lembut, Tanpa Berkesudahan Maha Lembut

'Anna azil maa qad nazzal
Angkatlah (buangkan masalah kami) dari kami apa yang telah menimpa kami;

Min faadihi'l-khatbi'sh-shadeed
Dari kesukaran yang mendukacitakan

HAYYUN QADEEM QADEEMUN WAAJIDUU
Wahai Yang Maha Hidup Maha Awal dan Maha Dermawan dalam Memberi;

BAQI GHANEE GHANIYYUN MAJIDUU
Maha Kekal, Maha Kaya Sangat Kaya dan Maha Sempurna

ADLUN ILLAH ILLAHUN WAHIDUU
Yang Maha Adil Allah, Yang Maha Esa Allah

Barrun RA'UF Ra'ufun bil'abeed
Yang Maha Baik Maha Lembut, Maha Lembut kepada abdi Nya

Wa lil -Nabiy salli YA SALAAM
Dan Salam bagi Nabi Wahai Yang Maha Selamat(Salam)

Minna salaatun ma'salaam
Dari kami kirimkan pujian dan salam;

Yawmul 'ljazaa 'mnaahna salaam
Kurniakan kepada kami keselamatan pada Hari Pengadilan,

Miimma nakhaafu YA MAJEED
Dari segala hal yang kami takut Wahai Yang Maha Sempurna

Wa 'l'aali wa 's-saahbi' l' usuud;
Dan singa dari Keluarga dan Shahabat,

Saadu bihi biidan wa suud
Menjadi ahli melalui Dia tak dipandang apakah putih atau hitam

La Siyyama maahi 'lhushuud;
Khususnya seorang yang melibas habis seluruh bala tentara yang besar;

Saifu'l'iLLAH 'ibnu 'lwaleed
Pedang ALLAH, putera Al Waleed



(Amienn Ya Azimmm)