Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 13, 2009

Saudara ku ketepikan isu Khilafiah dan Furuk' bersatulah.. bumi Pelestin adalah Lebih penting lagi....


ALLAHU AKBAR, SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN HANYA MEMPERTAHANKAN NEGARA PALESTIN TAPI JUGA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN MASJIDIL AQSA , YG MERUPAKAN QIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM. SEMOGA MEREKA WAFAT DALAM KEADAAN SYAHID, INSYA ALLAH. MARILAH KITA BERDO'A SEMOGA ALLAH MENURUNKAN "BALA BANTUAN-NYA" SEBAGAIMANA ALLAH TELAH MENURUNKAN "BALA BANTUAN-NYA" SAAT PERANG BADAR.



Gaza kini.......

















???„???????? ???„?­?…?????ˆ?? ?…?????„ ???„???†








???„???????? ???„?­?…?????ˆ?? ?…?????„ ???„???†









???„???????? ???„?­?…?????ˆ?? ?…?????„ ???„???†























Monday, January 12, 2009

Gerakkan Mahasiswa KUIS & UNISEL diTegur...

Gerakan mahasiswa dan surah 'Abasa

HarakahDaily: As-syahid Syed Qutb Rahimahullah dalam karya agungnya Tafsir Fi Zilal Quran menceritakan asbabun nuzul (sebab turun ayat) surah 'Abasa:


Abdullah Ibnu Ummi Maktum RA yang buta itu tidaklah dapat melihat Rasulullah s.a.w. yang memasamkan muka kepadanya semasa baginda asyik memberi tumpuan kepada golongan pembesar Arab Quraisy yang menjadi target "back bone" dalam menegakkan Daulah Islamiah di Madinah.


Rasulullah s.a.w. tidak silap dalam meletakkan aulawiyyat, memilih sasaran dakwah dikalangan mereka yang tegap ekonomi dan kuasa mereka, namun Allah tetap juga menegur baginda yang seolah terlupa kepada Abdullah Ibnu Ummi Maktum yang punya ketulusan hati untuk berjumpa dengan baginda.


Kelihatan remeh

Peristiwa ini kelihatannya seperti kecil dan remeh sahaja, tidaklah sehebat kisah peperangan Badar atau segemilang peristiwa pembukaan Makkah. Namun sekecil apa pun yang dinukilkan Allah taala dalam firmanNya, tetap mempunyai hikmah yang begitu agung. Allah taala mengungkap dalam bentuk singgungan secara sinis tetapi telus.


Tanpa selindung lagi, Rasulullah s.a.w. ditegur sebagai ingatan yang berkekalan buat diri baginda dan ummatnya. Ingatan buat pengikut setia yang juga bakal meneruskan tugas dakwah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan. Ternyata impak dari peristiwa ini cukup besar.


Peristiwa ini memberi petunjuk samada di sudut akhlak, pendekatan dan strategi dakwah dalam pembinaan ummah dan negara islam itu sendiri.


Surah yang dirakam secara "gentleman" begitu rupa, zahirnya seolah bakal mencalar imej dan reputasi Rasulullah s.a.w. Namun pengajarannya itulah yang perlu dihirup sepenuhnya. Terutama kepada penerus risalah agung ini seperti pimpinan gerakan islam mahupun pimpinan negara, wajar sekali membuat penelitian dalam mengambil kira sasaran dakwah tanpa memilih bulu.


Tiada siapa nafikan, "pendedahan berani" dalam surah ini begitu berat untuk ditanggung jika ianya berlaku kepada kita yang berjiwa kerdil ini. Ianya ditayangkan sepanjang zaman, dibaca sepanjang zaman dan diperdengarkan kepada orang ramai di sepanjang zaman.


Namun bagi Rasulullah s.a.w. yang berjiwa besar itu, sudah tentu baginda pasrah dan redha terhadap teguran Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang. Baginda sangat berkeyakinan Al-Quran itu tidak lain adalah pedoman kepada umat baginda jua.


Inilah juga bukti kasih sayang Allah taala yang saban hari terus menerus mengetuk hati nurani insan. Betapa perlunya bashirah atau celik hati nurani ini dibuka dan disingkap hijabnya untuk memahami, mengingati dan menyedarkan kita terhadap isi kandungan al-Quran.


Kesilapan sendiri

Juga membuktikan Al-Quran bukanlah ciptaan baginda. Mana mungkin seorang penulis akan menulis kesilapan diri sendiri secara terbuka dan terus terang begitu.

Untuk apa surah ini perlu direnungi sedalamnya? Terutama kepada pimpinan gerakan islam dan negara. Sudah tentulah hikmah Allah Taala menggambarkan peristiwa setelus ini menuntut pemerhatian mendalam kepada kita semua dalam mengharungi perjuangan islam yang penuh simpang siur ini.


Sememangnya manusia mudah dan cepat terkesan dengan kehebatan dan kekuasaan yang tiba-tiba terjongol di depan mata. Pembesar mana yang tidak teruja apabila dapat berjumpa dan ngobrol-ngobrol dengan pembesar dan saudagar-saudagar yang lain? Dan pembesar mana yang begitu betah untuk melayan anak-anak mentah dan budak-budak hingusan?


Lantas mereka sering memandang remeh dan enteng sesuatu yang dikira masih jauh dan mentah. Kelompok pimpinan negeri mahupun negara merasakan kuasa dan jawatan dalam pemerintahan mereka adalah suatu singgahsana yang begitu gah dan menawan hati.


Telahan mudah kepada mereka ini: "Mungkin mereka mengagak, dengan mengendung kuasa, mereka dapat membuat perubahan dengan menukar sistem, undang-undang dan polisi negara." Ya, kelihatan ada benarnya.

Namun barang diingat, kelangsungan mana-mana sistem dan polisi negara amat bergantung kepada penggerak dan pendokongnya. Siapakah lagi penggerak dan pendokongnya yang paling ampuh dan diharapkan kalau bukan anak muda yang berpendidikan?


Kepimpinan kelompok mahasiswa

Mutakhir ini, kelihatan jarang-jarang atau kadang-kadang sahaja kelompok mahasiswa ini diberi perhatian dan dibangunkan kepimpinan mereka. Mahasiswa kini seakan diabaikan, kehilangan punca, semakin lesu dan dinafikan suara dan jeritan mereka.


Di pihak Aspirasi pula, mereka terlalu dimanjakan dan disesatkan arah tuju perjuangan tulen mereka oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Seakan lembu yang diikat hidungnya layaknya. Peruntukan KPT dihambur sesuka hati walaupun untuk projek pesta-pestaan.


Satu pihak diabaikan dan satu pihak disesatkan!

Soalnya, di manakah pula kecacatan anggota fizikal mahasiswa sehingga mereka juga tiada tempat dalam senarai keutamaan kelompok pimpinan? Mahasiswa tidak dipandang walaupun dengan sebelah mata. Isu-isu kebajikan mereka seperti biasiswa, PTPTN, Pilihan Raya Kampus, AUKU begitu menekan alam kampus. Apatah lagi isu kepimpinan dan daya juang yang semakin terperosok, hilang arah, tidak diketahui hujung pangkalnya.


Adakah masyarakat negara ini dapat merasai kehadiran dan kepimpinan mahasiswa? Kalau setakat terpegun dan puas dengan program baktisiswa, keluarga angkat yang dah lapuk itu, manakan mampu mungubah landskap kepimpinan negara. Malah mereka kerap sekali dimomokkan dengan masalah-masalah sosial dan pembawa masalah kepada masyarakat.

Mahasiswa adalah sasaran itu. Ya, mereka adalah kelompok yang tidak dbela kerana dilihat masih mentah dan belum diketahui bagaimana masa depan dan hasilnya nanti. Sedangkan suatu ketika dahulu, (biarlah, orang nak kata mengungkit) ketika sesetengah kelompok pimpinan pembangkang pernah ditimpa hiba, duka nestapa, ramai juga dikalangan mahasiswa yang tampil membela di jalanan, menjerit erti keadilan dan menyanggah kezaliman.

Memang manusia yang singkat akal budinya mudah tersilau dengan tahta yang segera dan mereka tidak begitu sabar untuk menghayun buaian seorang bayi kerana ianya amat memenatkan malah cukup melecehkan.


Menghisab kebenaran

Ada kalangan teman-teman mahasiswa bertanya soalan yang kelihatan main-main tapi wajar juga dihisab kebenarannya, mengapa tuntutan untuk memenangi pilihanraya kecil lebih kuat pekikannya berbanding usaha bersungguh untuk membina dan membela jenerasi pelapis yang bakal menggegarkan negara suatu hari nanti?


Apa jadi dengan mahasiswa di KUIS dan UNISEL? Masih hanyut dengan gejala sosial atau masih takut-takut nak susun program usrah? Sedang kuasa sudah di tangan!


Masing-masing berhak memberi jawapan yang berbeza.

Apa pun jawapannya, jika ketidakpedulian sejenak Rasulullah s.a.w. terhadap Abdullah Ibnu Ummi Maktum RA yang buta itu pun ditegur Allah taala!

Apakah pimpinan gerakan islam dan pimpinan negeri yang jelas mengabaikan nasib mahasiswa kini tidak akan ditegur Allah taala di akhirat nanti?

Tak salah sesekali muhasabah diri. -

Ahmad Albab At-Tabani

Wednesday, January 7, 2009

Demontrasi Mahasiswa Jumaat Ini : Tukar Tempat Ke Kedutaan AS

Demontrasi Mahasiswa Mengutuk Kezaliman Israel

Tempat : Hadapan Kedutaan AS (bukan Masjid Putrajaya sebagaimana maklumat awal sebelum ini)

Seluruh rakyat Malaysia dan pencinta keamanan dan Islam dijemput hadir !!!

Tuesday, January 6, 2009

Keganasan Israel : Mahasiswa Akan Berarak Desak PM Bertindak Tegas



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan mengepalai Himpunan Raksasa Mahasiswa Membantah Kezaliman Israel ke atas Gaza, bersama Al-Azhar members dari kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan front-front mahasiswa Islam dan bukan Islam serta parti-parti politik serta NGO pada hari Jumaat ini, 9 Jan 2009. I.Allah satu memorandum bantahan dari seluruh Mahasiswa Islam akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya selepas solat Jumaat tersebut. Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan dan solidariti kepada GAMIS dalam membela nasib umat Islam di Gaza.

Kepada Seluruh Mahasiswa KUIS kami meyeru supaya datang beramai-ramai untuk memberi sokongan dan sebarang sumbangan untuk Gaza boleh disalurkan kepada setiausaha ALAM dan sebarang maklumat boleh menghubungi atau boleh datang ke pejabat urusan Al-azhar members,Masjid Al-azhar KUIS.

I.Allah pastikan Seluruh Mahasiswa KUIS akan Gempur di Putrajaya Jumaat ini….Takbir!!



Saturday, January 3, 2009

Dajjal Bush beri Israel kebebasan langgar Gaza

B.Harian..WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W , malam tadi menggesa semua pihak mendesak Hamas menghentikan tembakan roket terhadap Israel dan mengusahakan gencatan senjata yang berkekalan, selepas seminggu serangan udara terhadap Gaza.

Namun, Pentadbiran Bush memberi kebebasan kepada Israel untuk mengerah tentera darat memasuki Gaza biar pun masyarakat antarabangsa kian mengkritik cara ia mengendalikan konflik yang sudah membunuh lebih 400 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita.
"Saya menggesa semua pihak mendesak Hamas untuk berpaling daripada keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sahyang berusaha untuk mencapai keamanan


“Amerika Syarikat sedang menerajui usaha diplomatik bagi mencapai gencatan senjata yang bermakna dan dihormati," kata Bush dalam ucapan mingguan di radio.

Teks ucapan beliau dikeluarkan Rumah Putih lewat malam tadi.

Ia adalah kenyataan pertama Bush sejak konflik itu meletus seminggu lalu.

Bush turut menyalahkan Hamas terhadap konflik terbaru itu dan menolak sebarang gencatan senjata sebelah pihak oleh Israel.

Katanya, gencatan senjata seumpama itu hanya membenarkan Hamas meneruskan serangan roket terhadap Israel dari Gaza.


"Keganasan terbaru ini didalangi Hamas, iaitu kumpulan pengganas Palestin yang disokong Iran dan Syria yang menggesa kepada kemusnahan Israel," katanya.

Sebaliknya, Bush mendakwa serangan udara Israel adalah untuk mempertahankan diri selepas Hamas membiarkan gencatan senjata selama enam bulan tamat pada 19 Disember lalu dan menembak roket ke negara Yahudi itu.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Gordon Johndroe, berkata Amerika sudah menggesa Israel untuk mengelak kecederaan atau kematian orang awam semasa operasi ketenteraan, sama ada dalam serangan udara atau darat.- AFP

Ulasan peribadi: apabila terbaca berita ini di akbar kita tidak perlu megutuk Bush.. Cuma hanya memaki sahaja. Hal ni kerana Bush memang diketahui umum bahawa beliu adalah sekutu Israel dan Gerakkan Zionist. Jadi segala tindakkannya memang bercanggah dengan peranannya sebagai polis dunia. Apabila kita melihat di seluruh dunia mengutuk dan membuat demontrasi jalanan untuk mem”baikot” tindakan amarika yang membenarkan Israel menyerang Gaza. Pada zahirnya memang amarika yang salah tetapi pada batinnya kesalahan itu adalah di atas tangan-tangan umat Islam itu sendiri.


Mengapa saya berkata begitu?? Apabila kita melihat sejarah kemenangan Islam bukan hanya sekadar semangat semata-mata tetapi atas dasar keImanan dan keTaqwaan mereka kepada Allah Rafiqul A’la. Contoh yang boleh kita lihat iaitu kemenangan yang Allah berikan kepada tentera Badar, tentera Sultan Muhammad Al-fateh, tentera Salahuddin Al-ayyubi, tentera Taliban yang mana mereka dapat mengalahkan tentera rusia yang menggunakan senjata yang canggih dan Banyak lagi tentera yang diberi kemenangan oleh Allah kepada orang Islam yang berTaqwa.


Ini membuktikan Taqwa adalah asas yang utama perlu ditekankan kepada Umat Islam masa kini. Persoalan mengapa musuh Islam berani meludah di muka orang Islam di depan kalayak dunia seperti yang berlaku di Palestin sekarang?? Hal ini kerana mereka tahu Umat Islam kini sudah disihir dan telah terkena peluru yang di cipta oleh mereka iaitu Peluru yang di paggil Serangan Pemikiran.. seperti Sekularsme,Hindonisme,Liberalisme,Nasionalisme dan banyak lagi yang membawa kepada Cinta Dunia takut Mati!!


Apbila kita melihat reality umat Islam sekarang… tidak ada kesatuan, bermusuhan diantara perkara-perkara yang furuq atau kecil, persidangan OIC hanya sekadar syarat semata-mata tidak ada faedah langsung bagi umat Islam, pemimpin Islam kebanyakkannya sekutu amarika dan mementingkan hubungan bush daripada hubungan mereka dengan Allah SWT, semangat kebangsaan melebihi semangat persaudaraan seIslam, hasad dengki, sifat mazmumah masih lagi berleluasa, system politik,ekonomi,kehidupan,pentadbiran,dan perundangan Allah tidak di laksanakan secara menyeluruh dan banyak lagi perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah yang menyebabkan lambatnya bantuan dari Allah untuk kemenangan Umat Islam akhir zaman ini sebab itu Allah tangguhkan kemenangan umat Islam.


Jadi tidak salah kita berdemontrasi memaki Bush, tetapi bukan sekadar semangat semata-mata. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar dengan memperbaiki diri dan masyarakat yang rosak justeru menjadikan diri kita sebagai DR Bedah untuk membuang karat-karat jahiliah dan peluru Serangan pemikiran yang saya sebutkan tadi pada diri dan Umat Islam. Juga yang paling penting jangan lupa tingkatkan keImanan dan keTaqwaan kita kepada Yang Maha Penyelamat iaitu Allah SWT kerana itu sahaja harapan kita. Semoga Allah hantarkan seorang penyelamat dan diberikan kemenangan kepada kita untuk mengembalikan urusan dunia ini kepada Umat Islam semula I.Allah Zaman Kebangkitan Islam “Sesungguhnya Allah Tidak Pernah Memungkiri Janji”



Thursday, January 1, 2009

Doa Qunut Nazilah untukmu Mujahidin Palestin....ya aqsa..



Bismillahhirahmanirrahim....

Ya Allah.. kami diserang oleh musuhMu dari segala sudut

Ya Allah.. dengan Zat dan KekuasaanMU maka bantulah kami

Datangkan pemyelamat kepada kami agar Dunia ini kembali kepada NaunganMU

agar terbentuknya kasih sayang sesama manusia

Ya Qahhar..Ya Jabbar..Ya Muntaqim... Kami memohon kepada Mu..........


اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائنا
ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم
وستت كلمتهم
وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلاب ك
يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب
ويا هازم الاحزاب

ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan kesatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka

Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah ,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin Ya Allah......... Takbir!!3x

Wajah² Gaza Setelah 4 Hari Diserang Rejim zionis




He3x...(sindir) di mana kesatuan Umat Islam Sekarang!! Umat Islam di ludah!! di hina bagai Haiwan yang boleh dibunuh begitu sahaja!! Wahai Shabab Muslimin!! Bangkitlah dari lena mu!! marilah sama2 kita bergandingbahu untuk martabatkan Kalimah Allah di muka bumi ini!! marilah sama2 kita berdoa kerana Doa adalah senjata orang mukmin dan amalkan Qunut Nazilah setiap kali solat Fardhu dan sunat.....