Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 10, 2009

Rintihan Taubat 10 malam Terakhir Ramadhan





















Tuhan aku ini hamba Mu pimpinlah

Tuhan aku ini hambaMu maafkanlah

Aku selalu membuat kesalahan

Setiap hari ku membuat dosa

Ampunkanlah hambamu ini


Tuhan hambamu ini lemah

Memerlukan kekuatan dari Mu

Jangan biarkan ku terumbang-ambing

Dengan kehidupan dunia yang menipu

Berilah aku petunjuk selalu


Iman itu adalah segala-galanya

Hidayah tinggi nilainya

Taufik sangat berharga

Anugerahkanlah kepada ku

Agar aku mulia di sisi Mu


Tuhan kalaulah bukan petunjuk dari Mu

Sudah tentu aku tersesat jalan

Kalau bukanlah taufik dari Mu

Menempuh jalan ku tentu tidak mampu

Oleh itu pimpinlah ku dalam hidup di dunia ini


Begitulah harapanku pada Mu

Setiap doa ku panjatkan

Wahai Tuhan Engkau dengarlah Pemintaanku

Engkau terimalah permintaanku

Engkau terimalah permintaanku

Engkau terimalah permintaanku



Ya Allah Kembalikan Kasih Sayang pada Manusia

Sesungguhnya jika manusia ini benar-benar berIman nescaya Pangkatnya melebihi Iman Malaikat tetapi jika dia tidak berIman nescaya Pangkatnya lebih Rendah dari binatang......... apabila melihat gambar ini marilah kita sama-sama berfikir....................................


anak kucing dibakar tanpa belas kasihan


anjing disimbah asid oleh tuannya


bayi dibuang sesuka hati
Haiwan pun pandai Berkasih Sayang Kasih Sayang Monyet mempertahankan anaknya yg ingin dimakan anjing

sama-sama kita berfikir di mana hilangnya maruah manusia yg mempunyai akal?? Beginilah jadinya apabila Tuhan tidak diperdulikan di dalam kehidupan manusia
[LOVE GOD-ALLAHU HAQ]

Tuesday, September 8, 2009

Peringatan iktibar peristiwa Ghazwah Badar kubra pada 17 Ramadhan kepada pejuang Haraki


Pencinta-pecinta kebenaran akhir zaman perlu meneliti sejarah kemenangan Islam yang sebenar agar mereka tidak lari dari manhaj strategi perjuangan Rasulullah saw. Sebelum itu mari kita melihat kembali ringkasan sejarah ghazwah Badar Kubra walaupun ramai yang sudah tahu kisah ini. Peristiwa ini berlaku di tempat berhampiran wadi atau lembah Rahqan pada 17 ramadhan tahun 2 hijrah dan ia juga adalah tahun yang sama pensyariatan kepada Ibadah Puasa.

Apabila abu suffian mendengar berita tentera Islam ingin memintas kafilah pimpinannya, ia mengutuskan seorang utusan untuk mengadu hal itu kepada pasukan Qurais agar menggagalkan pasukan Islam. Dia juga telah bertindak melalui jalan tepi pantai sehingga dia selamat. Apabila mendengar utusan itu puak qurais pun bersiap sedia untuk berperang. Namun dalam perjalanan mereka ke Badar sampai pula surat dari abu sufian menyatakan ia selamat dan minta supaya pasukan Qurais kembali ke mekah semula. Namun Abu Jahal berkeras mengajak berperang sehingga akhirnya berlakulah peperangan di Badar.


Di dalam pertempuran itu pasukan Islam telah mencapai kemenangan yang besar. Jumlah tentera yang syahid adalah 14 orang iaitu orang yang pertama gugur syahid adalah Umair bin Humam Al-Ansari. Yang mati katak dari tentera Musyrikin ialah seramai 70 orang dan ditawan seramai 70 orang juga. Di antara orang yang termati katak adalah Abu Jahal atau nama arabnya Umar bin Hisyam, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Umaiyyah bin Khalaf dan lain-lain yang tak terkenal pun.

Jadi tak perlu kita memanjangkan cerita disebabkan ramai yang sudah tahu kisah ini. Jadi yang perlu kita mengambil pengajaran dari peperangan ini adalah yang pertama wujudnya kebenaran untuk kita berkhilaf di dalam mengeluarkan pandangan di dalam strategi untuk berjuang. Apabila kita melihat Rasulullah saw juga menerima pandangan Al-Habbab bin Al-Munzir dalam menentukan perhentian tentera Islam di Badar. Lokasi stategi tentera Islam ialah berada hampir dengan sumber air.

Kedua Perancangan manusia berdepan dengan perancangan Allah swt. Iaitu Perancangan awal Rasululla
h adalah untuk menyekat kumpulan perniagaan Abu Sufyan bin Harb yang dalam perjalanan balik ke Makkah dari Syam untuk merampas harta mereka sebagai ganti kepada harta kaum muslimin Makkah yang dirampas oleh musyrikin setelah penghijrahan muslimin ke Madinah.
Tidak semua perancangan yang kita rancangkan dapat dipraktikkan meskipun perancangan itu sempurna disisi kita. Ini kerana Allah maha mengetahui akan segalanya dan perancangannya adalah perancangan terbaik. Tapi kita sebagai petuga-petugas Allah tidak boleh hanya menunggu ketentuan Allah tanpa merancangkan apa-apa gerak kerja kearah meninggikan SyariatNya.

Ketiga Syura dalam setiap gerak.Nabi S.A.W telah meminta pandangan dari kaum Muhajirin serta kaum Ansar. Sehingga mendapat persetujuan dari kedua pihak, maka Nabi S.A.W meneruskan strategi baru mereka, Jihad menentang tentera Musyrikin Makkah pimpinan Abu Jahal bin Hisham.

Keempat keyakinan terhadap pertolongan Allah swt. Logik akal sekali-kali tidak akan mengakui bahawa 313 orang tentera muslimin mampu menewaskan musuh dari kuffar Quraisy yang jumlah 1000 orang. Samalah keadaanya di Negara kita yang mana kalau hendak d
i bandingkan dengan tentera ‘musuh’, amat mustahil tentera muslimin mampu mencapai kemenangan.
Tapi ini telah terbukti melalui peristiwa bersejarah di zaman Rasulullah di mana tentera Muslimin yang kebanyakkannya bersenjatakan pelepah tamar berjaya menewaskan Tentera kuffar yang lengkap bersenjata perang malah menerima bantuan dari kerajaan Makkah pimpinan Abu Jahal Ibn Hisyam.

Kelima Penyucian dosa iaitu persiapan wajib setiap gerakan Islam. Sebelum mara ke medan Badar, Rasulullah memohon maaf dari semua sahabat sehinggakan Baginda meminta kepada sesiapa yang tidak berpuas hati kepada baginda untuk membalas perbuatannya disitu juga. Lalu bangun sorang sahabat yang penah dipukul baginda menuju kearahnya. Baginda lantas menyelak perut dan bersedia dengan balasan yang akn diberi oleh sahabat tersebut. Namum apa yang terjadi ialah, sahabat itu meluru lantas mencium perut baginda Rasulullah.
Peristiwa sama berlaku pad
a zaman pemerintahan Khalifah Umar R.A. Ketika mana beliau ingin mengutuskan beberapa orang sahabat untuk berperang, beliau berpesan dalam khutbahnya yang berbunyai, “ sesungguhnya aku lebih takut akan dosa yang kamu lakukan dari kekuatan musuh”. Ini membayangkan kepada kita bahwa ‘tazkiyyatul nafsi’ amatlah penting kerana dengan ketiadaannya akan menyebabkan kerja-kerja dakwah bakal tergendalan dan jauh dari rahmat Allah yang menjadi faktor utama kejayaan kepada gerakan dakwah islamiyyah seluruh dunia.


Keenam Ketenangan kunci kejayaan.Malam sebelum peperangan, semua tentera islam tidur nyenyak dalam keadaan yang penuh ketenangan. Manakala selepas itu hujan turun sehingga membolehkan para sahabat mandi. Kata Nabi S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud, “ terkejar-kejar dan gopoh-gapah itu dari Syaitan manakala ketenangan dan beransur-ansur itu dari (gerak-geri) tuhan Ar-Rahman”.
Dalam mempraktikkan gerak kerja dakwah, kita tidak boleh bergopoh dan ingin cepat mendapat hasil. Ianya perlu melalui tahap-tahap tertentu untuk mematangkan keadaan. Beker
ja dalam jamaah semestinya memerlukan jiwa yang tenang kerana ketenangan itu akan menerbitkan idea-idea bernas yang diperlukan setiap masa di dalam jamaah.

Ketujuh Doa senjata mu’min.Rasulullah saw bermunajat berdoa kepada Allah sebelum mara ke medan Badar, “ya Allah, seandainya engkau hancurkan tentera ini, nescaya kau tidak akan di sembah selamanya.Sebagai seorang Gerakan Islam, doa sepatutnya menjadi amalan
wajib sebagai satu sumber makanan rohani yang mampu mencetuskan satu perasaan pergantungan yang tinggi kepada Tuhan swt. Pergantungan ini pula haruslah disertai dengan keyakinan bahawa pertolongan itu pasti mendatangi kita.

Semoga Kebangkitan Islam akan berlaku di dalam masa terdekat ini dengan keyakinan dan usaha kita untuk menegakkan syariatnya. ‘Ya Allah menangkan Islam dengan berkat Ahli Badr
, Ya Allah” 3x…………. Allahu Haq.

Perisitiwa Bulan Ramadhan


::RAMADHAN::
::TARIKH HIJRAH::
::PERISTIWA::
1
114 islam tewas dalam perang 'Balathi Syuhada' di bawah pimpinan Abdul Rahman Al Ghafin.
2
82 Kemenangan islam ke atas pendita wanita barbar.
Pembukaan Maghribi Tengah.
3
9 Rasulullah menerima utusan dari Bani Thaqif.
Abu Sufian dan Mughirah diberi tugas menghancurkan berhala kaum musyrikin.
4
1 Permulaan panji putih yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah R.A.
5
5 Persiapan tentera islam menghadapi peperangan Ahzab.
7
89 Kemenangan islam di negara Sindi,rajanya bernama Dahir dibawah pimpinan Muhammad bin Al Qosim Al Thaqafi.
8
2 Rasulullah keluar untuk menghadapi kaum quraisy dalam perang Badar Al Kubra
9
10 Kabilah Hamzani dari Yaman memeluk islam dalam satu hari. mereka solat dibelakang Saidina Ali yang diberi tanggungjawab oleh Rasulullah S.A.W.
9
16 Kemenangan islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqos.
tentera islam seramai 10000 orang, tentera parsi 120000 orang.
9
39 Kemenangan islam dan pembukaan kepulauan Rodos,berdekatan Itali.
9
91
Kemenangan islam di bawah pimpinan Thoriq bin Zaid ke atas raja Rudrik di Sepanyol.
9
361
Sempurnanya pembinaan jamiah Al Azhar.
9
549
Islam mendapat semula sebahagian daripada Sofad(satu kawasan di palestin) dari tentera Salibiyyah di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi.
9
559
Tentera islam di bawah pimpinan Nuruddin Az Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salibiyyah.
10
8
Pembukaan kota Mekah disertai takbir hari raya oleh Rasululah SAW
10
1393
Kemenangan islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan negara Mesir.
11
14
Kemenangan islam ke atas Parsi dalam perang buih di Iraq,Parsi diketuai oleh Panglima Mahran.
12
32
Saidina Al Abbas bin Abdul Mutalib meninggal dunia.
13
9
Kedatangan utusan dari Himyar,Thaif dan Yaman.
Rasulullah telah memuliakan mereka,akhirnya mereka telah memeluk islam.
14
666
Kemenangan islam di bawah panglima Zahir Bibras dan berjaya membuka kota Antokiyyah di Sham.
15
3
Kelahiran Saidina Hassan bin Ali.
17
2
Kemenangan islam dalam Gazwah Badar Kubra. teguhnya negara islam Madinah.
17
40
Pengkhianatan dan pencerobohan Khawarij terhadap Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib di Mihraj Masjid Kuffah.
17
58
Ummul Mukminin Saidatina Aisyah bin Abu Bakar As Siddiq wafat.
18
52
Mangkatnya Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid di Hims.
19
223
Al Muktasim menyahut pertolongan muslimat yang telah dibuka auratnya oleh golongan kuffar di Ammurah,Turki.
21
584
Pembebasan Sham/Syria daripada Salibiyyah.
22
6
Sempurnanya pengutusan pasukan sarayya (pengintip) Zaid bin Harith ke Ummu Qurnah.
22
648
Kemenangan islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah.
23
62
Kemenangan kerajaan islam Hamdaniyyah ke atas tentera tentera Baizantiniyyah di Halab.
24
58
Kemenangan islam di bawah pimpinan Al Muzaffar Saifuddin Qutus dalam peperangan dengan Monggol di bawah pimpinan Hulago.Peperangan ini berlaku di Ain Jalut,Palestin.
25
8
Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala Al Uzza,Amru Al As menghancurkan berhala Suwa', Saad bin zaid Al Asyhali memusnahkan berhala Manat.
25
179
Kemenangan islam di Yaumul Zulaqoh di Andalus atau Sepanyol.
26
927
Kemenangan islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.
27
13
Penurunan wahyu pertama kepada baginda Rasulullah di Gua Hira'.
28
92
Perluasan negara Islam di Andalus.
29
2
Kewajipan zakat ke atas umat islam.
30
94
Kemenangan tentera islam di bawah Panglima Musa bin Nusair dan pembukaan kota Mardah serta kepongan ke atas Salibiyyah.

Wednesday, September 2, 2009

Solat berjamaah imbangi cas dalam badan



Sempena Ramadhan ini marilah sama-sama kita melihat keagungan setiap perbuatan yang di syariaat oleh Allah walaupun sebesar zahrah. sebuah kisah seorang Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita
.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.

bersempena Ramadhan ini marilah sama-sama kita sentiasa solat berjemaah bukan sahaja solat sunat tarawih tetapi juga solat-solat fardhu. kekalkan dan istiqamahkan diri agar solat berjemaah bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi juga pada bulan-bulan yang lain. semoga Tuhan meredhai kita dan menjadikan kita hamba yang berTaqwa.
[LOVE GOD]