Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, December 30, 2009

Sejarah Serangan Pemikiran Musuh Islam



Setelah pergaduhan atau pertembungan diantara kejumudan system katolik kristian mengongkong rakyat di eropah, ramai golongan yang intelektual telahpun mengistiharkan perang terhadap system itu. Maka dengan kejayaan mereka, maka terlahirlah mazhab baru kristian yang mengasingkan agama dengan kehidupan manusia dengan diberi gelarah mazhab kristian protestan. Dengan teori inilah maka orang eropah telahpun mendapat satu modul yang boleh membantutkan mana-mana agama dengan menggunakan serangan yang tidak memerlukan peluru, jet atau bahan senjata. Yang perlu digunakan adalah serangan spikologi berbentuk serangan pemikiran atau di dalam bahasa arabnya Ghazwul Fikri.


Setelah sekian lama kegemilangan umat Islam di dalam mengetuai system politik dunia, musuh Islam merancang untuk menjatuhkan kerana dengki dengan kejayaan umat Islam maka orang kafir terutama orang Kristian, yahudi mula merancang untuk menjatuhkan khilafah Uthmaniah daripada dimiliki oleh Umat Islam. Hal ini kerana Khilafah Uthmaniah adalah kuasa besar dunia seperti kuasa besar amarika pada masa kini. Usaha ghazwul fikri kepada Umat Islam adalah usaha yang sistematik dan dirancang secara kemas sebagai jalan lain dan utama bagi menghancurkan Islam. Ghazwatul Fikri adalah pengganti kepada serangan fizikal yang sentiasa mengalahkan pihak Musuh dan menakutkan mereka sedangkan ummah Islam sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran fizikal tersebut seperti semasa perang Salib.


Serangan fizikal yang dilakukan kepada ummah Islam akan menjadikan ummah Islam kuat dan akhirnya menang. Perkara ini telah banyak dibuktikan di dalam sejarah sama ada semenjak Nabi Muhammad SAW atau sejarah Ummah Islam secara umumnya. Dengan tekanan fizikal, Umat Islam menjadi berani kerana Allah SWT dan RasulNya banyak berjanji kepada mereka yang berjihad dimana mereka akan mendapat ganjaran yang sangat banyak. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi, sedangkan pihak musuh berperang untuk mencari hidup dan takutkan mati. Keadaan puak musuh itu telah menjadikan mereka kalah sebelum berperang.


Orang Kafir berjaya mengalahkan umat Islam dengan menyerang pemikiran mereka, sehingga umat Islam merubah cara berfikir. Umat Islam yang sudah terkena suntikan pemikiran barat atau pemikiran Jahiliyah yang disuntik ke dalam otak umat Islam secara bertahap, pasti akan merubah tingkah lakunya seperti personaliti, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Dengan keadaan ini, maka umat Islam hanya tinggal status sahaja. Muslim tetapi tidak mengamalkan Islam bahkan menyerang Islam pula dengan pemikirannya yang jahil sebagai mangsa dari ghazwatul fikri ini.


Kejatuhan Khilafah Islamiyah sebagai contoh besar kehancuran kerajaan Islam dan juga sebagai kehilangan umat Islam untuk memberikan walanya. Kejatuhan Khilafah Uthmaniah dilaksanakan oleh pihak Kristian, yahudi mengikut beberapa peringkat.


Membersihkan Aceh dari pemikiran Islam

1) Peringkat sebelum jatuhnya Khilafah

Objektif utama Ghazwatul Fikri sebelum jatuhnya KhilafahUthmaniah adalah menjadikan Umat Islam lemah (al inhilal). Untuk mencapai objektif ini, pihak kafir melakukan kajian terhadap hal ehwal orang-orang di timur dan juga Islam. Kemudian mereka mempelajari ruang-ruang kelemahan Umat Islam (al istisyrak). Langkah berikutnya, kalangan orientalis yang juga adalah pihak kristian berusaha melakukan pengkristianan terhadap Umat Islam (at tansir). Kemudian akhirnya berusaha memutuskan sendi-sendi daulah Khilafah (taqti’ awsal daulah al Khilafah).


Ghazwatul fikri yang sistematik dan bertahap dimulai dengan pengiriman buku-buku dan pakar-pakar orientalis dan kristian ke dalam masyarakat umat Islam. Cara ini bertujuan agar secara perlahan-lahan Umat Islam mempunyai alternatif bacaan dan kemudian dapat dijadikan sebagai rujukan. Penampilan mereka dalam membawa fikrahnya tentulah dengan cara yang menarik sehingga Umat Islam terpikat dan terikat dengannya. Bahkan ada diantara mereka yang hafal al-Quran dan mengenal Islam secara mendalam. Beberapa orang diantara mereka ada yang menjelma sebagai ulama Islam.


Selain itu mereka juga menerima secara terbuka umat Islam yang hendak belajar dengan mereka dalam segala bidang ilmu. Kemudian secara perlahan-lahan mempengarauhi umat Islam dengan berbagai model dan teladan yang dijadikan ikutan. Cara ini cukup berjaya kerana umat Islam memiliki percanggahan keilmuan yang kemudiannya tidak lagi percaya kepada khilafah Islam. Keadaan ini berlaku sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniah. Negeri-negeri Islam di bawah Khilafah Uthmaniah mulai memutuskan hubungannya dengan kerajaan pusat. Di Kerajaan Pusat pun berlaku dengan muncul Tokoh Sekularisme, Kamal Atartuk yang sehingga ke hari ini senantiasa ada yang memperjuangkan dan mempertahankan fikrahnya.


Khalifah Islam Turki Uthmaniyah Terakhir

2) Peringkat Ketika Jatuhnya Khilafah

Objektif Ghazwatul fikri berikutnya adalah menjajah Khilafah Uthmaniah (al ihtilal). Usaha untuk mencapai objektif ini adalah meneruskan usaha pada marhalah sebelumnya (al istsyrok dan at tansir) kemudian memisahkan agama dari daulah (fasluddin anid daulah) dan menyebarkan semangat nasionalisme (nasyru qowmiyah). Akhirnya dari langkah ini adalah jatuhnya Khilafah (Isqotu al Khilafah).

Pada saat jatuhnya khilafah Uthmaniah, usaha pihak kafir adalah menumbuhkan fahaman nasionalis iaitu kefahaman yang berdasarkan kesukuan dan perkauman. Kesatuan umat Islam yang berdasarkan aqidah, penyatuan semua kaum, suku dan golongan kini telah menjadi hancur ke atas kaum dan puak. Umat Islam semakin lemah dam khilafah Islamiyah jatuh. Pemikiran menjauhkan agama dari Kerajaan Islam juga isu utama yang disebarkan kepada umat Islam. Muslim mula berfikir bahawa agama untuk akhirat dan kerajaan untuk dunia, sehingga tidak lagi mementingkan kerajaan atau kuasa tetapi cukuplah sekadar Sholat dan beribadah tanpa menyebut masalah negara.


3) Peringkat Sesudah Jatuh Khilafah

Objektif ghazwatul fikri setelah jatuhnya khilafah Uthmaniah adalah perubahan-perubahan (at taghyir) dalam politik (as siyasi), sosial (al ijtima’i) dan tingkah laku (al khuluqi). Perubahan-perubahan ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti seperti :-

  • Istisyrok (Usaha mengkaji hal ehwal orang timur)
  • At tansir (Kristianisasi)
  • La diniyah (Fahaman tiada agama)
  • Kaumiyah (Perkauman)
  • Taghrib (Pembaratan)

Aktiviti-aktiviti tersebut dilaksanakan melalui

  • pendidikan (At ta’alim)
  • media (Al I’lam)
  • perundangan (al Qonun)

Sesudah jatuhnya khilafah Uthmaniah, Ghazwatul fikri terus berjalan dengan maksud dan tujuan yang lain dari peringkat sebelumnya iaitu menyebarkan pemikiran sekular di segala bidang seperti pendidikan, pengajaran, penerangan, perundangan dan kehidupan. Juga isu persamaan hak dan pembebasan wanita sebagai isu yang dijadikan peluru dan sekaligus sasaran empuk dalam menghancurkan Islam. Kemudian yang juga sangat dirasakan adalah semakin menguat rasa nasionalis umat Islam di setiap negara Islam. Sehingga kita dapat merasainya di Negara kita Malaysia iaitu semangat nasionalisma atau kebangsaan yang kuat sehingga mengabaikan semangat yang wajib diutamakan iaitu semangat Islam. kerana dengan semangat Islam ini sahajalah yang dapat menyatukan semua kaum dan berkasih sayang sesama manusia. Maka yakinlah Allah SWT tidak pernah memungkiri janjinya bahawa barang siapa yang ikut perintahnya maka negaraitu akan aman dan mendapat keampunan Allah SWT. “Rakyat Di Dahulukan Pencampaian Di Utamakan” sepatutnya Al-Quran di dahulukan Daulah Islamiah Di Utamakan.

Saturday, December 26, 2009

Berpuasa bulan Muharram Pada Hari Asyura

SELAMAT MENJAMU SELERA BUBUR ASYURA

Sahabat seperjuangan sekalian masa semakin meninggalkan kita. Adakah kita menggunakan masa itu ke arah kebaikan atau keburukan? Tepuk dada tanya hati seperti firman Allah SWT


“Demi Masa Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian Kecuali Mereka Yang Beriman dan Beramal Soleh dan yang saling mengingati tentang kebenaran dan kesabaran”

Dunia semakin tua. Kita perlu sedar kiamat akan tiba bila-bila masa sahaja. Malah lebih dasyat lagi dari filem 2012. perlu diingatkan juga kedatangan Imam Mahdi akan muncul bila –bila masa sahaja.


Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan dibaiat pada bulan Muharam setelah terjadi bencana dan peperangan pada bulan Ramadan sampai Zulhijah. Kemudian berlaku pula ancaman (terhadap) jemaah haji di Mina yang mengakibatkan banyak kematian sehingga darah mengalir di al-Jamrah. Sebahagian jemaah haji itu ada yang menyelamatkan al-Mahdi lalu dibaiat di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, namun dia enggan menerimanya. (Kerana keengganannya itu) dia lantas diancam, “Jika kamu tidak mahu menerima baiat daripada kami, maka lehermu akan kami penggal!” (Al-Hakim)


Imam Mahdi akan dibaiat oleh orang ramai pada hari Asyura iaitu sepuluh hari bulan Muharam. Tanda-tanda yang dapat dilihat sebelum itu adalah berlaku peristiwa pembunuhan jemaah haji sehingga menyebabkan ramai jemaah haji mati dibunuh secara kejam di Jamrah, Mina. Mulai bulan Ramadan lagi sudah berlaku huru-hara yang membawa kepada peristiwa pembunuhan itu. Tidak lama selepas peristiwa pembunuhan jemaah haji itu, sekumpulan jemaah Haq datang ke Makkah lalu membaiat Imam Mahdi sebagai khalifah akhir zaman. Selepas itu, orang ramai termasuk jemaah haji yang terselamat turut membaiat Imam Mahdi.


Namun hal ini sekadar peringatan bersama sahaja agar kita bersedia dengan meningkatkan keTaqwaan kita kepada Allah SWT agar kita terselamat daripada fitnah Dajjal.


Marilah kita berbalik pada tajuk asal kita berpuasa pada hari asyura. Pada bulan Muharram ada satu hari yang dikenal dengan sebutan hari ‘Asyura. Orang-orang jahiliyah pada masa pra Islam dan bangsa Yahudi sangat memuliakan hari ini. Hal tersebut karana pada hari ini Allah SWT selamatkan Nabi Musa as dari kejaran Fir’aun dan bala tenteranya. Oleh kerana Bersyukur atas bantuan Allah SWT kepadanya, Nabi Musa as akhirnya berpuasa pada hari ini. Tatkala sampai berita ini kepada Nabi yang amat kita sayangi SAW, melalui orang-orang Yahudi yang tinggal di Madinah beliau bersabda,


فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ

“Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi)”.


Yang demikian kerana pada saat Rasulullah SAW sampai di Madinah, beliau mendapati Yahudi Madinah berpuasa pada hari ini, maka beliau sampaikan sabdanya sebagaimana di atas. Semenjak itu beliau SAW memerintahkan ummatnya untuk berpuasa, sehingga jadilah puasa ‘Asyura diantara ibadah yang disukai di dalam Islam. Dan ketika itu puasa Ramadhan belum diwajibkan.


Adalah Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhu yang menceritakan kisah ini kepada kita sebagaimana yang terdapat di dalam Shahih Bukhari No 1900,


قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِيْنَةَ فَرَأَى اليَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاء فَقَالَ:ماَ هَذَا؟ قَالُوْا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوْسَى. قَالَ: فَأَناَ أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ. فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Tatkala Nabi SAW datang ke Madinah beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Nabi SAW bertanya, “Hari apa ini?”. Orang-orang Yahudi menjawab, “Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa as berpuasa pada hari ini. Nabi SAW bersabda, “Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan ummatnya untuk melakukannya”. (HR Al Bukhari)


Dan dari Aisyah radiyallahu ‘anha, ia mengisahkan,


كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانَ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ

“Dahulu Rasulullah SAW memerintahkan untuk puasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka”. HR Al Bukhari No 1897


Keutamaan puasa ‘Asyura di dalam Islam.


Nabi SAW telah pun mengamalkan puasa Asyura sebelum perintah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan lagi . Al Imam Al Bukhari (No 1902) dan Al Imam Muslim (No 1132) meriwayatkan di dalam shahih mereka dari Abdullah bin Abbas ra, ia berkata,


مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَومَ فَضْلِهِ عَلَى غَيْرِهِ إِلاَّ هَذَا اليَوْمِ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَهذَا الشَّهْرُ يَعْنِي شَهْرُ رَمَضَانَ

“Aku tidak pernah mendapati Rasulullah menjaga puasa suatu hari karena keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini yaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yaitu bulan Ramadhan”.


Hal ini menandakan akan keutamaan besar yang terkandung pada puasa di hari ini. Oleh karena itu ketika beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam ditanya pada satu kesempatan tentang puasa yang paling afdhal setelah Ramadhan, beliau menjawab bulan Allah Muharram. Dan Al Imam Muslim serta yang lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda,


أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الفَرِيْضَةَ، صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah Muharram. Dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam”.


Dan puasa ‘Asyura menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu. Al Imam Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunan-nya dari Abu Qatadah Ra,


وَصَوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ إنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ

“Dan puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah boleh menggugurkan dosa setahun yang lalu”.



Hukum Puasa ‘Asyura


Sebagian ulama salaf menganggap puasa ‘Asyura hukumnya wajib akan tetapi hadits ‘Aisyah di atas menegaskan bahwa kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang mustahab (sunnah). Dan Al Imam Ibnu Abdilbarr menukil ijma’ ulama bahwa hukumnya adalah mustahab.

Waktu Pelaksanaan Puasa ‘Asyura


Jumhur ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahwa hari ‘Asyura adalah hari ke-10 di bulan Muharram. Di antara mereka adalah Said bin Musayyib, Al Hasan Al Bashri, Malik, Ahmad, Ishaq dan yang lainnya. Dan dikalangan ulama terkini seperti Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah. Pada hari inilah Rasullah SAW semasa hidupnya melaksanakan puasa ‘Asyura. Dan kurang lebih setahun sebelum wafatnya, beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda,


لَئِنْ بَقِيْتُ إِلَى قَابِلٍ َلأَصُوْمَنَّ التَاسِعَ

“Jikalau masih ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”


Para ulama berpendapat perkataan Rasulullah SAW , “…aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”, mengandungi kemungkinan beliau ingin memindahkan puasa tanggal 10 ke tanggal 9 Muharram dan beliau ingin menggabungkan keduanya dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura. Tapi ketika Rasulullah SAW ternyata wafat sebelum itu maka yang paling selamat adalah puasa pada kedua hari tersebut sekaligus, tanggal 9 dan 10 Muharram..


Dan Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11.


Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT wallahualam – Allahu Haq


RENUNGAN KATA-KATA ORANG BERTAQWA


Saidina Abu Bakar as-sidiiq

- Sesunguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
- Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

- Dia berkata kepada para sahabat
” Sesunguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindas lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku”


Saidina Umar Ra

- Jika tidak kerana takut kepada Allah nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya dan barangsiapa takut pada allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

- Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku.
Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.


Saidina Ali KWJ

- Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

- Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan iti diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai Taqwa. Bagaimana amalan itu hendak diterima?
- Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
- Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.


Suffian As Thauri

- Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu bapa pada perkara syubhat
- Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia

- Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat

Imam Syafie RH

- Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu (menuntut ilmu bukan kerana Sijil,Diploma,Ijazah)
- Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
- Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu unuk mencari pengetahuan.

- Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya adapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat buruk)
- Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.


Imam Malik RH

- Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati manusia
- Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya

- Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran ketenangan dan ketakutan.


Imam Abu Hanifah

- tidak sekalipu aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar iaitu murid-muridku

- Telah sampai berita kepadaku, bahawa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.


Imam Ahmad

- janganlah kamu mengmbil ilmu daripada orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.


Luqmanul Hakim

- ”Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jangan engkau banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka”


- Ambilah dari dunia sekadar keperluan dan perbelanjaan kelebihan hasil usahamu untuk akhirat. Dunia jangan ditolak semua agar engkau tidak menjadi orang yang menunpang hidup pada orang lain tanpa membalas apa-apa yang menyusahkan orang itu”

-
Berpuasalah selalu untuk menundukkan nafsumu, tetapi jangan sampai meletihkan badan sehingga merusak solatmu kerana solat lebih utama dari puasa” - Janganlah engkau duduk berteman dengan orang yang jahil, sombong dan jangan didekati orang yang bermuka dua (talam dua muka or munafik or hipokrik


Saturday, December 19, 2009

Tuhan Adalah Sumber keBahagiaan Kita


Allah SWT adalah sumber bahagia
Ini bukan semua orang yang boleh merasa
Yang hanya dapat dirasa oleh Jiwa yang Bertaqwa
Berdoa sahaja sudah rasa Indah dan Nikmatnya
Sekali pun belum tentu dikabulkan doa


Bercakap Berzikir dan Bermunajat dengan Tuhan
Tuhan terasa dekat terasa ada di mana-mana
Tapi tidak di sana
Kita terasa sangat Tuhan bersama kita
Tuhan dirasakan sangat diperlukan


Masya-Allah indahnya berTuhan
Rahmat-Nya dan kurniaan-Nya seperti dirasakan
Sama ada yang nyata mahu pun yang tersembunyi
Setiap detik Dia mengurniakan


Itulah Allah Sumber Kebahagiaan Kita


Besarnya erti hidup bersama Tuhan
Tuhan adalah hidup dan mati kita
Tuhan adalah segala-galanya
Jangan lupakan Tuhan

Kita memerlukanNya

-Allahu Haq-


Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H



Selamt Menyambut 1 Muharam



Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah
(Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.

Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

Doa Awal Tahun :

dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan." Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.


Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...


Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Peristiwa-peristiwa Penting

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Amalan-amaln Sunat
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa.

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.


2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X 4.

Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Kisah Hijrah:


RASULULLAH SAW berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda.

Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).

Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq ra dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib kwj. Baginda memberitahunya:

"Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah."

Ali kwj tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah SAW walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda.

Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali kwj dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah SAW keluar dari rumah itu. Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr ra, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya.

Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish.

Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira.

Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.
Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah SAW menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah.

Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.


Monday, December 7, 2009

Kisah Kelapa Tua

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)” AlImran :190

Imam AlGhazali menyatakan Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (ma’rifatullah) dan mengagungkanNya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahlukNya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung dalam segenap ciptaanNya.


Al Quraan menjelaskan bahawa alam dan segala kandungannya adalah dicipta oleh Maha Pencipta, Allah SWT. Dia telah memerintahkan kepada orang yang dikurniakan akal fikiran itu agar mengamati kejadian di alam cakerawala ini. Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah : Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi..”
Yunus:101




Kisah Keikhlasan Si Kelapa Tua



Kelapa tua, Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak diperduli dan tidak diendahkan. Kelapa tua tidak pernah menjadi Topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai yang akan dapat merasai dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak perdulikannya. Dirinya yang terbuai-buai di atas pokok bila ditiup angin itu terasa nyaman sekali.

Elok-elok kelapa tergantung di pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana dari kedudukan yang tinggi dan sambil menikmati tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, datang orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya menjadi lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki.

Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Aduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai, kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti begitu sahaja. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas tu sakit dikoyak dan disiat-siat. Hal ini berturusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke temurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya, keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua, di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dam mengalirlah air jernih dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah tahap hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Baru muqaddimah. Banyak lagi seksaan yang menanti. Tak cukup dengan menyemburkan airdari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu diramas-ramas dan diperah-perah. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas parikemanusiaan. Kemudian dia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawng merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya.

Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya: “gulai apa tu? Sedap sangat baunya?” Orang di dapur hanya menjawab,”kari ikan bawal.” Kari dapat nama. Ikan bawal dapat nama.

Orang kata,”oh! Sedap kari ni. “oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada sesiapa yang kira atau ambil peduli,si Kelapa Tua tetap Redha kerana sumbangannya bukan untuk dipuji, tapi untuk mendapat ganjaran Tuhan.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja tapi untuk ta”abbud kepada TUHAN. Biarlah jasa-jasa kita tidak Nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian TUHAN... -Minda Ikhwan [LOVE GOD]