Cuba lihat pada 3 TITIK di kalimah ALLAH selama 10 saat sambil zikir Allahu dan alihkan pandangan pada dinding kosong selama 10 saat juga.. lihatlah keajaibannya. ....Subhanallah.. rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaan-Nya
Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 190 - 191, maksudnya : "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang, terdapat tanda - tanda ( kebesaran Allah ) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang yang (sentiasa) mengingati Allah sambil ia berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan akan penciptaan langit dan bumi, lalu berkata : Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia - sia..." Firman Allah lagi dalam Surah Rum(30):8, maksudnya : "Dan mengapa mereka tidak mahu memikirkan tentang (kejadian) diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi, dan apa yang diantara kedua - duanya, melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan..." Lalu Allah menyindir mereka: Afala tafakkaruun, maksudnya: "Apakah kamu tidak mahu berfikir atau menggunakan akal fikiran?" -Surah Al-An'am(6):50 Firman Allah, maksudnya : "Kemudian akan kami tunjukkan tanda - tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran." - Surah Al-Fusilat(41):53
Rambutnya d kedai Mamak namun kesedihan terpancar di wajahnya...
Selepas dikorbankan aksi ini sempat dirakam oleh krew kami...inalillah.... ramai orang cakap arwah dulu baik...:)
Hari Raya Aidiladha dalam hadis
* Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
* “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
* Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
* Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
SEMOGA KORBAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT Ameeenn....
ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.
"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.
Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.
"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.
Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.
"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda
Sofa dan Marwah kisah bermula
Siti Hajar berhati mulia
Taatkan Allah jua suaminya
Biarpun hidup penuh derita
Nabi Ibrahim suami tercinta Menerima wahyu perintah Allah Suatu suruhan mengandungi hikmah Mereka berdua harus berpisah
Menangis Hajar mendengar kisah
Pilu hatinya dihambat resah
Mengenang nasib telah tersurat
Hidupnya bakal menempuh susah
Nabi Ibrahim hatinya rawan
Anak dan isteri harus ditinggalkan
Namun dirinya tak dapat melawan
Perintah Allah segera dilaksana
Di padang tandus Hajar ditinggalkan
Tiada teman tiada taulan
Hanya anaknya menjadi kawan
Pujuk dan rayu tak dipedulikan
Tika mentari membakar terik
Sesusuk tubuh lesu tak bermaya
Habis bekalan susu kekeringan
Menangis Ismail haus kelaparan
Hajar berdoa dengan hibanya
Mengharap air membasah dahaga
Tanpa diduga terpancar air
Dari hentakan kaki anaknya
Setelah sekian lama Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan Ismail di padanag pasir Nabi Ibrahim telah bermimpi dan menerima wahyu untuk menguji keimanannya........
BismillahiRahmanniRahim
[101] Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
[104] Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!
[105] “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
[106] Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
[108] Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
[109] “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.
[110] Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
[111] Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hilang sabar apabila Kerajaan Negeri terus didakwa bersikap lepas tangan dalam menangani isu banjir selain beliau sendiri dituduh tidak turun padang melawat mangsa.
Selepas mesyuarat Exco berakhir semalam, Azizan menafikan kenyataan berhubung tuduhan itu dengan nada agak keras.
“Orang cakap lain, lain ditulis. Buat kerja ikutlah cara halal, tulis bohong sana sini, itu kerja haram,” katanya, dituju kepada wartawan tertentu disifatkan berat sebelah dalam menulis.
Wakil media elektronik yang menjadi sasaran Azizan mempertahan kenyataan disiarkan.
Azizan dengan nada tinggi berkata, apa dilaporkan berhubung isu banjir itu adalah pembohongan.
“Hari pertama di Padang Terap, saya redah banjir. Setiap hari balik lewat malam menje-ngah mangsa, cuma wartawan tidak ikut,” katanya.
Wartawan lain pula bertanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada mangsa.
Dengan lantang Azizan menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi bantuan wang tunai kepada mangsa banjir di Kedah.
"Kena tanya Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah," katanya.
Azizan juga meminta wartawan merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengenai diskaun bil air.
Azizan enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai banjir di Kedah dan minta soalan lain dikemukakan.
“Saya tak nak campur tangan hal orang lain dan saya tidak suka orang lain campur tangan di Kedah atau dalam urusan saya,” katanya.
Apabila wartawan terus menerus bertanyakan isu banjir, Azizan dengan wajah serius dan marah enggan melayan sebarang pertanyaan.
Ketika berjalan menghampiri pintu keluar bilik sidang media, Azizan ditempelak soalan daripada wartawan media elektronik yang enggan mengalah.
Barangkali terasa dirinya diprovokasi, Azizan membalas: “Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah."
"Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam,” katanya sambil berlalu pergi.
Ketegasan Dato Seri Ustaz Azizan itu tidak pernah ubah seperti tegas dan garang beliau kepada muridnya dahulu. Kerana beliau adalah bekas Tenaga Pengajar di Maktab Mahmud, Pesyarah dan juga Ketua Jabatan Syariah UKM, Pensyarah Midanao State Universitiy Filipina dan Pensyarah UIA 1983-1995..
A'uudzubillaahi minasy syaythaanir rajiim
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Wash-shalaatu was-salaamu 'alaa asyrafil Mursaliin Sayyidinaa wa Nabiyyina Muhammadin wa 'alaa aalihi wa Shahbihi ajma'iin
“Dan apabila aku sakit, Dialah yang akan menyembuhkanku.” [QS 26:80]
Ketahuilah hadirin sekalian cara mencegah penyakit yang terbaik adalah dengan beriman kepada Allah SWT dan yakin bahawa segala yang terjadi adalah atas Kehendak-Nya.
Beberapa penyakit diberikan sebagai hukuman atas ketidak patuhan seseorang, sebahagian lagi sebagai ujian dan Tarbiyah Allah SWT, Allah SWT akan melihat apakah hamba-Nya menerima Kehendak-Nya dan tetap menjaga keimanannya dalam segala keadaan.
Allah SWT menguji hamba-Nya dengan berbagai cara, dengan keburukan dan kebaikan, kekayaan dan kemiskinan, kesehatan dan penyakit, kekuatan dan kelemahan, kemudahan dan kesulitan, serta kemuliaan dan kehinaan. Sebagai Tuhan dari seluruh umat manusia Dia berhak melakukannya dan Dia melihat apakah kita teguh dalam kepatuhan sebagai hamba atau apakah kita berubah dengan keadaan tersebut.
Kita harus percaya kepada qadar qadar, Penetapan Ilahiah, penetapan tujuan masing-masing melalui Kebijaksanaan dan Kehendak-Nya. Selain itu sangat penting untuk menjaga sunnah Rasulullah SAW.
Suatu ketika Rasulullah SAW mengirim surat kepada Raja Mesir. Beliau mendapat bantuan seperti seorang doktor, pelayan, dan seekor keledai. Rasulullah SAW menerimanya dengan berkata, “Kami memerlukan pelayan untuk melayani semua tamu yang berkunjung, keledai dapat digunakan untuk mengangkut barang-barang, tetapi Kami tidak memerlukan doktor.” Doktor itu menolak pergi dengan alasan ia telah diperintahkan Raja untuk mengabdi. Akhirnya doktor itu diizinkan untuk tinggal selama ia inginkan. Ia tinggal selama setahun sebelum kemudian memutuskan untuk pergi. “Selama setahun Aku di sini tak seorang pun yang datang untuk berubat, walaupun hanya sakit kepala, sakit gigi, atau sakit perut,” katanya kepada Rasulullah SAW. Beliau menjawab, “Ya, sebab mereka tidak pernah makan sebelum merasa lapar dan makan dengan menu yang seimbang dan tidak makan sampai perutnya penuh tetapi selalu ada ruang yang dikosongkan.” Doktor itu berkata lagi, “Engkau benar! Dengan cara seperti itu tak satu pun penyakit yang akan datang.”
Penyebab utama datangnya penyakit berasal dari perut yang kekenyangan. Pada hari ini perut orang-orang selalu penuh namun begitu mereka tetap ingin makan dan minum sesuatu yang lain, bagaikan sapi atau kerbau, mereka tidak pernah berhenti.
Itu adalah ciri khas haiwan sahaja, selalu ingin makan, minum, dan merokok, mereka tidak pernah mahu mengistirahatkan perutnya. Puasa adalah jalan menuju sihat.
Jika kamu merasa ingin makan, bersabarlah sebentar lalu makan sedikit, gigitan yang sedikit itu akan terasa seperti gigitan yang besar.
Jika kamu menderita penyakit, kamu harus mengambil hikmah sesuai dengan keimanan kamu. Iman yang kuat membatu kamu untuk bersabar. Bayangkan, Nabi Ayub AS kehilangan kekayaan dan kesihatannya tetapi beliau tidak pernah berputus asa kerana Ayub AS tahu penyakit adalah satu Tarbiyah dari Tuhan-Nya Beliau tetap bersabar dan teguh dalam imannya sehingga meletakkan kembali ulat yang keluar dari tubuhnya berkat kesabaran dan keimanannya itu Allah SWT telah menyembuhkanya... Allahu Haq