Wednesday, May 16, 2012
Tuesday, May 15, 2012
Hukum Menyokong Kerajaan Zalim.
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."
(Surah Hud 11:113)
مِنَّا وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ. قال شيخنا الشيخ شعيب الأرناؤوط : إسناده صحيح على شرط الشيخين .
Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh".
(Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)
حَدِيثُ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُمْلِي لِلظَّالِمِ فَإِذَا أَخَذَهُ لَمْ يُفْلِتْهُ ثُمَّ قَرَأَ ( وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan memanjangkan usia atau waktu bagi orang-orang yang zalim. Walaupun begitu Allah tetap menyiksanya, maka Dia (Allah) tidak akan melepaskannya. Kemudian beliau membaca firman Allah:
( وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِىَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )
Yang bermaksud: Dan begitulah azab Tuhanmu apabila Dia mengazabkan penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azabNya itu adalah sangat pedih lagi keras
Saturday, May 12, 2012
Menjatuhkan BN PRU13 adalah lebih Utama!!
Melenyapkan Kerosakan dan Kezaliman Adalah Jihad Yang Paling Utama
Rasulullah s.a.w memerintahkan orang Muslim agar melenyapkan kerosakan di dalam daulah dan menganggapnya lebih utama daripada menghadapi serangan musuh dari luar. Maka baginda bersabda tatkala ditanya tentang jihad yang paling utama:
"Jihad yang paling utama ialah kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim." (Diriwayatkan An-Nasa`i)[1]
Sebab kerosakan di dalam daulah inilah yang memancing munculnya serangan dari luar. Mati syahid kerana perbuatan ini juga termasuk jenis mati syahid fi sabilillah yang tertinggi. Sabda baginda:
"Pemimpin para syuhada adalah Hamzah dan juga orang yang mendatangi pemimpin yang zalim lalu menasihatinya dan melarangnya, lalu pemimpin itu membunuhnya." (Diriwayatkan Al-Hakim)[2]
Di dalam jiwa orang Muslim tertanam penolakan terhadap kezaliman dan kehendak untuk memberontak terhadap orang-orang yang zalim. Hingga baginda bersabda dalam doa qunutnya, yang diriwayatkan dari Ibnu Mas`ud, dan inilah yang diamalkan di dalam mazhab Hanafi dan lain-lainnya:
"Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah dan tidak kufur kepada-Mu, kami melepaskan dan meninggalkan orang yang menderhakai-Mu."
Islam menganjurkan peperangan untuk menyelamatkan orang-orang yang mendapat tekanan dan lemah di bumi dengan pelbagai ungkapan anjuran dan perintah, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat berikut ini (yang bermaksud):
"Mengapa kalian tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita-wanita mahupun anak-anak, yang semuanya berdoa: Ya Rabb kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau." (An-Nisa`: 75)
Islam melontarkan kemarahan dan pengingkarannya terhadap orang-orang Muslim yang menerima kezaliman, rela menetap di tempat yang keadaan mereka dilecehkan dan dizalimi, padahal mereka boleh hijrah dan lari dari sana menuju ke tempat lain. Firman-Nya (yang bermaksud):
"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya: Dalam keadaan bagaimana kalian ini? Mereka menjawab: Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Makkah). Para malaikat berkata: Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kalian dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, kecuali mereka yang tertindas baik lelaki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah), mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan, adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." (An-Nisa`: 97-99)
Sehingga Al-Qur`an berkata tentang keadaan orang-orang yang lemah, "Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka." Mereka berkata seperti itu sebagai harapan kepada Allah, dan tidak ingin diherdik Allah kerana rela terhadap penindasan dan kezaliman, yang mesti dihindari orang Muslim selagi boleh melakukannya.
Pengungkapan Al-Qur`an yang berulang-ulang tentang orang-orang yang sewenang-wenang di mukabumi, seperti Fir`aun, Haman, Qarun, pasukan dan para pengikutnya, merupakan pengungkapan yang mendorong hati orang Muslim untuk menentang sepak terajang mereka, membenci kezaliman mereka dan membantu orang-orang lemah yang menjadi korban mereka.
Merubah Kemungkaran Merupakan Kewajipan

Pengungkapan Al-Qur`an dan Sunnah tentang orang-orang yang hanya diam tatkala menghadapi kemungkaran dan bersikap pasif menghadapi para pelakunya, merupakan pengungkapan yang mampu menggetarkan hati sesiapa pun yang memiliki iman sekalipun hanya seberat biji sawi.
"Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu." (Al-Maidah: 78-79)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya, namun yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Diriwayatkan Muslim)
Salah besar jika ada anggapan bahawa kemungkaran ini hanya berkisar pada masalah zina, minum khamar atau hal-hal lain yang semakna.
Mengabaikan kehormatan rakyat merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Memanipulasi hasil pilihanraya merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Tidak mahu memberi kesaksian terhadap hasil pilihanraya merupakan kemungkaran yang amat mungkar, kerana hal ini termasuk menyembunyikan kesaksian. Menyerahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Mencuri kekayaan milik rakyat merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Menimbun barang yang diperlukan rakyat kerana kepentingan peribadi atau golongan tertentu merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Menzalimi manusia dengan cara-cara yang jahat tanpa melalui prosedur mahkamah yang adil merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Menyeksa manusia di penjara dan tahanan merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Menyerahkan wang rasuah, menerimanya dan menghantarkannya merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Mencari muka di hadapan pemimpin dengan cara yang batil dan mengipas-ngipas di hadapannya merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Setia terhadap musuh Allah dan musuh umat adalah kemungkaran yang amat mungkar.
Begitulah kita mendapatkan cakupan kemungkaran yang amat luas dan semakin luas, meliputi hal-hal yang dianggap manusia sebagai masalah politik.
Maka apakah orang Muslim yang masih memiliki ghirah terhadap agamanya dan menghendaki keredaan Rabb masih tetap akan diam mematung saja? Ataukah justeru dia menghindar dari medan, melarikan diri menghadapi pelbagai kemungkaran ini, kerana takut atau mementingkan keselamatan diri sendiri? Apabila roh seperti ini menyebar di tengah umat, maka habislah sudah risalahnya dan sudah boleh dipastikan, umat itu akan binasa, kerana ia akan menjadi santapan bangsa lain, bukan bangsa yang disifati Allah (yang bermaksud):
"Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Ali Imran: 110)
Tidak hairan jika kita mendengar peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umat kerana munculnya sikap seperti itu:
"Jika kulihat umatku gentar berkata kepada orang zalim: Hai orang zalim!, maka mereka tidak layak lagi untuk hidup." (Diriwayatkan Ahmad)
Dengan sebab imannya orang Muslim dituntut agar tidak bersikap pasif dalam menghadapi kemungkaran, apapun bentuknya, baik politik, ekonomi, sosial atau peradaban. Dia mesti meluruskan dan merubahnya dengan menggunakan tangan jika memang sanggup. Jika tidak sanggup, boleh menggunakan lidah dan keterangan. Jika tidak sanggup merubah dengan menggunakan lidah, dia mesti beralih ke cara yang paling rendah iaitu merubah dengan hatinya, dan inilah yang disifati dalam hadis sebagai selemah-lemahnya iman.
Rasulullah s.a.w menyebutnya "Merubah dengan hati", kerana ianya merupakan beban perasaan dan kejiwaan dalam melawan kemungkaran dan para pelakunya. Beban ini bukan hanya sekadar sesuatu yang mengandungi erti negatif seperti anggapan orang. Sebab jika begini, tentunya tidak disebut dengan kata-kata merubah di dalam hadis ini.
Beban perasaan dan kejiwaan ini akan terus mengekori dan suatu saat akan menyemburkan nafas dalam suatu tindakan yang positif, boleh berupa revolusi yang melibatkan orangramai atau ledakan yang sukar dibayangkan. Jika ada tekanan, tentu akan diikuti dengan ledakan. Ini merupakan sunnatullah yang berlaku di alam ini.
Jika hadis di atas menyebut sikap ini dengan istilah "Merubah dengan hati", maka dalam hadis lain disebutkan dengan istilah "Jihad hati", yang merupakan tingkatan jihad terakhir, sebagaimana ia merupakan tingkatan iman yang terakhir dan paling lemah.
Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas`ud secara marfu`:
"Tidak ada seorang nabi pun yang diutus Allah di suatu umat sebelumku, melainkan dia mempunyai para sahabat-sahabat setia dan rakan-rakan yang melaksanakan sunnahnya dan mengikuti perintahnya. Kemudian datang sesudah mereka orang-orang yang mengatakan apa yang tidak dikatakan para nabi, melakukan apa yang tidak diperintahkan para nabi itu. Barangsiapa memerangi mereka dengan tangannya, maka dia adalah orang Mukmin. Barangsiapa memerangi mereka dengan lidahnya, maka dia adalah orang Mukmin, dan barangsiapa memerangi mereka dengan hatinya, maka dia adalah orang Mukmin. Setelah itu tidak ada lagi iman sekalipun hanya sebiji sawi."
Wallahualam....
I.Allah Kemenangan akan berpihak kepada ISLAM. Takbir!!
Wallahualam....
I.Allah Kemenangan akan berpihak kepada ISLAM. Takbir!!
Tuesday, May 8, 2012
Tuan Guru Nik Aziz "Bapa Kafir" ??
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (Selendang Merah Perkasa)
Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat
KOTA BHARU 7 mei : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya “bapa kafir”.
Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.
“Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya,” katanya di sini.
Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.
Hisham berkata, kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis.
Oleh itu kata beliau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya bekas ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan.
KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.
PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.
“Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.
Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?” soal beliau.
Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.
“Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.
"Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya,” terang beliau.
PAS, kata Tuan Ibrahim tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.
“Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah. Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.
“Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13,” nasihat beliau
Tanda Dekatnya Hari Kiamat
سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ
فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
"Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara." Lalu beliau ditanya, "Apakah Ruwaibidlah itu?" beliau menjawab: "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum.“ (HR Ibnu Majah) Shahih
Dalam dunia jahiliyah moden kita menyaksikan bagaimana orang yang memiliki karakter jujur dan amanah justeru didustakan dan dikhianati. Sebaliknya pendusta dan pengkhianat malah dibenarkan dan diberi jabatan serta diangkat menjadi pemimpin masyarakat. Orang yang justeru dengan jujur dan lantang menyuarakan pentingnya tauhid dan penegakkan hukum Allah dipandang sebagai pengacau stabilitas nasional. Sedangkan para pendusta agama Allah dan pengusung faham kafir sekularisme dan pluralisme justeru dinilai sebagai seorang yang berwawasan luas, berpandangan jauh ke depan dan mengikuti perkembangan zaman. Pihak yang mentaati Allah dalam perkara mengingkari thaghut didustakan oleh masyarakat, sedangkan mereka yang ber-musyarokah (bekerjasama dan berpartisipasi) dengan thaghut malah dibenarkan. Padahal mengingkari thaghut merupakan salah satu rukun pokok aqidah tauhid:
فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ
“Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat.” (QS Al-Baqarah 256)
Sungguh berat hidup di zaman merebaknya kebodohan dan kedustaan akan dienullah. Inilah zaman jahiliyah modern dimana fitnah-fitnah meneylimuti dunia sehingga dunia menjadi laksana sepotong malam yang gelap-gulita.
بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا
أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا
"Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di sore harinya. Di sore hari seorang lelaki dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual diennya (agamanya) demi memperoleh kenikmatan dunia." (HR Muslim) Shahih
Dari Tuan Guru sebentar tadi....
A'uzubillahiminasyaithonirajim...Bismillahirahmanirahim...
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Al-Qalam 68:7)
Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).
(Al-Qalam 68:8)
Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
(Al-Qalam 68:9)
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
(Al-Qalam 68:10)
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
(Al-Qalam 68:11)
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, -
(Al-Qalam 68:12)
Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
(Al-Qalam 68:13)
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)? -
(Al-Qalam 68:14)
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
(Al-Qalam 68:15)
(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
(Al-Qalam 68:16)
Saya ditunjukkan keratan akhbar muka enam NST hari ini. Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen - Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat
Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
Firman Allah SWT, bermaksud “Wahai Orang yang Beriman Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Thursday, May 3, 2012
FATWA BERSIH HARAM?? Pendapat Dr Asri, Dr Yusof Qardawi dan Tok Guru Pondok.
Tok Guru Pondok Yang Menyokong BERSIH
Nombor 1 : Tok Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat (tidak hadir)
Nombor 2 : Tok Guru Hj Abd Hadi Awang
Nombor 3 : Tok Guru Hj Salleh Musa Pondok Sik,Kedah
(antara ulama' pondok yg cukop alim)
Nombor 4 : Ustaz Hj Sidek Noor (antaqa lepasan Pondok Tg Bedil,Aloq Setaq,Kedah [Pondok Tok Guru Hj Hitam])
Nombor 5 : Tok Guru Hj Izzuddin (Pak Njang Izzuddin) (Anak kpd Tok Guru Pak Chu Him Gajah Mati,Pendang,Kedah)
Nombor 6 : Tok Guru Hj Ismail (Pondok Matla' al-Badrain,Besut,Terengganu)
Nombor 7 : Ustaz Hj Zainul Asri Ramli (Mudir Darul Hadis,Kedah)
Nombor 8 : Ustaz Subri Arshad [Mudir Ma'had Da'wah Islamiyyah Pdg Menora,P. Pinang]
Dr Yusuf bekata "Demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman".
Subscribe to:
Posts (Atom)














