Sunday, January 3, 2010
Isu Kalimah Allah
Sehari dua ini banyak blog-blog, akhbar-akhbar, risalah-risalah yang membincangkan tentang penggunaan nama Allah di dalam agama lain. Hal ini telah lama dibincangkan tetapi ia menjadi hangat apabila kes ini telah menang di dalam makahmah .
Ramai yang risau mengenai kes ini. Walaupun tidak salah pada hakikatnya yang menjadi kebimbangan kita adalah Kes ini melibatkan akidah umat Islam di malaysia. Hal ini kerana masyarakat akan keliru dengan kalimah ini. Kita tidak bimbang orang-orang alim atau ustaz-ustaz yang kita bimbang adalah remaja dan masyarakat yang masih lagi ragu-ragu dengan akidah Islam.
Perlu diingatkan juga jangan sesekali mempolitikkan isu ini kerana ia boleh mengelirukan masyarakat Islam dan bukan Islam. Perlu diingatkan juga kepada blog-blog, akhbar-akhbar dan sewaktu dengannya, kita tidak perlu membincangkan atau mengeluarkan pandangan peribadi, ini kerana kita bukan ahlinya. Jangan menjadi seperti Fahaman Liberal menafsir sesuatu mengikut logik akal. Sebab itu kita melihat sekarang ini masyarakat keliru dengan agama Islam disebabkan yang mengeluarkan fatwa bukan lagi para mujtahid dan para ulamak tetapi yang mengeluarkan fatwa adalah Dr, Prof, MA, yang belajar bukan dari aliran agama. Hal ini perlu difahami walaupun dia Prof tetapi mengambil bidang Kaunseling atau tidak berkaitan dengan agama dia haram mengeluarkan fatwa berkaitan hukum Islam termasuk penggunaan nama Allah pada agama lain.
Mari kita melihat sedikit makna penggunaan nama Allah bukan padangan tetapi kita mengambil mengetahuan pandangan para fuqaha.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa nama Allah itu bersifat menyeluruh. Oleh itu dengan nama tersebut disandarkan seluruh nama-nama-Nya (al-Asma’ al-Husna) yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A‘raf ayat 180:
“Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”.
Bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah
sebagai panggilan kepada nama tuhan mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan di dalam agama Islam. Malah al-Qur’an sendiri pernah
merakamkan konflik ini sebagai iktibar dan pengajaran buat umat Islam dan bukan Islam.
Begitu juga ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik
tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu.
Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” sebagaimana yang digelar dan
dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir mengatakan kata-kata ‘Ikrimah tentang perihal turunnya ayat ini. Berkata ‘Ikrimah: “
Ketika orang Yahudi mengatakan: Kami menyembah ‘Uzair anak Allah.
Orang Nasrani mengatakan: Kami menyembah al-Masih anak Allah.
Majusi pula mengatakan: Kami menyembah matahari dan bulan.
Orang musyrikin pula mengatakan: Kami menyembah berhala.
Lalu Allah SWT menurunkan ke atas
Rasulullah SAW surah al-Ikhlas yang bermaksud:
Katakanlah wahai Muhammad
bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluk-Nya, Allah itu
tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagi-Nya sekutu”.
Ini membawa erti bahawa Allah adalah satu, Esa bukan tiga iaitu triniti yang mejadi kepercayaan agama kristen.
Diriwayatkan juga sebuah hadith daripada Abu Sa‘id secara marfu‘: “Bahawa Isa
diserahkan oleh ibunya kepada seorang pengajar agar dapat mengajarnya menulis. Lalu si pengajar berkata kepadanya: Tulislah dengan nama Allah. Isa berkata:Tahukah kamu siapa itu Allah? Allah ialah Tuhan bagi segala yang dipertuhankan”.
Ibn Qayyim menjelaskan bahawa penamaan Allah itu
menunjukkan bahawa Dia (Allah) adalah sebagai Yang dipertuhankan dan
disembah. Dipertuhankan oleh semua makhluk dengan penuh kecintaan,
pengagungan, ketundukan dan berlindung kepada-Nya dalam semua hajat dan
musibah yang menimpa. Inilah sebenarnya maksud di sebalik kalimah Allah SWT. Apa-apa pun kita serah kepada para fuqaha, jika mereka mengatakan wajib menentang keputusan mahkamah maka jom pakat-pakat turun berdemo bagi yang suka berdemo atau membantu apa-apa sahaja yang sesuai dengan keupayaan kita agar akidah umat Islam tidak dicemari dan dapat dijaga. Kita mesti ingat bahawa Islam tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan Islam.. Wallaualam... Allahu Haq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment