Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 23, 2010

Perkongsian Ilmu Teknik Rawatan Islam



Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog. Sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah Walau satu ayat” Di sini saya ingin berkongsi sedikit Ilmu Rawatan Islam. Mudah2 han ia memberi mafaat dan kekuatan kepada kita di dalam menghadapi Ujian yang diberikan oleh Allahu Haq Jallajalallah.....


Bhg 1:Teknik Rawatan

Petanda Terkena Gangguan Jin


1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus (* Jin tidak dapat dilihat oleh rupa sebenar maka yg dilihat itu adalah apa yg difikirkan oleh pesakit itu sendiri)
41) Sakit mental atau gila.


Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin..Segeralah berjumpa PERAWAT ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah.. Namun kadang2 bukan Jin tetapi tekanan Psikologi maka hanya perawat pengalaman sahaja yang tahu sama ada Sakit kerana Jin atau Sakit biasa yang perlu rawatan Holistik atau Hemopati berdasarkan Rawatan Kaedah Ibn Sina.


Syarat2 untuk Merawat nya adalah ...........


*Perawat mestilah berilmu tentang perubatan Islam (Jangan cuba2 jika tiada Guru pengalaman)

*Mengadap ke arak qiblat

*Pesakit dan Perawat hendaklah menutup aurat

*Mempunyai suara yang lantang dan jelas

*Membaca hendaklah secara bertajwid jangan baca ikut hati ja

*Perawat desebelah kanan pesakit dan letakkan tangan di atas kepala pesakit.

*Perawat perlu peka semasa membaca ayat RuQyah kerana Jin tu akan lawan jika dia tak senang duduk.

*Perawat dilarang memejam mata semasa membaca ayat RuQyah dan Tumpukan tenaga kepada Tapak tangan kerana ia membolehkan Perawat Mencengkam Jin itu agar keluar dari badan pesakit....

* Jika Semasa Rawatan Perawat dapat merasai getaran Haba jin itu di tapak tangan maka cepat2 membaca ayat surah Yasin 1-9 diikuti membaca “SYAHATIL WUJUHH” dan jika dia jerit dan bercakap dengan anda maka sesi Dialong anda dan Jin dalam badan pesakit akan bermula.. Tanya la apa yang anda nk Tanya.. tapi ingat Jin ni mmg suka menipu so jangan percaya Bulat2....


Ctoh.. Ali dah lama jeles ngan Fatimah sebab rapat sangat dengan Abu. Oleh kerana Ali ingin memisahkan Abu dgn Fatimah maka di hantarnya Sihir Jin kpd Fatimah. Fatimah pun pi la kat bomoh.. waktu Jin tu dialong ngan bomoh tu Tanya sapa hantaq hang masuk dlm badan dia. Jin tu Jawab Abu yang hantaq hahaha... sbb Ali dah pesan klo bomoh tu Tanya sapa hantaq Hang jawab Abu no.. Pas tu Hang kuar laa aku kaci Tulur Ayam KFC sebagai upah. Keesokan harinya Fatimah pun tak kawan dah ngan Abu sbb Abu Jahat. Dia sihir Fatimah Jin tu ckap. Maka terjadilah Fitnah kpd masyarakat dgn pembohongn jin itu tadi. Walaualm.


*Jika setelah membaca ayat RuQyah pesakit OK jer.. maka tak jadi masalah kerana Ayat Pelindung Diri itu telah meresap kedalam Tubuh pesakit I.Allah segala kekeliruan penyakitnya akan sembuh dgn Izin Allahu Haq.. kdg2 dia tak sakit pun saja jer nk tes Perawat ni.. maka ambik Limau Purut sumbat kat mulut dia hehehe degil sgt.. ada juga penyakit bkn disbbkn Jin tetapi mslh Hati yang terlalu banyak dgn maksiat mk sifat mazmumah menguasai dirinya.. mk Rawatan ini perlu dgn Rawatan Pembersihan Rohani dgn Syarat Solat Sunat Taubat Nasuha.... I.Allah kita akn bncangkan di dalam bahagian lain.


Ayat Ruqyah Yang Dibacakan Kepada Pesakit

Ayat2 RuQyah Seperti berikut...


1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

-Pesakit hendaklah Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.


-Perhatikan setelah selesai...jika Pesakit batuk,berpeluh-peluh,terasa mual,jantung berdegup kencang,terasa berdebar-debar,ada benda bergerak-gerak dibawah kulit,sendawa,mengantuk,pening dan menguap..maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Walaualam........... Allahu Haq3x



No comments: