"Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh," kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.
"Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum."
Lebih dari 8000 orang Syria telah terbunuh dalam tindakan keras membunuh yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad pada protes menuntut diakhirinya 11 tahun pemerintahan Assad.
Pihak berkuasa Syria berdalih mereka berperang melawan "pengganas", yang telah mengorbankan 2000 tentera dan polis.
Aktivis mengatakan bahawa pembunuhan dilakukan setiap hari oleh pasukan Asssad di bandar yang memprotes. Pada hari Isnin, aktivis mengatakan 57 orang, termasuk 26 kanak-kanak-kanak dan 21 perempuan, dibunuh oleh pasukan Assad di Homs, bandar ketiga terbesar Syria.
Para aktivis berkata, beberapa dari mereka yang terbunuh mempunyai bekas gorokan pada kerongkong mereka dan yang lain terkena luka tusuk di Karm al-Zeitoun dan Al Adawiyeh persekitaran bandar Homs. Pihak berkuasa Syria menuduh "geng pengganas" berada di balik pembunuhan dengan tujuan mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap Damsyik.
Setelah menyelesaikan serangan di Homs, pasukan tentera Syria mempertingkatkan operasi di utara, melakukan pengeboman di kota Idlib untuk tiga hari.
Seorang aktivis di bandar itu mengatakan bahawa pada hari Selasa lepas pasukan keselamatan telah membunuh lebih dari 20 orang yang cuba untuk meninggalkan daerah itu dalam dua hari terakhir dan membuang mayat mereka di Masjid al-Bilal.
Ketika penduduk tempatan pergi untuk memeriksa mayat-mayat, mereka juga mendapat serangan, menambah korban yang terbunuh menjadi di angka 50 orang, kata aktivis kepada Reuters.
"Ketika orang datang dari wilayah pada sekitar awal hari tadi, pasukan keselamatan juga mula menembak mereka. Secara keseluruhannya, kira-kira 45 orang dibunuh," kata aktivis, yang, seperti kebanyakan aktivis di Syria, hanya memberikan nama depannya, Muhammad, kerana takut dicari oleh pihak kerajaan.
No comments:
Post a Comment