Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, April 11, 2012

TERKINI!! AMARAN TSUNAMI DI ACEH di BATALKAN.......

WASHINGTON 11 April - Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS membatalkan amaran tsunami di Lautan Hindi yang dikeluarkan ekoran gempa bumi dengan kekuatan 8.6 skala Richter yang menggegarkan Aceh petang ini. - REUTERS


KUALA LUMPUR 11 April - Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.


Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.


Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.


Beliau berkata, pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.


Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.


Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.


Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.


Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis


SUMBER LAIN



Alert! Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11 pm dan Port Dickson pada 2.10 am hari ini.


Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, berukuran 8.7 pada skala Richter, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.


Gegaran sekitar jam 4.48 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.


Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.


Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.


Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.


Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.


"Gempa sebesar itu berpotensi menimbulkan tsunami yang boleh membinasakan di sepanjang garis pantai di Samudera Hindia. Namun, belum diketahui apakah saat ini terjadi tsunami atau tidak," demikian peringatan PTWC.


Peringatan tsunami dikeluarkan Pasific Tsunami Warning Center (PTWC) ke seluruh negara-negara di wilayah Samudera Hindia setelah gempa 8,5 SR menggoncang Aceh, Rabu (11/4/2012) pukul 15.39 WIB.


Jika tsunami terjadi, negara yang mungkin terkena kesannya adalah Indonesia, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Inggris, Malaysia, Mauritania, Seycheless, Pakistan, Somalia, Oman, Madagaskar, Iran, Emirat Arab, Yaman, Komoro, Bangladesh, Tanzania, Mozambik, Kenya, Croizet Island, Kerguelen Island, Afrika Selatan, dan Singapura

No comments: