Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 18, 2010

Setiap Manusia inginkan Kasih Sayang




Setiap manusia merindukan kasih sayang
ia adalah fitrah semula jadi
menginginkan hidup yang harmoni
itulah kebahagiaan yang dicari

setiap insan inginkan pembelaan
inginkan perlindungan dan dihormati
hak asasi jangan dicabuli
setiap yang bersalah hendaklah diadili

bertolak ansur didalam kehidupan
diantara rukun bermasyarakat
berfikir dan bermuafakat agar kehidupan
bermasyarakat menjadi bekat

dimana.....!! oh.... dimana....!!!
ini semua diperolehi............!!!

keinginan fitrah manusia sudah punah!!
harapan manusia musnah sama sekali
lantaran hati hitam dengan mazmumah

disana-sini huru-hara dengan krisis
peperangan mengamuk
harta musnah manusia mati
kemiskinan dan kemelaratan terbiar sendiri
pembesar si kaya Rasuah bermaharajalela

Tuhan kami merayu padaMu
Engkau saja harapan kami ini
Engkau pelindung sejati

Engkau pembela kami

Engkaulah penyelesai masalah yang menimpa kami


Friday, March 12, 2010

Semangat Melayu Islam Zaman Isu Natrah berbeza dengan Zaman Semangat Melayu sekarang






Antara petikan kata-kata lelaki Islam ketika Tragedi Natrah :-

Pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.

Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha

“Ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi….”

Dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan

“Demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini.”

Laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid


Kini Ramai yang Murtad!! Adakah Melayu Islam Sekarang seperti dulu?? atau sekadar Semangat Melayu Kebangsaan semata-mata bukan lagi semangat Melayu Islam seperti Isu Natrah??


Saturday, March 6, 2010

Perlunya Bersama Jemaah Gerakan Islam

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain melanggari batas-batas Allah. Perumpaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal. Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini, nescaya mereka akan karam kesemuanya”.-Riwayat Bukhari-


Sabda Nabi SAW.yang bermaksud:”wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu dengan kamu terhadap perpecahan.” (Riwayat al-Tirmizi)


“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil dari kumpulannya, maka berhati;hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai.” (Riwayat Ahmad)


Umar al-Khattab r.a berkata: “Sesungguhnya tiada Islam melainkan dengan jemaaah, tiada jemaah melainkan dengan kepimpinan dan tiada kepimpinan melainkan dengan ketaatan.” (Riwayat Ahmad)


Sejarah awal Islam, kemantapan iman para sahabat Nabi s.a.w. diterapkan melalui ukhuwah yang padu yang sentiasa hidup dalam satu jemaah yang kukuh. Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri, diselitkan dengan sifat-sifat mahmudah yang indah sebagaimana dituntut dalam Islam.


Pada masa kini, kebanyakan umat Islam dilanda sindrom rendah diri dan kurang daya saing dalam pelbagai lapangan kehidupan. Khususnyadalam aspek ilmu pengetahuan dan ekonomi. Justeru , umat Islam mesti menyedari akan hal itu dan bertindak untuk membentuk satu berisan jemaah yang padu yang dapat membela dan memandu umat agar standing umat yang lain dalam apa jua bidang. Hal ini dapat juga kita mencontohi Gerakan Ikhwan Muslimin yang amat digeruni oleh kerajaan mesir sehingga kini dan juga gerakan Arqam masa dahulu yang mana mereka dapat menopolikan ekonomi umat Islam setanding barat.


Kalangan umat Islam kini terdapat mereka yang mula merungkai ikatan Islam secara sedikit demi sedikit dengan meninggalkan beberapa amalan yang telah ditetapkan dan juga meninggalkan hukum-hakam serta perundangan Islam, oleh itu perlunya sebuah jemaah untuk mengikat kembali system hidup Islam ini.


Kewujudan beberapa pertembungan pemikiran kelompok dan puak dalam kalangan umat Islam, telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam, maka di sini perlunya kita ber jemaah untuk menggabungkan diri di dalam satu saf yang kukuh.


Fitnah yang dilemparkan ke atas umat Islam telah menyebabkan perasaan dan jiwa umat Islam tertekan, maka perlu jemaah untuk bersimpati terhadap apa jua yang berlaku.


Perkembangan semasa pemuda melayu yang beragama Islam banyak terlibat dalam gejala social negative yang semakain merebak luas. Jadi hal ini, memerlukan tindakan bersama dalam kalangan umat Islam dan bertindak dalam satu jemaah yang efektif. Ingat musuh semakin maju kita semakin mundur hanya jadi pak turut dan pak urut.


Perkembangan mutakhir ini masyarakat Islam terlibat dengan pelbagai kerosakan akidah yang menggugat. Antaranya, gejala ajaran sesat, peniruan budaya barat, yang pasti tidak mahu didiamkan begitu sahaja. Kita sewajarnya bertindak, khusus dalam satu jemaah gerakan haraki untuk mebasminya, agar imej Islam dapat diletakkan kembali di kedudukan yang tinggi.


Umat Islam tidak harus berpecah dalam menghadapi arus perubahan semasa yang begitu mencabar, sebalaiknya hendaklah berada dalam satu jemaah Islam yang kukuh.


Apabila umat Islam bersatu kukuh dalam satu jemaah yang mantap, pasti Allah akan meredai, dan berkemampuan menerajui kecemerlangan ketamadunan dunia. Maka marilah sama-sama kita menginfakkan diri kita ke dalam Jemaah Gerakan Islam Malaysia.

"Wahai Orang yang beriman apabila Kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu"


Tuesday, January 19, 2010

Sudah Sunnah Orang berjuang....


Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan ibu bapa dan keluarga

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata;
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya
-Peringatan untuk diriku-

Tuesday, January 12, 2010

Taqwa asas kepada keselamatan umat di akhir zaman








Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

apabila kita melihat maksud hadis diatas ia mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti sunnah yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

-Hendaklah ia menlazimi taqwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

-Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum musliminwalaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai “sifat-sifat ini” bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

-Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.


-Menjauhi perkara-perkara bid'ah yang sesat, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka “tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah” menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah). Wallaualam.

Thursday, January 7, 2010

Pemuda PAS jumpa Paderi, tidak berdemo


KUALA LUMPUR, 7 Jan: Ketika Pemuda Umno dan Ngo yang menyokongnya mahu mengadakan demo, Pemuda PAS telah menghantar satu surat semalam dan mahu mengadakan pertemuan serta dialog bersama Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam tempoh terdekat ini berhubung isu nama Allah.

Surat itu dihantar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP), Kamaruzaman Mohamad (gambar).
Pemuda Umno bersama beberapa Ngo telah merancang untuk mengadakan demo bagi membantah keputusan mahkamah itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein pula dalam langkah yang mengejutkan telah membenarkan demo itu diadakan walaupun jelas demo itu akan memanaskan hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

Dalam satu kenyataan medianya, Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah tidak berhasrat untuk menyertai atau mengadakan apa-apa demontrasi berhubung isu nama Allah pada masa ini demi mengelakkan ketegangan antara agama yang berlaku menjadi lebih serius.


"DPPWP melihat pertemuan sebegini adalah ruang yang lebih positif bagi membincang dan menyampaikan hasrat umat Islam berhubung isu yang sensitif ini secara matang," katanya.
Menurutnya, ruang diplomasi masih ada dan pihaknya menolak sebarang tindakan agreasif bersifat provokasi yang boleh memburukan lagi keadaan ini.

"DPPWP menyokong keputusan PAS Pusat supaya perkara ini dibincang dengan mengambil kira sensitiviti rakyat keseluruhannya," katanya.
DPPWP juga bercadang untuk menjemput beberapa pimpinan lain untuk turut serta selepas pihak mereka memberikan jawapan berhubung hasrat pertemuan ini. "Kita amat berharap agar pihak mereka menerima tawaran dialog ini demi kebaikan rakyat keseluruhannya," katanya. DPPWP juga berharap agar umat Islam dapat bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan imej Islam.
-Dipetik Harakahdaily 7 Januari 2010

Sunday, January 3, 2010

Isu Kalimah Allah


Sehari dua ini banyak blog-blog, akhbar-akhbar, risalah-risalah yang membincangkan tentang penggunaan nama Allah di dalam agama lain. Hal ini telah lama dibincangkan tetapi ia menjadi hangat apabila kes ini telah menang di dalam makahmah .

Ramai yang risau mengenai kes ini. Walaupun tidak salah pada hakikatnya yang menjadi kebimbangan kita adalah Kes ini melibatkan akidah umat Islam di malaysia. Hal ini kerana masyarakat akan keliru dengan kalimah ini. Kita tidak bimbang orang-orang alim atau ustaz-ustaz yang kita bimbang adalah remaja dan masyarakat yang masih lagi ragu-ragu dengan akidah Islam.

Perlu diingatkan juga jangan sesekali mempolitikkan isu ini kerana ia boleh mengelirukan masyarakat Islam dan bukan Islam. Perlu diingatkan juga kepada blog-blog, akhbar-akhbar dan sewaktu dengannya, kita tidak perlu membincangkan atau mengeluarkan pandangan peribadi, ini kerana kita bukan ahlinya. Jangan menjadi seperti Fahaman Liberal menafsir sesuatu mengikut logik akal. Sebab itu kita melihat sekarang ini masyarakat keliru dengan agama Islam disebabkan yang mengeluarkan fatwa bukan lagi para mujtahid dan para ulamak tetapi yang mengeluarkan fatwa adalah Dr, Prof, MA, yang belajar bukan dari aliran agama. Hal ini perlu difahami walaupun dia Prof tetapi mengambil bidang Kaunseling atau tidak berkaitan dengan agama dia haram mengeluarkan fatwa berkaitan hukum Islam termasuk penggunaan nama Allah pada agama lain.


Mari kita melihat sedikit makna penggunaan nama Allah bukan padangan tetapi kita mengambil mengetahuan pandangan para fuqaha.


Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa nama Allah itu bersifat menyeluruh. Oleh itu dengan nama tersebut disandarkan seluruh nama-nama-Nya (al-Asma’ al-Husna) yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A‘raf ayat 180:

“Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”.

Bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah
sebagai panggilan kepada nama tuhan mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan di dalam agama Islam. Malah al-Qur’an sendiri pernah
merakamkan konflik ini sebagai iktibar dan pengajaran buat umat Islam dan bukan Islam.


Begitu juga ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik
tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu.
Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” sebagaimana yang digelar dan
dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir mengatakan kata-kata ‘Ikrimah tentang perihal turunnya ayat ini. Berkata ‘Ikrimah: “


Ketika orang Yahudi mengatakan: Kami menyembah ‘Uzair anak Allah.

Orang Nasrani mengatakan: Kami menyembah al-Masih anak Allah.

Majusi pula mengatakan: Kami menyembah matahari dan bulan.

Orang musyrikin pula mengatakan: Kami menyembah berhala.


Lalu Allah SWT menurunkan ke atas


Rasulullah SAW surah al-Ikhlas yang bermaksud:

Katakanlah wahai Muhammad
bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluk-Nya, Allah itu
tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagi-Nya sekutu”.


Ini membawa erti bahawa Allah adalah satu, Esa bukan tiga iaitu triniti yang mejadi kepercayaan agama kristen.


Diriwayatkan juga sebuah hadith daripada Abu Sa‘id secara marfu‘: “Bahawa Isa
diserahkan oleh ibunya kepada seorang pengajar agar dapat mengajarnya menulis. Lalu si pengajar berkata kepadanya: Tulislah dengan nama Allah. Isa berkata:Tahukah kamu siapa itu Allah? Allah ialah Tuhan bagi segala yang dipertuhankan”.


Ibn Qayyim menjelaskan bahawa penamaan Allah itu
menunjukkan bahawa Dia (Allah) adalah sebagai Yang dipertuhankan dan
disembah. Dipertuhankan oleh semua makhluk dengan penuh kecintaan,
pengagungan, ketundukan dan berlindung kepada-Nya dalam semua hajat dan
musibah yang menimpa. Inilah sebenarnya maksud di sebalik kalimah Allah SWT. Apa-apa pun kita serah kepada para fuqaha, jika mereka mengatakan wajib menentang keputusan mahkamah maka jom pakat-pakat turun berdemo bagi yang suka berdemo atau membantu apa-apa sahaja yang sesuai dengan keupayaan kita agar akidah umat Islam tidak dicemari dan dapat dijaga. Kita mesti ingat bahawa Islam tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan Islam.. Wallaualam... Allahu Haq