Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 19, 2010

Sudah Sunnah Orang berjuang....


Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan ibu bapa dan keluarga

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata;
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya
-Peringatan untuk diriku-

Tuesday, January 12, 2010

Taqwa asas kepada keselamatan umat di akhir zaman








Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

apabila kita melihat maksud hadis diatas ia mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti sunnah yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

-Hendaklah ia menlazimi taqwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

-Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum musliminwalaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai “sifat-sifat ini” bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

-Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.


-Menjauhi perkara-perkara bid'ah yang sesat, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka “tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah” menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah). Wallaualam.

Thursday, January 7, 2010

Pemuda PAS jumpa Paderi, tidak berdemo


KUALA LUMPUR, 7 Jan: Ketika Pemuda Umno dan Ngo yang menyokongnya mahu mengadakan demo, Pemuda PAS telah menghantar satu surat semalam dan mahu mengadakan pertemuan serta dialog bersama Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam tempoh terdekat ini berhubung isu nama Allah.

Surat itu dihantar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP), Kamaruzaman Mohamad (gambar).
Pemuda Umno bersama beberapa Ngo telah merancang untuk mengadakan demo bagi membantah keputusan mahkamah itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein pula dalam langkah yang mengejutkan telah membenarkan demo itu diadakan walaupun jelas demo itu akan memanaskan hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

Dalam satu kenyataan medianya, Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah tidak berhasrat untuk menyertai atau mengadakan apa-apa demontrasi berhubung isu nama Allah pada masa ini demi mengelakkan ketegangan antara agama yang berlaku menjadi lebih serius.


"DPPWP melihat pertemuan sebegini adalah ruang yang lebih positif bagi membincang dan menyampaikan hasrat umat Islam berhubung isu yang sensitif ini secara matang," katanya.
Menurutnya, ruang diplomasi masih ada dan pihaknya menolak sebarang tindakan agreasif bersifat provokasi yang boleh memburukan lagi keadaan ini.

"DPPWP menyokong keputusan PAS Pusat supaya perkara ini dibincang dengan mengambil kira sensitiviti rakyat keseluruhannya," katanya.
DPPWP juga bercadang untuk menjemput beberapa pimpinan lain untuk turut serta selepas pihak mereka memberikan jawapan berhubung hasrat pertemuan ini. "Kita amat berharap agar pihak mereka menerima tawaran dialog ini demi kebaikan rakyat keseluruhannya," katanya. DPPWP juga berharap agar umat Islam dapat bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan imej Islam.
-Dipetik Harakahdaily 7 Januari 2010

Sunday, January 3, 2010

Isu Kalimah Allah


Sehari dua ini banyak blog-blog, akhbar-akhbar, risalah-risalah yang membincangkan tentang penggunaan nama Allah di dalam agama lain. Hal ini telah lama dibincangkan tetapi ia menjadi hangat apabila kes ini telah menang di dalam makahmah .

Ramai yang risau mengenai kes ini. Walaupun tidak salah pada hakikatnya yang menjadi kebimbangan kita adalah Kes ini melibatkan akidah umat Islam di malaysia. Hal ini kerana masyarakat akan keliru dengan kalimah ini. Kita tidak bimbang orang-orang alim atau ustaz-ustaz yang kita bimbang adalah remaja dan masyarakat yang masih lagi ragu-ragu dengan akidah Islam.

Perlu diingatkan juga jangan sesekali mempolitikkan isu ini kerana ia boleh mengelirukan masyarakat Islam dan bukan Islam. Perlu diingatkan juga kepada blog-blog, akhbar-akhbar dan sewaktu dengannya, kita tidak perlu membincangkan atau mengeluarkan pandangan peribadi, ini kerana kita bukan ahlinya. Jangan menjadi seperti Fahaman Liberal menafsir sesuatu mengikut logik akal. Sebab itu kita melihat sekarang ini masyarakat keliru dengan agama Islam disebabkan yang mengeluarkan fatwa bukan lagi para mujtahid dan para ulamak tetapi yang mengeluarkan fatwa adalah Dr, Prof, MA, yang belajar bukan dari aliran agama. Hal ini perlu difahami walaupun dia Prof tetapi mengambil bidang Kaunseling atau tidak berkaitan dengan agama dia haram mengeluarkan fatwa berkaitan hukum Islam termasuk penggunaan nama Allah pada agama lain.


Mari kita melihat sedikit makna penggunaan nama Allah bukan padangan tetapi kita mengambil mengetahuan pandangan para fuqaha.


Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa nama Allah itu bersifat menyeluruh. Oleh itu dengan nama tersebut disandarkan seluruh nama-nama-Nya (al-Asma’ al-Husna) yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A‘raf ayat 180:

“Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”.

Bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah
sebagai panggilan kepada nama tuhan mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan di dalam agama Islam. Malah al-Qur’an sendiri pernah
merakamkan konflik ini sebagai iktibar dan pengajaran buat umat Islam dan bukan Islam.


Begitu juga ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik
tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu.
Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” sebagaimana yang digelar dan
dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir mengatakan kata-kata ‘Ikrimah tentang perihal turunnya ayat ini. Berkata ‘Ikrimah: “


Ketika orang Yahudi mengatakan: Kami menyembah ‘Uzair anak Allah.

Orang Nasrani mengatakan: Kami menyembah al-Masih anak Allah.

Majusi pula mengatakan: Kami menyembah matahari dan bulan.

Orang musyrikin pula mengatakan: Kami menyembah berhala.


Lalu Allah SWT menurunkan ke atas


Rasulullah SAW surah al-Ikhlas yang bermaksud:

Katakanlah wahai Muhammad
bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluk-Nya, Allah itu
tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagi-Nya sekutu”.


Ini membawa erti bahawa Allah adalah satu, Esa bukan tiga iaitu triniti yang mejadi kepercayaan agama kristen.


Diriwayatkan juga sebuah hadith daripada Abu Sa‘id secara marfu‘: “Bahawa Isa
diserahkan oleh ibunya kepada seorang pengajar agar dapat mengajarnya menulis. Lalu si pengajar berkata kepadanya: Tulislah dengan nama Allah. Isa berkata:Tahukah kamu siapa itu Allah? Allah ialah Tuhan bagi segala yang dipertuhankan”.


Ibn Qayyim menjelaskan bahawa penamaan Allah itu
menunjukkan bahawa Dia (Allah) adalah sebagai Yang dipertuhankan dan
disembah. Dipertuhankan oleh semua makhluk dengan penuh kecintaan,
pengagungan, ketundukan dan berlindung kepada-Nya dalam semua hajat dan
musibah yang menimpa. Inilah sebenarnya maksud di sebalik kalimah Allah SWT. Apa-apa pun kita serah kepada para fuqaha, jika mereka mengatakan wajib menentang keputusan mahkamah maka jom pakat-pakat turun berdemo bagi yang suka berdemo atau membantu apa-apa sahaja yang sesuai dengan keupayaan kita agar akidah umat Islam tidak dicemari dan dapat dijaga. Kita mesti ingat bahawa Islam tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan Islam.. Wallaualam... Allahu Haq

Wednesday, December 30, 2009

Sejarah Serangan Pemikiran Musuh Islam



Setelah pergaduhan atau pertembungan diantara kejumudan system katolik kristian mengongkong rakyat di eropah, ramai golongan yang intelektual telahpun mengistiharkan perang terhadap system itu. Maka dengan kejayaan mereka, maka terlahirlah mazhab baru kristian yang mengasingkan agama dengan kehidupan manusia dengan diberi gelarah mazhab kristian protestan. Dengan teori inilah maka orang eropah telahpun mendapat satu modul yang boleh membantutkan mana-mana agama dengan menggunakan serangan yang tidak memerlukan peluru, jet atau bahan senjata. Yang perlu digunakan adalah serangan spikologi berbentuk serangan pemikiran atau di dalam bahasa arabnya Ghazwul Fikri.


Setelah sekian lama kegemilangan umat Islam di dalam mengetuai system politik dunia, musuh Islam merancang untuk menjatuhkan kerana dengki dengan kejayaan umat Islam maka orang kafir terutama orang Kristian, yahudi mula merancang untuk menjatuhkan khilafah Uthmaniah daripada dimiliki oleh Umat Islam. Hal ini kerana Khilafah Uthmaniah adalah kuasa besar dunia seperti kuasa besar amarika pada masa kini. Usaha ghazwul fikri kepada Umat Islam adalah usaha yang sistematik dan dirancang secara kemas sebagai jalan lain dan utama bagi menghancurkan Islam. Ghazwatul Fikri adalah pengganti kepada serangan fizikal yang sentiasa mengalahkan pihak Musuh dan menakutkan mereka sedangkan ummah Islam sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran fizikal tersebut seperti semasa perang Salib.


Serangan fizikal yang dilakukan kepada ummah Islam akan menjadikan ummah Islam kuat dan akhirnya menang. Perkara ini telah banyak dibuktikan di dalam sejarah sama ada semenjak Nabi Muhammad SAW atau sejarah Ummah Islam secara umumnya. Dengan tekanan fizikal, Umat Islam menjadi berani kerana Allah SWT dan RasulNya banyak berjanji kepada mereka yang berjihad dimana mereka akan mendapat ganjaran yang sangat banyak. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi, sedangkan pihak musuh berperang untuk mencari hidup dan takutkan mati. Keadaan puak musuh itu telah menjadikan mereka kalah sebelum berperang.


Orang Kafir berjaya mengalahkan umat Islam dengan menyerang pemikiran mereka, sehingga umat Islam merubah cara berfikir. Umat Islam yang sudah terkena suntikan pemikiran barat atau pemikiran Jahiliyah yang disuntik ke dalam otak umat Islam secara bertahap, pasti akan merubah tingkah lakunya seperti personaliti, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Dengan keadaan ini, maka umat Islam hanya tinggal status sahaja. Muslim tetapi tidak mengamalkan Islam bahkan menyerang Islam pula dengan pemikirannya yang jahil sebagai mangsa dari ghazwatul fikri ini.


Kejatuhan Khilafah Islamiyah sebagai contoh besar kehancuran kerajaan Islam dan juga sebagai kehilangan umat Islam untuk memberikan walanya. Kejatuhan Khilafah Uthmaniah dilaksanakan oleh pihak Kristian, yahudi mengikut beberapa peringkat.


Membersihkan Aceh dari pemikiran Islam

1) Peringkat sebelum jatuhnya Khilafah

Objektif utama Ghazwatul Fikri sebelum jatuhnya KhilafahUthmaniah adalah menjadikan Umat Islam lemah (al inhilal). Untuk mencapai objektif ini, pihak kafir melakukan kajian terhadap hal ehwal orang-orang di timur dan juga Islam. Kemudian mereka mempelajari ruang-ruang kelemahan Umat Islam (al istisyrak). Langkah berikutnya, kalangan orientalis yang juga adalah pihak kristian berusaha melakukan pengkristianan terhadap Umat Islam (at tansir). Kemudian akhirnya berusaha memutuskan sendi-sendi daulah Khilafah (taqti’ awsal daulah al Khilafah).


Ghazwatul fikri yang sistematik dan bertahap dimulai dengan pengiriman buku-buku dan pakar-pakar orientalis dan kristian ke dalam masyarakat umat Islam. Cara ini bertujuan agar secara perlahan-lahan Umat Islam mempunyai alternatif bacaan dan kemudian dapat dijadikan sebagai rujukan. Penampilan mereka dalam membawa fikrahnya tentulah dengan cara yang menarik sehingga Umat Islam terpikat dan terikat dengannya. Bahkan ada diantara mereka yang hafal al-Quran dan mengenal Islam secara mendalam. Beberapa orang diantara mereka ada yang menjelma sebagai ulama Islam.


Selain itu mereka juga menerima secara terbuka umat Islam yang hendak belajar dengan mereka dalam segala bidang ilmu. Kemudian secara perlahan-lahan mempengarauhi umat Islam dengan berbagai model dan teladan yang dijadikan ikutan. Cara ini cukup berjaya kerana umat Islam memiliki percanggahan keilmuan yang kemudiannya tidak lagi percaya kepada khilafah Islam. Keadaan ini berlaku sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniah. Negeri-negeri Islam di bawah Khilafah Uthmaniah mulai memutuskan hubungannya dengan kerajaan pusat. Di Kerajaan Pusat pun berlaku dengan muncul Tokoh Sekularisme, Kamal Atartuk yang sehingga ke hari ini senantiasa ada yang memperjuangkan dan mempertahankan fikrahnya.


Khalifah Islam Turki Uthmaniyah Terakhir

2) Peringkat Ketika Jatuhnya Khilafah

Objektif Ghazwatul fikri berikutnya adalah menjajah Khilafah Uthmaniah (al ihtilal). Usaha untuk mencapai objektif ini adalah meneruskan usaha pada marhalah sebelumnya (al istsyrok dan at tansir) kemudian memisahkan agama dari daulah (fasluddin anid daulah) dan menyebarkan semangat nasionalisme (nasyru qowmiyah). Akhirnya dari langkah ini adalah jatuhnya Khilafah (Isqotu al Khilafah).

Pada saat jatuhnya khilafah Uthmaniah, usaha pihak kafir adalah menumbuhkan fahaman nasionalis iaitu kefahaman yang berdasarkan kesukuan dan perkauman. Kesatuan umat Islam yang berdasarkan aqidah, penyatuan semua kaum, suku dan golongan kini telah menjadi hancur ke atas kaum dan puak. Umat Islam semakin lemah dam khilafah Islamiyah jatuh. Pemikiran menjauhkan agama dari Kerajaan Islam juga isu utama yang disebarkan kepada umat Islam. Muslim mula berfikir bahawa agama untuk akhirat dan kerajaan untuk dunia, sehingga tidak lagi mementingkan kerajaan atau kuasa tetapi cukuplah sekadar Sholat dan beribadah tanpa menyebut masalah negara.


3) Peringkat Sesudah Jatuh Khilafah

Objektif ghazwatul fikri setelah jatuhnya khilafah Uthmaniah adalah perubahan-perubahan (at taghyir) dalam politik (as siyasi), sosial (al ijtima’i) dan tingkah laku (al khuluqi). Perubahan-perubahan ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti seperti :-

  • Istisyrok (Usaha mengkaji hal ehwal orang timur)
  • At tansir (Kristianisasi)
  • La diniyah (Fahaman tiada agama)
  • Kaumiyah (Perkauman)
  • Taghrib (Pembaratan)

Aktiviti-aktiviti tersebut dilaksanakan melalui

  • pendidikan (At ta’alim)
  • media (Al I’lam)
  • perundangan (al Qonun)

Sesudah jatuhnya khilafah Uthmaniah, Ghazwatul fikri terus berjalan dengan maksud dan tujuan yang lain dari peringkat sebelumnya iaitu menyebarkan pemikiran sekular di segala bidang seperti pendidikan, pengajaran, penerangan, perundangan dan kehidupan. Juga isu persamaan hak dan pembebasan wanita sebagai isu yang dijadikan peluru dan sekaligus sasaran empuk dalam menghancurkan Islam. Kemudian yang juga sangat dirasakan adalah semakin menguat rasa nasionalis umat Islam di setiap negara Islam. Sehingga kita dapat merasainya di Negara kita Malaysia iaitu semangat nasionalisma atau kebangsaan yang kuat sehingga mengabaikan semangat yang wajib diutamakan iaitu semangat Islam. kerana dengan semangat Islam ini sahajalah yang dapat menyatukan semua kaum dan berkasih sayang sesama manusia. Maka yakinlah Allah SWT tidak pernah memungkiri janjinya bahawa barang siapa yang ikut perintahnya maka negaraitu akan aman dan mendapat keampunan Allah SWT. “Rakyat Di Dahulukan Pencampaian Di Utamakan” sepatutnya Al-Quran di dahulukan Daulah Islamiah Di Utamakan.