Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, August 19, 2011

Berhujahlah dgn Mereka dgn Cara yang Berhikmah.......



Firman Allah SWT:-“ Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan kebijaksanaan dan nasihat yang baik, dan berhujahlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah dan petunjuk” (An-Nahl:126)

Hakikatnya keputusan Taqdir Allah menaikkan sesebuah kepimpinan dan kerajaan juga bedasarkan amalan orang-orang Islam, sepertimana firman Allah SWT:-
“ Jikalau penduduk negeri2 beriman dan bertaqwa pastilah kami akan limpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan(ayat2 kami) itu, maka kami seksa mereka lantaran perbuatannya.” (Al-A’raf:96)

Hazrat Abu Darda RA, salah seorang Sahabat Rasulullah SAW yang Unggul berkata:- “ Kamu mestilah menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka daripada melakukan kemungkaran, jika tidak Allah SWT akan membangkitkan seorang raja yang zalim memerintah kamu. Dia tidak akan menghormati orang tua kamu dan dia tidak belas kasih pada golongan muda dikalangan kamu. Pada masa itu doa orang yang solah dikalangan kamu pun tidak akan diterima. Kamu inginkan bantuan, tetapi bantuan tidak akan diberikan. Kamu memohon keampunan tetapi kamu tidak akan diampuni”

Rasullullah SAW telah dihantar oleh Allah SWT untuk menghapuskan kesyirikan, kekufuran, menyampaikan kalimah Laailahaillallah serta keseluruhan Agama-Nya dan menyediakan umatnya untuk tugas yang sama menurut kemampuan sepertimana Sabda Rasulullah SAW “Samapaikanlah (apa yang kamu dapat) dariku walau satu ayat sekalipun.”

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari daripada Mudrik katanya: Aku telah mengerjakan haji bersama-sama dengan bapaku, sewaktu kami sampai di Mina di kalangan jemaah-jemaah yang banyak, aku telah berkata kepada bapaku: ‘Jemaah apakah ini?’ Jawab bapaku,’Ini dalah orang yang lari dari agamanya, sedangkan pada ketika itu Rasulullah SAW bersabda: “ Wahai manusia; ucapkanlah oleh kamu, Laailahaillallah, pasti kamu akan berjaya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA apabila Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabbal ke Yaman, Baginda SAW telah memeberi nasihat kepada Muaz dengan sabdanya:-
“Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum ahli kitab, hendaklah perkara pertama yang kamu dakwahkan mereka ialah bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan aku adalah Rasulullah, maka apabila mereka patuh kepada seruanmu itu maklumkan mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu sehari semalam, maka apabila mereka patuh kepada seruanmu itu maka maklumkan mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan mereka mengeluarka zakat yang di ambil dari orang kaya dari kalangan mereka dan dibahagikan kepada golonhan fakir mereka, Maka apabila mereka patuh kepadamu maka ambillah daripada mereka zakat harta mereka, dan takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada penutup (hijab) antara dia dan Allah SWT”

Ketika Islam telah menjadi kuat maka cara Baginda SAW menyeru seperti yang diriwayat oleh Imam At-Thobarani:- Dari Hazrat Abu Laila RA, Baginda Saw bersabda kepada Abu Sufyan,”Amat buruk sekali keadaan kamu wahai Abu Sufyan! Aku datang kepadamu dengan membawa kebaikann dunia dan akhirat. Islamlah kamu, kamu akan selamat.”

Mengingatkan Orang Islam
Allah SWT berfirman :- “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman.” (Az-Zariyat:55)

Kata Para mufassir:- Maksudnya beri ingatan dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran. Janganlah lupa saling ingat-mengingati tentang ayat Al-Quran dan Hadith berkaitan “ucapan Laailahaillallah” yang pernah dikatakan oleh Sahabat Rasulullah SAW iaitu Ibnu Abbas RA sebagai “kebaikan terbaik”. Dan ingatkan juga orang Islam tentang tuntutan dan tanggungjawab kalimah ini.

ALLAHU HAQ
{LOVE GOD} 

No comments: