Dengan Nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam ke atas junjungan Penghulu Para Nabi, Muhammad SAW serta kaum keluarga dan sahabat-sahabatnya.
Saudara-Saudara yang saya kasihi,
Surat yang sedang saudara-saudara baca ini bukanlah surat pertama saya kepada seorang raja. Enam tahun yang silam dalam ‘CHALLENGER – SIAPA LAWAN SIAPA’ saya telah menulis kepada saudara kita Sultan Mahmud Iskandar, mengingatkan kekanda kita tentang perlawanan yang boleh merugikan bangsa dan negara kita. Warkah saya telah menjadi sejarah.
Kini sekali lagi datang satu perlawanan, antara Mahathir dan Mahmud, satu Perdana Menteri, yang lagi satu Sultan. Dulu yang memulakan perang hingga mengakibatkan matinya UMNO pun orang Johor juga, dua M pecah menjadi musuh. Politik!... biasalah.
Terlebih dahulu izinkan saya perkenalkan diri kepada saudara-saudara sekalian. Nama saya Hussein Bin Alwee Alattas, berumur 52 tahun, sudah menulis 25 buah buku. Saya telah menjelajahi hampir seluruh dunia. Saya dikenali dengan panggilan Pak Habib ahli firasat, pemikir, penganalisa dan peramal politik. Itu sajalah kerja Pak Habib pun.
Nampaknya saya selalu tersepit bila ada pergaduhan antara orang Johor dan orang Kedah. Nasib baiklah Pak Habib tak ‘asobiah’ dari segi puak dan semangat kenegerian. Dan beruntunglah kerana tak kesah sangat dengan peri bahasa ditelan mati emak diluah mati bapak.
Apakah yang hendak dihairankan sangat, telan atau luah, kematian, adalah benda yang paling dekat dengan kita, bertawakal sajalah berpantang ajal sebelum maut. Tapi kalau sudah sampai masa nak mati apa salahnya, mati sajalah.
Sebenarnya pergaduhan ini bukannya satu perkara yang personal. Dan bukan besar macam mana sangat pun, lebih kurang macam kes suami isteri aje. Dulu antara Musa dan Mahathir. Mereka kawan baik, tapi masing-masing mempunyai cara sendiri. Politik…
Mengikut Dr. Mahathir pindaan perlembagaan sudah selesai. Beliau sudah Berjaya, sekurang-kurangnya raja-raja tak berani meminta itu dan ini lagi. Bagi saya krisis pemikiran ini akan berlarutan buat satu ketika.
Baca Seterusnya.......KLIK
No comments:
Post a Comment