Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, October 25, 2010

Menjadi Sahabat Allah................


Kuliah Sheikh Muhammad Nazim Al Qubrusi

Setiap orang seharusnya berusaha untuk menjadi sahabat Allah SWT, kerana Tuhan tidak pernah menolak para pencari untuk mendekati-Nya. Tak seorang pun dapat menjadi sahabat Tuhan tanpa menjadi sahabat bagi semua hamba-hamba-Nya. Adalah mudah mengaku sebagai sahabat Tuhan, tetapi tidak mudah menjaga keselarasan antara sesama manusia. Pencapaian perhubungan dengan jiwa-jiwa para hamba Tuhan adalah bukti kewalian seseorang.



Mungkin saat ini, selama kita berada di tempat penyucian diri, kita merasakan perhuungan dengan teman sesama pencari kebenaran, namun ketika kembali ke tempat asal, kita akan merasa sulit untuk istiqamah dalam penyucian diri. Bila telah mencapai maqam sahabat Tuhan, semua orang akan menjadi sahabat kita. Berhasilnya pencapaian perhubungan ini adalah sebuah tanda pengakuan yang berasal dari Hadhrat Ilahi. yang Saya maksud bukanlah ketika kita secara fizik tetapi menjadi penarik dan tertarik pada mereka. namun merasai hubungan melalui hati.



Guru saya pernah bercerita tentang kisah sebuah bunga di India yang tumbuh hanya di tempat-tempat yang tidak tinggi, yang anehnya ia selalu dikelilingi ular-ular. Bunga-bunga itu menghasilkan wangi yang amat kuat, dan siapa yang memakainya akan dicintai oleh semua orang.


Lalu Saya katakan, "Guruku, izinkanlah Saya untuk mencari bunga itu." Namun jawapan beliau, "Nazim Effendi tak perlu engkau ke sana. Sepanjang engkau waspada akan Tuhanmu setelah tengah malam (walaupun hanya sebentar), maka Allah SWT akan menganugerahimu dengan sebuah daya tarik yang kuatnya 70 kali lebih kuat dari wangi bunga itu. bahkan jika engkau hanya bangun di saat akhir waktu malam ketika yang lain masih tertidur dan melakukan shalat malam, maka keajaiban akan muncul dan engkau akan penuh dengan daya tarikan seperti bunga itu.


Siapapun yang bangun pada waktu-waktu itu akan dipandang dan diperhatikan oleh Tuhannya, kerana di waktu-waktu itu, Tuhan mencari permohonan ampunan hamba-hamba-Nya, untuk itu Saya sarankan kita semua untuk bangun beberapa saat di sepertiga malam, bahkan jika hanya 5 minit saja. Kita perlu lakukan, bagaimanapun hendaklah dalam keadaan suci (berwudhu). lalu katakan pada Tuhanmu, "Wahai Tuhanku, datanglah padaku kerana aku tak mampu mendatangiMu." Doa semacam itu sudah cukup untuk memberi kita semua perlindungan penuh sepanjang hari itu dan menjadikan kita seorang sahabat Tuhan.


Manusia menghabiskan hari-harinya yang datang dan pergi, dan di malam hari mereka kembali pada kekasih hatinya. Tuhan meminta kita semua untuk bersamaNya saja, bahkan hanya untuk 5 minit pada waktu-waktu yang paling intim dan mustajab doa. Siapa yang kembali kepada Tuhannya di malam hari akan merasakan Dia dekat dan mampu pasrah pada-Nya walaupun di saat-saat kejadian terberat sekalipun.


Tuhan Aku Menyintai Mu dan Rasul Mu dan Aulia Mu redhalah aku sebagai
Hamba Mu Allahu Haq…

Saturday, October 23, 2010

JIHAD MENENTAG AGAMA Meterialisme..



“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu
menghancurkannya maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.”
Surah al-Anbiya: 18

Materialisme adalah sebuah pergerakan ideologi merbahaya yang berusaha menghancurkan nilai-nilai spiritual dan menjauhkan manusia daripada pegangan agama. Majoriti besar masyarakat hari ini, samada sedar atau tidak, kekal di dalam belenggu psikologi materialisme. Bagaimanapun, seperkara yang harus difikirkan; kesetiaan terhadap pegangan materialisme bukanlah penyebab kepada penafian terhadap kewujudan Tuhan. sebilangan besar masyarakat tetap mengakui akan kewujudan-Nya namun tetap berpegang kepada fahaman materialisme. Al-Qur’an menjelaskan golongan yang berfikiran seperti ini:

Katakanlah: ‘Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?’ Maka mereka akan menjawab: ‘Allah’. Maka katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’. Maka itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya; dan tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan? Surah Yunus: 31-32

Katakanlah: ‘Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak beringat?’ Katakanlah: ‘Siapakah yang empunya langit yang tujun dan yang empunya ‘Arasy yang besar?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah’. Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’. Katakanlah: ‘Siapakah yang ditangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu yang Dia lindungi tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab-Nya) jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah’. Katakanlah: ‘(Kalau demikian) maka dari jalan manakah kamu ditipu?’. Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta. Surah Mukminun: 84-90

Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’, nescaya mereka menjawab: ‘Allah’. Katakanlah: ‘Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudaratan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudaratan itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?’. Katakanlah: ‘Cukuplah Allah bagiku’. Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri. Surah Az-Zumar: 38

Seperti yang dapat difahami dari ayat di atas, golongan ini mendakwa bahawa mereka percaya kepada Tuhan dan agama-Nya. Akan tetapi, mereka tidak menunjukkan rasa pengagungan mereka terhadap kebesaran-Nya bahkan dalam diam-diam menyekutukan-Nya. Mereka adalah penganut agama batil yang terhasil akibat prinsip pegangan hidup yang jauh dipalingkan daripada agama yang benar. Seperti mana juga di masa lalu, betapa ramai manusia hari ini yang berpegang kepada agama yang batil dan menjauhkan diri mereka dari kebenaran agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Selain daripada golongan yang disebutkan di atas, di sana juga terdapat golongan yang secara terbuka mengisytiharkan penafian terhadap Allah dan Hari Kemudian. Mereka berusaha mempengaruhi orang ramai untuk melakukan kekufuran dan sekaligus menyertai mereka. Metodologi yang digunakan oleh para materialis di dalam masyarakat yang mengamalkan pemahaman agama yang terpesong (masyarakat di mana pemahaman tentang Tuhan adalah menyeleweng) adalah berbeza jika dibandingkan dengan kaedah di mana individunya cenderung terhadap fahaman ateisme. Materialis menjerumuskan manusia ke lembah syirik dengan mereka-reka agama bagi setiap masyarakat dan menyebatikannya dengan inspirasi yang diperolehi daripada kepercayaan tentang kemutlakan alam kebendaan.

Sudah pasti golongan yang menyimpangjauh daripada ajaran agama yang sebenar tidak mampu berjuang menentang kekufuran apatah lagi untuk memusnahkannya. Kekeliruan dalam memahami agama, sedar atau tidak, akan menyediakan suatu sokongan terhadap sistem kekufuran. Ini adalah mengapa, sekiranya seseorang ingin berjihad menentang kekufuran, kemampuan untuk menggarap pemahaman agama yang benar dan tepat mengenai konsep agama batil yang didirikan di atas tunjang fahaman materialisme dan menguasainya dengan sempurna adalah amat penting.

Di dalam lembaran berikutnya, perbincangan mengenai beberapa ciri-ciri agama materialis dan evolusionis akan diterangkan. Persamaan yang menarik di antara sistem yang diwariskan di dalam kepercayaan agama yang batil dan kepercayaan syirik yang diisyaratkan di dalam al-Qur’an akan dibincangkan secara khusus. Jahiliyyah Abad 20

Allah s.w.t. memaklumkan di dalam kitab-Nya mengenai manusia yang menyembah makhluk selain daripada Dia, dan mengambil patung dan berhala sebagai dewa semabahan begitu juga dengan kisah-kisah mengenai perjuangan gigih para utusan-Nya ketika berhadapan dengan kaum tersebut. Sebahagian besar individu menganggap bahawa masyarakat zaman lalu yang menyembah patung memiliki cara hidup yang primitif dan disebabkan itulah mereka berpegang kepada amalan tersebut. Akibatnya, mereka menganggap sesetengah kaum asli Afrika yang sehingga hari ini menyembah patung adalah kerana keprimitifan mereka.

Namun begitu, pemerhatian yang lebih teliti ke atas pemahaman dan sudut pandangan masyarakat lalu yang dikenali sebagai jahiliyyah di dalam Al-Qur’an mendedahkan bahawa mereka memilik banyak persamaan dengan golongan tertentu yang ada hari ini. Seperti mana masyarakat pagan lalu menjadikan patung dan objek kayu dan batu sebagai tuhan, rasional yang menganggap materi yang tidak bernyawa sebagai suatu bentuk pemujaan juga turut menjadi anutan yang dominan di zaman kita ini. Sebelum meneruskan perbandingan di antara rasional masyarakat pagan lalu dan hari ini, kita akan memerhatikan beberapa ayat Qur’an berkenaan masyarakat ini.
Salah satu daripada kaum yang dikenal pasti di dalam al-Qur’an ialah kaum Nabi Ibrahim:

Ingatlah ketika ia berkata kepada ayahnya: ‘Wahai ayahku! Mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun?’. Surah Maryam: 42

Ketika Ibrahim berkata kepada ayahnya dan kaumnya: ‘Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadah kepadanya?’. Mereka menjawab: ‘Kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya’. Surah al-Anbiya: 52-54

Seperti yang tersebut di atas, bapa Nabi Ibrahim a.s dan kaumnya menjadikan material kaku yang dihasilkan dengan tangan mereka sendiri malah tidak mempunyai sebarang kuasa mencipta sebagai tuhan sembahan. Dengan menganggap apa sahaja sebagai tuhan adalah bererti menyifatkannya (samada separuh atau seluruhnya) sebagai kuasa yang bertanggungjawab ke atas penciptaan, memberi rezeki, memberi rahmat, menyembuhkan, merancang dan mengawal proses alam semesta. Para musyrikin di zaman Nabi Ibrahim a.s percaya bahawa setiap bentuk patung yang diukir oleh mereka sendiri memiliki kekuasaan yang disebutkan di atas dan sekaligus mengangkatnya sebagai tuhan sembahan.

KEMUSNAHAN TAMADUN TANPA PEGANGAN AGAMA



Sebahagian besar manusia terkeliru ketika menganggap bahawa agama hanyalah sekadar suatu amalan kebudayaan. Akan tetapi, selain daripada ritual Islam, agama ini juga meliputi segala asepk kehidupan dan menganugerahkan pegangan dan etika yang bercirikan ajaran Al-Qur'an. Seorang individu mukmin yang benar-benar ikhlas istiqamah terhadap agamanya pasti pasti akan berusaha mendapatkan kerahmatan, keberkatan dan keampunan dari Allah s.w.t. dengan hidup berpandukan nilai etika al-Qur'an yang baik sepanjang hidup. Dia tidak sekali-kali berpaling daripada amalan kebaikan, keikhlasan, kesederhanaan, berbuat baik dan saling sayang menyayangi. Ringkasnya, setiap nilai etik ayang mulia ini adalah faktor yang menyebabkan sesebuah masyarakat yang mempraktikkan nilai mulia al-Qur'an akan menikmati manfaat yang besar.


Sebagai contoh, sebuah keluarga yang hidup dengan berpandukan kemuliaan akhlak al-Qur'an tidak akan menghadapi masalah dan kegusaran seperti yang menimpa institusi kekeluargaan di dalam masyarakat jahiliyyah moden. Golongan remaja hari ini sering memberontak menentang ibu-bapa mereka, akibat gagal dalam membezakan yang baik dan buruk dan sering pula terlibat dalam tindakan agresif. Pada masa yang sama, masih terdapat segelintir ibu-bapa yang tidak merasa kepentingan mentarbiyah anak-anak tentang nilai baik dan buruk dan yang tidak memberi pendidikan yang sesuau sebagai suatu kepentingan yang utama. Bahkan ibu-bapa ini sendiri juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan oranglain. Apa yang sering terjadi ialah pertelingkahan dan dendam kesumat berbanding kasih sayang, hormat menghormati dan belas kasihan.

Tetapi di dalam rumah di mana setiap ahli keluarganya patuh dan tunduk kepada ajaran Qur'an, anak-anak akan mematuhi ibu-bapa mereka jauh sekali dari mengherdik kerana Allah melarang mereka daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap ibu-bapa. Surah al-Isra: 23

Mereka dididik sejak dari kecil untuk mengikuti fitrahnya, membezakan yang baik dan buruk dan menjauhi sebarang amalan keji. Ibu-bapa berusaha mendidik anak mereka selaras dengan perintah agama dengan menanamkan suatu kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama dan negara. Ibu-bapa seumpama ini akan menjadi cotnoh ikutan bagi anak-anak mereka. Ringkasnya, akan tersemailah perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan perpaduan di dalam kekeluargaan.

Keluarga adalah unit asas bagi sesebuah negara: ikatan kekeluargaan yang kukuh adalah berpotensi memperteguhkan negara. Sebaliknya, kekeluargaan dengan ikatan yang rapuh dan tandus daripada nilai spiritual, kasih sayang dan hormat menghormati serta kesetiaan adalah merupakan ancaman kepada kemakmuran negara. Khususnya di dalam negara-negara di mana golongan tertentu berusaha untuk menubuhkan sebuah masyarakat yang menolak ajaran agama, akibatnya proses pemusnahan spiritual menjadi lebih pantas dan keruntuhan moral menjadi jelas di dalam seluruh strata masyarakat. Di dalam masyarakat seperti ini, pembinaan hubungan sosial adalah lebih cenderung berteraskan keuntungan material.

Apabila ukuran material menjadi kepentingan untuk suatu hubungan bahkan terhadap ahli keluarga terdekat untuk nilai keroahanian seperti kasih sayang, persaudaraan, pengorbanan dan kesetiaan, maka kewujudan sebuah tamaduan yang teguh adalah amat mustahil. Ini adalah keana kemerosotan bukan sahaja melanda institusi kekeluargaan tetapi juga merebak ke seluruh pelusuk masyarakat. Di dalam sekolah dan di dalam hubungan persahabatan, perasaan seperti hasad dengki, penipuan dan fitnah akan mengggantikan nilai belas kasihan dan rasa hormat. Dalam dunia perniagaan juga, kita diperlihatkan dengan sejumlah personaliti yang melabur demi kepentingan individu. Amalan seperti mempertahankan hak orang lain, menegakkan keadilan atau menunjukkan rasa belas kasihan dan membantu golongan yang lemah amat jarang ditemui. Ringkasnya, hidup di dalam ketenangan dan keamanan menjadi mustahil bagi ahli masyarakat tersebut.

Ini adalah sebab mengapa tanggungjawab untuk menumpaskan agama yang batil dari sudut ideologi tergalas di bahu golongan yang beriman. Selain daripada keruntuhan institusi kekeluargaan dan kebejatan hubungan sosial, kesan lain akibat daripada sistem kepercayaan ini di atas muka bumi juga semakin bertambah jelas. Setiap individu harus turut berusaha berjihad menentang sistem agama yang batil ini sekiranya ia berlarutan kemusnahan akan berkekalan sehinggalah Allah akan menukarkan kepada kaum yang lebih baik....... Allahu Haq

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)



Tuesday, October 19, 2010

Surat Janji Allah Akan Kemengan Islam Akhir Zaman....


Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang Derhaka!!. (Annur:55)


Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.(As-shaff:9)



Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai. ( At-Taubah : 33 )


Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat ( An-Nashr : 1-3 )



Dan (ada lagi) kurnian yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. ( As-Shaff : 13 )


Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.( Al-Israa : 81 )


Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat sebelum kamu, ketika mereka berbuat kezaliman, padahal rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, tetapi mereka sekali-kali tidak hendak beriman. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat dosa. Kemudian Kami jadikan kamu pengganti-pengganti (mereka) di muka bumi sesudah mereka, supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat. ( Yunus : 13-14 )


Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul, (iaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. Dan sesungguhnya tentara Kami itulah yang pasti menang, ( As-Shaffat : 171-173 )


Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa ( Al Mujadilah : 21)


Kerana itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan memungkiri janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan ( Ibrahim : 47 )


Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang Haq agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi. ( Al-Fath : 28 )

Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) kehadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku. Dan mereka memohon kemenangan (atas musuh-musuh mereka) dan binasalah semua orang yang berlaku sewenang-wenang lagi keras kepala, ( Ibrahim : 14-15 )



Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).( Al-Fath : 1-3 )


Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat. ( Al-Fath : 27 )


Dan sungguh orang-orang kafir yang sebelum mereka (kafir Mekah) telah mengadakan tipu daya, tetapi semua tipu daya itu adalah dalam kekuasaan Allah. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh setiap diri, dan orang-orang kafir akan mengetahui untuk siapa tempat kesudahan (yang baik) itu. ( Ar-R'ad : 42 )

Kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal soleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. ( As-Shu'ara : 227 )


Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul Kami dan orang-orang yang Beriman, demikianlah menjadi kewajiban atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman. ( Yunus : 103)


Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka. (Al-A'raf : 137 )


Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.( At-Taubah : 32)


Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya." ( As-Shaff : 8 )



Dan Dia mewariskan kepada kamu tanah-tanah, rumah-rumah dan harta benda mereka, dan (begitu pula) tanah yang belum kamu injak. Dan adalah Allah Maha Kuasa terhadap segala sesuatu. ( Al-Azhab : 27 )


Katakanlah: "Masing-masing (kita) menanti, maka nantikanlah oleh kamu sekalian! Maka kamu kelak akan mengetahui, siapa yang menempuh jalan yang lurus dan siapa yang telah mendapat petunjuk." ( Taahaa : 135 )


Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa kerana kemenangan mereka, mereka tiada disentuh oleh azab (neraka dan tidak pula) mereka berduka cita. ( Az-Zumar : 61 )

Sebenarnya Kami melontarkan yang haq kepada yang batil lalu yang haq itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). ( Al-Anbiya : 18 )


Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai(nya). ( Yunus : 82 )


(iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. ( Al-Hajj : 41)


Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. ( Ali Imran : 139 )


Menurut petunjuk dari ayat -ayat ini. Allah telah berjanji bahawa ISLAM akan MENANG!!. Dan banyak orang menyangka ia tidak akan terjadi pada abad ini. Namun Muslim yang benar-benar Beriman tidak pernah putus harapan kepada Allah akan kemengangan ini!!. Allah memberitahukan kepada kita tentang ayat-ayat ini , bahawa Muslim yang Beriman tidak pernah putus harapan kepada Allah:-



Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." ( Yusuf : 87 )



Kita harus Yakin Bahawa kemenangan Islam Akhir Zaman itu semakin hampir!! Sama-sama kita Realisasikanya dengan meningkatkan diri dengan Taqwa dan dengan mengorbankan Diri, Harta, dan Tenaga di dalam Gerakan Islam.. Allahu Haq


Monday, October 18, 2010

Tajarrud di dalam Berdakwah....



Pemuda pemudi sekalian sesungguhnya gerakan dakwah yang penuh ujian mehnah dan tribulasi sangat memerlukan hati-hati dan jiwa-jiwa yang memiliki tajarrud yang bersambung kepada Allah SWT, yang tidak selalu melihat pada kenikmatan dunia yang sementara, tidak bekerja untuk kepentingan peribadi, atau meraih kepemimpinan, atau kebanggaan, atau ingin menjadi terkenal, kerana itu diantara intipati yang menjadi fokus gerakan Islam dalam kerja tarbiyah adalah melatih pemuda pemudi untuk membersihkan jiwanya daripada kelalaian dunia, kemudian meningkatkan diri untuk hidup dengan tajarrud pada risalahnya, berjihad dan siap untuk berkorban di jalannya Fisabilillah dengan seluruh jiwa dan raga yang ada pada pemuda dan pemudi.

ingatlah Bahawa jalan dakwah adalah satu, oleh kerana itu, berbagai dakwah yang diserukan oleh kebanyakan jemaah atau kelompok yang ada di Negara ini tidak akan meraih kemenangan atau hasil perjuangan jika tidak mampu melakukan tajarrud dengan usaha membersihkan jiwa dari fikrah (ideologi) pentingkan diri kerana dengan menguasai dakwah hanya pada akal dan perasaan mereka, maka tidak ada sesuatu apapun yang dapat membantu daie dalam menghadapi berbagai ujian dan mehnah tribulasi di tengah jalan dakwah yang sulit kecuali tajarrud kepada Allah dan ikhlas untuk-Nya.


“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (Al-An’am:162-163)


Sayyid Qutb mengatakan, “Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar.”

Syaikh Arselan, pemikir Muslim asal Syiria, yang menulis buku Mengapa Kaum Muslimin Mundur dan Orang Barat Maju menjelaskan jawabannya dalam kalimat yang sederhana, "kerana," kata Syaikh Arselan. "orang-orang barat lebih banyak berkorban daripada kaum Muslimin. Mereka memberi lebih banyak demi agama mereka daripada apa yang diberikan kaum Muslimin bagi agamanya".

Dan ketika ada pertanyaan, "Apakah yang memerlukan untuk menegakkan agama ini dalam realiti kehidupan?" Maka jawabnya dengan kehadiran para pahlawan pemuda pemudi sejati yang tidak lagi hidup bagi dirinya sendiri, tetapi hidup bagi orang lain dan agamanya, serta sangup mengorbankan semua yang ia miliki bagi agamanya.

Syaikh Syahid Hasan Al-Banna berkata: Yang saya maksud dengan tajarrud adalah membersihkan fikrah Anda yang berbagai prinsip dan berkepentingan individu kerana hal tersebut merupakan ideologi paling mulia, lengkap dan tinggi darjatnya


“Shibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghah nya dari pada Allah?” (Al-Baqarah:138)

Abul Hasan An-Nadwi mengatakan: “Diantara ciri khas para nabi dan para duat kepada Allah adalah tajarrud untuk berdakwah dan fokus kepada hati dan jiwa raga dan sesuatu yang berharga, waktu dan kekuatan, dan di antara keperibadian mereka adalah fokus pada kesungguhan, keahlian dan menyerahkan segala waktu dan potensi mereka untuk dakwah ini dan menyebarkannya serta dengan berjihad di jalannya, memberikan seluruh waktunya sehingga tidak ada yang tersisa sedikitpun dari apa yang mereka miliki, tidak sedikit pun yang ditahannya dan tidak terpengaruh atasnya sedikit pun bukan pada negara, keluarga, kelompok, hawa nafsu dan harta sehingga segala usaha mereka mendapatkan hasil yang gemilang”.


Oleh kerana itu pemuda pemudi yang jujur adalah seorang yang selalu semangat dalam jihadnya, tidak terniat pada dakwahnya dan kesungguhannya dalam bekerja hanya untuk mendapatkan pengkat atau tampil sebagai pemimpin dalam dakwah namun hatinya daripada duniawi, tidak bercita-cita sedikitpun untuk mendapatkan jawatan itu.



Sesungguhnya fenomena pertikaian, perpecahan dan perdebatan yang dialami oleh kebanyakan Gerakan dakwah memberikan isyarat kepada kita bertapa kurangnya tajarrud kepada Allah SWT yang sebenarnya, sehingga terjadi perbezaan pendapat.



Firman Allah SWT


“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu Jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk Berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-Maidah:8)

Namun ketika tajarrud hilang dari kehidupan seorang muslim, maka dirinya akan diisi oleh hawa nafsu dan bangga pada diri dan pendapat sendiri, dan hal tersebut merupakan pangkal kehancuran

Firman Allah SWT

“Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik”. (As-Shaff:5)


Maka dari itu, berpegang teguhlah dengan tali Allah wahai Pemuda pemudi sekalian di mana saja kita berada, dan teruslah berjalan pada jalan dakwah ini, tajarrudlah untuk risalah ini, dan ikhlaslah untuk Allah sebagai Tuhan Pencipta kita, dan bekerjalah untuk Kebangkitan Islam Akhir zaman.
Semoga janji Allah SWT di dalam surah an-nur ayat 55 akan berlaku tidak lama lagi I.Allah... Takbir3x Allahu Haq.



Inilah Surat Allah Yang Maha Berkuasa kepada Gerakan Islam untuk Kemenangan Islam Akhir Zaman!! Apa tunggu lagi Ayuh Kita percepatkan proses Kemengan ini!!



Firman Allah Al-Jabbar Al-Malik Al-Qahar:-

"Aku (Allah) menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Aku (Allah) akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan Agama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka!!"