Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 23, 2010

JIHAD MENENTAG AGAMA Meterialisme..



“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu
menghancurkannya maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.”
Surah al-Anbiya: 18

Materialisme adalah sebuah pergerakan ideologi merbahaya yang berusaha menghancurkan nilai-nilai spiritual dan menjauhkan manusia daripada pegangan agama. Majoriti besar masyarakat hari ini, samada sedar atau tidak, kekal di dalam belenggu psikologi materialisme. Bagaimanapun, seperkara yang harus difikirkan; kesetiaan terhadap pegangan materialisme bukanlah penyebab kepada penafian terhadap kewujudan Tuhan. sebilangan besar masyarakat tetap mengakui akan kewujudan-Nya namun tetap berpegang kepada fahaman materialisme. Al-Qur’an menjelaskan golongan yang berfikiran seperti ini:

Katakanlah: ‘Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?’ Maka mereka akan menjawab: ‘Allah’. Maka katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’. Maka itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya; dan tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan? Surah Yunus: 31-32

Katakanlah: ‘Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak beringat?’ Katakanlah: ‘Siapakah yang empunya langit yang tujun dan yang empunya ‘Arasy yang besar?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah’. Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’. Katakanlah: ‘Siapakah yang ditangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu yang Dia lindungi tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab-Nya) jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah’. Katakanlah: ‘(Kalau demikian) maka dari jalan manakah kamu ditipu?’. Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta. Surah Mukminun: 84-90

Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’, nescaya mereka menjawab: ‘Allah’. Katakanlah: ‘Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudaratan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudaratan itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?’. Katakanlah: ‘Cukuplah Allah bagiku’. Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri. Surah Az-Zumar: 38

Seperti yang dapat difahami dari ayat di atas, golongan ini mendakwa bahawa mereka percaya kepada Tuhan dan agama-Nya. Akan tetapi, mereka tidak menunjukkan rasa pengagungan mereka terhadap kebesaran-Nya bahkan dalam diam-diam menyekutukan-Nya. Mereka adalah penganut agama batil yang terhasil akibat prinsip pegangan hidup yang jauh dipalingkan daripada agama yang benar. Seperti mana juga di masa lalu, betapa ramai manusia hari ini yang berpegang kepada agama yang batil dan menjauhkan diri mereka dari kebenaran agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Selain daripada golongan yang disebutkan di atas, di sana juga terdapat golongan yang secara terbuka mengisytiharkan penafian terhadap Allah dan Hari Kemudian. Mereka berusaha mempengaruhi orang ramai untuk melakukan kekufuran dan sekaligus menyertai mereka. Metodologi yang digunakan oleh para materialis di dalam masyarakat yang mengamalkan pemahaman agama yang terpesong (masyarakat di mana pemahaman tentang Tuhan adalah menyeleweng) adalah berbeza jika dibandingkan dengan kaedah di mana individunya cenderung terhadap fahaman ateisme. Materialis menjerumuskan manusia ke lembah syirik dengan mereka-reka agama bagi setiap masyarakat dan menyebatikannya dengan inspirasi yang diperolehi daripada kepercayaan tentang kemutlakan alam kebendaan.

Sudah pasti golongan yang menyimpangjauh daripada ajaran agama yang sebenar tidak mampu berjuang menentang kekufuran apatah lagi untuk memusnahkannya. Kekeliruan dalam memahami agama, sedar atau tidak, akan menyediakan suatu sokongan terhadap sistem kekufuran. Ini adalah mengapa, sekiranya seseorang ingin berjihad menentang kekufuran, kemampuan untuk menggarap pemahaman agama yang benar dan tepat mengenai konsep agama batil yang didirikan di atas tunjang fahaman materialisme dan menguasainya dengan sempurna adalah amat penting.

Di dalam lembaran berikutnya, perbincangan mengenai beberapa ciri-ciri agama materialis dan evolusionis akan diterangkan. Persamaan yang menarik di antara sistem yang diwariskan di dalam kepercayaan agama yang batil dan kepercayaan syirik yang diisyaratkan di dalam al-Qur’an akan dibincangkan secara khusus. Jahiliyyah Abad 20

Allah s.w.t. memaklumkan di dalam kitab-Nya mengenai manusia yang menyembah makhluk selain daripada Dia, dan mengambil patung dan berhala sebagai dewa semabahan begitu juga dengan kisah-kisah mengenai perjuangan gigih para utusan-Nya ketika berhadapan dengan kaum tersebut. Sebahagian besar individu menganggap bahawa masyarakat zaman lalu yang menyembah patung memiliki cara hidup yang primitif dan disebabkan itulah mereka berpegang kepada amalan tersebut. Akibatnya, mereka menganggap sesetengah kaum asli Afrika yang sehingga hari ini menyembah patung adalah kerana keprimitifan mereka.

Namun begitu, pemerhatian yang lebih teliti ke atas pemahaman dan sudut pandangan masyarakat lalu yang dikenali sebagai jahiliyyah di dalam Al-Qur’an mendedahkan bahawa mereka memilik banyak persamaan dengan golongan tertentu yang ada hari ini. Seperti mana masyarakat pagan lalu menjadikan patung dan objek kayu dan batu sebagai tuhan, rasional yang menganggap materi yang tidak bernyawa sebagai suatu bentuk pemujaan juga turut menjadi anutan yang dominan di zaman kita ini. Sebelum meneruskan perbandingan di antara rasional masyarakat pagan lalu dan hari ini, kita akan memerhatikan beberapa ayat Qur’an berkenaan masyarakat ini.
Salah satu daripada kaum yang dikenal pasti di dalam al-Qur’an ialah kaum Nabi Ibrahim:

Ingatlah ketika ia berkata kepada ayahnya: ‘Wahai ayahku! Mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun?’. Surah Maryam: 42

Ketika Ibrahim berkata kepada ayahnya dan kaumnya: ‘Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadah kepadanya?’. Mereka menjawab: ‘Kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya’. Surah al-Anbiya: 52-54

Seperti yang tersebut di atas, bapa Nabi Ibrahim a.s dan kaumnya menjadikan material kaku yang dihasilkan dengan tangan mereka sendiri malah tidak mempunyai sebarang kuasa mencipta sebagai tuhan sembahan. Dengan menganggap apa sahaja sebagai tuhan adalah bererti menyifatkannya (samada separuh atau seluruhnya) sebagai kuasa yang bertanggungjawab ke atas penciptaan, memberi rezeki, memberi rahmat, menyembuhkan, merancang dan mengawal proses alam semesta. Para musyrikin di zaman Nabi Ibrahim a.s percaya bahawa setiap bentuk patung yang diukir oleh mereka sendiri memiliki kekuasaan yang disebutkan di atas dan sekaligus mengangkatnya sebagai tuhan sembahan.

KEMUSNAHAN TAMADUN TANPA PEGANGAN AGAMA



Sebahagian besar manusia terkeliru ketika menganggap bahawa agama hanyalah sekadar suatu amalan kebudayaan. Akan tetapi, selain daripada ritual Islam, agama ini juga meliputi segala asepk kehidupan dan menganugerahkan pegangan dan etika yang bercirikan ajaran Al-Qur'an. Seorang individu mukmin yang benar-benar ikhlas istiqamah terhadap agamanya pasti pasti akan berusaha mendapatkan kerahmatan, keberkatan dan keampunan dari Allah s.w.t. dengan hidup berpandukan nilai etika al-Qur'an yang baik sepanjang hidup. Dia tidak sekali-kali berpaling daripada amalan kebaikan, keikhlasan, kesederhanaan, berbuat baik dan saling sayang menyayangi. Ringkasnya, setiap nilai etik ayang mulia ini adalah faktor yang menyebabkan sesebuah masyarakat yang mempraktikkan nilai mulia al-Qur'an akan menikmati manfaat yang besar.


Sebagai contoh, sebuah keluarga yang hidup dengan berpandukan kemuliaan akhlak al-Qur'an tidak akan menghadapi masalah dan kegusaran seperti yang menimpa institusi kekeluargaan di dalam masyarakat jahiliyyah moden. Golongan remaja hari ini sering memberontak menentang ibu-bapa mereka, akibat gagal dalam membezakan yang baik dan buruk dan sering pula terlibat dalam tindakan agresif. Pada masa yang sama, masih terdapat segelintir ibu-bapa yang tidak merasa kepentingan mentarbiyah anak-anak tentang nilai baik dan buruk dan yang tidak memberi pendidikan yang sesuau sebagai suatu kepentingan yang utama. Bahkan ibu-bapa ini sendiri juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan oranglain. Apa yang sering terjadi ialah pertelingkahan dan dendam kesumat berbanding kasih sayang, hormat menghormati dan belas kasihan.

Tetapi di dalam rumah di mana setiap ahli keluarganya patuh dan tunduk kepada ajaran Qur'an, anak-anak akan mematuhi ibu-bapa mereka jauh sekali dari mengherdik kerana Allah melarang mereka daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap ibu-bapa. Surah al-Isra: 23

Mereka dididik sejak dari kecil untuk mengikuti fitrahnya, membezakan yang baik dan buruk dan menjauhi sebarang amalan keji. Ibu-bapa berusaha mendidik anak mereka selaras dengan perintah agama dengan menanamkan suatu kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama dan negara. Ibu-bapa seumpama ini akan menjadi cotnoh ikutan bagi anak-anak mereka. Ringkasnya, akan tersemailah perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan perpaduan di dalam kekeluargaan.

Keluarga adalah unit asas bagi sesebuah negara: ikatan kekeluargaan yang kukuh adalah berpotensi memperteguhkan negara. Sebaliknya, kekeluargaan dengan ikatan yang rapuh dan tandus daripada nilai spiritual, kasih sayang dan hormat menghormati serta kesetiaan adalah merupakan ancaman kepada kemakmuran negara. Khususnya di dalam negara-negara di mana golongan tertentu berusaha untuk menubuhkan sebuah masyarakat yang menolak ajaran agama, akibatnya proses pemusnahan spiritual menjadi lebih pantas dan keruntuhan moral menjadi jelas di dalam seluruh strata masyarakat. Di dalam masyarakat seperti ini, pembinaan hubungan sosial adalah lebih cenderung berteraskan keuntungan material.

Apabila ukuran material menjadi kepentingan untuk suatu hubungan bahkan terhadap ahli keluarga terdekat untuk nilai keroahanian seperti kasih sayang, persaudaraan, pengorbanan dan kesetiaan, maka kewujudan sebuah tamaduan yang teguh adalah amat mustahil. Ini adalah keana kemerosotan bukan sahaja melanda institusi kekeluargaan tetapi juga merebak ke seluruh pelusuk masyarakat. Di dalam sekolah dan di dalam hubungan persahabatan, perasaan seperti hasad dengki, penipuan dan fitnah akan mengggantikan nilai belas kasihan dan rasa hormat. Dalam dunia perniagaan juga, kita diperlihatkan dengan sejumlah personaliti yang melabur demi kepentingan individu. Amalan seperti mempertahankan hak orang lain, menegakkan keadilan atau menunjukkan rasa belas kasihan dan membantu golongan yang lemah amat jarang ditemui. Ringkasnya, hidup di dalam ketenangan dan keamanan menjadi mustahil bagi ahli masyarakat tersebut.

Ini adalah sebab mengapa tanggungjawab untuk menumpaskan agama yang batil dari sudut ideologi tergalas di bahu golongan yang beriman. Selain daripada keruntuhan institusi kekeluargaan dan kebejatan hubungan sosial, kesan lain akibat daripada sistem kepercayaan ini di atas muka bumi juga semakin bertambah jelas. Setiap individu harus turut berusaha berjihad menentang sistem agama yang batil ini sekiranya ia berlarutan kemusnahan akan berkekalan sehinggalah Allah akan menukarkan kepada kaum yang lebih baik....... Allahu Haq

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)



No comments: