Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, January 15, 2012

Berjuanglah Hingga Islam Menang!!


Sejarah pembukaan Istanbul yang juga dikenali sebagai penaklukan Kota Konstantinaple menjadi bukti betapa pemerintahan-pemerintahan yang dianggap kuasa besar dunia satu ketika dahulu pernah akhirnya dilewati oleh ketamadunan Islam.

Menyedari betapa Islam menjadi pencabar utama kepada mana-mana kuasa Jahiliyyah moden, negara-negara yang digelar kuasa dunia hari mengadakan perancangan yang begitu teratur terutamanya untuk negara-negara umat Islam dan dunia Islam. Antara kuasa-kuasa yang dimaksudkan ialah Amerika Syarikat; yang begitu gigih menaja program menakluk dunia dalam semua perkara, baik politik, ekonomi, media massa, kebudayaan, pendidikan, dan berbagai lagi. 

Ini tidak lain bermaksud supaya Amerika menjadi kuasa tunggal yang unggul. Sebenarnya inilah perangai jahiliyyah! Sedangkan Islam mendidik kita bahawa dunia untuk semua tetapi ketaatan hanya milik Allah!

Namun ini bukanlah perkara baru, tetapi adalah agenda orang-orang seperti yang pernah dibuktikan sejarah; Namrud yang memimpin Babylon, Firaun yang memimpin Mesir dan lain-lainnya yang dapat kita lihat beberapa abad lalu. Semua sikap mereka ini sama sahaja seperti mana rakusnya Parsi dan Rom berkuasa untuk menguasai dunia kerana tidak ada dalam agenda mereka hari akhirat, tidak ada dalam agenda mereka dosa dan pahala malah tidak ada agenda benar dan salah.

Allah mengajar kita, bahawa kekuasaan tanpa taqwa kepadaNya akan menemui kemusnahan. Ini terbukti apabila Allah  telah mengabadikan semua kuasa-kuasa besar ini dimusnah dan dihancurkan.

“Negeri-negeri (yang telah kami binasakan) itu, kami ceritakan sebahagian dari berita-beritanya kepadamu. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, maka mereka (juga) tidak beriman kepada apa yang dahulunya mereka telah mendustakannya. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang-orang kafir.”

Peristiwa kejatuhan Konstantinaple bukan sahaja dinyatakan dalam al-Qur’an yang menyatakan bahawa kuasa besar dunia termasuk kerajaan Byzantin yang berpusat di Konstantinaple akan jatuh dan ditumbangkan. Malah perkara ini dimaklumkan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda secara terang dan nyata:

“Kota Konstantinaple akan dibuka oleh Islam, sebaik-baik pemimpin ialah pemimpin yang menawannya, sebaik-baik tentera ialah tentera yang menawannya.”

Umat Islam telah berlumba-lumba membuka Kota Konstantinaple sejak zaman Uthman bin Affan hingga ke zaman Abbasiyyah, malah di kawasan Istanbul terdapat kubur-kubur sahabat yang cemerlang dalam perjuangan mereka membuka Kota Konstatinaple. Antaranya Abu Ayyub al-Ansari yang disayangi Rasulullah Beliau mencari fadhilat menawan Istanbul. Dalam wasiatnya, jika beliau gugur syahid, jenazahnya jangan di bawa pulang sebaliknya dikebumikan di Istanbul.

Ketika perang pertama dilancarkan, tentera Byzantin menggunakan senjata yang paling canggih. Mereka memiliki alat pelontar peluru yang boleh menyalakan api di atas air yang membakar kapal-kapal tentera laut Islam, satu senjata yang susah untuk ditentang di masa itu.

Oleh kerana Kota Konstatinaple yang merupakan pusat Byzantin menjadi ancaman kepada Islam dan dakwah umat Islam, maka tentera Islam dengan iltizam menghadapi juga keadaan tersebut selain mencari kelebihan dari hadith Rasulullah.
Terdapat tentera Islam yang bertindak secara berani mati hinggakan ada dikalangan tentera Islam yang mencemuh dengan ayat Qur’an menyatakan tindakan itu adalah tindakan mencampakkan diri kepada kebinasaan.
Mendengar itu Abu Ayyub al-Ansari melenting lalu berkata:

 “Kamu tidak tahu tentang ayat ini, kamu tidak faham ayat ini kerana aku berada disisi semasa ayat ini diturunkan oleh Allah.”

Allah menurunkan ayat ini ketika umat Islam mencapai kemenangan di zaman Rasulullah lalu dibahagikan ghanimah hingga ramai yang merasa senang dengan harta yang dibahagikan itu. Berkata dikalangan mereka yang mendapat habuan kemenangan itu: 

“Kita sudah lama berjuang marilah kita mencari harta pula, menjaga kebun-kebun yang luas, menjaga gudang-gudang yang penuh dengan barang-barang. Biarlah yang lain meneruskan perjuangan.”

Lalu Allah menurunkan kepada mereka yang ingin meninggalkan jihad ini dengan firmanNya:
“Dan berbelanjalah kamu dengan harta benda kamu dijalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan dii kamu ke dalam kebinasaan.”

Inilah sebabnya turun ayat ini. Allah menyatakan kebinasaan apabila umat Islam meninggalkan jihad, bukan bermakna berjuang hingga mati itu bermaksud membinasakan diri kerana orang Islam mempercayai sama ada menang di dunia atau mati dalam perjuangan, tetap dijanjikan syurga.

Abu Ayyub akhirnya syahid dan disemadikan. Selepas peperangan itu, didirikan sebuah masjid yang dikenali sebagai masjid Abu Ayyub al-Ansari. Terbukti akhirnya apabila Allah mengurniakan fadhilat menawan Kota Konstatinaple menjadi Istanbul kepada Sultan Muhammad al-Fatih dari sultan Uthmaniyyah yang dididik dengan pendidikan Islam, beliau berjaya memerintah dengan penuh ketaatan hinggakan Islam berkembang dengan gemilang. Malah penduduk yang beragama Kristian memeluk Islam secara sukarela. Gereja mereka yang bernama Gereja AyaSofia ditukar menjadi Masjid AyaSofia sebelum Kamal Arttartuk menukar menjadikannya muzium selepas kerajaan Islam Uthmaniyyah dijatuhkannya.

Sebenarnya Istanbul berasal dari nama Islambol yang bermaksud Kota Islam. Namun kegagalan rakyat Turki menyebut sebutan Arab dengan baik, maka kekal ke hari ini ia disebut sebagai Istanbul yang menjadi pusat negara Turki.

Inilah sebahagian bukti bahawa Islam pernah tersebar menjadi kuasa dunia yang unggul tanpa mendiskriminasikan mana-mana umat manusia. Bukan sahaja mengajar manusia bangun mengesakan Tuhan yang satu demi kesejahteraan akhirat, tetapi juga membangunkan dunia mencakupi segala bidang kehidupan. Mewujudkan negara yang aman damai, membina kemajuan ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan dan pelbagai aspek yang menjadi keperluan duniawi. Tentu kita tidak lupa bagaimana berkembangnya Iraq, Sepanyol dan banyak negara lagi dengan Islam.

Tetapi hari ini segala-galanya telah berubah. Islam kembali dipencilkan umat manusia. Natijahnya, bukan saja negara-negara Arab, tetapi juga seluruh negeri umat Islam malah dunia seluruhnya berada dalam keadaan ketakutan. Kerana apa? Kerana kuasa-kuasa besar dunia kembali haloba untuk menjadi kuasa tunggal dengan dominasi hak-hak kemanusiaan.

Agenda ini bermula sejak kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki lagi, berlarutan kepada siri-siri peperangan dunia, penyerahan Palestin menjadi negara haram Israel, dan banyak lagi peristiwa yang akhirnya dunia kembali tidak aman. 

Hakikatnya mereka ingin menyekat kebangkitan Islam seperti mana kata-kata seorang tokoh Islam bahawa abad ke 21 ini adalah milik Islam. Seluruh dunia yakin dengan kebangkitan ini sebab itu mereka mengadakan perencanaan menyekat kebangkitan ini. Hinggalah pada saat ini propaganda dimainkan diseluruh dunia kononnya Islam terroris, ekstrimis dan segala bentuk rekaan-rekaan yang memburukkan Islam. 

Terbukti sudah sepertimana berlaku di Afghanistan, apabila Tholiban dijatuhkan tiada tangkapan pengganas WTC (World Trade Centre) seperti yang digembar gemburkan dilakukan. Sebaliknya tentera Tholiban disiksa dengan penuh tidak berperikemanusiaan. Sedangkan pernah tentera Tholiban menawan seorang wartawan wanita bernama Ridley yang dilayan dengan tuntutan-tuntutan Islam; dilayan seperti seorang manusia, kerana akhlak tinggi yang ditunjukkan tentera Tholiban akhirnya Ridley memeluk Islam tanpa dipaksa.

Tentera Tholiban juga sebenarnya adalah kerajaan yang memerintah Afghanistan menurut syariat Islam.

Apa yang lebih malang ialah bila Tholiban dijatuhkan, keadaan negara Afghanistan berada dalam huru-hara, bukan sekadar huru-hara pentadbiran, ekonomi, pendidikan sahaja tetapi Amerika telah menjauhkan masyarakat dan rakyat Afghanistan dari cara hidup Islam, sama sekali mereka memisahkan aqidah dari syariat Allah.

Pemimpin yang memaksa rakyat sebegini adalah bersifat kuku besi! Mereka menggunakan kuasa memisahkan individu dari agamanya. Sebab itu ajaran Islam tidak pernah wujud paksaan sebagaimana firman Allah dalam al-Qur’an;

“Tidak ada paksaan dalam beragama (Islam).”

Nikmat Allah terlalu banyak di dunia ini, namun jika kita tamak sebenarnya kita akan mengundang murka Allah. Biar sedikit asalkan ia ada dan kita mensyukurinya daripada banyak menyebabkan kita membazir dan tidak mensyukurinya malah kerana tamak untuk banyak kita sebenarnya menjauhkan diri dari Allah. Pengajaran dari kisah Thalabah di zaman Rasulullah hingga wafatnya Rasulullah harus menjadi pengiktibaran buat kita.

Hari ini kerana tamak haloba, Amerika dibenci oleh kawan dan lawan. Kerana Allah mengajar manusia untuk bersikap redha. Jika bersikap sebaliknya maka manusia akan sanggup menzalimi antara satu sama lain.

Islam mengajar kita menentang kezaliman bukan menolong pihak yang melakukan kezaliman.
Amerika kini gigih memaksa Universiti al-Azhar agar membuang kurikulum jihad. Kerana mereka sedar betapa jihad inilah yang pernah menumbangkan kuasa-kuasa dunia seperti Rom, Parsi, Rusia dan lain-lain.

Sabda Rasullah:
“Tidak ada kaum Islam yang meninggalkan jihad melainkan mereka akan ditimpa kehinaan oleh Allah ”

Dan juga sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya telah lahirlah dengan nyatanya kebencian mereka kepada Islam dengan ucapan-ucapan mereka.”

Yang nyata hari ini mereka begitu membenci Islam. Tidak cukup dengan itu hati umat Islam diguris dengan label-label seperti pengganas, hinaan-hinaan kepada Rasulullah, sendaan-sendaan terhadap hukum Islam, meruntuhkan masjid-masjid dan banyak lagi.
Kerana apa ini terjadi? Kerana mereka tidak mengingati penghujung kehidupan; mati! Tidak ada penyelesaian lain melainkan semua pihak kembali kepada Islam. Sekiranya mereka tetap menentang sesungguhnya mereka tidak akan mampu menentang Allah dan kerajaanNya. Islam Pasti Menang!

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci.”

“Apabila pertolongan Allah dan kemenangan itu telah datang, kamu akan lihat manusia dengan berduyun-duyun memasuki agama Islam, maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan meminta ampun kepadaNya, sesungguhnya Allah itu penerima taubat.”




No comments: