KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
Presiden PAS
Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh Memecat Ketua Tentera Hamzah Pasya
Betapa hebatnya Muhammad Al-Fateh sehingakan sebelum kota konstantinople jatuh lagi ia telah digambarkan oleh Nabi dalam hadisnya yang bermaksud"Kota Konstantinople akan jatuh ketangan raja yang terbaik yang memimpin tentera yang terbaik dan rakyat yang terbaik".Kekuatan pertahanan pertahanan kota konstantinople menyebabkan banyak percubaan untuk menawanya gagal,hinga memakan masa beratus tahun.
Sultan Muhammad Al-Fateh mempunyai peribadi yang amat hebat,mempunyai ilmu yang banyak,dan mampu menguasai banyak bahasa.Tentulah sukar untuk mencari pemimpin yang sempurna dan sebaik Sultan Mahammad Al-Fateh dimasa kini.Namun dengan gabungan tenaga yang ada jika dimanafaakan sebaik mungkin,tidak mustahil jamaah Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam akan berjaya.Keikhlasan dan kesabaran samaada dari pimpinan mahu pun orang bawahan adalah sebahagian dari kunci kejayaan.Namun sebagai jamaah yang menyertai politik kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat dan tegas.Sultan Muhammad Al-Fateh dengan tegas memecat ketua tentera Hamzah Pasya yang gagal menjalankan tugas pengepungan teluk memastikan makanan tidak sampai kepada tentera konstantinople.Hamzah Pasya juga mengambil tindakan seperti Khalid Al-Walid yang tidak mengkhianati perjuangan walaupun ia di pecat.

Khalid Al-Walid dipecat Dari menjadi Panglima Perang
Kecerdasan Emosi dabn Spritual Khalid Al-Walid terselah ketika menghadapi ujian gentir ketika tentera islam ingin bertempur dengan tentera Rom. Utusan dari khalifah sampai membawa dua berita. Berita Pertama ialah berkaitan dengan kewafatan khalifah Abu bakar pada 23 jamadilakhir 13h. berita kedua Panglima tentera Islam kedua ialah Khalifah Umar dan sekaligus memecat Khalid Al-Walid sebagai ketua Panglima tentera Islam dan digantikan dengan panglima Abu Ubaidah bin Jarah. Khalid Al-Walid tidakpun merasa sedih atau Merajuk atau lari dari Jemaah Gerakan Islam yang dipimpin oleh Khalifah Umar! Akhlak keterbukaan Khalid Al-Walid menyerahkan tugas Panglima perang kepada Abu Ubaidah menyebabkan Abu Ubaidah menangis!! Kerana walaupun Khalid Al-Walid dipecat dari menjadi Panglima Perang, Dia tetap berada di belakang dan membantu Abu Ubaidah untuk melawan musuh Islam.
Nasihat kepada DATO' Hasan Ali
Sedikit penerangan untuk Dato', PAS memecat Dato' Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana 901, bukan kerana soal Anwar, tetap Dato' telah membelakangi 'manhaj' dan 'disiplin parti', beberapa kali membuat kenyataan terbuka yg mengkritik pandangan dan dasar parti walaupun sudah diberi amarah berkali2.....NAMUN PAS tetap beri peluang utk membuat rayuan...kalau Dato' ikhlas bersama jemaah, Dato' boleh membuat kembali rayuan dalam masa 30 hari...
Kita boleh lihat Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syed Sabiq dll pernah diambil tindakan oleh Ikhwan Muslimin. Namun mereka menunjukkan keikhlasan dan kekal bersama perjuangan Islam hingga penghujung usia...Ketika Muhd Al Ghazali dipecat, Hasan Hudhaibi berkata:

"Kami memecat beliau bukan sebagai menafikan ilmu dan tawadhu'nya, tetapi kepentingan menjaga disiplin dalam kerja jamaah adalah diutamakan."
Barbalik persoalan pemecatan keahlian ini, PAS tak pernah gugurkan perjuangan Islam. Tp hanyalah strategi seperti mana strateginya Nabi Saw membawa Islam sehingga terpaksa gugurkan Kalimah Bismillah dan Rasulullah dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Gugur kalimah bukan bererti gugur perjuangan...Gugur kalimah 'islamic State' dan swing kpd 'welfare state' hanya semata2 strategi yg langsung tak bercanggah dgn Islam..
Insyaallah, Majlis Syura Ulama' dipenuhi tokoh agama dan orang2 alim, mereka pastinya arif dan sudah melakukan 'istikharah' sebelum membuat keputusan

Jangan Merajuk atau kecil hati Dato', Jadilah seperti Khalid Al-Walid dan Hamzah Pasya jika Dato' benar-benar memperjuangkan Gerakan Islam. Mari lah bersama-sama membantu Pesuruhjaya PAS selangor yang baru walaupun dahulunya jawatan itu dipegang oleh dato'. Jangan buat sesuatu yang menguntungkan musuh. Jika tidak!! Dato'akan menjadi Golongan yang tercicir atas jalan Dakwah buat selamanya. walahualam.
No comments:
Post a Comment