Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 25, 2012

Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin Menang Di Mesir...Takbir!!


Andainya kematianku kau tangisi

Pusaraku kau siram dengan air matamu

Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhanku
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar. 

- As-Syahid Syed Qutb


Selepas 46 tahun pujangga dan sasterawan ulung as-syahid Syed Qutb melakarkan syairnya di sebalik jeriji besi penjara, kini gerakan Islam di Mesir yang diterajui Ikhwan Muslimin sedang bergerak merebut kemenangan bagi seluruh rakyat Mesir.

Kemenangan besar Ikhwan di bawah kepimpinan Mursyidul Am, Dr Mohamed Badie, menerusi Parti al-Hurriyah wal 'Adalah (parti Kebebasan dan Keadilan atau Freedom and Justice Party - FJP) dan parti-parti gabungannya dalam Pilihan Raya Umum Mesir minggu lepas, iaitu hampir setahun selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan, merupakan suatu perubahan besar kepada landskap politik di negara-negara Arab.

Walaupun Syed Qutb dan beberapa orang pimpinan Ikhwan dizalimi sehingga mati syahid di tali gantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966, tidak dapat merasai nikmat kemenangan perjuangan Islam, sekurang-kurangnya roh mereka berbahagia disisi Allah, kerana pengorbanan mereka sudah ditebus Ikhwan.

Selepas tiga pusingan pilihan raya yang dianjurkan secara bebas dengan pemantauan dunia, keputusan muktamad pilihan raya umum Mesir mencatatkan FJP menang 232 kerusi Parlimen (lebih 45 peratus kerusi), Parti Nur Salafi meraih 113 kerusi, Parti Wafdu (Sekular) dengan 47 kerusi, Parti Kutlah (Sekular) mendapat 39 kerusi, Parti Fulul (bekas penyokong Hosni) memperolehi 17 kerusi, Parti Wasot Islami 10 kerusi, Parti Thaurah Mustamirah dengan 8 kerusi dan parti bebas mendapat 14 kerusi.


Semalam Timbalan Pengerusi FJP, Dr Essam El-Eryan dalam temubualnya dengan Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ingin benar tahu apakah kebangkitan rakyat juga akan berlaku di Malaysia dalam pilihan raya ke 13 nanti.

FJP mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi dan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi. 

Dalam sidang Parlimen pertama, pimpinan kanan FJP, Dr Saad al-Katatni telah dilantik sebagai Ketua (speaker) Majlis Rakyat yang pertama selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Sepanjang bulan lalu Dr Syed Azman berada di kota Kaherah sebagai anggota rombongan Ahli Pemerhati Antarabangsa Pilihan Raya Mesir di bawah seliaan PBB yang yang baru berakhir baru-baru ini.

Tidak siapa dapat menjangkakan Pilihan raya boleh dijalankan dengan aman selepas 'Revolusi 25
Februari' yang telah berjaya menggulingkan rejim 'kuku besi' Hosni Mubarak dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat' yang turun secara sukarela berdemonstrasi di jalan-jalanraya di seluruh negara.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar PAS telah bertemu dengan Dr Essam, sahabat lama beliau di sana.

Menurut Dr Essam, punca kemenangan FJP adalah melalui susunan trategi yang antaranya:

1. Organisasi kempen FJP yang tersusun dan berstrategik.

2. Teknik 'bantuan dan kebajikan' yang efektif kepada pengundi terutamanya di luar bandar.

3. Pendekatan kempen kepada golongan remaja dan anak muda yang mesra dan bersifat memenuhi realiti semasa.

4. Kempen dari rumah ke rumah yang berterusan.

5. Mengemukakan pelan ekonomi yang di terima rakyat.

6. Kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook yang amat berkesan.



I.Allah rejim BN akan Tumbang pada PRU13.
Pastikan Gerakan Islam Malaysia pula akan menang!!
kita sebagai anak  muda Gunakan Blog,Twitter,Facebook dan Lain2 untuk menjatuhkan Kerajaan Zalim BN!!




Amanat Pengasas Ikhwan Muslimin Imam Hasan Al-Banna Kepada PEMUDA!!




Wahai pemuda !

Setiap fikrah itu akan hanya berjaya apabila ia diperkuatkan dengan iman, dilengkapkan dengan ikhlas yang mendalam, ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam perlaksanaannya. Pendek kata iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan rukun-rukun khusus untuk para pemuda. Sebab asas iman ialah hati yang terang, asas ikhlas ialah jiwa yang bersih, asas semangat ialah perasaan yang mantap dan asas 'amal' itu ialah 'azam yang kuat'; Kesemua faktor ini tidak lain dan tidak bukan ialah khusus untuk para pemuda. Dari sini ternyata bahawa para pemuda di kalangan setiap umat sama ada di zaman dahulu atau sekarang merupakan tiang kebangkitan umatnya.

"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka dan Kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk".
(Surah Al-Kahfi: Ayat 13)


Dengan ini tanggungjawab kamu bertambah banyak, kerja kamu bertambah besar, hak-hak umat ke atas kamu bertambah ganda, amanah yang tertanggung di atas tengkuk kamu pula bertambah berat. Dengan ini wajiblah kamu berfikir dan merenung jauh, banyak bekerja,
menentukan sikap, maju untuk menyelamat dan memberikan hak-hak umat yang penuh terhadap para pemuda seperti kamu.

Wahai pemuda!

Fikrah kita adalah Islam tulin. Di atasnyalah fikrah itu bertunjang. Islamlah sumber fikrah kita, Islamlah yang mesti diperjuangkan dan ke arahnyalah mesti diusahakan untuk mempertinggikannya.

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam maka sekali-kali tidaklah akan diterima(agama itu) daripadaNya.
(Surah Ali-Imran : Ayat 85)


Kewajipan kita yang pertama sebagai orang-orang Islam ialah menerangkan kepada manusia batas-batas dan pengertian Islam dengan cukup terang dan menyeluruh dengan tidak ada tambah atau kurang atau samar. Ini adalah bahagian dari fikrah kita. Kita menggesa mereka supaya melaksanakannya dan membebankan mereka agar mempraktikkannya dan kita ajak mereka supaya mengamalkannya dan ini adalah bahagian dari amalan fikrah kita.

Kita akan berjihad dalam melaksanakan fikrah kita, kita akan berjihad untuknya selagi ada hayat kita. Kita akan menyeru seluruh manusia kepadanya dan kita akan menumpukan sepenuhnya pada jalannya samada kita akan hidup mulia dengannya atau mati mulia. Yang akan menjadi slogan tetap kita ialah "Allah matlamat kita, Rasul ikutan kita, Quran perlembagaan kita. Jihad jalan kita dan mati dijalan Allah cita-cita murni kita yang paling unggul".

Tentukanlah wahai pemuda imam kamu, matlamat dan tujuan kamu. Kekuatan yang utama sekali ialah iman. Natijah dari iman ini ialah kesatuan, implikasi dari kesatuan lahirlah kemenangan. Dari itu berimanlah kamu, bersaudaralah kamu, bekerjalah kamu dan tunggulah selepas itu kemenangan pasti menjelang dan sampaikanlah berita gembira kepada seluruh orang-orang mukmin.

Seluruh dunia merasa buntu dan gelisah, seluruh sistem yang ada lemah mencari ubat dan tidak ada ubat untuk dunia ini melainkan Islam. Maralah wahai pemuda dengan nama Allah untuk menyelamatkannya kerana seluruh manusia menanti penyelamat dan tidak ada penyelamat melainkan risalah Islam yang kamu bawa obornya.

Wahai pemuda!

Di dalam memperjuangkan fikrah kita, terdapat beberapa tahap yang mesti kita lalui, iaitu :

1) Individu Muslim
Pertama sekali kita mahu individu yang Islam pemikirannya, akidahnya, akhlaknya dan jiwanya dalam segala perbuatan dan tindak lakunya. Inilah dia pembentukan individu kita.

2) Keluarga Muslim
Selepas itu kita mahu rumahtangga yang Islam pemikirannya, akidahnya, jiwanya dalam segala perbuatan dan tindak lakunya. Untuk ini kami tujukan pada golongan wanita sebagai perhatian kami terhadap lelaki. Juga kami tujukan kepada kanak-kanak sebagai perhatian kami terhadap para pemuda. Inilah dia pembentukan kita secara keluarga.

3) Masyarakat Muslim
Selepas itu kita mahu rakyat yang Islam pada semua perkara yang disebutkan tadi. Untuk ini kita mesti berusaha supaya dakwah kita sampai ke setiap rumah, suara kita didengar di setiap tempat, Jikrah kita disenangi dan menguasai setiap kampung, desa, pekan, bandar, pusat-pusat perhimpunan dan ibu kota.

4) Negara Islam
Selepas itu kami mahu kerajaan Islam yang memimpin rakyat ini ke masjid, yang membawa manusia ke hidayah Islam, sebagaimana kerajaan Islam membawa para sahabat Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam seperti Abu Bakar, 'Umar dan Iain-lain sebelum itu. Untuk ini kita tidak mengiktiraf sebarang sistem pemerintahan yang tidak bertunjang ke dasar Islam dan menceduk daripadanya. Kita mesti berusaha menghidupkan sistem pemerintahan Islam dengan segala bentuknya dan membentuk pemerintahan Islam di atas dasar sistem ini (Islam).

5) Wilayah-wilayah Islam
Selepas itu kita mahu bendera Allah kembali semula berkibar di tempat-tempat yang mana Islam telah bertapak di suatu ketika dulu dan suara muazzin telah bergema dengan takbir dan tahlil. Kita mahu tiap-tiap bahagian tanah air Islam kita yang telah dijajah oleh politik barat dan kesatuannya yang telah dihancurkan oleh ketamakan Eropah disatukan dan dikembalikan kepada kita.

6) Untuk Dunia Seluruhnya
Selepas itu kita mahu mengisytiharkan dakwah kita kepada dunia, kita akan sampaikan kepada semua manusia, kita sebarkannya ke segenap pelusuk muka bumi ini dan kerananya juga kita tundukkan setiap musuh-musuh Islam sehingga tidak lagi menjadi fitnah penghalang dan supaya agama seluruhnya untuk Allah. Pada ketika itu orang-orang mukmin akan gembira dengan kemenangan dari Allah. Allah yang memenangkan sesiapa yang dikehendakiNya. Dialah yang Maha Pengasih lagi Pemurah.

Wahai pemuda!

Di atas prinsip yang utuh ini dan ajaran yang tinggi ini, kami mengajak kamu agar percaya dengan fikrah kami, menjejak langkah kami, seiring dangan kami ke arah Islam yang murni. Maka kamu singkirkan apa jua fikrah melainkan fikrah ini, kamu perlu pertahankan akidah kamu dengan penuh tenaga kamu, maka itu adalah suatu kebaikan untuk kamu di dunia dan di akhirat. Allah akan mengurniakan untuk kamu InsyaAllah sebagaimana yang telah dikurniakan kepada orang-orang terdahulu dari kamu di zaman awal dulu.

Sekiranya kamu enggan, berdolak-dalik, gelisah, tidak tentu arah dan teragak-agak maka ketahuilah sesungguhnya pasukan Allah (Hizbullah) ini akan terus mara menuju destinasinya dengan tidak mengira samada membawa bilangan anggota (Jundullah) yang banyak ataupun sedikit.



No comments: