Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 13, 2010

Kepentingan Ikhlas untuk Para Daie.....


Para Daei yang terdiri daripada mereka yg aktif dlm pendidikan rohani dan yg berjalan kepada Allah SWT telah bersetuju, bahawa kepentingan ikhlas bagi setiap amal untuk bekalan akhirat dan bagi setiap orang yang meniti jalan menuju Allah.

Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata di dlm Muqaddimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq, yg memakan seperempat bahagian dr kitab Al-Ihya' :

"Dengan hujjah iman yg nyata dan cahaya al-Quran, mereka yg mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai kecuali dgn ilmu dan ibadah. Semua org pasti akan binasa kecuali mereka yg berilmu. Mereka yg berilmu pasti akan binasa kecuali yg aktif beramal. Semua org yg aktif beramal akan binasa kecuali mereka yg ikhlas."

Amal tanpa niat adalah kebodohan, niat tanpa ikhlas adalah riya', yg bererti sama dengan kemunafikan dan tidak berbeza dgn kederhakaan. Ikhlas tanpa kejujuran dan perlaksanaan adalah sia-sia.

Allah tlh berfirman ttg setiap amal yg dimaksudkan untuk selain Allah, sebagai suatu yg tidak bermatlamat. Di dlm al-Quran Allah tlh berfirman yg bermaksud :

"Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan."   (al-Furqan: 23)

Perkara yang serupa dengan apa yg dikatakan oleh al-Imam al-Ghazali itu sblmnya juga tlh dikatakan oleh seorang Mukmin yg arif bernama Sahl bin Abdullah at-Tustary, "Semua manusia sepeti org yg sdg mabuk kecuali mereka yg berilmu. Semua org yg berilmu adalah org yg bingung kecuali mereka yg mengamalkan ilmunya."

Dlm lafaz lain beliau berkata, "Dunia ini adalah kebodohan dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujjah ke atas pemiliknya kecuali yg diamalkannnya. Semua amal akan sia-sia kecuali yg dilaksanakan dgn ikhlas. Ikhlas itu dlm bahaya yg besar sehingga tetap berakhir dgnnya."

Sebahagian yg lain juga berkata, "Ilmu itu laksana benih, amal laksana tanaman dan airnya adalah ikhlas."

Ibn 'Atha'illah berkata dlm Al-Hikam, "Sesungguhnya Allah tdk menyukai amal yg mendua (berbelah bahagi), dan tdk pula hati yg mendua. Amal yg mendua tdk diterima dan hati yg mendua juga tdk akan diterima."

Amal yg tdk disertai ikhlas adalah ibarat gambar yg mati, dan raga tanpa jiwa. Allah hanya menginginkan hakikat amal, bkn rupa dan bentuknya. Maka dr itu Dia menolak setiap amal yg pelakunya tertipu dgn amalnya.

Dlm hadith shahih riwayat Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Sesungguhnya Allah tdk melihat kpd jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kpd hati kamu." Baginda memberi isyarat ke arah hati dgn jari-jari tangannya lalu berkata, "Taqwa itu letaknya di sini." Dan Baginda memberi isyarat ke arah dadanya sebanyak tiga kali."   (HR Imam Muslim)

Allah berfirman ttg mereka yg menyembelih haiwan qurban, iaitu yg dilakukan oleh mereka yg menunaikan haji dan umrah :

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tdk dpt mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan drp kamulah yg dpt mencapainya."   (al-Hajj: 37)

Wallahu a'lam..  Allahu Haq [LOVE GOD]


Daripada Kitab Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah Wal-Ikhlas, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi


Saturday, December 11, 2010

Senibina Putrajaya Berkonsepkan Freemason?

Senibina Freemason Di Malaysia.

Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.


Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..





Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross

Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Putrajaya



Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar..



Di Alamanda, Putrajaya.





Presint 5, Putrajaya.



Yang ini jelas "mata"nya



Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?




Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima.

KONSEP KEPIMPINAN DALAM PARTI ISLAM SE MALAYSIA


OLEH ASYAHID HAJI FADZIL MOHD NOOR 

Menurut Islam, kepimpinan atau imamah wajib dibentuk bagi melaksanakan dua tanggungjawab yang besar iaitu untuk memelihara agama dan menguruskan siasah dunia.

Memelihara agama bermaksud menjaga, mengembang, mempertahan dan melaksanakan syariat agama dalam semua bidang hidup sama ada yang mengenai peribadi, keluarga, masyarakat an negara bahkan dunia seluruhnya. 

Sementara menguruskan siasah dunia bererti mengendalikan urusan pentadbiran, pemerintahan dan pembangunan yang melibatkan soal-soal kehidupan, pembangunan material, kemajuan dan peradaban berasaskan kepada nilai-nilai agama dan prinsip-prinsip syariat. 

Dasar-dasar ini adalah dasar-dasar yang berkaitan kepimpinan negara dan ummah.
Lantaran penting dan besarnya tanggungjawab kepimpinan ini iaitu kepimpinan yang mengabungkan tanggungjawab keagamaan dan keduniaan yang tidak boleh dipisahkan maka Islam meletakkan syarat-syarat tertentu agar amanah kepimpinan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya, kerana seorang pemimpin dalam Islam bukan sahaja bertanggungjawab kepada umat bahkan bertanggungjawab kepada Allah SWT. 
 
“Mereka yang apabila kami kukuhkan mereka di bumi mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat dan mereka menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mereka mencegah dari berbuat yang mungkar dan kepada Allah jualah akibat dari segala urusan” (al Hajj : 41) 

Antara syarat-syarat kepimpinan dalam Islam ialah seorang yang 

1) berilmu,
2) memahami hukum-hukum ke tahap yang dapat berijtihad dalam menangani isu-isu yang berlaku,
3) seorang yang adil dalam pengertian dan syarat-syarat keadilan,
4) mempunyai kepintaran di dalam menjalani siasah syariah dan pentadbiran,
5) mempunyai keberanian di dalam mempertahankan hak-hak dalam kebenaran Islam
6) serta mampu menghadapi tentangan musuh selain dari mempunyai pengaruh yang besar yang dilambangkan di dalam pengertian ianya hendaklah seorang yang berketurunan Quraish. 

Syarat-syarat yang penuh seperti ini tentulah sukar ditemui di dalam setiap generasi kepimpinan tetapi ianya dapat dipenuhi di zaman kepimpinan para sahabat Nabi Muhamad SAW dan juga dalam beberapa khalifah yang kemudian selain dari kepimpinan Rasulullah SAW sendiri yang merupakan kemuncak kepimpinan kemanusiaan yang sempurna. 
 
Kepimpinan Islam bertanggungjawab melaksanakan tuntutan syariat, meletakkan manusia dalam suasana pengabdian sepenuhnya kepada Allah SWT dalam semua bidang samada aqidah, ibadah, muamalah, kekeluargaan, pmerintahan, pembangunan dan perundangan dan sebagainya. 

Maksudnya “Dan tiadalah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka memperhambakan diri kepadaKu”. (ad-Dzariyyat : 56) 

Membebaskan mereka dari segala ikatan pengabdian kepada yang lain dari Allah SWT, melaksanakan kebaikan di tengah-tengah masyarakat serta mencegah segala bentuk kemungkaran. 

Jika kita mendalami matlamat dari risalah agama yang sebenarnya, akan kita dapati antara matlamatnya ialah untuk membentuk suatu system kepimpinan yang soleh dan mempunyai pengarahan menuju kebenaran dan hidayah iaitu kepimpinan yang dapat memandu manusia bagi menghayati konsep pengabdian dan ketaatan yang padu kepada Allah SWT dan perintah-perintahNya. 

Kepimpinan yang dapat menegakkan keadilan dan membasmi kemungkaran serta kefasadan dari muka bumi. Antara hikmah dan tujuan kebangkitan para Nabi dan Rasul-rasul adalah untuk melaksanakan peranan tersebut. 

Peranan kepimpinan untuk membawa manusia ke jalan hidayah dan pengabdian kepada Allah diteruskan oleh para ulama’ selepas wafatnya nabi-nabi dan rasul-rasul. Kerana Ulama’ adalah pewaris dan penanggung amanah mereka. 

Dalam sejarah Islam kita dapat melihat mereka yang memegang kepimpinan umat dan negara umumnya terdiri daripada ulama’. 

Khalifah-khalifah Al Rashidin RA adalah ulama-ulama yang agung, mereka sebagai bintang-bintang yang menyinari alam ini. Begitu juga sebahagian daripada mereka yang kemudian. 

Meskipun ada di antara yang kemudian itu bukan terdiri dari ulama’ yang tinggi kewibawaan tetapi mereka sentiasa mendampingi ulama’ dan di satu pihak yang lain pula para ulama’ sentiasa memberi nasihat, teguran dan kritikan yang sungguh berani dan tegas. 

Selepas kejatuhan khalifah Islam yang terakhir di Turki dan syariah Islam digugurkan, diganti dengan undang-undang sekular dari barat, wilayah-wilayah Islam jatuh satu demi satu ke tangan penjajahan. 

Sebelum dan selepas kejatuhan khalifah, pimpinan umat Islam dipegang oleh golongan sekular yang tidak lagi menghirau syariat apatah lagi pandangan ulama’.
Menyedari tentang kewajipan melaksanakan dakwah, syariat serta mengembalikan khalifah yang telah kehilangan kuasa itu maka para ulama’ telah mempelopori pembentukan jamaah harakiah, gerakan-gerakan Islam dan menyeru umat supaya menyertai jemaah memperjuangkan kembali kesatuan umat, menghayati dan melaksanakan syariat serta membebaskan diri dari segala bentuk penjajahan dan penindasan sama ada dalam politik ataupun pemikiran. 

Gerakan-gerakan Islam yang lahir di Turki, Mesir dan wilayah-wilayah Arab yang lain, Iran, India, Indonesia dan Malaysia dipelopori oleh para ulama’. Gerakan yang dipelopori mereka mendapat dukungan dari kalangan umat yang masih setia dan cinta kepada Islam dan syariahnya. 

PENGHAYATAN KONSEP KEPIMPINAN ULAMA’ DALAM PAS 

Penubuhan Persatuan Islam Se Tanah Melayu (PAS) pada tahun 1951 yang kemudian dikenali dengan Parti Islam SeMalaysia adalah dipelopori oleh ulama’ dan mereka yang mendapat pendidikan agama kerana mereka merupakan golongan yang lebih memahami Islam dan semangat menentang penjajahan. 

Mereka jugalah yang banyak memegang peranan memimpin dan mengembangkan PAS diseluruh tanah air. 

Tanpa diminta para pendukung dan ahli-ahli PAS telah meletakkan mereka sebagai pemimpin meskipun di dalam Perlembagaan PAS yang awal tidak menyebutkan tentang syarat-syarat kepimpinan. 

Tetapi sudah menjadi suatu yang difahami, ulama’lah yang dianggap lebih berwibawa untuk memimpin sesebuah gerakan Islam termasuk PAS. 

Keadaan ini terus berjalan sehinggalah kepada suatu keadaan di mana sebahagian ahli-ahli PAS merasakan seolah-olah ulama’ tidak diberi peranan utama di dalam PAS.
Mereka mendesak supaya satu perubahan yang lebih tegas dibuat bagi membolehkan ulama’ itu memimpin. Suatu pindaan kepada Perlembagaan PAS telah dibuat dengan penubuhan suatu majlis yang dikenali dengan Majlis Syura Ulama seperti yang tersebut di dalma Fasal 7 (3) (4) Perlembagaan PAS Pindaan 1993, menyebutkan: 

Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam ceraian (2) di atas dan badan-badan yang diberi kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Syura Ulama’ dan diberi kepadanya kuasa-kuasanya berikut: 

a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya. 

b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS. 

c) Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli-ahli jawsatankuasa tatatertib PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 75 perlembagaan ini. 

Ahli-ahli Majlis Syura Ulama’ hendaklah terdiri dari 15 orang dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut: 

a) Seseorang yang hendak dilantik menjadi ahli Majlis Syura Ulama’ itu hendaklah seorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (Al Usul) dalam syariat Islam dan hukum-hukum atau dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada Al-Quran, Al Sunnah Ijmak dan Qisas dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakin tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah seorang ahli PAS. 

Fasal tersebut telah memberi penegasan tentang peranan penting yang mesti dilaksanakan oleh para ulama’ di dalam PAS serta sifat-sifat ulama’ yang layak memduduki Majlis Syura tersebut. 

Bagi kita ulama’ bukanlah dilihat dari segi pakaian lahirnya tetapi yang kita maksudkan ulama’ ialah mereka yang memahami Islam serta hukum-hukumnya dari sumber-sumber Islam yang diijmakkan iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak dan Al-Qias. Mereka bukan sahaja terdiri dari kalangan yang mendapat pendidikan dan melalui pengajian agama sejak awal pengajian mereka tetapi mereka juga mumgkin terdiri dari kalangan yang pada peringkat awalnya bukan melalui pengajian agama tetapi kemudiannya berusaha untuk mendapat ilmu-ilmu keIslaman seperti yang berlaku di dalam sebahagian dari kepimpinan Islam di dunia sekarang ini. 

Lantaran itu bukanlah suatu yang mustahil PAS akan dipimpin oleh mereka yang awalnya bukan mendapat pengajian agama tetapi mereka berjaya melayakkan diri memahami dan menguasai ilmu-ilmu keIslaman dan mendapat kepercayaan sebagai pemimpin. 

Kita telah memberi penekanan terhadap cirri-ciri yang perlu dimiliki ulama’ di dalam melayakkan mereka menerajui kepimpinan PAS di dalam dekad-dekad yang akan dating sesuai dengan cabaran-cabaran yang semakin sofistikated. 

Kita telah menyatakan suasana dan permasalahan yang sedang kita alami ini memerlukan kepimpinan ulama’ berijtihad di dalam pelbagai isu yang sedang mendesak ini. 

Kepimpinan Islam perlulah memiliki ciri-ciri khas iaitu kepimpinannya adalah kombinasi dari pelbagai unsur terbaik seperti yang pernah ditampilkan oleh kepimpinan
Rasulullah SAW dan para sahabat RA iaitu selain ketaqwaan yang tinggi ia mestilah sensitive dengan masalah-masalah semasa, berpandangan jauh, mampu merancang dan membentuk masa depan ummah, bersikap terbuka dan tolenrasi dalam batas-batas yang dibenarkan oleh Islam. 

Bekerja sebagai kumpulan professional, proaktif dan memperlihatkan ketrampilan sebagai pimpinan sejati. Ini ciri-ciri yang amat diperlukan. Wallahualam.

Al-Fatihah.......


Saturday, December 4, 2010

FIKRAH PARA PEJUANG ISLAM


Kita bertanggungjawab memahami tugas dan tanggungjawab serta membuat persiapan rapi bagi mempastikan kemenangan Islam. 

Firman Allah SWT “Dan siapkanlah bagi menghadapi mereka (musuh), hendaklah membuat persiapan yang secukupnya sedaya upaya kamu dengan segala kekuatan yang perlu”.(Al-Anfaal: 60) “

Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa”. (Surah An-Nur: 55).

Sementara Rasulullah SAW pula bersabda, Diriwayatkan daripada Said bin Burdah dari ayahnya, dari neneknya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mengutusnya bersama Mu’az pergi ke Yaman. Sebelum berangkat Rasulullah s.a.w berpesan, "Permudahkanlah dan jangan mempersulitkan. Sampaikanlah khabar gembira dan janganlah menakut-nakuti. Dan bertimbang rasalah dan jangan selalu berselisih". 

Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda, "Janganlah kamu mengharapkan bertemu dengan musuh. Tapi jika kamu bertemu dengan mereka maka bersabarlah".Dan Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata, "Perjuangan yang benar dengan tidak mempunyaj strategi yang teratur akan tewas apabila berhadapan dengan perjuangan yang batil yang tersusun rapi rapi".


MANHAJ PERJUANGAN ISLAM 

Fikrah perjuangan Islam merujuk kepada manhaj (sistem) perjuangan Islam yang menepati ciri-ciri Islami. Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan u’budiyyah kepada Allah dan menolak toghut sepenuhnya.

Proses perjuangan ini hendaklah dilaksanakan mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu iaitu: 

a. Rabbaniyyah: Rabbaniyyah adalah ciri utama Islam. Ini jelas kepada kita kerana Islam sendiri dari Allah yang bersifat Rabb. Para dua’at merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menyeru kepada Islam. Allah menjelaskan selagi dua’t berada dalam manhaj Rabbani, mereka terus berada dalam pemelihraanNya:“dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhan, maka seungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami” (at-Thur:48).

Manhaj Rabbani mampu melahirkan mukmin bersifat Rabbani dari segi i’tikad, pemikiran, cita-cita, percakapan dan perbuatan. Bersifat Rabbani bermaksud beriltizam kepada dasar-dasar perjuangan Islam sepenuhnya. 


b. Syumuliyyah: Islam adalah lengkap dan sempurna, tidak terdapat padanya walaupun sedikit kekurangan atau ketidakseimbangan kerana agama ini diturunkan oleh Pencipta Yang Maha Agung. 

c. Inqilabiyyah: Inqilabiyyah menurut Harakah Islamiyyah ialah melaksanakan perubahan dengan mencabut jahiliyyah dari akar umbinya, meruntuhkannya dan menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. 

d. ‘Alamiyyah: Islam merupakan dakwah ‘alamiyyah merangkumi semua manusia di muka bumi ini. Daulah Islamiyyah tidak akan tertegak jika Harakah Islamiyyah di negara ini tidak mempunyai sifat ‘alamiyyah dalam melaksanakan manhaj mereka sama ada dari sudut keselarasan perancangan, strategi yang menyeluruh, kesepaduan dalam bidang tarbiyyah, kemahiran tenaga kerja dan seumpamanya. 



Demikianlah fikrah dan manhaj perjuangan Islam yang disandarkan daripada tuntutan Nas dan Syara’ untuk sesebuah harakah Islamiyyah mencapai matlamat dan keredhaan Allah SWT dalam menegakkan Daulah Islamiyyah di muka bumi ini. 
Semoga Islam akan Kembali bersinar di bumi Malaysia Amien.. Allahu Haq

Tuesday, November 30, 2010

Sebahagian Ujian Gerakan Islam di Negara Umat Islam

TURKI
Parti Refah
Dibenarkan terlibat sehingga pernah berkuasa. Kini diharamkan kerana menjadi ancaman kepada prinsip ‘sekularisme’.


ALGERIA 
FIS
(Islamic Salvation Front)
Dibenarkan terlibat sehingga hampir-hampir berkuasa. Kini diharamkan terus serta pemimpin FIS dipenjara.


JORDAN
Ikhwan Muslimin
Di benarkan terlibat sehingga menjadi parti kedua terkuat di Jordan. Kini dikenakan sekatan yang ketat.


TUNISIA
An-Nahdah
Diharamkan terus kerana dianggap sebagai ancaman kepada negara. Kebanyakan pemimpin An-Nahdah di penjara.


MESIR
Ikhwan Muslimin
Diharamkan tetapi pernah bertanding di bawah tiket parti pembangkang lain dan menjadi pembangkang kedua terbesar di Mesir. Kemudian diharamkan terus dan ada pimpinan yang dipenjarakan


SYRIA
Ikhwan Muslimin
Diharamkan terus selepas peristiwa Hama’ yang mengorbankan ribuan aktivis Ikhwan Muslimin. Kini tidak wujud demokrasi.


MORROCO
Ikhwan Muslimin
Diharamkan terus serta ramai aktivis Islam yang di penjara.

SAUDI ARABIA
Ikhwan Muslimin dan kumpulan Islam kecil
Mengharamkan gerakan Islam dari bergerak bebas. Tidak wujud demokrasi. Hanya mengamalkan sistem ‘syura’ yang kabur?

MALAYSIA
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Sebahagian Pemimpin pernah dipenjara dan dikenakan tahanan ISA dan 14 orang dibunuh kejam oleh pihak kerajaan di Kg memali. Kini PAS terus berjuang dan telah menguasai negeri Kelantan sepenuhnya dan Kedah separuh pakatan yang diketuai oleh MB daripada PAS.Walaupun terpaksa bergabung daripada PKR dan DAP semua itu hanya atas dasar Strategi Parti untuk meruntuhkan fahaman sekular yang ada pada kerajaan. Kini masih lagi berusaha untuk menegakan Daulah Islamiyah di malaysia.
NGO Islam Malaysia
Jemaah Islah Malaysia
Angkatan Belia Islam Malaysia
HALUAN
Hizbul Tahrir 


RENUNGAN BERSAMA





Diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."



Dari Anas r.a.Rasulullah saw. bersabda:“Akan datang kepada umat ku suatu zaman dimana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.”
(H.R. Tirmizi)


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Dia-lah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai". [At-Taubah : 33].

"Artinya : Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya, dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". [Yusuf : 87].

"Artinya : Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al-Qur'an setelah beberapa waktu lagi". [Shaad : 88]

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang Derhaka!!. (Annur:55)

-Allahu Haq-


Saturday, November 27, 2010

Lebah Ciptaan Tuhan...........................


Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang diduduki manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An Nahl, 16:68-69) 

Hampir semua orang tahu bahwa madu adalah sumber makanan penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyedari sifat-sifat luar biasa yang ada pada lebah. 

Sebagaimana kita ketahui, sumber makanan lebah adalah sari madu bunga (nektar), yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh karana itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat besi yang baru iaitu madu dan menyimpannya untuk musim dingin nanti.

Sungguh menarik untuk dikaji bahawa lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang mereka perlukan. Pertanyaan pertama yang muncul pada fikiran kita adalah mengapa lebah tidak menghentikan pengeluaran dalam jumlah berlebih ini, yang nampaknya hanya membuang-buang waktu dan tenaga? Jawapan untuk pertanyaan ini tersembunyi dalam kata "wahyu [ilham]" yang telah diberikan kepada lebah, seperti disebutkan dalam ayat tadi.

Lebah menghasilkan madu bukan untuk diri mereka sendiri, melainkan juga untuk manusia. Sebagaimana makhluk lain di alam, lebah juga mengabdikan diri untuk  Tuhan-Nya sama seperti ayam yang bertelur kalau kita mengambilnya walaubagaimanapun tidak merugikanya kerana ia akan bertelur lagi sama juga seperti susu lembu yang menghasilkan banyak bukan sahaja untuk anaknya malah untuk manusia.


Pengaturan Yang Luar Biasa Dalam Sarang Lebah

Kehidupan lebah di sarang dan penghasilan madunya sangatlah menakjubkan. Tanpa membahas terlalu terperinci, marilah kita mengkaji ciri-ciri utama "kehidupan masyarakat" lebah. Lebah harus melaksanakan banyak "tugas" dan mereka mengatur semua ini dengan pengaturan yang luar biasa.

Pengaturan kelembapan dan pertukaran udara: Kelembapan sarang, yang membuat madu memiliki tingkat ketahanan yang tinggi, harus dijaga pada batas-batas tertentu. Pada kelembapan di atas atau di bawah batas ini, madu akan rosak serta kehilangan ketahanan dan zatnya. Begitu juga, suhu sarang haruslah 35 derajat celcius selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada batas tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga pertukaran udara.

Jika hari panas, terlihat lebah sedang mengatur pertukaran udara di dalam sarang. Jalan masuk sarang dipenuhi lebah. Sambil menempel pada kayu, mereka mengipasi sarang dengan sayap. Dalam sarang yang keras, udara yang masuk dari satu sisi terdorong keluar pada sisi yang lain. Lebah pengatur pertukaran udara yang lain bekerja di dalam sarang, mendorong udara ke semua sudut sarang.

Peringkat pertukaran udara ini juga bermanfaat melindungi sarang dari asap dan pencemaran udara. 

keupayaan lebah untuk menjaga mutu madu tidak terbatas hanya pada pengaturan kelembapan dan panas. Di dalam sarang terdapat jaringan pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan berkembangnya kuman. Tujuan utama penjagaan ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteria. Prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing memasuki sarang. Untuk itu, dua penjaga selalu ditempatkan pada pintu sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang walau sudah ada tindakan pencegahan ini, semua lebah bertindak untuk mengusirnya dari sarang.

Untuk benda asing yang lebih besar yang tidak dapat dibuang dari sarang, digunakan cara pertahanan lain. Lebah membalsam benda asing tersebut. Mereka menghasilkan suatu zat yang disebut "propolis" (yakni, getah lebah) untuk pembalsaman. Getah lebah ini dihasilkan dengan cara menambahkan cairan khusus yang mereka keluarkan dari tubuh kepada getah yang dikumpulkan dari pohon-pohon seperti pinus, hawwar, dan akasia. Getah lebah juga digunakan untuk menambal keretakan pada sarang. Setelah ditambalkan pada retakan, getah tersebut mengering ketika bereaksi dengan udara dan membentuk permukaan yang keras. Dengan demikian, sarang dapat bertahan dari ancaman luar. Lebah menggunakan zat ini hampir dalam semua pekerjaan mereka.

Sampai di sini, berbagai pertanyaan muncul dalam fikiran. Propolis mencegahan bakteria apa pun hidup di dalamnya. Ini menjadikan propolis sebagai zat terbaik untuk pembalsaman. Bagaimana lebah mengetahui bahawa zat tersebutlah yang terbaik? Bagaimana lebah menghasilkan suatu zat, yang hanya boleh dibuat manusia dalam laboratorium dan menggunakan teknologi, serta dengan pemahaman ilmu kimia? Bagaimana mereka mengetahui bahawa serangga yang mati dapat menimbulkan tumbuhnya bakteri dan bahawa pembalsaman akan mencegah hal ini? 

Sudah jelas lebah tidak memiliki pengetahuan apa pun tentang ini, apalagi laboratorium. Lebah hanyalah seekor serangga yang panjangnya 1-2 cm dan ia melakukan ini semua dengan apa yang telah diilhamkan Tuhan kepada nya.

Friday, November 19, 2010

Keajaiban Mata......................


Cuba lihat pada 3 TITIK di kalimah ALLAH selama 10 saat sambil zikir Allahu dan alihkan pandangan
pada dinding kosong selama 10 saat juga.. lihatlah keajaibannya. ....Subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaan-Nya



Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 190 - 191, maksudnya :

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang, terdapat tanda - tanda ( kebesaran Allah ) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang yang (sentiasa) mengingati Allah sambil ia berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan akan penciptaan langit dan bumi, lalu berkata : Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia - sia..."


Firman Allah lagi dalam Surah Rum(30):8, maksudnya : "Dan mengapa mereka tidak mahu memikirkan tentang (kejadian) diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi, dan apa yang diantara kedua - duanya, melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan..."

Lalu Allah menyindir mereka: Afala tafakkaruun, maksudnya: "Apakah kamu tidak mahu berfikir atau menggunakan akal fikiran?" -Surah Al-An'am(6):50


Firman Allah, maksudnya : "Kemudian akan kami tunjukkan tanda - tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran." - Surah Al-Fusilat(41):53

[ Allahu Haq Love God ]


Tuesday, November 16, 2010

Kisah Lembu....:)

 

 Sebulan Sebelum Di Korbankan

 

 

 

 

3 Hari Sebelum Korban
Penduduk Kg Telah Memotong
Rambutnya d kedai Mamak namun kesedihan terpancar di wajahnya...


 









Selepas dikorbankan aksi ini sempat dirakam oleh krew kami...inalillah.... ramai orang cakap arwah dulu baik...:)








Hari Raya Aidiladha dalam hadis

* Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

*  “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

* Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

*  Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
SEMOGA KORBAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT Ameeenn....
-Selamat Hari Raya Korban-