Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 25, 2009

Apabila menghadapi ujian Tuhan Rafiqul A’la


Apabila terdengar sahaja ujian pasti kita akan mengeluh sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat IPT. Kalau ada ujian mesti kita perlukan persediaan terlebih dahulu. Kalau tidak bersedia alamatnya walaualam. Ujian dalam kehidupan manusia adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian yang kecil mahupun yang besar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang bahkan kasih sayangNya melebihi kasih sayang kedua Ibubapa kita; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji atau mahmudah. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda masya Allah baiknya Tuhan kepada kita. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu kerana Allah tidak mahu kita disiksa di akhirat kelak yang berkekalan selamanya baiknya Tuhan kepada kita. Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh, penyakit yang tidak ada penawarnya dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih Tuhan Rafiqul A’la kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah
diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa
bangga diri. Begitulah, sebenarnya Tuhan Rafiqul A’la mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji
kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji kalau kita tahu hakikat sebenar kita diuji nescaya kita merasa nikmat dengan ujian itu. Inginkah kita tergolong dalam golongan mereka menyintai Allah dan Allah menyintai mereka? Oleh itu bersabarlah dunia ini hanya sementara buat kita akhirat kelak yang kekal abadi.

Sebagai contoh seorang bapa menegur anaknya yang membuat salah dan merotanya. Adakah bapa itu jahat? Sebenarnya dia ingin mendidik anaknnya supaya menjadi manusia. Begitu juga dengan Tuhan mendidik manusia melalui ujian yang termampu olehnya. Oleh itu marilah kita kembali kepada Tuhan mengapa lidah kita berat menyebut namaNya? Mengapa kita mengeluh apabila ditegur dengan ujian olehNya? bukankah dia yang menciptakan kita, memberi segala keperluan kita, bukankah tangan,telinga,mata, hidung, rambut, dan seluruh anggota badan kita Allah yang ciptakan kepada kita,tahukah kalian Dialah yang menjaga kita sebelum dan selepas kita diciptakan tanpaNya kita tidak wujud di dunia ini? Sebab itu kasihnya kepada kita melebihi kasih kedua ibubapa kita kerana Dia yang menjaga kita sejak dari azali lagi Maha baiknya Tuhan pada kita jika kita mahu berfikir. Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji? Kembalilah kepada Tuhan Rafiqul A’la Hidup Bersama Redha Ilahi (LOVE GOD)

Friday, March 6, 2009

PEPERANGAN IDEOLOGI DAN BUDAYA


Sebenarnya kita berhadapan dengan peperangan ideologi dan budaya dalam menangani remaja ini. Didapati para remaja telah menganut beberapa fahaman yang menyesatkan seperti Grunge, Balck Metal,Skin Head dan lain-lain. Mereka tahu sejarah dan falsafah kumpulan-kumpulan itu malah tanpa segan silu mem’promote’kan kumpulan masing-masing. Mereka meyakini kumpulan itu memperjuangkan keamanan dan kebebasan yang menjadi cita-cita mereka. Bila melihat anak-anak kita begitu bersungguh-sungguh mempromote grunge dan skin head seolah-olah mereka tidak mengetahui adanya ajaran Islam yang begitu sempurna. Bahkan grunge dan lain-lain ajaran untuk remaja liar ini adalah ciptaan yahudi agar selain mereka rosak mereka juga akan bergaduh, berperang antara mereka sendiri. Tidak banyak orang yang tahu bahwa sebenarnya ajaran grunge itu adalah satu ajaran yang membawa remaja untuk menyembah iblis.

Barulah kita faham bahawa negara kita sangat kritikal dalam menangani masalah remaja. Anak-anak yang kita jaga sembahyang dan akhlaknya pun mereka sudah menyimpang begitu jauh, betapalah lagi anak-anak orang lain yang terbiar tanpa perhatian ibu bapa. Sebenarnya sistem negara ini sangat memberi highway kepada musuh untuk merosakkan anak-anak kita. Kalau di luar terlalu rosak, kita cuba disiplinkan anak-anak tinggal di rumah. Bila buka TV, mereka dirosakkan oleh program TV. Apabila buka majalah, mereka terpengaruh dengan majalah. Di luar lebih-lebih lagilah. Semuanya merosakkan, tiada alternatif.

Musuh-musuh sedang menayangkan video-video lucah untuk merosakkan remaja kita sedangkan kita belum ada satu video pun yang membuatkan remaja sanggup bangun pukul 3 pagi untuk melihat video itu seperti video solat, tentang taqwa yang membuatkan mereka asyik masyuk dengan Allah cinta Agung. Kita belum menggunakan saluran media-media cetak untuk menghasilkan majalah-majalah yang para remaja sanggup simpan dalam beg-beg mereka kerana terlalu jatuh hatinya dengan Allah dan Rasul itu. Kita belum ada satu pakaian yang sampai menjadi pakaian kegilaan remaja. Kita belum ada makanan dan segala apa jua alat yang akan membuatkan manusia jatuh hati pada Allah dan Rasul itu. Bahkan kita sedang berada jauh di garisan permulaan perjuangan ini.

Sebenarnya adalah satu dosa kalau kita main-main dalam usaha ini. Kita ingin merampas semula seorang demi seorang anak-anak kita yang telah ditewaskan oleh pasukan Yahudi ini. Yang memasuki negara ini melalui berbagai saluran, melalui darat dan laut, dari depan, belakang, atas dan bawah. Bahkan dalam bilik-bilik di rumah kita pun, mereka berjaya menyelinap sampai akhirnya kita adalah mangsa-mangsanya. Kita mesti bertungkus lumus kerana hendak memperjuangan peluru-peluru untuk memberi serangan–serangan dalam peperangan ini. Berbagai bentuk pendekatan alternatif yang mempesonakan para remaja perlu kita cari.

Rokok adalah perancangan Yahudi untuk menarik umat Islam kepada mereka. Bila seseorang sudah tertarik candu dengan rokok, berbagai kerosakan yang lain yang telah Yahudi rancang akan lebih mudah masuk. Bila kita tanya dengan remaja, mereka banyak menceritakan bahwa mereka banyak ditawari rokok secara free. Ada juga yang menawarkan mereka arak. Bila dah minum arak, mabuk, berbagai maksiat boleh terjadi. Kadang merekapun tak tahu dengan siapa meeka tidur bersama. Yang menawari dadah secara free pun bukan sekadar cerita dongeng.

Di sebahagian tempat bila tawaran secara lunak tidak boleh, maka mereka akan juga buat secara paksa. Ada yang diminumkan arak secara paksa, ada yang disuntikkan dadah secara paksa. Kerosakan ini diusahakan bukan saja pada remaja juga pada anak-anak. Pernah sekali, ada sepasang suami isteri yang ada kecenderungan pada Islam, mereka sekolahkan anaknya 5 tahun di sebuah tadika Islam. Tak lebih dari 3 bulan, anak perempuannya yang tadinya ceria berubah menjadi pemurung. Bila dibawa ke doktor, ternyata dia sudah tertagih dadah. Bila di selidik, ternyata di pintu pagar sekolah ada seorang yang sentiasa memberi dia gula-gula yang telah diberi dadah. Semoga kejadian-kejadian ini dapat menyedarkan umat Islam bahwa peperangan yang sedang kita hadapi ini adalah sesuatu yang serius. Yang hanya boleh diselesaikan dengan bantuan Tuhan saja- Minda Ikhwan