Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 10, 2013

TV

Monday, April 22, 2013

Fahaman yang diamalkan di negara...


DEMOKRASI

Mula-mula diamalkan oleh orang-orang Yunani di Athens
Berasal dari perkataan Yunani iaitu demokratia
Demo = rakyat
Kartia = perintah
Bermaksud kuasa memerintah di tanganrakyat
Abraham Lincoln Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pernah mengemukakan slogan demokrasi sebagai “Kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat”

Diperkenalkan oleh Benito Musollini di Itali pada tahun 1929 Mengikut fasisme, kuasa mutlak terletak dalam tangan pemimpin negara.
Mengamalkan kerajaan totalitarian Rakyat dipaksa berkorban untuk pemimpin yang memerintah secara kuku besi
Fahaman ini terkubur bersama-sama Musollini selepas tamat Perang Dunia Kedua

Diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman pada tahun 1930an.
Menghalalkan pembunuhan dan kekejaman.
Melakukan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap bangsa Yahudi semsa Perang Dunia Kedua
Fahaman ini terkubur bersama Hitler seleps tamat Perang Dunia Kedua.
Diperkenalkan oleh Karl Marx (Russia)
Diamalkan oleh pengikut-pengikutnya iaitu; Lenin (Rusia), Stalin (Rusia) dan Mao Tze Tung (China)
Fahaman politik komunisme memiliknegarakan atau milik bersama rakyat semua faktor pengeluaran dan barangan pengguna.
Slogan yang sering dilaungkan “sama rata, sama rasa”
Menolak kewujudan Tuhan.
Negara yang masih mengamalkan fahaman komunisme ialah Korea Utara dan Cuba.


SOSIALISME

Ada yang berpendapat aliran sosialisme diasaskan oleh Rober Owen seorang berbangsa Inggeris dari Wales.
Beliau telibat dalam pergerakan koperasi di Britain.
Matlamat asas fahaman ini ialah memiliknegarakan hak-hak milik individu.
Negara yang mengamalkan fahaman politik ini lazimnya akan mengamalkan pintu tertutup.
Contoh; Myanmar dan Laos

KONSEP NEGARA


  1. Ditakrif sebagai satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
  2. Ciri-ciri sebuah kerajaan;
  • Sempadan yang tetap dan diiktiraf
  • Penduduk yang tetap
  • Kerajaan yang teratur
  • Kedaulatan, iaitu berupaya untuk mengawal hal-ehwal dalam negara dan kebebasan
  • Mengadakan hubungan dengan negara-negara lain (diplomatik)
  • Perlembagaan (didokumenkan)

Thursday, February 14, 2013

Nilai Dunia.............


Firmah Allah SWT:-

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH-lah tempat kembali yang baik (Syurga)".(Ali Imran: 14)

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga- banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di Akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan daripada ALLAH serta keredhaan-Nya, Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu". (Al Hadid: 20)

"Hai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) ALLAH dan Rasul-Nya serta kesenangan di negeri Akhirat maka sesungguhnya ALLAH menyediakan bagi siapa-siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar." (Al Ahzab: 28-29)

"Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang pada hari itu seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak pula tidak dapat menolong bapaknya sedikit pun. Sesungguhnya janji ALLAH adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan pula penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam mentaati ALLAH". (Luqman: 33)


"Katakanlah jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri- isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya serta tempat kediaman yang kamu sukai, (semuanya itu) lebih kamu cintai daripada ALLAH dan Rasul-Nya dan berjuang di jalan ALLAH, maka tunggulah olehmu, sehingga ALLAH mendatangkan perintah-Nya (seksaan-Nya). ALLAH tiada menunjuki kaum yang fasiq itu". (At Taubah: 24)


"Orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang- orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, ALLAH redha dengan mereka dan mereka pun redha kepada ALLAH dan ALLAH menyediakan bagi mereka Syurga-Syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar". (At Taubah: 100)

"Orang-orang yang mentaati perintah ALLAH dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara yang bertaqwa ada pahala yang besar. Orang-orang yang mentaati (ALLAH dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH sebaik-baik Pelindung." (Ali Imran: 172-173)

"Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Makkah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang- orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. ALLAH menjanjikan kepada mereka balasan yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al Hadid: 10)

"Muhammad itu adalah utusan ALLAH dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan ALLAH dan keredhaan-Nya, tanda- tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat mereka dalam Taurat dan sifat- sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas pokoknya, tanaman itu menyenangkan hati penanam- penanamnya karena ALLAH hendak menjengkelkan hati orang- orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). ALLAH menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Fath: 29)

Wednesday, February 6, 2013

Oh.. Nasaruddin....

SEMASA ADA JAWATAN


SETELAH DIPECAT JAWATAN



ULASAN TIM MURSYIDUL AM PAS

Saturday, January 19, 2013