Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 30, 2011

Monday, November 28, 2011

Hijrahkan Diri untuk Melawan Sistem Sekular Negara......

Perkhabaran yang telah disampaikan kepada kita menunjukkan "makhluk perosak" yang yang bakal menghancurkan muka bumi ini amat merbahaya, buas dan rakus seumpama haiwan liar. Mereka memakan apa sahaja yang dijumpai termasuklah bukit bukau dan gunung ganang. Melakukan keganasan dan kemusnahan seolah-olah mereka itu makhluk gergasi yang cukup menggerunkan. Mereka akan berduyun-duyun (gambaran: terlalu banyak) meluru dari segenap tempat yang tinggi. Melakukan kerosakan demi kerosakan ke atas muka bumi ini. Tidak pula ada sebarang cerita tentang kebaikan mereka.


Tiada siapa yang berupaya menghalang apa lagi untuk menghapuskan mereka. Walaupun seorang maharaja yang gagah perkasa serta mempunyai bilangan tentera yang ramai (Zulkarnain, seorang raja yang mempunyai kerajaan besar dari barat hingga ke timur. Memerintah satu pertiga bumi).

Apakah kerana terlalu ramainya bilangan mereka atau kerana sifat ganas yang mereka miliki menghalang Zulkarnain menghancurkan manusia perosak ini? Adakah mereka ini amat kuat dan "sakti" sehingga tidak terkalahkan? Tidak !! Sememangnya Allah telah menetapkan sedemikian. Begitu juga Dajjal, tiada siapa yang mampu membunuhnya melainkan Nabi Isa as.

Makhluk perosak ini dikatakan akan meminum air danau yang dijumpai dalam laluannya sehingga kering. Sementara itu, untuk menghindari dari kekejaman makhluk ini, orang-orang yang beriman dan taat terpaksa menyelamatkan diri dibukit-bukit yang tinggi. (Saya akan huraikan maksud tersembunyi dari maksud hadis tersebut di post-post akan datang, insyaallah).


Apakah yang kita dapat bayangkan jika kita mendengar khabar sebegitu? Tentunya terlintas difikiran kita wajah-wajah hodoh dan menjijikkan, bentuk tubuh badan yang tentunya tidak menarik serta meloyakan (pernah saksikan filen-filem allien?) dan perlakuan mereka pula semestinya amat menakutkan. Nota: Ada sebab tertentu kenapa filem-filem allien direka dan dipopularkan.

Bagaimana pula jika kita diberitahu bahawa makhluk ini cukup mempesonakan, segak dan jelita. Apa reaksi kita? Adakah kita akan percaya bahawa makhluk yang dikatakan "perosak" ini adalah manusia yang berwajah tampan dan bergaya, bijak dan glamour. Pastinya kita menggeleng-geleng kepala kerana tidak masuk akal.


Walaupun pada peringkat awalnya kita mengandaikan makhluk perosak ini adalah makhluk yang amat di geruni oleh seluruh manusia pada akhir zaman, namun hasil kajian para pemikir masa kini menemui fakta sebaliknya. Makhluk ini telah lama menguasai dunia dan sudah sekian lama pula melakukan pelbagai kerosakan yang dahsyat ke atas muka bumi tanpa kita sedari. Atas alasan kemodenan dan tamadun.


Mereka berada ditiap-tiap tempat yang tinggi (?) dan berduyun-duyun turun menguasai bukit dan lurah. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tiap-tiap tempat ? Bermaksud semua, segenap tempat yang tinggi adalah milik mereka. Siapakah mereka yang bermukim di setiap tempat yang tinggi? Memang benar mereka berada di kedudukan yang tinggi ketika ini. Ketinggian yang dimaksudkan ialah kekuasaan ekonomi, meneraju pusat pendidikan tinggi, bernegara maju dan berpengaruh, ketinggian taraf hidup, menguasai teknologi dan kejuruteran yang hebat dan yang paling penting ialah mendapat pengiktirafan dan sanjungan penduduk dunia. Apa pula maksud "meluru turun"?

Malah mereka juga adalah super power. Amat gagah dan berkuasa, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Sebenarnya mereka adalah pemangsa dan kita semua telah pun menjadi mangsa makhluk ini sejak zaman penjajahan. Selama ini kita gagal mengenali mereka atas sifat luaran mereka yang amat segak dan menawan, penuh gaya. Sehingga kita tidak terlintas bahawa hakikatnya merekalah makhluk perosak yang dimaksudkan dalam nas.


Saya percaya ada sesuatu yang disembunyikan dalam perkhabaran yang disampaikan kepada kita mengenai makhluk ini. Mungkin ia menjadi satu keperluan untuk menguji keimanan disamping membolehkan segala yang telah ditetapkan itu berlaku seadanya.



Jika manusia tahu dan kenal akan makhluk ini, ia tidak lagi menjadi ujian kepada mereka kerana masing-masing akan kembali kepada agama selepas tanda akhir zaman itu nyata. Itu merupakan hikmah kenapa hanya sedikit maklumat sahaja yang disampaikan. Sedikit pula hamba Allah yang menyedarinya. Amat sedikit yang terselamat kerana bukan mudah untuk menjaga iman pada masa fitnah menguasai seluruh kehidupan. Tidak salah jika kita terus berfikir untuk mengetahui rahsia ini kerana ia penting untuk kita melihat kebenaran disamping dapat menghidu kepalsuan. Tanpa kekuhuhan iman, manusia akan terjerumus ke dalam gaung yang amat licin dan curam, tentunya amat sukar untuk kembali lagi melainkan mendapat kurnia rahmat dan pertolongan dari Allah.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam baraapi”. (Riwayat Tirmizi)
Kebanyakan manusia masih mendakwa mereka adalah orang beriman, sedangkan mereka telah menjadi hamba kepada makhluk perosak ini dengan menerima cara hidup, sistem pendidikan dan sistem pemerintahan yang mereka anjurkan (sekular).


Mendiamkan diri membisu seribu bahasa ketika melihat kerosakan agama yang berlaku di depan mata (kerosakan akhlak, sosial dan budi). Sekiranya kita tidak terasa menderita kepayahan, kepahitan dan kesakitan memelihara agama, adakah kita masih menganggap diri kita "orang beriman"?
Sayangnya para ulama solihin membawa diri ke gunung dan gua (menyisih diri) kerana tidak sanggup melihat kerosakan yang berlaku dan yang tinggal hanyalah ulama fasikin yang lantang menyokong sistem Yakjuj dan Makjuj ini (sistem Dajjal?).


Dalam kisah Zulkarnain ada dinyatakan makhluk ini telah dihalang oleh seorang raja yang soleh dan diredhai Allah dengan bembuat benteng (tembok) antara dua gunung. Yang jelasnya mereka berada di utara dunia dikawasan Rusia sekarang. Mereka tidak keluar dari lobang yang dikorek pada tembok tersebut tetapi turun dari "tiap-tiap tempat yang tinggi" . Inilah rahsia yang cuba hendak disampaikan oleh Allah SWT. Jika mereka boleh turun dari atas gunung, kenapa mereka perlu mengorek lubang? Adalah jelas, ia hanya bahasa kiasan yang memerlukan daya fikir dan kajian mendalam disamping mengharapkan hidayah dari Allah untuk merungkaikannya.




“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj & Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96



“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi,“Negeri” adalah Baitul-Maqdis,“Yakjuj dan Makjuj” adalah Yahudi (Khazars), dan“Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

dipetik dari artikel Syekh Imran Hosein.

Monday, November 21, 2011

Titian Sirat...........




As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.

semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”


Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid


Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

Saturday, November 5, 2011

Selamat hari Raya Korban, Hari Raya Haji & Hari Raya Aidil adha...

1. Labbaik Allahumma Labbaik:
Wahai Tuhan Kami datang melaksanakan perintah-Mu Ya Allah.


2. Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami datang memenuhi panggilan-Mu.


3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu Wahai Allah.

Friday, November 4, 2011

Daging Korban...

SOALAN

SETIAP tahun umat Islam di negara kita menjalankan ibadat korban. Bolehkah daging korban ini dimakan oleh orang bukan Islam?


JAWAPAN
Pendapat umum dan amalan orang Islam di Malaysia mengatakan daging korban tidak boleh diberi makan kepada bukan Islam. Namun, kita boleh merujuk kepada pendapat dikemukakan ulama mazhab lain dalam isu ini. Kita dapat mengesan pelbagai pendapat dengan hujah masing-masing. Melalui pendapat itu umat Islam mungkin dapat menemui jalan keluar daripada isu ini.


Penulis Kitab Kasyf al-Qina menyatakan mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasara. Mazhab Hambali pula mengharuskan memberi hadiah daging korban sunat kepada bukan Islam, tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka.


Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama sepakat daging korban boleh diberi makan kepada fakir miskin Islam, namun mereka khilaf mengenai memberi makan daging korban kepada fakir miskin kafir ahli zimmah.
Imam Hasan al-Basri memberi keringanan mereka memakannya. Abu Thur juga berpendapat demikian. Disebutkan juga Imam Malik lebih suka ia diberi makan kepada selain fakir miskin bukan Islam. Al-Laith menganggapnya makruh, namun berpendapat jika dimasak harus diberi makan kepada mereka berserta fakir miskin Islam.


Ibn Qudamah dalam al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir dan Shamsuddin al-Syarbini dalam al-Iqna' menukilkan bahawa mazhab Maliki berpendapat makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasrani.
Mazhab Hambali, al-Hasan al-Basri, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan daging korban kepada orang bukan Islam daripada kalangan kafir zimmi, daging korban sunat. Namun daging korban wajib, seperti korban nazar haram diberi kepada orang bukan Islam.


Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah. Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam daging korban, sama ada korban sunat atau korban wajib.
Ibn Hazm daripada Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan bahawa tuan punya korban boleh memberi makan kepada orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya.


Berdasarkan pendapat itu, kesimpulan yang boleh dibuat:
* Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada bukan Islam.


* Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.


* Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.


* Semua ulama mazhab sepakat (ijmak) memberi atau memberi makan daging korban atau akikah wajib kepada bukan Islam adalah haram.
Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafie sahaja yang berpendapat daging korban sunat atau wajib haram diberi atau diberi makan kepada bukan Islam. Manakala ulama dari mazhab lain berpendapat harus memberi mereka makan daging korban sunat, tidak harus jika korban wajib.


Jika kita ingin mengundang orang bukan Islam makan kenduri atau ingin menghantar sepinggan lauk daging korban ingin saya sarankan agar beli sekilo dua daging dan dicampurkan dengan daging korban ketika masak. Bila dicedok lauk untuk hidangan bagi yang tetamu kita yang bukan beragama Islam itu, anggaplah daging yang dicedok itu daripada daging yang dibeli dipasar bukan daging korban.


Ini merupakan jalan keluar dan dapat meraikan jiran tetangga dan kawan-kawan yang bukan beragama Islam. Dengan demikian tidaklah orang terasa tersinggung kerana Islam tidak bersifat rahmat kepada mereka.


Melainkan keadaannya darurat seperti di Padang, pada tahun 2004 di Aceh, di mana sahaja sekiranya suasana darurat maka daging-daging korban boleh diagihkan kepada orang bukan Islam. Pengalaman saya di Mekah, pada hari-hari tasyrik 11, 12, 13 Zulhijjah akan berlaku lambakan daging-daging korban di tempat-tempat melakukan ibadah korban.


Keadaan ini mendesak pihak berkuasa tempatan melantik syarikat untuk menguruskan pembungkusan daging-daging tersebut dan dihantar ke negara-negara yang lebih memerlukan terutamanya ke kawasan Afrika, yang pastinya penduduknya tidak semua orang Islam. Daripada membazir dan dibuang lebih baik dimanfaatkan anak Adam. Sekiranya keadaan darurat diharuskan memberi daging korban kepada orang bukan Islam.