Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, December 30, 2009

Sejarah Serangan Pemikiran Musuh Islam



Setelah pergaduhan atau pertembungan diantara kejumudan system katolik kristian mengongkong rakyat di eropah, ramai golongan yang intelektual telahpun mengistiharkan perang terhadap system itu. Maka dengan kejayaan mereka, maka terlahirlah mazhab baru kristian yang mengasingkan agama dengan kehidupan manusia dengan diberi gelarah mazhab kristian protestan. Dengan teori inilah maka orang eropah telahpun mendapat satu modul yang boleh membantutkan mana-mana agama dengan menggunakan serangan yang tidak memerlukan peluru, jet atau bahan senjata. Yang perlu digunakan adalah serangan spikologi berbentuk serangan pemikiran atau di dalam bahasa arabnya Ghazwul Fikri.


Setelah sekian lama kegemilangan umat Islam di dalam mengetuai system politik dunia, musuh Islam merancang untuk menjatuhkan kerana dengki dengan kejayaan umat Islam maka orang kafir terutama orang Kristian, yahudi mula merancang untuk menjatuhkan khilafah Uthmaniah daripada dimiliki oleh Umat Islam. Hal ini kerana Khilafah Uthmaniah adalah kuasa besar dunia seperti kuasa besar amarika pada masa kini. Usaha ghazwul fikri kepada Umat Islam adalah usaha yang sistematik dan dirancang secara kemas sebagai jalan lain dan utama bagi menghancurkan Islam. Ghazwatul Fikri adalah pengganti kepada serangan fizikal yang sentiasa mengalahkan pihak Musuh dan menakutkan mereka sedangkan ummah Islam sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran fizikal tersebut seperti semasa perang Salib.


Serangan fizikal yang dilakukan kepada ummah Islam akan menjadikan ummah Islam kuat dan akhirnya menang. Perkara ini telah banyak dibuktikan di dalam sejarah sama ada semenjak Nabi Muhammad SAW atau sejarah Ummah Islam secara umumnya. Dengan tekanan fizikal, Umat Islam menjadi berani kerana Allah SWT dan RasulNya banyak berjanji kepada mereka yang berjihad dimana mereka akan mendapat ganjaran yang sangat banyak. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi, sedangkan pihak musuh berperang untuk mencari hidup dan takutkan mati. Keadaan puak musuh itu telah menjadikan mereka kalah sebelum berperang.


Orang Kafir berjaya mengalahkan umat Islam dengan menyerang pemikiran mereka, sehingga umat Islam merubah cara berfikir. Umat Islam yang sudah terkena suntikan pemikiran barat atau pemikiran Jahiliyah yang disuntik ke dalam otak umat Islam secara bertahap, pasti akan merubah tingkah lakunya seperti personaliti, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Dengan keadaan ini, maka umat Islam hanya tinggal status sahaja. Muslim tetapi tidak mengamalkan Islam bahkan menyerang Islam pula dengan pemikirannya yang jahil sebagai mangsa dari ghazwatul fikri ini.


Kejatuhan Khilafah Islamiyah sebagai contoh besar kehancuran kerajaan Islam dan juga sebagai kehilangan umat Islam untuk memberikan walanya. Kejatuhan Khilafah Uthmaniah dilaksanakan oleh pihak Kristian, yahudi mengikut beberapa peringkat.


Membersihkan Aceh dari pemikiran Islam

1) Peringkat sebelum jatuhnya Khilafah

Objektif utama Ghazwatul Fikri sebelum jatuhnya KhilafahUthmaniah adalah menjadikan Umat Islam lemah (al inhilal). Untuk mencapai objektif ini, pihak kafir melakukan kajian terhadap hal ehwal orang-orang di timur dan juga Islam. Kemudian mereka mempelajari ruang-ruang kelemahan Umat Islam (al istisyrak). Langkah berikutnya, kalangan orientalis yang juga adalah pihak kristian berusaha melakukan pengkristianan terhadap Umat Islam (at tansir). Kemudian akhirnya berusaha memutuskan sendi-sendi daulah Khilafah (taqti’ awsal daulah al Khilafah).


Ghazwatul fikri yang sistematik dan bertahap dimulai dengan pengiriman buku-buku dan pakar-pakar orientalis dan kristian ke dalam masyarakat umat Islam. Cara ini bertujuan agar secara perlahan-lahan Umat Islam mempunyai alternatif bacaan dan kemudian dapat dijadikan sebagai rujukan. Penampilan mereka dalam membawa fikrahnya tentulah dengan cara yang menarik sehingga Umat Islam terpikat dan terikat dengannya. Bahkan ada diantara mereka yang hafal al-Quran dan mengenal Islam secara mendalam. Beberapa orang diantara mereka ada yang menjelma sebagai ulama Islam.


Selain itu mereka juga menerima secara terbuka umat Islam yang hendak belajar dengan mereka dalam segala bidang ilmu. Kemudian secara perlahan-lahan mempengarauhi umat Islam dengan berbagai model dan teladan yang dijadikan ikutan. Cara ini cukup berjaya kerana umat Islam memiliki percanggahan keilmuan yang kemudiannya tidak lagi percaya kepada khilafah Islam. Keadaan ini berlaku sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniah. Negeri-negeri Islam di bawah Khilafah Uthmaniah mulai memutuskan hubungannya dengan kerajaan pusat. Di Kerajaan Pusat pun berlaku dengan muncul Tokoh Sekularisme, Kamal Atartuk yang sehingga ke hari ini senantiasa ada yang memperjuangkan dan mempertahankan fikrahnya.


Khalifah Islam Turki Uthmaniyah Terakhir

2) Peringkat Ketika Jatuhnya Khilafah

Objektif Ghazwatul fikri berikutnya adalah menjajah Khilafah Uthmaniah (al ihtilal). Usaha untuk mencapai objektif ini adalah meneruskan usaha pada marhalah sebelumnya (al istsyrok dan at tansir) kemudian memisahkan agama dari daulah (fasluddin anid daulah) dan menyebarkan semangat nasionalisme (nasyru qowmiyah). Akhirnya dari langkah ini adalah jatuhnya Khilafah (Isqotu al Khilafah).

Pada saat jatuhnya khilafah Uthmaniah, usaha pihak kafir adalah menumbuhkan fahaman nasionalis iaitu kefahaman yang berdasarkan kesukuan dan perkauman. Kesatuan umat Islam yang berdasarkan aqidah, penyatuan semua kaum, suku dan golongan kini telah menjadi hancur ke atas kaum dan puak. Umat Islam semakin lemah dam khilafah Islamiyah jatuh. Pemikiran menjauhkan agama dari Kerajaan Islam juga isu utama yang disebarkan kepada umat Islam. Muslim mula berfikir bahawa agama untuk akhirat dan kerajaan untuk dunia, sehingga tidak lagi mementingkan kerajaan atau kuasa tetapi cukuplah sekadar Sholat dan beribadah tanpa menyebut masalah negara.


3) Peringkat Sesudah Jatuh Khilafah

Objektif ghazwatul fikri setelah jatuhnya khilafah Uthmaniah adalah perubahan-perubahan (at taghyir) dalam politik (as siyasi), sosial (al ijtima’i) dan tingkah laku (al khuluqi). Perubahan-perubahan ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti seperti :-

  • Istisyrok (Usaha mengkaji hal ehwal orang timur)
  • At tansir (Kristianisasi)
  • La diniyah (Fahaman tiada agama)
  • Kaumiyah (Perkauman)
  • Taghrib (Pembaratan)

Aktiviti-aktiviti tersebut dilaksanakan melalui

  • pendidikan (At ta’alim)
  • media (Al I’lam)
  • perundangan (al Qonun)

Sesudah jatuhnya khilafah Uthmaniah, Ghazwatul fikri terus berjalan dengan maksud dan tujuan yang lain dari peringkat sebelumnya iaitu menyebarkan pemikiran sekular di segala bidang seperti pendidikan, pengajaran, penerangan, perundangan dan kehidupan. Juga isu persamaan hak dan pembebasan wanita sebagai isu yang dijadikan peluru dan sekaligus sasaran empuk dalam menghancurkan Islam. Kemudian yang juga sangat dirasakan adalah semakin menguat rasa nasionalis umat Islam di setiap negara Islam. Sehingga kita dapat merasainya di Negara kita Malaysia iaitu semangat nasionalisma atau kebangsaan yang kuat sehingga mengabaikan semangat yang wajib diutamakan iaitu semangat Islam. kerana dengan semangat Islam ini sahajalah yang dapat menyatukan semua kaum dan berkasih sayang sesama manusia. Maka yakinlah Allah SWT tidak pernah memungkiri janjinya bahawa barang siapa yang ikut perintahnya maka negaraitu akan aman dan mendapat keampunan Allah SWT. “Rakyat Di Dahulukan Pencampaian Di Utamakan” sepatutnya Al-Quran di dahulukan Daulah Islamiah Di Utamakan.

Saturday, December 26, 2009

Berpuasa bulan Muharram Pada Hari Asyura

SELAMAT MENJAMU SELERA BUBUR ASYURA

Sahabat seperjuangan sekalian masa semakin meninggalkan kita. Adakah kita menggunakan masa itu ke arah kebaikan atau keburukan? Tepuk dada tanya hati seperti firman Allah SWT


“Demi Masa Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian Kecuali Mereka Yang Beriman dan Beramal Soleh dan yang saling mengingati tentang kebenaran dan kesabaran”

Dunia semakin tua. Kita perlu sedar kiamat akan tiba bila-bila masa sahaja. Malah lebih dasyat lagi dari filem 2012. perlu diingatkan juga kedatangan Imam Mahdi akan muncul bila –bila masa sahaja.


Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan dibaiat pada bulan Muharam setelah terjadi bencana dan peperangan pada bulan Ramadan sampai Zulhijah. Kemudian berlaku pula ancaman (terhadap) jemaah haji di Mina yang mengakibatkan banyak kematian sehingga darah mengalir di al-Jamrah. Sebahagian jemaah haji itu ada yang menyelamatkan al-Mahdi lalu dibaiat di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, namun dia enggan menerimanya. (Kerana keengganannya itu) dia lantas diancam, “Jika kamu tidak mahu menerima baiat daripada kami, maka lehermu akan kami penggal!” (Al-Hakim)


Imam Mahdi akan dibaiat oleh orang ramai pada hari Asyura iaitu sepuluh hari bulan Muharam. Tanda-tanda yang dapat dilihat sebelum itu adalah berlaku peristiwa pembunuhan jemaah haji sehingga menyebabkan ramai jemaah haji mati dibunuh secara kejam di Jamrah, Mina. Mulai bulan Ramadan lagi sudah berlaku huru-hara yang membawa kepada peristiwa pembunuhan itu. Tidak lama selepas peristiwa pembunuhan jemaah haji itu, sekumpulan jemaah Haq datang ke Makkah lalu membaiat Imam Mahdi sebagai khalifah akhir zaman. Selepas itu, orang ramai termasuk jemaah haji yang terselamat turut membaiat Imam Mahdi.


Namun hal ini sekadar peringatan bersama sahaja agar kita bersedia dengan meningkatkan keTaqwaan kita kepada Allah SWT agar kita terselamat daripada fitnah Dajjal.


Marilah kita berbalik pada tajuk asal kita berpuasa pada hari asyura. Pada bulan Muharram ada satu hari yang dikenal dengan sebutan hari ‘Asyura. Orang-orang jahiliyah pada masa pra Islam dan bangsa Yahudi sangat memuliakan hari ini. Hal tersebut karana pada hari ini Allah SWT selamatkan Nabi Musa as dari kejaran Fir’aun dan bala tenteranya. Oleh kerana Bersyukur atas bantuan Allah SWT kepadanya, Nabi Musa as akhirnya berpuasa pada hari ini. Tatkala sampai berita ini kepada Nabi yang amat kita sayangi SAW, melalui orang-orang Yahudi yang tinggal di Madinah beliau bersabda,


فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ

“Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi)”.


Yang demikian kerana pada saat Rasulullah SAW sampai di Madinah, beliau mendapati Yahudi Madinah berpuasa pada hari ini, maka beliau sampaikan sabdanya sebagaimana di atas. Semenjak itu beliau SAW memerintahkan ummatnya untuk berpuasa, sehingga jadilah puasa ‘Asyura diantara ibadah yang disukai di dalam Islam. Dan ketika itu puasa Ramadhan belum diwajibkan.


Adalah Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhu yang menceritakan kisah ini kepada kita sebagaimana yang terdapat di dalam Shahih Bukhari No 1900,


قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِيْنَةَ فَرَأَى اليَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاء فَقَالَ:ماَ هَذَا؟ قَالُوْا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوْسَى. قَالَ: فَأَناَ أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ. فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Tatkala Nabi SAW datang ke Madinah beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Nabi SAW bertanya, “Hari apa ini?”. Orang-orang Yahudi menjawab, “Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa as berpuasa pada hari ini. Nabi SAW bersabda, “Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan ummatnya untuk melakukannya”. (HR Al Bukhari)


Dan dari Aisyah radiyallahu ‘anha, ia mengisahkan,


كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانَ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ

“Dahulu Rasulullah SAW memerintahkan untuk puasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka”. HR Al Bukhari No 1897


Keutamaan puasa ‘Asyura di dalam Islam.


Nabi SAW telah pun mengamalkan puasa Asyura sebelum perintah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan lagi . Al Imam Al Bukhari (No 1902) dan Al Imam Muslim (No 1132) meriwayatkan di dalam shahih mereka dari Abdullah bin Abbas ra, ia berkata,


مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَومَ فَضْلِهِ عَلَى غَيْرِهِ إِلاَّ هَذَا اليَوْمِ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَهذَا الشَّهْرُ يَعْنِي شَهْرُ رَمَضَانَ

“Aku tidak pernah mendapati Rasulullah menjaga puasa suatu hari karena keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini yaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yaitu bulan Ramadhan”.


Hal ini menandakan akan keutamaan besar yang terkandung pada puasa di hari ini. Oleh karena itu ketika beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam ditanya pada satu kesempatan tentang puasa yang paling afdhal setelah Ramadhan, beliau menjawab bulan Allah Muharram. Dan Al Imam Muslim serta yang lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda,


أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الفَرِيْضَةَ، صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah Muharram. Dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam”.


Dan puasa ‘Asyura menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu. Al Imam Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunan-nya dari Abu Qatadah Ra,


وَصَوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ إنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ

“Dan puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah boleh menggugurkan dosa setahun yang lalu”.



Hukum Puasa ‘Asyura


Sebagian ulama salaf menganggap puasa ‘Asyura hukumnya wajib akan tetapi hadits ‘Aisyah di atas menegaskan bahwa kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang mustahab (sunnah). Dan Al Imam Ibnu Abdilbarr menukil ijma’ ulama bahwa hukumnya adalah mustahab.

Waktu Pelaksanaan Puasa ‘Asyura


Jumhur ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahwa hari ‘Asyura adalah hari ke-10 di bulan Muharram. Di antara mereka adalah Said bin Musayyib, Al Hasan Al Bashri, Malik, Ahmad, Ishaq dan yang lainnya. Dan dikalangan ulama terkini seperti Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah. Pada hari inilah Rasullah SAW semasa hidupnya melaksanakan puasa ‘Asyura. Dan kurang lebih setahun sebelum wafatnya, beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda,


لَئِنْ بَقِيْتُ إِلَى قَابِلٍ َلأَصُوْمَنَّ التَاسِعَ

“Jikalau masih ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”


Para ulama berpendapat perkataan Rasulullah SAW , “…aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”, mengandungi kemungkinan beliau ingin memindahkan puasa tanggal 10 ke tanggal 9 Muharram dan beliau ingin menggabungkan keduanya dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura. Tapi ketika Rasulullah SAW ternyata wafat sebelum itu maka yang paling selamat adalah puasa pada kedua hari tersebut sekaligus, tanggal 9 dan 10 Muharram..


Dan Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11.


Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT wallahualam – Allahu Haq


RENUNGAN KATA-KATA ORANG BERTAQWA


Saidina Abu Bakar as-sidiiq

- Sesunguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
- Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

- Dia berkata kepada para sahabat
” Sesunguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindas lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku”


Saidina Umar Ra

- Jika tidak kerana takut kepada Allah nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya dan barangsiapa takut pada allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

- Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku.
Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.


Saidina Ali KWJ

- Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

- Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan iti diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai Taqwa. Bagaimana amalan itu hendak diterima?
- Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
- Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.


Suffian As Thauri

- Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu bapa pada perkara syubhat
- Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia

- Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat

Imam Syafie RH

- Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu (menuntut ilmu bukan kerana Sijil,Diploma,Ijazah)
- Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
- Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu unuk mencari pengetahuan.

- Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya adapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat buruk)
- Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.


Imam Malik RH

- Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati manusia
- Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya

- Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran ketenangan dan ketakutan.


Imam Abu Hanifah

- tidak sekalipu aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar iaitu murid-muridku

- Telah sampai berita kepadaku, bahawa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.


Imam Ahmad

- janganlah kamu mengmbil ilmu daripada orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.


Luqmanul Hakim

- ”Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jangan engkau banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka”


- Ambilah dari dunia sekadar keperluan dan perbelanjaan kelebihan hasil usahamu untuk akhirat. Dunia jangan ditolak semua agar engkau tidak menjadi orang yang menunpang hidup pada orang lain tanpa membalas apa-apa yang menyusahkan orang itu”

-
Berpuasalah selalu untuk menundukkan nafsumu, tetapi jangan sampai meletihkan badan sehingga merusak solatmu kerana solat lebih utama dari puasa” - Janganlah engkau duduk berteman dengan orang yang jahil, sombong dan jangan didekati orang yang bermuka dua (talam dua muka or munafik or hipokrik


Saturday, December 19, 2009

Tuhan Adalah Sumber keBahagiaan Kita


Allah SWT adalah sumber bahagia
Ini bukan semua orang yang boleh merasa
Yang hanya dapat dirasa oleh Jiwa yang Bertaqwa
Berdoa sahaja sudah rasa Indah dan Nikmatnya
Sekali pun belum tentu dikabulkan doa


Bercakap Berzikir dan Bermunajat dengan Tuhan
Tuhan terasa dekat terasa ada di mana-mana
Tapi tidak di sana
Kita terasa sangat Tuhan bersama kita
Tuhan dirasakan sangat diperlukan


Masya-Allah indahnya berTuhan
Rahmat-Nya dan kurniaan-Nya seperti dirasakan
Sama ada yang nyata mahu pun yang tersembunyi
Setiap detik Dia mengurniakan


Itulah Allah Sumber Kebahagiaan Kita


Besarnya erti hidup bersama Tuhan
Tuhan adalah hidup dan mati kita
Tuhan adalah segala-galanya
Jangan lupakan Tuhan

Kita memerlukanNya

-Allahu Haq-