Dalam Islam, solat atau sembahyang adalah amalan yang paling besar dan agung selepas iman. Tiada amalan yang lebih besar selepas iman yang boleh menandingi sembahyang.Kerana itulah di dalam Islam sembahyang adalah menjadi tiang agama Islam. Tapaknya atau foundationnya adalah iman.
Maksudnya: Pangkal segala hal ialah Islam. Sedang tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah. (Riwayat Tarmizi)
Ia diperintah oleh Allah Taala dengan cara Allah      Taala memanggil Rasulullah SAW mengadap-Nya waktu Israk dan Mikraj, tidak      seperti amalan-amalan yang lain hanya diwahyukan oleh Allah Taala kepada      Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril a.s.
Siapa yang meninggalkan sembahyang menjadi kafir      berdasarkan Hadis. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja      maka kafirlah dia secara terang-terangan. (Riwayat Ahmad)
Setelah kita mengkaji, menganalisa di sudut ilmu yang ada hubungan dengan sembahyang, sama ada di segi lahir mahupun di segi batin, yang ada kaitannya dengan jasmani, mahupun maknawi dan rohani, zikir, doa dan lain-lain lagi, setakat atas dasar ilmu sahaja pun terasa benar bahawa sembahyang itu benar-benar agung, hebat dan unik. Itu belum lagi sesiapa yang Allah Taala anugerahkan dia dapat benar-benar hayati sembahyang itu. Jika sembahyang itu dapat dijiwai, kita akan merasa didikan dan hikmah sembahyang memenuhi hati,mendapat ilmu di dalam sembahyang, seluruh bacaan sembahyang itu membangunkan jiwa dan mental serta kita bermusafir dalam sembahyang itu, lebih-lebih lagilah kita akan terasa benar bahawa sembahyang itu sungguh agung.
Maka daripada keagungan sembahyang yang dapat dihayati itulah akan melahirkan hamba-hamba Allah seperti :
Maka daripada keagungan sembahyang yang dapat dihayati itulah akan melahirkan hamba-hamba Allah seperti :
- Akan      melahirkan peribadi yang kuat keyakinan dan agung.
- Akan      melahirkan peribadi yang kuat imannya.
- Akan      melahirkan peribadi yang kuat dan agung akhlaknya.
- Akan      melahirkan peribadi yang berdisiplin hidupnya.
- Akan      melahirkan hamba Allah yang bersih jiwanya daripada mazmumah.
- Akan      melahirkan hamba Allah yang bersih lahirnya daripada maksiat dan      kemungkaran kecuali terlalu sedikit.
- Akan      melahirkan peribadi yang kuat syariatnya.
Gabungan individu-individu ini akan lahirlah satu bangsa yang agung. Agung keyakinannya, agung imannya, agung akhlaknya, agung disiplinnya, bersih kehidupan mereka daripada maksiat dan mungkar, agung perpaduannya dan agung kebudayaannya. Dan Allah Taala akan jadikan bangsa-bangsa lain untuk tunduk kepada keagungannya kerana bangsa yang agung ini telah dinaungi oleh Allah Taala yang Maha Agung, kesan daripada didikan sembahyang yang agung itu. Begitulah peranan sembahyang.
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 RSS Feed (xml)
 RSS Feed (xml)
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment