Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 27, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KARIM




kami tunggu kedatanganmu marhaban ya Ramadhan Karim.
yahoo.. bul
an promosi tiba lagi..
Ramadhan bulan yang dinanti...
nyah!! kamu hai musuh tradisi...
semoga Ramadhan kali ini....
kami diberkati Ilahi.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBERDEKAAN KE-51


Ingat!! walaupun sudah Merdeka Perjuangan Ku belum Selesai............

Pindaan Auku: Boleh 'bersetuju', tapi jangan 'berpuas-hati'





Ali Bukhari Amir

"Himpunan membantah pindaan Auku di Parlimen esok. Mula di Tugu Negara," satu pesanan ringkas melayang dalam peti SMS saya pada 17 Ogos lalu. Tapi, oleh kerana saya ada hal lain, undangan tersebut tidak dapat saya penuhi.

Maka pada 18 Ogos lalu difahamkan kalangan mahasiswa itu telah berada di tempat yang telah dijanjikan untuk mereka melepaskan dendam yang lama bersarang di dada. Sebelum itu elok diulas dan dikupas kenya taan menteri dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menggubal, meminda, menambah dan mengurang fasal-fasal dalam Auku.

Suatu laporan dalam Berita Harian, Menteri Pengajian Tinggi berkata, perdebatan di universiti dibenarkan dan pembangkang boleh masuk ke dalam universiti untuk tujuan itu. Tapi, hendaklah melibatkan isu akademik, bukan menyebarkan faham kepartian.

Khaled berkata begini bukanlah hanya cakap kosong. Dalam banyak-banyak permintaan warga kampus, Seksyen 15 itu yang paling kerap menambat perhatian mereka. Ini kerana, keghairahan berpolitik kepartian itu tidak dapat dibendung lagi oleh mahasiswa itu.

Sekular falsafah dan failasuf
Arakian, secular (tafsiran, terjemahan bebas) bermakna satu usa ha meminggirkan peranan (1) agama; dan (2) agamawan dalam ur usan politik negara.

Di dalam tamadun Yunani, Rom, Greek, tatkala kebangkitan failasuf (ahli falsafah) mula menggegarkan tiang-tiang istana Maharaja Rom, maka peminggiran kaum bijaksana serta cendekiawan mula dilakukan. Failasuf mula disisih dan tersisih dengan sendirinya.

Menurut tafsiran Fansuri ke atas surah Ali Imran, 164 dan al-Jumuah, 2, ketamadunan itu dihidupkan semangatnya oleh nyalaan pencerahan failasuf serta dakwah nabi-nabi.

Syahadan ada dua jenis kelompok manusia yang terlibat dalam pembangunan, pembinaan dan pembentukan tamadun; pergerakan pencerahan failasuf dan per gera kan dakwah nabi-nabi dan hal ini tentulah rumit dibincangkan dalam tulisan ini.

Salah seorang ahli falsafah itu (mungkin Aristotle, Plato dan lain-lain) telah melayangkan suatu saranan lebih kurang berikut: "bahawa sesebuah negara patut dipimpin oleh ahli falsafah atau seorang raja yang mampu berfikir dan mentadbir seperti failasuf."

Jadi jika pengertian secular lazimnya ditafsir secara rawak dan bebas (secara tidak begitu mendalam) bahawa usa ha meminggirkan 'agama' dan 'agamawan' dalam hal politik maka apakah istilah dan ungkapan yang patut kita guna untuk memperihalkan keadaan di mana ajaran falsafah dan failasuf jangan diterapkan dalam urusan politik?

Untuk sementara, kerana 'kehabisan istilah buat masa ini, izinkan saya gunakan ungkapan 'sekular falsafi, failasuf' guna menggambarkan, berputiknya 'khazanah' warisan pemikiran Rom sesat dalam pentadbiran Umno yang terzahir melalui kenyataan fikiran menteri.

Umno anti golongan cerdik yang ikhlas dan jujur
Lihat apa kata Khaled dalam Ut usan Malaysia , pada akhir Julai lalu. Mari diteliti dan membuat ulasan ke atas kenyataan itu:-

Lihat pindaan AUKU dalam skop lebih luas

PASIR GUDANG 27 Julai - Semua pihak perlu melihat pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dalam skop yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada Seksyen 15 dalam akta itu sahaja.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, AUKU adalah akta yang memberi peruntukan kepada banyak perkara meliputi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti dan kolej serta aspek lain.

"Bagaimanapun, orang lebih berminat terhadap Seksyen 15 AUKU yang memberi kelonggaran kepada pelajar untuk meneliti dan menilai sesuatu perkara agar mereka dapat membuat keputusan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Fiesta Futsal Merdeka 2008 Pasir Gudang di sini hari ini.

Seksyen 15 AUKU melarang pelajar menyertai persatuan, pertubuhan dan sebagainya kecuali diperuntukkan dalam perlembagaan atau diluluskan oleh Naib Canselor universiti terbabit.

Maka, di sini jelas pemerintah tak mahu bebaskan 'warga failasuf' dengan Seksyen 15 ini. Jika dipinda sekalipun maka sedarlah kita bahawa Seksyen 15 ini adalah benteng terakhir Umno dalam usa ha mereka mengekang kemaraan warga kampus, kaum failasuf universiti daripada mencampuri urusan politik kepartian.

Pada mereka, guru-guru pondok, ulama' serta agamawan hanya perlu ur uskan pendidikan di pondok dan masjid saja. Manakala warga universiti cendekiawan, ahli falsafah (doktor falsafah), failasuf juga jangan ambil pusing soal politik kepartian.

Beliau mengulas mengenai pindaan AUKU yang memberi lebih kebebasan pelajar dan kuasa autonomi kepada universiti, selepas dibentang di Dewan Rakyat minggu lalu.

Selepas pindaan diluluskan, kesalahan di bawah akta itu bukan lagi perbuatan jenayah malah pelajar juga diberi kelonggaran menganjurkan debat melibatkan pihak luar dari universiti.

Mohamed Khaled berkata, pindaan terhadap seksyen terpaksa dibuat kerana pada waktu ini pelajar sentiasa akan terdedah kepada banyak sumber maklumat semasa menuntut ilmu.

"Kalau kita tidak buat begitu (pinda) pun, mereka memperolehinya daripada Internet, sebab itu kita melakukannya (luluskan pindaan) supaya ia dapat memelihara keadaan.

"Ini penting supaya kita boleh tahu apa tajuk yang diperkatakan dan sejauh mana mereka memahaminya kerana pokoknya, pelajar akan dapat menjana pemikiran mereka dengan lebih meluas," katanya.

Akhirnya, kerajaan terpaksa mengalah dengan teknologi maklumat. Semakin kuat disekat maklumat, semakin kuat naluri untuk mencari dan menyebarkan maklumat. Maka, Umno melalui Khaled telah mencadangkan debat diberikan ruang dalam universiti.

Dalam suatu kenyataan lain, Khaled berkata pihaknya akan memberikan kebenaran, hatta kepada pihak pembangkang untuk berdebat dalam universiti. Dengan syarat, menurutnya, debat oleh pihak parti pembangkang itu mestilah didasari hujah akademik dan bukannya menonjolkan isu-isu politik kepartian mereka.

Cabar UiTM bawa MB Selangor berdebat!
Tetapi, dalam pada itu pun, ada gegaran besar berlaku di Shah Ala m baru-baru ini dengan sebab kenyataan MB Selangor yang meminta kemasukan bukan bumiputera dalam UiTM tersebut. Gegaran itu melampau-lampau sehingga melimpah ke serata negeri.

Pendek kata, di mana ada UiTM, maka di situlah ada gempa bumi secara tiba-tiba. Di sini Khaled Nordin mesti buktikan niatnya sama ada ikhlas atau tidak. Melihat kenya taan lalu, beliau setuju pembangkang dibenarkan berdebat dalam universiti.

Apakah mustahil diajak MB Selangor berdebat dan berdialog untuk menyatakan pendapat beliau dalam isu tersebut? Umno gunakanlah meja rundingan, janganlah dibazirkan masa siswa itu dengan mengupah, membayar dan menaja aksi demo mereka serata negeri.

Kalau debat atau 'talk' tidak dapat dibuat dalam UiTM, maka jelaslah kepada kita bahawa isu ini sengaja dipanaskan media oleh Umno semata-mata untuk kempen Perm atang Pa uh dalam usaha menenggelamkan imej dan populariti Anwar.

Sekali lagi artikel ini mencabar semua pimpinan MPP Aspirasi UiTM, Dato' Seri Ibrahim Abu Shah dan warga UiTM untuk memberi peluang kepada MB Selangor untuk berdebat mengenai tajuk tersebut. Kita mungkin tak suka dengan pendapat seseorang, tapi haknya untuk menyatakan pandangannya, mestilah diberikan. Demikian kata Volta ire.

Tapi, jika anda telah bersetuju diikat dan dirantai intelektual anda untuk kepentingan ahli politik , maka jadilah 'warga failasuf ' berjiwa hamba. Berpuashati dengan segala pindaan Auku yang ada, dan tidak usahlah bangkit melawan lagi.-Sumber Harakahdaily-


Friday, August 22, 2008

Kebangkitan Islam Akhir Zaman



oh..Tuhan sungguh siksa menunggu,

menunggu janji mu tidak kunjung tiba,
berita telah Enggkau beritahu,
tarikh yang tepat Enggkau tidak pastikan,

tapi Enggkau tahu, kami yang tidak tahu,
rasanya tidak lama lagi, bagi kami terasa lama,
kami sabar menunggu kerana ada hikmahnya,

mengapa peristiwa belum terjadi,
mungkin kami belum mempersiapkan diri dengan Taqwa,
janjimu pasti akan berlaku, ia pasti akan terjadi,

kerana Enggkau yang memberitahu,
melalui lidah Nabi Mu,
maha suci Enggkau daripada berdusta,
kerana itulah kami yakin pasti berlaku,

Tuhan kami sungguh rindu.. rindu,
melihat keagungan agamaMu,
rasanya tidak tertahan lagi,
segera ia akan berlaku,

yang lebih kami tidak tahan lagi,
kekufuran penzaliman menjadi-jadi,
bilakah kebenaran ISLAM hendak mengganti.
bilakah kebenaran ISLAM hendak mengganti,
Enggkaulah yang maha mengetahui.

-Era Kebangkitan Islam-

SAYUNYA NASIB BANGSAKU




Oh! Alangkah sayunya hatiku
bila aku melihat bangsaku
kasih sayang sudah musnah
perpaduan sudah punah ranah

Bahkan berlaku di dalam bangsaku
pergaduhan dan tipu menipu
kasih sayang sudah tidak lagi diperduli
masing-masing hidup cara sendiri

Oh alangkah malang bangsaku
cuba bersatu tetapi tak mampu
malah makin menjauhkan antara satu sama lain

Kerana kita hanya tahu menggunakan akal semata
Tuhan tidak dibawa bersama
Tuhan tidak diambil kira

Sebenarnya kunci segalanya
Bila kita mencintai Tuhan
Cintakan Tuhan…
perpaduan & kasih sayang
pasti Tuhan segera mewujudkan

Oh..marilah kita semua mencintai Tuhan kita
agar bangsa dan juga negara bersatu dan berpadu semula
ampunan Tuhan menaungi
bumi Tuhan dirahmati
kasih sayang berbunga semula
semua insan hidup berharmoni

Wahai Tuhan datangkan segera
penyelamat bagi kami semua
menyatukan bangsa dan juga negara
semoga hidup aman bahagia.

-Era Kebangkitan Islam Akhir Zaman-

DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT;



1. Dalil Al Quran

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

2. Dalil Al Hadis

Dari Nukman bin Basyir, katanya…

‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’

Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”

Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”

Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam….

~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]

ERTI KEMERDEKAAN



Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan,
kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini.

Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam
pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan
untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dalam konteks ini, setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing ada mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam
memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu. Dan dalam hal ini, kalaulah kita
tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula .iantang fahaman dan pandangan mereka terhadap ertinya kemerdekaan, mereka pula nanti berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas dari cengkaman kaum kapitalis. it bagi mereka, kemerdekaan bererti mereka dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

Dan kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis tentang fahaman dan pandangan mereka terhadap kemerdekaan, mereka pula akan berkata bahawa ia bererti terlepas
daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Dan bagi mereka,kemerdekaan bererti mereka dapat mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Kepada golongan kapitalis pula, kemerdekaan bererti mereka dapat menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Cukuplah kita paparkan sekadar itu erti kemerdekaan sebagaimana yang difahamkan oleh sebahagian manusia.

KEMERDEKAAN YANG MEMBUAT HURU HARA
Erti kemerdekaan yang telah disebutkan tadi, jika setiap individu atau kumpulan atau bangsa itu mengamalkan fahaman dan pandangan masing-masing mengikut cara masing-masing serta memperjuangkan-nya mengikut fahaman dan pandangan mereka sendiri,sudah barang tentu akan berlaku pertembungan dan pelanggaran antara satu golongan dengan golongan yang lainnya, antara individu dengan individu dan antara satu
bangsa dengan satu bangsa yang lain. Akhirnya timbullah krisis demi krisis hingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah antara mereka.

Akibatnya, lahirlah bermacam-macam bentuk jenayah dan kemungkaran di muka bumi Tuhan ini dan akhirnya manusia hidup dalam huru hara dan dalam kecelakaan.Kebimbangan dan ketakutan sentiasa menyelubungi jiwa manusia. Kalau demikianlah keadaannya, apakah ini yang dikatakan kemerdekaan?

Apakah dalam keadaan jiwa yang tertekan oleh kebimbangan dan ketakutan itu dikatakan jiwa yang merdeka? Sebenarnya, inilah yang dikatakan kemerdekaan yang bukan kemerdekaan! Kehidupan yang seumpama inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam firman-Nya yang berbunyi:
Maksudnya:
"Lahirlah kerosakan di daratan dan di /autan oleh kerana usaha manusia sendiri sehingga Ailah merasakan kepada mereka sebahagian dari (azab perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar. " - Ar Rum 41

Inilah yang dikatakan neraka dunia sebelum neraka akhirat. Apakah sudah masuk neraka dan merasakan azabnya di dunia ini lagi, dikatakan yang kita ini merdeka? Atau dalam lain-lain perkataan, dapatkah kita merasakan nikmat kemerdekaan yang kita perjuangkan itu kalau pada hakikatnya kita berada dalam keazaban neraka dunia! Apakah sudah masuk neraka masih kita mengatakan yang kita ini merdeka?
Firman Allah lagi:
Maksudnya:
"Bahawasanya mereka, usaha mereka telah tersesat di dunia ini sedang mereka menyangka mereka telah membuat kebaikan. " - Al Kahfi: 54.

Rupa-rupanya, kemerdekaan yang dicari, neraka yang ditemui. Inilah akibat mencari kemerdekaan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata atau mengikut fikiran yang tidak berlandaskan syariat. Usaha-usaha manusia seperti ini tidak sampai kepada matlamat dan akan berakhir dengan kegagalan. Mereka yang gagal mendapat kemerdekaan yang hakiki akan mendapat seksa neraka di akhirat nanti.-ASZ