| "Himpunan membantah pindaan Auku di Parlimen esok. Mula di Tugu   Negara," satu pesanan ringkas melayang dalam peti SMS saya pada 17 Ogos   lalu. Tapi, oleh kerana saya ada hal lain, undangan tersebut tidak   dapat saya penuhi.     Maka pada 18 Ogos lalu difahamkan kalangan mahasiswa itu telah berada   di tempat yang telah dijanjikan untuk mereka melepaskan dendam yang   lama bersarang di dada. Sebelum itu elok diulas dan dikupas kenya taan   menteri dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menggubal, meminda,   menambah dan mengurang fasal-fasal dalam Auku.    Suatu laporan dalam Berita Harian, Menteri Pengajian Tinggi   berkata, perdebatan di universiti dibenarkan dan pembangkang boleh   masuk ke dalam universiti untuk tujuan itu. Tapi, hendaklah melibatkan   isu akademik, bukan menyebarkan faham kepartian.     Khaled berkata begini bukanlah hanya cakap kosong. Dalam banyak-banyak   permintaan warga kampus, Seksyen 15 itu yang paling kerap menambat   perhatian mereka. Ini kerana, keghairahan berpolitik kepartian itu   tidak dapat dibendung lagi oleh mahasiswa itu.     Sekular falsafah dan failasufArakian, secular (tafsiran, terjemahan bebas) bermakna satu usa   ha meminggirkan peranan (1) agama; dan (2) agamawan dalam   ur usan politik negara.
   Di dalam tamadun Yunani, Rom, Greek, tatkala kebangkitan failasuf (ahli   falsafah) mula menggegarkan tiang-tiang istana Maharaja Rom, maka   peminggiran kaum bijaksana serta cendekiawan mula dilakukan. Failasuf   mula disisih dan tersisih dengan sendirinya.     Menurut tafsiran Fansuri ke atas surah Ali Imran, 164 dan al-Jumuah, 2,   ketamadunan itu dihidupkan semangatnya oleh nyalaan pencerahan failasuf   serta dakwah nabi-nabi.     Syahadan ada dua jenis kelompok manusia yang terlibat dalam   pembangunan, pembinaan dan pembentukan tamadun; pergerakan pencerahan   failasuf dan per gera kan dakwah nabi-nabi dan hal ini tentulah rumit   dibincangkan dalam tulisan ini.     Salah seorang ahli falsafah itu (mungkin Aristotle, Plato dan   lain-lain) telah melayangkan suatu saranan lebih kurang berikut:   "bahawa sesebuah negara patut dipimpin oleh ahli falsafah atau   seorang raja yang mampu berfikir dan mentadbir seperti failasuf."       Jadi jika pengertian secular lazimnya ditafsir secara rawak dan   bebas (secara tidak begitu mendalam) bahawa usa ha meminggirkan 'agama'   dan 'agamawan' dalam hal politik maka apakah istilah dan ungkapan yang   patut kita guna untuk memperihalkan keadaan di mana ajaran falsafah dan   failasuf jangan diterapkan dalam urusan politik?     Untuk sementara, kerana 'kehabisan istilah buat masa ini, izinkan saya   gunakan ungkapan 'sekular falsafi, failasuf' guna menggambarkan,   berputiknya 'khazanah' warisan pemikiran Rom sesat dalam pentadbiran   Umno yang terzahir melalui kenyataan fikiran menteri.     Umno anti golongan cerdik yang ikhlas dan jujurLihat apa kata Khaled dalam  Ut usan Malaysia , pada akhir Julai   lalu. Mari diteliti dan membuat ulasan ke atas kenyataan itu:-
    Lihat pindaan AUKU dalam skop lebih luas     PASIR GUDANG 27 Julai - Semua pihak perlu melihat pindaan terhadap Akta   Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dalam skop yang lebih luas   dan tidak hanya tertumpu kepada Seksyen 15 dalam akta itu sahaja.       Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,   AUKU adalah akta yang memberi peruntukan kepada banyak perkara meliputi   penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti dan kolej serta   aspek lain.     "Bagaimanapun, orang lebih berminat terhadap Seksyen 15 AUKU   yang memberi kelonggaran kepada pelajar untuk meneliti dan menilai   sesuatu perkara agar mereka dapat membuat keputusan," katanya pada   sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Fiesta Futsal   Merdeka 2008 Pasir Gudang di sini hari ini.    Seksyen 15 AUKU melarang pelajar menyertai persatuan, pertubuhan dan   sebagainya kecuali diperuntukkan dalam perlembagaan atau diluluskan   oleh Naib Canselor universiti terbabit.     Maka, di sini jelas pemerintah tak mahu bebaskan 'warga failasuf'   dengan Seksyen 15 ini. Jika dipinda sekalipun maka sedarlah kita bahawa   Seksyen 15 ini adalah benteng terakhir Umno dalam usa ha mereka   mengekang kemaraan warga kampus, kaum failasuf universiti daripada   mencampuri urusan politik kepartian.     Pada mereka, guru-guru pondok, ulama' serta agamawan hanya perlu ur   uskan pendidikan di pondok dan masjid saja. Manakala warga universiti   cendekiawan, ahli falsafah (doktor falsafah), failasuf juga jangan   ambil pusing soal politik kepartian.     Beliau mengulas mengenai pindaan AUKU yang memberi lebih kebebasan   pelajar dan kuasa autonomi kepada universiti, selepas dibentang di   Dewan Rakyat minggu lalu.    Selepas pindaan diluluskan, kesalahan di bawah akta itu bukan lagi   perbuatan jenayah malah pelajar juga diberi kelonggaran menganjurkan   debat melibatkan pihak luar dari universiti.     Mohamed Khaled berkata, pindaan terhadap seksyen terpaksa dibuat kerana   pada waktu ini pelajar sentiasa akan terdedah kepada banyak sumber   maklumat semasa menuntut ilmu.     "Kalau kita tidak buat begitu (pinda) pun, mereka memperolehinya   daripada Internet, sebab itu kita melakukannya (luluskan pindaan)   supaya ia dapat memelihara keadaan.     "Ini penting supaya kita boleh tahu apa tajuk yang diperkatakan dan   sejauh mana mereka memahaminya kerana pokoknya, pelajar akan dapat   menjana pemikiran mereka dengan lebih meluas," katanya.     Akhirnya, kerajaan terpaksa mengalah dengan teknologi maklumat. Semakin   kuat disekat maklumat, semakin kuat naluri untuk mencari dan   menyebarkan maklumat. Maka, Umno melalui Khaled telah mencadangkan   debat diberikan ruang dalam universiti.     Dalam suatu kenyataan lain, Khaled berkata pihaknya akan memberikan   kebenaran, hatta kepada pihak pembangkang untuk berdebat dalam   universiti. Dengan syarat, menurutnya, debat oleh pihak parti   pembangkang itu mestilah didasari hujah akademik dan bukannya   menonjolkan isu-isu politik kepartian mereka.     Cabar UiTM bawa MB Selangor berdebat!Tetapi, dalam pada itu pun, ada gegaran besar berlaku di Shah Ala m   baru-baru ini dengan sebab kenyataan MB Selangor yang meminta kemasukan   bukan bumiputera dalam UiTM tersebut. Gegaran itu melampau-lampau   sehingga melimpah ke serata negeri.
    Pendek kata, di mana ada UiTM, maka di situlah ada gempa bumi secara   tiba-tiba. Di sini Khaled Nordin mesti buktikan niatnya sama ada ikhlas   atau tidak. Melihat kenya taan lalu, beliau setuju pembangkang   dibenarkan berdebat dalam universiti.     Apakah mustahil diajak MB Selangor berdebat dan berdialog untuk   menyatakan pendapat beliau dalam isu tersebut? Umno gunakanlah meja   rundingan, janganlah dibazirkan masa siswa itu dengan mengupah,   membayar dan menaja aksi demo mereka serata negeri.    Kalau debat atau 'talk' tidak dapat dibuat dalam UiTM, maka jelaslah   kepada kita bahawa isu ini sengaja dipanaskan media oleh Umno   semata-mata untuk kempen Perm atang Pa uh dalam usaha menenggelamkan   imej dan populariti Anwar.    Sekali lagi artikel ini mencabar semua pimpinan MPP Aspirasi UiTM,   Dato' Seri Ibrahim Abu Shah dan warga UiTM untuk memberi peluang kepada   MB Selangor untuk berdebat mengenai tajuk tersebut. Kita mungkin tak   suka dengan pendapat seseorang, tapi haknya untuk menyatakan   pandangannya, mestilah diberikan. Demikian kata Volta ire.     Tapi, jika anda telah bersetuju diikat dan dirantai intelektual anda   untuk kepentingan ahli politik , maka jadilah 'warga   failasuf ' berjiwa hamba. Berpuashati dengan segala pindaan Auku yang   ada, dan tidak usahlah bangkit melawan lagi.-Sumber Harakahdaily-
 
 | 
No comments:
Post a Comment