Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, June 12, 2009

Wajib wala’ kepada Pimpinan atau Keputusan Syura




Melihat kepada keghairahan ahli politik, media massa, orang kampong, mahasiswa, dan pelbagai peringkat sedang membincangkan tentang isu Negara perpaduan idea yang dilontarkan oleh wakil Ikhwanul Muslimin di Malaysia iaitu Presiden PAS Tuan Guru Abd Hadi Awang. Hal ini dihangatkan lagi oleh berita hairan keluaran BN untuk memecah belahkan PR dan PAS dengan melagakan Tuan Guru Presiden dengan Tuan Guru Mursyidul am.

Jika diteliti isu pertemuan PAS dengan UMNO setelah pilihan raya yang ke 12 ramai di kalangan ahli PAS kononnya Pro TG Mursyidul am yang melenting dan membuat kesimpulan mengenai keputusan Presiden malah ada juga yang juga yang mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan tanpa usul periksa. Tetapi apabila pertemuan dua muka diantara TG Presiden dengan TG Mursyidul am mengenai isu ini kedua-duanya telah bersetuju untuk meneruskan pertemuan dengan UMNO untuk mencari titik persamaan bukanya bergabung dengan UMNO. Maka yang dikatakan Pro TG Mursyidul am tadi membisu seribu bahasa disebabkan yang dia sokongpun bersetuju dengan TG Presiden so kesimpulanya disini jangan cepat membuat kesimpulan menyerang keputusan TG Presiden tanpa usul periksa.

Selepas Muktamar timbul pula isu Negara Perpaduan maka suara-suara kononnya Pro TG Mursyidul am timbul kembali dengan hujah-hujah yang apa-apa ntah. Sedangkan idea Negara Perpadua ini tidak dijelaskan oleh TG Presiden lagi cuma di peringkat cadangan bukan di peringkat perlaksanaan. Atau mungkinkah ini strategi Presiden untuk mempromosikan PAS itu sendiri maka sama-sama kita tunggu dan lihat. Mungkinkah TG Presiden sedang mempromosikan system Politik Islam yang sebenar iaitu dengan menghapuskan system Demokrasi yang diasaskan oleh barat??

Tanpa menyentuh mana-mana pihak dan peribadi, bermula daripada ahli-ahli, penyokong, pendokong, para blogger hinggalah kepada peringkat kepimpinan parti, sedarilah dan kembalilah semula mengingatkan diri kita sewaktu kita masing-masing berjuang dalam kesusahan dan penderitaan.

Bukankah waktu itu kita amat berpegang kuat kepada konsep akhlak jamaie yang menjadi pengimbang kepada kepelbagaian ragam dan karenah kita selaku para pejuang Islam melalui wadah (PAS).

Bukankah dahulunya kita adalah pejuang yang taat, wala' dan sering berlapang dada dengan mana-mana arahan dalam keadaan suka atau pun tidak. Bukankah dahulunya kita sesekali tidak pernah menyatakan pendapat peribadi melainkan hanya dalam muzakarah dan mesyuarat. Bukankah dahulunya hanya suara yang satu dan jitu kita lontarkan kepada media Massa dan rakyat melalui hasil syura dan mesyuarat AJK PAS Pusat tanpa ada yang mendahului Presiden.

Bukankah dahulunya kita tidak pernah melontarkan perbezaan pandangan melainkan hanya dalam mesyuarat. Bukankah setelah itu nada dan suara kita adalah sama dan seiring menghamburkan mauqif dan suara keramat untuk semua manusia.

Bukankah dahulunya kita mengamalkan bahawa "Sesuatu yang kita suka tetapi boleh membawa kepada perpecahan wajib dielakkan, sesuatu yang kita benci tetapi ia membawa kepada kesatuan wajib dipertahankan" .

Bukankah dahulu kita tidak pernah bersuara lantang mengkhabarkan kepada manusia tentang masalah dalaman jamaah. Bukankah dahulunya kita tidak pernah menyindir dan mengkritik secara terbuka tentang apa yang berlaku sesama kita hasil kepelbagaian ragam para pejuang melainkan kita bermuhasabah sesama kita.

Bukankah dahulunya kita sering dilanda dilema dan kelam kabut akibat saraf musuh,semua ahli dalam kebingungan menghadapi kemelut kepelbagaian pendapat dan borak-borak politik yang menyerabutkan kepala, akhirnya kita pasti akan menunggu kalam penyudah dari Presiden atau Mursyidul A'm. Semuanya akan kembali tenang dan teguh setelah mendengar penjelasan dan kalam mursyid dari pemimpin tertinggi. Kemelut selesai dan semuanya kembali berkerja.

Bukankah dahulunya segala-galanya kita hadapi dan selesaikan dengan penuh ukhuwwah dan berlapang dada. Tidak ada bunyian lain setelah itu melainkan hanya terdengar laungan suara "Tukang Arah" dan sahutan "Pekerja-Pekerja" yang girang melaksanakan arahan "Tukang Arah". Kalau ada yang tidak berpuas hati kita senyap-senyap berjumpa dan berbincang dengan "Tukang Arah". Setelah selesai suara "Tukang Arah" bergema lagi dan sahutan girang para "Pekerja" kembali menggamatkan suasana. Bukankah itu lebih harmoni maka marilah sama-sama kita kuatkan saf-saf pimpinan sama ada di peringkat Pusat mahupun di Peringkat Mahasiswa atau ahli agar cita-cita kita tercapai untuk mengembalikan Malaysia ini kepada Daulah Islamiah Takbir!!.
-ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Thursday, June 11, 2009

MENJAGA PANDANGAN



Maulana Syaikh Muhammad Nazim al-Qubrusi


Setiap masalah bagi manusia datangnya dari penglihatan atau pandangan terhadap perkara-perkara yang dilarang. Melihat adalah suatu perbuatan yang sangat penting. Berhati-hati menjaga pandangan. Pandangan yang dilarang adalah panah beracun syaitan yang ditujukan kehatimu, kamu akan merasa ragu-ragu dan mengakibatkan imanmu terombang-ambing.

Tujuan syaitan adalah hatimu, kamu harus melindungi hati kamu. Jika seseorang tak mahu menahan matanya dari melihat perkara-perkara yang tidak baik maka sejumlah kejahatan akan masuk kedalam hatimu. Orang yang menjaga matanya selalu gagah perkasa, oleh sebab itu para Rasul dan Awliya tidak pernah kehilangan kekuatan mereka.

Suatu ketika kami berjalan melintasi etalase toko yang penuh dengan barang-barang yang boleh merangsang untuk melakukan perzinaan. Grandsyaikh berkata kepada saya,” Wahai Nazim, bila seorang anak murid melihat benda-benda itu tanpa mengambil hikmah,sesungguhnya dia telah menyia2kan pandangannya untuk hal yang tidak bermanfaat.
Hikmah bererti mengetahui lebih lanjut tentang Tuhannya.

Menyia2kan cahaya mata, boleh mencegah cahaya masuk kedalam hati kita. Dan bila hati tanpa cahaya, maka hati menjadi gelap dan buta. Ketika kamu membiarkan mata mengikuti kemahuan ego tanpa rasa takut kepada Allah swt, “pada mata kamu akan terkumpul kegelapan dari perzinaan”. Hal ini mencegah kita untuk mendapatkan peningkatan. Ego akan menjaga kita agar kita tetap berada dalam kegelapan dunia. Lebih penting untuk selalu menjaga pandangan kamu, meskipun kamu memahami Al-Quran dan hadis tetapi yang terpenting adalah menjaga pandangan kamu, jika kamu melakukan ini, kamu termasuk orang yang penting, bukan didunia tetapi di Syurga.

Setiap tempat yang kotor adalah tempat yang terlarang, jangan melihat perkara-perkara yang kotor, kalau tidak kamu akan terhindar dari Cahaya petunjuk Ilahi. -AllahuHaq

Tuesday, June 9, 2009

'Usul Pas mahu SIS diharam tak demokratik'

Gambar Hiasan jer

Tanda-tanda Kiamat Apabila orang-orang Bodoh berbicara tentang hukum Islam dan bercakap tentang Islam.....

B.Harian 9 jun 2009 KUALA LUMPUR: Sisters In Islam (SIS) menyifatkan usul Pas untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan pertubuhan itu sebagai satu tindakan mundur dan tidak demokratik.

Pengurus Kanannya, Marina Chin Abdullah dalam satu kenyataannya berkata, usul dibuat pada Muktamar Pas, kelmarin, adalah tanggapan prejudis terhadap SIS dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara.

"Usul itu hanya membuktikan keangkuhan dan sifat tidak demokratik Pas yang mencanangkan prinsip demokrasi dan tidak akan mendiskriminasi mana-mana pihak dalam pilihan raya lalu.


"Kita percaya ramai rakyat memilih Pas pada pilihan raya umum lalu kerana prinsip demokrasinya, namun kini parti terbabit mula mengabaikan apa dikehendaki rakyat. Ia juga menunjukkan Pas tidak boleh bertolak ansur dengan kepelbagaian pendapat di negara ini," katanya.


Muktamar Pas menerima usul untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan mengharamkan pertubuhan itu jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam.

Usul agama itu yang dikemukakan Pas Shah Alam dibuat selepas menyedari aliran dan pandangan SIS boleh mengelirukan rakyat dan mengancam akidah umat Islam terutama golongan muda serta mereka yang berfikiran sekular.

Marina menegaskan, pertubuhan yang sudah wujud 20 tahun itu sentiasa berpegang kepada ajaran Islam sebagai agama yang membawa keadilan kepada seluruh umatnya.

-fikir-fikirkanlah puak sekular dah berani bersuara so apa tindakan kita???-

Wednesday, June 3, 2009

UNTUNGNYA MENCINTAI TUHAN RAFIQUL A'LA



Melihat kepada fitrah semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa ataupun tidak. Manakala kasih sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara sayang dengan kasih sayang.

Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan Rafiqul A'la. Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai. Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu.

Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang bermacam-macam. Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun ia tidak salah. Cinta itu tidak abadi.

Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung . Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat. Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain.

Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya. Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Sebaliknya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki.

Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaati-Nya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian. Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya. Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat.

Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:
1. Tiada kecewa .
Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhluk-Nya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

2. Tiada saingan .
Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, harta, pangkat dan lain-lain, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.

3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan .
Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalam usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan.

Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas Rahmat-Nya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan.

Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut dan berserabut. Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah ramai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.


4. Dapat kawan dan perpaduan .
Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki.

Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan perusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah.
Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifat-sifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan.

Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa. Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang .
Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalam pertarungan merebut cinta Tuhan. Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya.

Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan. Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan .
Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat .
Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan. Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik.

Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hari makin jauh terpisah dari kita.

Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita.

Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita cinta. Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi.

Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segala-galanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya. Menjadikan Tuhan rafiqul A'la sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat .- minda ikhwan- [LOVE GOD]
*-*