Friday, June 12, 2009
Wajib wala’ kepada Pimpinan atau Keputusan Syura
Melihat kepada keghairahan ahli politik, media massa, orang kampong, mahasiswa, dan pelbagai peringkat sedang membincangkan tentang isu Negara perpaduan idea yang dilontarkan oleh wakil Ikhwanul Muslimin di Malaysia iaitu Presiden PAS Tuan Guru Abd Hadi Awang. Hal ini dihangatkan lagi oleh berita hairan keluaran BN untuk memecah belahkan PR dan PAS dengan melagakan Tuan Guru Presiden dengan Tuan Guru Mursyidul am.
Jika diteliti isu pertemuan PAS dengan UMNO setelah pilihan raya yang ke 12 ramai di kalangan ahli PAS kononnya Pro TG Mursyidul am yang melenting dan membuat kesimpulan mengenai keputusan Presiden malah ada juga yang juga yang mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan tanpa usul periksa. Tetapi apabila pertemuan dua muka diantara TG Presiden dengan TG Mursyidul am mengenai isu ini kedua-duanya telah bersetuju untuk meneruskan pertemuan dengan UMNO untuk mencari titik persamaan bukanya bergabung dengan UMNO. Maka yang dikatakan Pro TG Mursyidul am tadi membisu seribu bahasa disebabkan yang dia sokongpun bersetuju dengan TG Presiden so kesimpulanya disini jangan cepat membuat kesimpulan menyerang keputusan TG Presiden tanpa usul periksa.
Selepas Muktamar timbul pula isu Negara Perpaduan maka suara-suara kononnya Pro TG Mursyidul am timbul kembali dengan hujah-hujah yang apa-apa ntah. Sedangkan idea Negara Perpadua ini tidak dijelaskan oleh TG Presiden lagi cuma di peringkat cadangan bukan di peringkat perlaksanaan. Atau mungkinkah ini strategi Presiden untuk mempromosikan PAS itu sendiri maka sama-sama kita tunggu dan lihat. Mungkinkah TG Presiden sedang mempromosikan system Politik Islam yang sebenar iaitu dengan menghapuskan system Demokrasi yang diasaskan oleh barat??
Tanpa menyentuh mana-mana pihak dan peribadi, bermula daripada ahli-ahli, penyokong, pendokong, para blogger hinggalah kepada peringkat kepimpinan parti, sedarilah dan kembalilah semula mengingatkan diri kita sewaktu kita masing-masing berjuang dalam kesusahan dan penderitaan.
Bukankah waktu itu kita amat berpegang kuat kepada konsep akhlak jamaie yang menjadi pengimbang kepada kepelbagaian ragam dan karenah kita selaku para pejuang Islam melalui wadah (PAS).
Bukankah dahulunya kita adalah pejuang yang taat, wala' dan sering berlapang dada dengan mana-mana arahan dalam keadaan suka atau pun tidak. Bukankah dahulunya kita sesekali tidak pernah menyatakan pendapat peribadi melainkan hanya dalam muzakarah dan mesyuarat. Bukankah dahulunya hanya suara yang satu dan jitu kita lontarkan kepada media Massa dan rakyat melalui hasil syura dan mesyuarat AJK PAS Pusat tanpa ada yang mendahului Presiden.
Bukankah dahulunya kita tidak pernah melontarkan perbezaan pandangan melainkan hanya dalam mesyuarat. Bukankah setelah itu nada dan suara kita adalah sama dan seiring menghamburkan mauqif dan suara keramat untuk semua manusia.
Bukankah dahulunya kita mengamalkan bahawa "Sesuatu yang kita suka tetapi boleh membawa kepada perpecahan wajib dielakkan, sesuatu yang kita benci tetapi ia membawa kepada kesatuan wajib dipertahankan" .
Bukankah dahulu kita tidak pernah bersuara lantang mengkhabarkan kepada manusia tentang masalah dalaman jamaah. Bukankah dahulunya kita tidak pernah menyindir dan mengkritik secara terbuka tentang apa yang berlaku sesama kita hasil kepelbagaian ragam para pejuang melainkan kita bermuhasabah sesama kita.
Bukankah dahulunya kita sering dilanda dilema dan kelam kabut akibat saraf musuh,semua ahli dalam kebingungan menghadapi kemelut kepelbagaian pendapat dan borak-borak politik yang menyerabutkan kepala, akhirnya kita pasti akan menunggu kalam penyudah dari Presiden atau Mursyidul A'm. Semuanya akan kembali tenang dan teguh setelah mendengar penjelasan dan kalam mursyid dari pemimpin tertinggi. Kemelut selesai dan semuanya kembali berkerja.
Bukankah dahulunya segala-galanya kita hadapi dan selesaikan dengan penuh ukhuwwah dan berlapang dada. Tidak ada bunyian lain setelah itu melainkan hanya terdengar laungan suara "Tukang Arah" dan sahutan "Pekerja-Pekerja" yang girang melaksanakan arahan "Tukang Arah". Kalau ada yang tidak berpuas hati kita senyap-senyap berjumpa dan berbincang dengan "Tukang Arah". Setelah selesai suara "Tukang Arah" bergema lagi dan sahutan girang para "Pekerja" kembali menggamatkan suasana. Bukankah itu lebih harmoni maka marilah sama-sama kita kuatkan saf-saf pimpinan sama ada di peringkat Pusat mahupun di Peringkat Mahasiswa atau ahli agar cita-cita kita tercapai untuk mengembalikan Malaysia ini kepada Daulah Islamiah Takbir!!. -ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment