Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, October 4, 2010

Resolusi Ijtima' Tarbawi Pemuda Parti Islam 2010

Pertama : DPPP bertekad untuk memperkasakan tarbiah di kalangan pemuda.


KeDua : DPPP turut bersetuju untuk mengukuhkan program usrah sebagai asas utama kepada segala gerak kerja parti.


KeTiga : Program ijtima' akan dijadikan sebagai program tahunan DPPP sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan tarbiah di kalangan pemuda di semua peringkat.


KeEmpat : DPPP memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan ulama yang merupakan tunjang kepada PAS yang memperjuangkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.


KeLima : DPPP berazam untuk membina sahsiah dalam diri setiap pemuda dengan mendalami segala ilmu pengetahuan merangkumi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.


KeEnam : Selain itu, DPPP akan menjadikan tarbiah merentasi tanzim iaitu semua gerak kerja parti adalah berorentasikan tarbiah bagi mengukuhkan kekuatan dalaman setiap ahli.


Setelah selesai ijtima’ Ust Ridhuan Mohd Nor datang kepada saya dan ust Fahmi sambil memberi amanat...


Ayuh Pemuda Kita Gerakan usrah di setiap Cawangan dan Kawasan Kemenangan Islam semakin Hampir.... Takbir3x Allahu Haq


No comments: