Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 2, 2010

Haji Akhir Zaman

Diakhir zaman ramai orang mengerjakan Haji tiada pahala.
Bahkan apa yang mereka dapat ialah dosa – dosa
Kerana belanja yang dibawa dari harta yang tidak halal
Dibawa kesana bersama hati yang punya mazmumah

Bukan sebab itu saja rosaknya Haji
Ada yang pergi minta sedekah
Ada yang kerana pergi melancong
Tidak kurang yang pergi berniaga
Ramai juga yang pergi ilmunya tiada

Oleh itu sebelum pergi bersedialah pasanglah niat
Siapkan belanja yang halal dahulu belajarah ilmu
Dan adab – adabnya satu persatu

Sebelum pergi selesaikan dulu masaalah kita sesama manusia
Minta ampun dengan ibu bapa dan sanak saudara
Hutang – hutang selesaikan dahulu
Atau minta dihalalkannya
Tanggung jawab kita yang tinggal ada yang menguruskannya

Pergi Haji bukan pergi melancong
Naik Haji berarti menuju kepada Tuhan yang Esa
Mengerjakan ibadah memohon ampun
Menghina diri membersih Hati khidmat pada manusia
Oleh itu sebelum pergi bersedialah pasanglah niat
Siapkan belanja yang halal dahulu belajarlah ilmu
Dan adab – adabnya satu persatu.

 

No comments: