Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 15, 2012

Berbincanglah di dalam SYURA.... jangan melibatkan MEDIA..


Pemuda PAS Kelantan menggesa bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen Bachok jika tidak berminat lagi bersama-sama parti itu.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu," setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob dipetik sebagai berkata.

Dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily, Mohd Nuri menyatakan perasaan tidak senang terhadap kenyataan Nasharudin dalam isu hudud yang antaranya mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Selepas kekalahannya dalam pemilihan parti sebelum ini, Nasharuddin juga sering dianggap pro-Umno apabila sering dilihat bersama pemimpin parti Melayu itu, termasuk dengan presidennya Datuk Seri Najib Razak di Mekah baru-baru ini.

Pemuda PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti, kata Mohd Nuri lagi.

Sumber Lain


Ketua Biro Antarabangsa PAS Pusat Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersama Perdana Menteri Najib Tun Razak bertemu beberapa Tokoh Ulama Arab Saudi.

Ulama' tersohor tersebut adalah Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish bagi membincangkan isu2 semasa terutamanya mengenai pemulihan kekuatan ummah.

Ustaz Nasha  didakwa memainkan peranan mengadakan pertemuan tersebut. Siapa Ustaz Nasha dalam Kerajaan? Bekas Timb. Presiden PAS ini tidak ada sebarang jawatan di Kedutaaan Malaysia Arab Saudi apatah lagi di dalam pentadbiran Jabatan PM?

Ustaz Nasha juga bukan sahaja masih memegang jawatan dalam PAS akan tetapi turut diberi kepercayaan mengetuai Biro/Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat.

Ada sumber sahih mendakwa Presiden PAS sendiri telah mengarahkan Ustaz Nasha selaku Ketua Lajnah mengiringi Najib ke Mekah dalam sessi rombongan Malaysia ke Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC. 

"Saya No Komen mana yang betul, Hanya menunggu berita dari Majlis Syura dan Presiden di atas 2 berita yang berbeza ini"

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"
[Al-Hujuraat : 6]


No comments: