Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, September 21, 2008

Perutusan sempena Ramadhan & Hari Raya Aidil Fitri



Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Rafiqul A’la Tuhan sekalian alam selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasululamin Muhammad SAW dapat kita hidup dan menikmati setiap sedutan nafas atau oksigen yang Tuhan berikan kepada kita tanpa meminta bayaran sedikitpun seperti bil-bil elektik atau bil air. Maha besar Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi rezeki kepada hambanya tidak kira sama ada kafir atau Islam.Tetapi yang membezakan kita dengan orang kafir adalah segala amalan mereka tidak diterima kecuali mereka memeluk Islam baru dikira dan mendapat ganjaran sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Sahabatku sekalian, Bulan Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya kalau dikenang kembali para sahabat Rasulullah SAW semasa kedatangan Ramadhan mereka sungguh gembira dan menyambut kedatangannya seperti menyambut kedatangan orang yang mereka cintai dan apabila pemergian Ramadhan mereka menangisi kerana tidak mahu berpisah denganya kerana apa? Kerana mereka tahu rahsia-rahsia bulan Ramadhan. Hal ini jauh berbeza kerana kita sambut Ramadhan dengan kesedihan dan sambut Hari raya dengan kegembiraan. Perlu kita ingat tidak salah gembira di hari raya tetapi janganlah keterlaluan sehingga melanggar syariat Islam, yang selalu kita lihat adalah bersalaman lelaki dan perempuan tanpa muhrimnya.

Sahabatku, Erti sebenar bulan puasa adalah kita melawan hawa nafsu lahir dan batin bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, mata, telinga perlu dijaga dari melihat dan mendengar perkara-perkara yang tidak berfaedah. Erti hari raya pula adalah hari kemenangan kita melawan hawa nafsu lahir dan batin justeru menjadikan kita dikalangan orang yang bertaqwa dari hasil didikan sepanjang bulan ramadhan.

Ketahuilah sahabatku, di akhir bulan Ramadhan ini perlu dimafaatkan oleh kita kerana ia adalah satu-satunya bulan promosi Tuhan kepada kita. Kalau kita lihat ada gedung-gedung pasaraya membuat promosi ramai yang pergi, begitu juga bulan Ramadhan promosi pahala, yang mana segala amalan kita berlipat kali ganda dan tidak akan kita nikmati pada bulan-bulan yang lain dan bulan promosi ini adalah khas untuk umat Muhammad SAW sahaja tidak dapat kepada umat-umat nabi yang lain.

Sebab itu orang-orang soleh merebut untuk beribadah malam dan siang kerana promosi pahala ini adalah diantara rahsia-rahsia bulan Ramadhan selain malam Lailatul qadar yang pada malamnya lebih baik dari seribu bulan. Bulan Ramadhan akan tinggalkan kita adakah kita akan berjumpa dengannya lagi atau tidak? kerana kita hanya tahu tarikh lahir sahaja, tetapi kita tidak tahu tarikh kematian kita.

Marilah kita renungi setakat mana kita mafaatkan bulan Ramadhan ini adakah kita yakin sudah cukup untuk bekalan di padang masyar nanti? Adakah kita akan mati di dalam husnul khatimah? Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan tugas syaitan sentiasa melalaikan kita.

Sahabatku sekalian, hari raya bukan untuk bersuka ria, ia adalah hari kesyukuran dan untuk mengembirakan yang fakir, miskin dan mereka yang tidak berada. Lupakanlah segala sengketa kita tidak kira keluarga,jiran,sahabat,guru, masyarakat atau sesiapa sahaja kerana kita perlu bermaaf-maafan sesama manusia untuk melahirkan keamanan, kasih sayang, rasa kehambaan dan ketaqwaan kita kepada Tuhan Rafiqul A’la.

Di kesempatan ini saya bagi mewakili Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dan seluruh pimpinan Al-azhar members(ALAM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dan kami doakan semua mahasiswa seluruh malaysia khursusnya mahasiswa dan seluruh warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pulang ke kampung dengan selamat dan dipermudahkan perjalanan. Mudah-mudahan Tuhan panjangkan umur kita untuk meneruskan pejuangan, khursusnya perjuangan BADAR dan ALAM yang belum selesai... Allahu Haq.


"ISLAM MEMIMPIN MAHASISWA"

Husaini bin Arshad
Tim.Presiden Al-azhar members,
Selaku Pengerusi Badan Dakwah dan Rohani,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

http://www.alazharmembers.blogspot.com

No comments: