Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 16, 2008

Taqwa Rahsia kepimpinan


Apabila pemimpin yang berkuasa itu
Mempunyai sifat taqwa yang tinggi
Maka Tuhan pun membantu
Dengan mengalirkan rahmat dan berkat kepadanya
Dari berkat itu melimpah
dan mengalir ke seluruh rakyat di dalam negara
maka Tuhan pun campur tangan
ikut mengawal dan menjaga
dimudahkan rezeki maka jadilah negara makmur rakyat mewah
pintu hati manusia pun tertutup untuk melakukan jenayah
maka berlakulah keselamatan dan keamanan di merata negara
kebimbangan dan ketakutan pun hilang
Tuhan masukkan di dalam hati manusia
Malu membuat maksiat
Maka bersihlah negara dari sebarang kemungkaran
Mata selamat hati tidak ternoda iman tidak tercacat
Kelihatan manusia penuh tawaduk
Malu bermaruah dan berdisiplin
Berkasih sayang sesama manusia
bekerja sama dan hormat-menghormati

Bertolak ansur simpati mengutamakan orang lain dan harmoni
tidak ada orang miskin yang terbiar
tidak ada orang sakit yang terlantar yang tidak diambil perhatian
tidak ada orang kaya yang tamak dan bakhil
Masing-masing menjadi pemurah, seronok berkhidmat
Kepada orang susah
Di mana-mana dan kemana saja
Perempuan pergi tidak ada yang akan menodai
Barang yang tercicir dijumpai kembali
Atau akan dikembalikan semula kepada yang empunya
Orang-orang yang musafir berebut untuk dijadikan tetamu
Di mana-mana saja kelihatan Tuhan itu
dibesarkan dan diagungkan,
syariat diamalkan orang
akhlak ibarat bunga yang indah di dalam kehidupan
syiar Islam itu kelihatan di mana-mana saja
alangkah indahnya hidup ini
kerana adanya pemimpin yang bertaqwa
Dengan sebabnya lah seluruh rakyat
Mendapat rahmat dan berkat
Dengan sebab pemimpin itulah rakyat dibantu dan diberi rezeki
Oleh yang maha esa semoga Allah datangkan segera pemimpim penyelamat yang berTAQWA.

1 comment:

Anonymous said...

Salam kebangkitan Islam dari Indonesia...

www.penamedan.wordpress.com
www.mybinjai.wordpress.com