Baru-baru ini satu
Mustahil ia dapat dilaksanakan di KUIS kerana hukum ini di syariatkan kepada pemerintah sesebuah Negara sahaja. Tetapi
Alangkah indahnya jika sistem ini di lakukan. Jika pentadbiran atasan makan duit pelajar kita potong tangannya, jika pentadbiran membuang studen tanpa bicara kita qisaskan balik dengan membuang dia pula. Begitulah syariat Islam membuat satu hukum untuk memberi ketakutan kepada manusia supaya bersikap adil sesama manusia supaya terwujudnya kasih sayang dan keharmonian,aman, bahagia, senang, tenang tanpa rasa gelisah dan permusuhan sesama manusia.
Alangkah indahnya jika sistem ini dilakukan. Para pesyarah yang sekular, liberal tidak berani bersuara bahkan mereka kembali pada jalan yang benar dengan menyakini Islam yang syumul. Para staf-staf KUIS dan pengawal keselamatan dapat berkhidmat tanpa ada masalah tidak perlu lagi memikirkan tekanan yang diberikan oleh pihak atasan kerana mereka sudah berubah kepada ajaran Islam sebenar.
Alangkah indahnya jika sistem ini dilakukan. Biah Solehah di KUIS terjaga, tidak ada pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Cara pemakaian mengikut syariat Islam, Syariat terjaga cahaya iman terpancar pada setiap studen KUIS, seluruh IPT tertarik untuk menyambung pengajian mereka di KUIS disebabkan Biah Solehahnya yang terjaga.
Begitulah rahsia bertapa indahnya jika undang-undang Pencipta Manusia iaitu Allah SWT kita laksanakan daripada undang-undang ciptaan manusia yang sehingga hari ini tidak dapat menyelesaikan masalah ummah yang semakin hari semakin buntu untuk menyelesaikanya..... Walaualamm.
No comments:
Post a Comment