Israel terus mengganas, korban meningkat 374 orang
GENTING GAZA 30 Dis. – Jet-jet pejuang Israel terus memperhebatkan serangan di Genting Gaza awal hari ini, masuk hari keempat berturut-turut, mengorbankan 10 lagi penduduk Palestin.
Serangan tersebut turut menyebabkan 40 lagi penduduk Palestin cedera.
Serangan terbaru Israel itu di wilayah ini, turut meragut nyawa pasangan adik-beradik perempuan berusia 10 dan 12 tahun.
Pegawai perubatan meletakkan angka kematian sejak serangan Israel bermula Sabtu lalu pada 374 orang dan 1,690 yang lain cedera.
Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 62 orang awam turut terkorban dalam serangan Israel di Genting Gaza.
Sementara itu, pejuang-pejuang Hamas di Gaza meningkatkan serangan roket ke wilayah Israel hari ini menyebabkan seorang anggota tentera Israel dekat sempadan Gaza terbunuh dan mengorbankan seorang lagi penduduk Israel di bandar Ashdod..
Setakat ini, lima orang Yahudi di Israel terbunuh dalam serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Hamas sejak serangan Israel pada Sabtu lalu.
Tinggal enam minggu sebelum Israel berdepan dengan pilihan raya yang diramalkan dimenangi oleh Parti Likud, kerajaan Israel menyatakan bahawa serangan dilakukan bertujuan menamatkan serangan roket oleh pejuang Hamas.
Menteri Dalam Negeri Israel, Meir Sheetrit menjelaskan, tiada ruang untuk gencatan senjata dengan Hamas sehinggalah serangan roket Hamas dihentikan.
“Tentera Israel tidak akan menghentikan operasi selagi tidak menghancurkan semangat penduduk Palestin daripada menyokong Hamas dan selagi mereka terus melancarkan roket ke atas Israel,” katanya kepada Israel Radio.
Mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bersama kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO termasuk Al-azhar Members (ALAM) dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan parti politik serta front-front Mahasiswa Islam yang lain telah menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi. Apa yang lebih menarik adalah himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia. Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.
kelihatan mahasiswa KUIS bersama-sama mengutuk serangan zionis
Mahasiswa memberi amaran awal kepada Zionis
Himpunan diadakan bagi menyerahkan memorandum pada kedutaan Amerika menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin. Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 345 umat Islam Palestin dan 1650 tercedera parah sehingga ke saat ini.
Ketua Tentera Rejim Zionis , Gabi Ashkenazi telah mengugut pada Khamis lepas akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang balas Gaza seperti yang di arahkan oleh kerajaan Israel . Beliau berkata serangan ini akan melibatkan kekuatan penuh ketenteraan ke atas fraksi pejuang Palestin di Gaza.
Wakil mahasiswa Islam, saudara Shazli Munir
memberikan ucapan.
Mahasiswa KUIS turut membantah kekejaman zionis
Bangunlah wahai umat muhammad!! Kebangkitan Islam hampir tiba!! Marilah bersama-sama kita menyatukan Kesatuan Umat Islam!! Untuk mengembalikan Khilafah yang telah dirampas oleh Musuh Allah!! I.Allah kemenangan kali ini adalah Untuk Islam jika... kita berTaqwa!! Takbir3x
No comments:
Post a Comment