Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 23, 2008

Kepimpinan MPM akan datang perlu kekalkan Biah Solehah di KUIS



Memandangkan PRK KUIS semakin hampir, di sini saya mengingatkan kepada bakal-bakal yang ingin mencalonkan diri dalam PRK KUIS ke-11 supaya bersedia untuk berkhidmat sepenuhnya kepada mahasiswa, menyuarakan isu-isu yang melibatkan penindasan terhadap kebajikan mahasiswa KUIS dan juga mengekalkan hubungan dengan BADAR Al-Azhar members diantara MPM jika Gerakan Aman masih wujud bagi mengekalkan Biah Solehah yang ada sekarang yang mana akhir-akhir ini semakin tercemar oleh mahasiswa yang buta tentang syariat Islam.

Walau masih ada yang mengatakan isu ini tidak global, tapi bagi saya ia adalah satu-satunya tanggungjawab yang perlu kita laksanakan seperti Firman Allah SWT yang bermaksud, ”Dan siapa yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia ke jalan Allah serta beramal soleh seraya berkata, aku dari kalangan orang-orang muslim.” surah Fussilat 41 ayat 33. berhubung dengan ayat ini As-Shekh Said Hawa berkata ” Termasuk dalam golongan ini semua penyeru dan perdakwah di jalan Allah. Manakala hadis Rasulullah SAW bersabda,”Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan siksa daripada Allah dalam masa yang terdekat dan kemudian kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.” riwayat Tarmizi Hadis Hasan.

Nah! Ayat di atas membuktikan bahawa perlu kita mengekalkan Biah Solehah di KUIS dengan mengajak yang makruf dan mencegah yang munkar. Mengapa saya berkata demikian?? Teruk sangatkah mahasiswa KUIS sekarang? Ya!! Memang.. walaupun mahasiswa dari IPT lain tertarik dengan suasana di KUIS tetapi bagi yang sudah lama berada di KUIS mereka tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Isu yang saya ingin ketengahkan ialah di mana kewajipan dan tangungjawab kita sebagai seorang muslim tidak kira sama ada mahasiswa, pensyarah, pengawal keselamatan, staf-staf dan yang paling bertangungjawab adalah pihak pentadbiran KUIS itu sendiri kerana mereka mempunyai kuasa Veto untuk membuat keputusan.

Saya berharap MPM akan datang perlu peka dalam hal ini supaya Biah Solehah yang terjaga selama ini tidak tercemar, dengan menggesa pihak pentadbiran membuat satu undang-undang yang tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan sama ada dari segi pakaian, akhlak dan hubungan sosial yang melampau.

Pada pandangan saya hal ini berlaku, mempunyai banyak faktor diantaranya yang melibatkan pihak pentadbiran atasan KUIS..... saya rasa tidak perlu saya dedahkan oleh kerana blog ini di baca oleh umum jadi hendak tahu jawapanya tunggu artikel Suara BADAR akan datang untuk mahasiswa KUIS shj.............

Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengertian Syariat:-



SYARIAT
Apa itu syariat?
Syariat adalah dari bahasa Arab. Ia ada bermacam-macam maksud dan erti, berdasarkan kedudukannya atau fungsinya, iaitu:
- Adakalanya disebut jalan.
- Adakalanya disebut undang-undang.
- Adakalanya disebut peraturan.
- Adakalanya disebut disiplin-disiplin.
- Adakalanya disebut konsep-konsep dan sistem-sistem.
- Adakalanya disebut perlembagaan.
- Adakalanya disebut panduan-panduan.
Inilah makna syariat secara lafaz atau perkataan. Tapi syariat Islam ada definisi yang khusus.

Takrif syariat
Takrif syariat mengikut syarak ialah peraturan-peraturan yang mengandungi perintah suruh dan larang yang Allah sampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan mubah (harus).

Peranan Syariat
1. Melahirkan disiplin.
2. Melahirkan orang yang menghormati undang-undang.
3. Melahirkan kehidupan lahir yang bersih.
4. Menegakkan keadilan.
5. Menyelesaikan masalah.
6. Menjadikan orang yakin pada seseorang itu.
7. Mengelakkan daripada membuat yang sia-sia.

Kedudukan syariat Islam adalah untuk kepentingan dunia dan Akhirat. Peraturannya adalah mengenai keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat. Walaupun setiap zaman bagi setiap bangsa atau kaum mempunyai syariat atau peraturannya yang tersendiri, kalau ia bukan datang dari Allah tetapi setakat ciptaan manusia sahaja, maka sangat banyak kekurangan dan kelemahannya.

Faedahnya hanya untuk kehidupan di dunia semata-mata, tidak dihubungkaitkan dengan Akhirat. Itu pun sangat banyak kelemahan dan kekurangannya. Selalunya akan membawa kepada kemusnahan, huru-hara, pecah belah dan porak-peranda.
Walaupun ia dibuat untuk tujuan kebaikan dan keselamatan tapi biasanya tidak selamat. Ia berubah-ubah dan selalu dirasakan tidak kena. Bila timbul tidak aman, diubah dan digubal lagi. Dibuat yang lain pula. Itulah peraturan ciptaan manusia. Namun manusia tidak juga mahu tunduk kepada peraturan Tuhan sehingga akhirnya dunia jadi neraka.
Walau bagaimanapun kita yakin, di hujung umur dunia nanti, setelah manusia puas mencari tetapi gagal menemui peraturan yang sesuai, mereka akan terima syariat Islam, sekalipun mereka tidak menerima aqidahnya.

Peranan syariat Islam secara ijmali (rangkuman) adalah untuk:
1. Melahirkan orang yang berdisiplin
Bila syariat difahami secara tepat atau diamalkan secara tepat ia akan melahirkan orang yang berdisiplin. Disiplin semua orang suka sebab ia indah. Kadang-kadang manusia tidak pandai berdisiplin, tapi dengan mengamalkan syariat, automatik akan melahirkan disiplin. Sebagai contoh, di dalam makan minum, orang tidak makan kalau bukan waktu makan. Orang tidak makan kalau tidak lapar. Orang tidak makan benda yang haram.

2. Melahirkan orang yang menghormati undang-undang
Syariat Islam akan menghasilkan orang yang menghormati undang-undang. Semua orang suka. Bahkan umat Islam diarahkan menghormati undang-undang jalan raya, undang-undang dalam pentabiran, undang-undang dalam mesyuarat, undang-undang dalam berjual beli dan lain-lain.
Bila orang tidak menghormati undang-undang, hidup akan jadi haru-biru, banyak benda yang terlanggar dan tersepak. Manusia yang tidak menghormati undang-undang adalah manusia yang bersifat haiwan. Dia tidak akan patuh, jadi huru-haralah dunia. Mereka akan mencakar, menendang, menanduk, menyondol dan lain-lain lagi.
Sekarang, orang yang mencipta undang-undang, merekalah orang yang tidak ikut undang-undang. Seperti pakar undang-undang Islam atau pakar undang-undang syariat pun melanggar undang-undang dan syariat.

3. Melahirkan kehidupan lahir yang bersih
Yakni bersih daripada perkara haram, riba, penipuan, umpat keji, kata-mengata, fitnah-memfitnah, pergaulan bebas. Ia meliputi seluruh aspek lahir kehidupan manusia.

4. Menegakkan keadilan
Hasil daripada melaksanakan syariat, dapat menegakkan keadilan. Keadilan ini termasuklah keadilan perbicaraan, keadilan pusaka dan warisan, keadilan mengagihkan keperluan hidup dalam negara, keadilan dalam pekerjaan seseorang, keadilan biasiswa, keadilan tempat tinggal, keadilan memberi nafkah, keadilan dalam menilai urusan hidup kita, keadilan yang macam-macam lagi seperti miliki harta, kenderaan dan lain-lain. Syariat menjadikan seseorang itu adil dalam mengendalikan dan menggunakan wang. Contohnya, jangan mainan kanak-kanak lebih mahal daripada kenderaan atau jangan harga cawan lebih mahal daripada periuk. Jangan serban lebih mahal daripada rumah. Itulah keadilan dalam Islam, ia sangat halus.

5. Menyelesaikan masalah
Syariat sekiranya dilaksanakan bersungguh-sungguh dapat menyelesaikan bermacam-macam masalah. Antaranya dapat menyelesaikan orang berbalah contohnya antara suami isteri, majikan dengan buruh atau sesama manusia. Dapat menyelesaikan bermacam-macam kekeliruan, dapat menyelesaikan perbalahan pembahagian harta, dapat menyelesaikan perbalahan giliran, dapat menyelesaikan masalah isu semasa bagi orang yang mampu berijtihad, dapat menyelesaikan masalah yang kusut dan dapat menyelesaikan masalah murid dengan guru.

6. Mengelakkan dari melakukan perkara yang sia-sia
Orang yang faham syariat dia tidak buat perkara yang sia-sia, seperti duduk berjam-jam bermenung tanpa berfikir, bermain catur, lepak di kedai kopi, borak-borak kosong, bermain golf atau bermesyuarat panjang-panjang tapi tidak ada apa-apa faeadah malah lepas mensyuarat balik rumah tidur... itulah kerja sehariannya yang mana dia lupa bahawa setiap manusia yang diciptakan mempunyai dua peranan iaitu menjadi khallifah dan Hamba Allah Rafiqul A’la di muka bumi ini.. Walaualam.

No comments: