Namun, Pentadbiran Bush memberi kebebasan kepada Israel untuk mengerah tentera darat memasuki Gaza biar pun masyarakat antarabangsa kian mengkritik cara ia mengendalikan konflik yang sudah membunuh lebih 400 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita.
"Saya menggesa semua pihak mendesak Hamas untuk berpaling daripada keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sahyang berusaha untuk mencapai keamanan
Teks ucapan beliau dikeluarkan Rumah Putih lewat malam tadi.
Ia adalah kenyataan pertama Bush sejak konflik itu meletus seminggu lalu.
Bush turut menyalahkan Hamas terhadap konflik terbaru itu dan menolak sebarang gencatan senjata sebelah pihak oleh Israel.
Katanya, gencatan senjata seumpama itu hanya membenarkan Hamas meneruskan serangan roket terhadap Israel dari Gaza.
"Keganasan terbaru ini didalangi Hamas, iaitu kumpulan pengganas Palestin yang disokong Iran dan Syria yang menggesa kepada kemusnahan Israel," katanya.
Sebaliknya, Bush mendakwa serangan udara Israel adalah untuk mempertahankan diri selepas Hamas membiarkan gencatan senjata selama enam bulan tamat pada 19 Disember lalu dan menembak roket ke negara Yahudi itu.
Ulasan peribadi: apabila terbaca berita ini di akbar kita tidak perlu megutuk Bush.. Cuma hanya memaki sahaja. Hal ni kerana Bush memang diketahui umum bahawa beliu adalah sekutu Israel dan Gerakkan Zionist. Jadi segala tindakkannya memang bercanggah dengan peranannya sebagai polis dunia. Apabila kita melihat di seluruh dunia mengutuk dan membuat demontrasi jalanan untuk mem”baikot” tindakan amarika yang membenarkan Israel menyerang Gaza. Pada zahirnya memang amarika yang salah tetapi pada batinnya kesalahan itu adalah di atas tangan-tangan umat Islam itu sendiri.
Mengapa saya berkata begitu?? Apabila kita melihat sejarah kemenangan Islam bukan hanya sekadar semangat semata-mata tetapi atas dasar keImanan dan keTaqwaan mereka kepada Allah Rafiqul A’la. Contoh yang boleh kita lihat iaitu kemenangan yang Allah berikan kepada tentera Badar, tentera Sultan Muhammad Al-fateh, tentera Salahuddin Al-ayyubi, tentera Taliban yang mana mereka dapat mengalahkan tentera rusia yang menggunakan senjata yang canggih dan Banyak lagi tentera yang diberi kemenangan oleh Allah kepada orang Islam yang berTaqwa.
Ini membuktikan Taqwa adalah asas yang utama perlu ditekankan kepada Umat Islam masa kini. Persoalan mengapa musuh Islam berani meludah di muka orang Islam di depan kalayak dunia seperti yang berlaku di Palestin sekarang?? Hal ini kerana mereka tahu Umat Islam kini sudah disihir dan telah terkena peluru yang di cipta oleh mereka iaitu Peluru yang di paggil Serangan Pemikiran.. seperti Sekularsme,Hindonisme,Liberalisme,Nasionalisme dan banyak lagi yang membawa kepada Cinta Dunia takut Mati!!
Apbila kita melihat reality umat Islam sekarang… tidak ada kesatuan, bermusuhan diantara perkara-perkara yang furuq atau kecil, persidangan OIC hanya sekadar syarat semata-mata tidak ada faedah langsung bagi umat Islam, pemimpin Islam kebanyakkannya sekutu amarika dan mementingkan hubungan bush daripada hubungan mereka dengan Allah SWT, semangat kebangsaan melebihi semangat persaudaraan seIslam, hasad dengki, sifat mazmumah masih lagi berleluasa, system politik,ekonomi,kehidupan,pentadbiran,dan perundangan Allah tidak di laksanakan secara menyeluruh dan banyak lagi perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah yang menyebabkan lambatnya bantuan dari Allah untuk kemenangan Umat Islam akhir zaman ini sebab itu Allah tangguhkan kemenangan umat Islam.
Jadi tidak salah kita berdemontrasi memaki Bush, tetapi bukan sekadar semangat semata-mata. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar dengan memperbaiki diri dan masyarakat yang rosak justeru menjadikan diri kita sebagai DR Bedah untuk membuang karat-karat jahiliah dan peluru Serangan pemikiran yang saya sebutkan tadi pada diri dan Umat Islam. Juga yang paling penting jangan lupa tingkatkan keImanan dan keTaqwaan kita kepada Yang Maha Penyelamat iaitu Allah SWT kerana itu sahaja harapan kita. Semoga Allah hantarkan seorang penyelamat dan diberikan kemenangan kepada kita untuk mengembalikan urusan dunia ini kepada Umat Islam semula I.Allah Zaman Kebangkitan Islam “Sesungguhnya Allah Tidak Pernah Memungkiri Janji”
No comments:
Post a Comment