Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 11, 2009

Marilah kita semarakkan sifat Taqwa di dalam diri dan Masyarakat




Sebut sahaja Taqwa ramai menafsirkannya sebagai takutkan Tuhan Rabbul Jalil. Sedangkan makna taqwa itu bukan sahaja takut kepada Allah tetapi maknanya amat luas. Oleh itu jika kita tahu apa itu Taqwa dan kelebihan orang yang berTaqwa tentu ramai yang mengejarnya seperti kita mengejar kekayaan di dunia ini. Taqwa amat ditekankan di dalam Islam sebab itu setiap kali khutbah jumaat wajib khatib khutbah menyebut “Bertaqwalah kamu kepada Allah (di dalam bahasa arab)” jika tidak disebut maka batallah solat jumaat pada hari itu oleh kerana ia adalah dari rukun bacaan khutbah. Tetapi disebabkan orang tidak ambil peduli dengan rukun jumaat ini maka jadilah ia sebagai sebutan sahaja tanpa Roh di sebabkan imam yang baca teks khutbah itupun tidak faham apa itu Taqwa.


Pelbagai tafsiran Taqwa yang diberikan oleh para ulama di antaranya Umar bin Abd Azizi r.a berkata “ yang dimaksudkan dengan Taqwa bukanlah puasa pada waktu siang atau ibadah pada waktu malam atau melaksanakan kedua-dua sekali. Akan tetapi yang dinamakan berTaqwa kepada Allah Rabbul Jalil iaitu menjauhi segala yang diharamkan oleh Allah Rabul Jalil dan melaksanakan segala yang diwajibkan oleh Nya. Sesiapa yang berTaqwa kemudian diberikan kebaikan padanya, maka ia adalah kebaikan daripada kebaikan.”
Asas untuk kita mendapatkan Taqwa adalah dengan melahirkan di dalam hati kita sentiasa diperhatikan oleh Allah Rabbul Jalil iaitu rasa bertuhan di dalam hati. Jika hal ini berlaku nescaya kita akan menjaga dan berhati-hati setiap kelakuan kita sama ada di dalam masyarakat mahupun keseorangan. Mungkin kita akan merasakan kalau begitu payah la kalau nak buat kerja disebabkan ketakutan sentiasa di dalam diri? Bukankah “ dengan mengingati Allah itu hati-hati kamu akan menjadi tenang” soalan di atas berlaku disebabkan kita masih lagi ragu-ragu dengan firman Allah Rabbul Jalil. Apabila keyakinan tidak ada maka beginilah jadinya.



Bagaimana hendak bertaqwa? Sebahagian ulama menjelaskan bahawa dua faktor untuk meraih ketaqwaan kepada Allah iaitu merasakan Allah Rabbul Jalil adalah Zat Yang Maha Tunggal yang sentiasa mengawasi dan memerhati kita . yang kedua iaitu melaksanakan ibadah-ibadah wajib dengan penuh taat dan tawaduk. Jika kita melihat huraian daripada Imam Ghazali kelebihan orang yang berTaqwa iaitu:-

1- Mendapat pujian Tuhan Rabbul Jalil
2- Mendapat perlindungan daripada musuh
3- Mendapat sokongan dan pertolongan Allah
4- Mendapat rezeki yang tidak diduga
5- Mendapat keampunan Allah
6- Mendapat Cinta Allah
7- Amalanya diterima
8- Mendapat kemuliaan dan kehormatan
9- Mendapat khabar gembira di akhirat kelak
10- Terhindar dari api neraka
11- Kekal di dalam syurga


Jika kita melihat mengapa umat Islam hari ini tidak diberi kemenangan oleh Allah swt sedangkan Allah Rabbul jalil telah berfirman yang bermaksud “ wahai orang yang beriman Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu dan akan menetapkan pendirian kamu” tetapi mengapa kemenangan masih lagi tidak berpihak kepada Islam?? Hal ini terjadi kerana umat Islam hari ini ramai yang tidak berTaqwa kepada Allah Rabbul Jallil sebab itu tidak ada di dalam ayat al-Quran yang mengatakan Allah akan menolong orang Islam.. Tetapi Allah menyebut akan menolong orang berIman dan berTaqwa. Hal ini kerana orang Islam tidak semestinya dia berTaqwa ..tetapi jika dia berTaqwa comfm dia Islam. Jika kita melihat peperangan badar yang menyaksikan pertembungan diantara puak Islam dan kafir yang mana tentera Islam hanya 313 orang shj tetapi tentera kafir seramai 1000 orang walaupun begitu tentera Islam dapat mengalahkan mereka walaupun tentera musuh lebih ramai daripada mereka. Mengapa hal ini berlaku?? Mustahil golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yg besar kalau dikira logic akal…ini membuktikan tentera badar 313 orang adalah di kalangan orang2 yg berTaqwa sebab itu mereka mendapat bantuan dari Allah.


Marilah sama-sama kita melihat janji Allah Rabbul Jalil kepada orang2 yang berTaqwa… :-

1- “ jika kamu bersabar dan berTaqwa maka tipu daya mereka tidaka akan membahayakan kamu sedikit pun” Ali Imran, ayat 120.

2- “sesungguhnya Allah beserta orang yang berTaqwa dan orang yang berusaha memperbaiki amalanya”. Al-Nahl, ayat 128.

3- “ dan sesiapa yang berTaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (segala masalahnya) serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya”- al-Talaq ayat 2,3

4- “ Maka sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berTaqwa”- Ali-Imran ayat
76

5- “Allah hanya menerima (korban) daripada orang yang berTaqwa”- al-Maidah . ayat 27

6- “ sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih Taqwanya antara kamu” al-Hujurat ayat 13

7- (wali-wali Allah itu ialah) orang yang beriman serta mereka pula sentiasa berTaqwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat”- yunus ayat 63,64.

8- “kemudian Kami akan selamatkan orang yang berTaqwa” – al-Lail ayat 17.

9- “ Dan akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang berTaqwa”- al-Laila ayat 17.

10- “ Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang berTaqwa”- Ali-Imran ayat 133.


Oleh itu marilah sama-sama kita menyemarakkan sifat Taqwa di dalam diri dan masyarakat supaya kita dapat sama-sama berkongsi janji Allah kepada orang yang berTaqwa.


Kalau semua golongan beriman dan bertaqwa
Tenaga mereka semua dapat di mafaatkan

Kalaulah dia pemimpin dia akan menegakkan keadilan untuk semua golongan
Kalau dia orang kaya dengan hartanya dia akan berkorban untuk islam

Kalau dia ulama menjadi suri tauladan dan menjadi ikutan setiap golongan
Kalau mereka pensyarah atau pendidik mereka akan membentuk masyarakat untuk menyintai Tuhan

Kalau dia mahasiswa akan terjadinya sesuatu suasana biaah solehah di kampus
Kalau mereka pemuda/pemudi mereka akan bersiap sedia untuk berkorban demi untuk mempertahankan agama bangsa dan Negara

Kalau mereka golongan budayawan dan karyawan mereka akan mempersembahkan sesuatu yang sihat dan membahagiakan

Yang penting semua golongan itu berTaqwa dan takutkan Tuhan semua golongan dapat dimafaatkan oleh semua golongan agar kasih sayang dan keamanan akan kembali di muka bumi ini seperti yang dijanjikan Allah SWT...
(LOVE GOD)

No comments: