Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 4, 2009

Tuan Guru HJ Abd Hadi Awang wakil Ikhwanul Muslimin di Malaysia




Pemikiran Politik Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan hubungannya dengan Ikhwanul Muslimin


Tuan Guru Abdul Hadi telah berjaya membentuk cara berfikir dan bekerja ahli-ahli PAS pada dekad 80an kerana beliau mempunyai beberapa kekuatan dan daya tarikan politiknya yang tersendiri. Menurut Riduan Mohd Nor di dalam bukunya, kekuatan Tuan Guru Haji Hadi Awang terletak kepada keupayaan ilmunya yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu Islam, kefasihannya membaca ayat al-Quran dalam berhujah dan berpidato, mampu menggabungjalinkan ilmu agama dan isu semasa, dilatih secara haraki (pergerakan) oleh tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin, berketurunan ulama, menjaga akhlaknya sebagai pimpinan gerakan Islam dan beliau mempunyai daya tarikan sebagai pemidato.


Beliau telah menunjukkan contoh yang baik kepada ahli-ahli dalam kehidupan dan cara hidup seharian malah tidak suka membuang masa. Ketokohannya turut terserlah dengan kebolehannya menulis. Beliau turut dikagumi oleh pemuda-pemuda PAS kerana latar belakang pendidikan dan pengalamannya yang terus ditarbiah oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin.


Abdul Haji Awang telah banyak menulis buku-buku sebagai panduan kepada ahli-ahli PAS terutama sebagai rujukan dalam progam usrah seperti Muqqadimah Aqidah Muslim, Pemerintahan di dalam Islam, Penghujung Kehidupan, Islam: fikrah, harakah dan daulah, Tafsir at Tibyan, Fiqh Al Harakah, Koleksi Khutbah Jumaat dan Hari Raya dan pelbagai lagi jenis buku.
Di dalam matlamat mewujudkan negara Islam Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menggariskan kepada tiga perkara di dalam bukunya iaitu:-

1. Khalifah

Menegakan Islam
Melaksanakan Islam

Menegakan keadilan di kalangan manusia
Membentuk pandangan yang mulia dan kebebasan pendapat yang bermaruah
Menghormati taraf kemanusiaan
Menegakan keamanan dan kestabilan
Menyediakan keperluan Rakyat
Menggalakkan perkembangan kemajuan negeri dan rakyat.

2. Amanah
3. Ibadah


Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah membina tapak perjuangannya melalui Masjid Rusila Terengganu di mana kuliahnya bermula sejak tahun 1976 sekembali beliau dari bumi Mesir. Beliau mempunyai visi dan misi yang jelas dalam menjayakan kemenangan PAS di Malaysia, Beliau yakin dengan penyebaran dan kekuatan ilmu serta tarbiah yang berterusan adalah merupakan pra syarat kemenangan:-


“Ilmu menjadi salah satu ciri terpenting di dalam kepimpinan harakah Islamiyyah kerana ia laksana cahaya yang menyuluh akal dan hati bagi makrifah Allah dan segala tuntutannya serta memandu dengan betul dan mengendalikan urusan dengan tepat sama ada terhadap Khaliq atau makhluk, iaitu ilmu yang memberi manfaat, ilmu yang berdasarkan kepada Deen Allah bagi membentuk peribadi, memimpin umat dan membina Negara ilmu kerap kali disebut di dalam al-Quran. Ilmu adalah konteks aqidah seseorang itu mestilah faham dan berfikir ke arah menyuburkan imin yang membuahkan amal, mengaji dan mengkaji al-Quran yang menjadi kitab kepada harakah ini, tonggak pergantungannya yang kuat, pemandu dan pengawalnya, penyata dan penterjemahannya, menjadi tempat rujukan setiap pendakwah untuk berpandu kepadanya di dalam beramal dan harakah dan menajdi bekal penting kepada perjalanan perjuangan kita.”


Haji Abdul Hadi Awang merupakan salah seoarang tenaga penting dalam PAS yang terlibat menyusun skema tarbiah. Beberapa kertas kerjanya telah dijadikan rujukan usrah seperti Pra-Syarat Kejayaan Hizbul Allah dan Hizbul Syaitan. Belau telah memberikan penerangan yang begitu serius kepada persoalan tarbiah dalam membina organisasi PAS sebagaimana gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Keseriusan PAS terhadap persoalan tarbiah telah menyebabkan pelbagai perubahan berlaku kepada PAS terutama aspek tarbiah Islam yang syumul (sempurna). Dalam hal ini, beliau menegaskan:-


“Di antara sifat-sifat tarbiah Islamiah itu, ia mestilah syumul sebagaimana syumulnya Islam. Ia tidak boleh ditumpukankepada sebahagian daripada aspek fitrah manusia dan tanggungjawab mereka di atas bumi ini. Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek kerohanian dan akhlak sahaja seperti penumpuan yang dinyatakan oleh bidang tasawwuf dan akhlak tanpa menafikan bahawa itu juga adalah wajib. Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek mengemukakan teori-teori akliah sahaja seperti dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah. Dengan menyedari bahawa akal juga menpunyai peranannya meliputi roh dan jasad, hati dan akal, akhlak dan sikap yang menjadi bekalan di masa senang dan susah, gembira dan derita, damai dan perang yang memungkinkan seseorang itu menghadapi segala cabaran di dalam diri dan masyarakat. Oleh itu, maka tarbiah itu mestilah meliputi tarbiyah rohaniah, tarbiyah ijtima’iah, tarbiyah jihadiah dan sebagainya berdasarkan kesyumulan Islam di dalam aspek aqidah dan kaedah, syariat dan nizam.”


Dengan penekanan kepada persoalan tarbiah, maka dekad 80an telah menyaksikan munculnya markaz-markaz tarbiah PAS di seluruh negara, berkembangnya kelas-kelas pengajian umum di seluruh negara yang digerakkan oleh aktivis-aktivis PAS. Manakala program-program kaderasasi seperti usrah, tamrin, mukhayyam, ijtimak dan sebagainya mula dibudayakan dalam organisasi PAS dalam semua peringkat.


Dengan kehadiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga boleh dikaitkan dengan hubungan pemikiran perjuangan Ikhwanul Muslimin dengan PAS dan beliau menjadi penghubung dan penyalur kepada pemindahan fikrah atau ideologi ini secara besar-besaran ke dalam PAS pada tahun-tahun 80an.


Satu elemen yang dapat dikesan daripada penulisan karya-karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ialah penekanan kepada soal akidah terutama yang berkaitan dengan ideologi moden. Inilah tema-tema yang selalu diungkapkan di dalam penulisan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb. Contohnya Tafsir Al-Tibyan yang dikarang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang cukup terkesan dengan Tafsir Fi-Zillal al-Quran yang dikarang oleh Sayyid Qutb. Begitu juga dengan kitab Akidah Muslimin yang dikarang oleh beliau yang membicarakan pertembungan Islam dengan ideologi moden.

Tak kenal maka tak Cinta inilah sebahagian daripada latar belakang TGHD....

Dengan pembuktian ini saya menyeru pujuk pimpinan PAS agar mengekalkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai Presiden dan Timbalanya dari kalangan Ulama agar perjuangan PAS tidak lari dari landasan perjuangannya di dalam gerakan Islam dan agar kepimpimpianan Ulama di dalam PAS dapat kekekalkan..... Ulama Pewaris ambiya' bukanya umara' yang pewaris ambiya'...............

No comments: