Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, July 1, 2009

Rebutlah Gelaran Ikhwan Akhir Zaman


Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah Rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan

Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertany
a
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga
menitiskan airmata

Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengam
alkan sunnahku
Bagai menggenggam bara api
Dan mereka amat menyintaiku
Sekalipu
n tidak pernah bertemu

ukhwah mereka bagaikan susunan batu bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpa
ma satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa di siangnya
Bagai a
bid pula di malam harinya
Ruhbanu fillail wa fursan finnahar
Gelaran yang baginda berikan

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilang
annya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan

Luar biasanya Taqwa Ikhwan
Kerana Taqwanya diberi pertolongan
Keran
a Taqwanya diberi rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai P
encinta-pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman

Ia tawaran yang tiada tandingan. Allahu Haq.


Ramai umat Islam pada hari ini mengejar Gelaran Dato',yb,prof,Dr,Tun,Datin,dan banyak lagi gelaran yang dikejar oleh manusia. namun manusia lupa bahawa ada satu gelaran yang patut dikejar oleh manusia umat akhir zaman kerana jika sesiapa yang mendapat dan merebut gelaran ini nescaya dia bukan sahaja mendapat ganjaran Allah di muka bumi malah mendapat ganjaran di akhirat kelak. oleh itu marilah sama-sama kita merebut gelaran Ikhwan ini yang amat dirindui oleh junjungan kita Rasulullah Saw allahumma sollia'la muhammadi wa'ala alihi muhammadiwassllim......................

Siapa itu Ikhwan akhir zaman……………

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,

"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."

Kata Sayidina Ali KMW,

"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."

Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,

"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali).
(Muslim)

Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:

"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini:

"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."


Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,

"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." Muslim

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:

"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." Muslim

Dari Abdullah RA, katanya:
"Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu."( Muslim)


Ikhwan adalah gelaran yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada umatnya di akhir zaman sehinggakan para sahabat menangis kerana tidak mendapat gelaran tersebut dari Rasulullah saw kerana ia hanya diberikan khas untuk umat akhir zaman sahaja oleh itu semoga sebahagian hadis dan kata-kata sahabat di atas dapat memberi satu semangat kepada kita agar sama-sama kita merebut gelaran itu seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw kepada kita.... [LOVE GOD, LOVE RASULULLAH SAW]

No comments: